Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
-- Al-Baqarah: 45

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: shanejohnson
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43101

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 109
Ahli: 0
Jumlah: 109




  Yang Masuk Ke Sini
shanejohnson: 2 hari yang lalu
wadud: 7 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 24 hari yang lalu
muslimin23: 26 hari yang lalu
kasih_kekasih: 30 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang kos Kahwin ?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang kos Kahwin ?

Please Mendaftar To Post


Oleh Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang kos Kahwin ?

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-01-10 20:41


Assalamualaikum

Topik ini seakan dah ada,cuma 'refresh' sikit sebagai persediaan yang hendak kahwin itu especially lelaki.

korrang rajin-rajin lah menyimpan ye dari sekarang. :-P :-P

Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang kos Kahwin ?


Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.

Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …

Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.

Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.

(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)

kos # 1 – Maskahwin

Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

kos# 2 – Duit Hantaran

Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun mereka dah minta begitu tau sekarang.

Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.

Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.

Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

kos # 3 – Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.

Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.

Sediakan lah sekitar RM 3,000 – RM 5,000.

kos # 4 – Barang hantaran lain

Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah itu.

Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.

Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.

Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

kos # 5 – Baju nikah

Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.

Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.

RM 200 – RM 600.

kos # 6 – Baju Bersanding / Baju Pengantin


Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari saja. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.

RM 1,000 – RM 2,500.

kos # 7 – Mekap


Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 200 – RM 500.

kos # 8 – Set Pelamin


Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 500 – RM 1000.

kos # 9 – Jurugambar


Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?

RM 1000 – RM 3000

kos # 10 – Duit untuk jurunikah dan saksi


Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.

kos sekitar RM 150.

kos # 11 Kad Jemputan


Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.

Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?

Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.

RM 500 – RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah

RM 17,550

Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.

RM 2,500 – RM 10,000

kos # 13 Duit makan kenduri


Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.

Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.

RM 10,000 – RM 20,000

kos # 14 Bilik pengantin


Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.

Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.

Yang kena beli semua, ingat murah ka?

RM 1,500 – RM 5,000.

kos # 15 Doorgift


Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa – apa lah.

Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk saudara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.

RM 1000 – RM 3000.

kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi


Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?

Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.

Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.

Ia berbeza mengikut lokasi.

Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

kos # 17 Contigency

Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.

Sediakan lah sekitar 5 – 10% dari jumlah belanjawan yang asal.

Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.

Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin

RM 17,550 (jangan lulpa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)

Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga

RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan

RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar

RM 36,050 !!!!!!




Haaa!!

Umak Aih!

Psst. Tutup mulut tu abang long.

macam mana ?

Berani beli kereta baru ?

Berani simpan 10% saja dari pendapatan bulanan ?

Berani tak mahu buat business part time ?

Berani tak mahu belajar investment ?

Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak

RM 18,000

Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.

Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.

p.s. Kalau anda yang dah ada pengalaman nak tambah kos-kos lain silakan ya …

Credit to Pakdi.my

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 11:10


ada 'kos' yang lebih penting untuk difikirkan jika org bujang nak kawin....yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit maupun harta yang berjuta banyaknya.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 11:21


'kos' apa tu kak? bolehlah beritahu..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 15:02


Pada 05-01-10 11:21 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

'kos' apa tu kak? bolehlah beritahu..



he he he he....berminat jugak sakinah nampaknya.

agak-agak...kos apa ? cubalah sakinah teka sebelum akak jelaskan apa yang bermain di kepala....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 15:55


kena teka pula... :D

saya cuba..

sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.. berazam mahu menjaga isteri sebagai amanah seperti membimbing isteri. berusaha "melengkapkan" diri dengan ilmu agama.

boleh tak? :D


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 05-01-10 16:05


Fakta :

Tahukah anda? Sewaktu krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, masalah konflik rumahtangga telah meningkat sehingga 70% , ini membuktikan masalah kewangan juga boleh menjadi penyebab utama bagi kehancuran sesebuah rumahtangga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 16:11


kak myhoney..

nak tambah jawapan.. pengorbanan.. hihi. apalah 'kos' tu :malu:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 07:53


huhu..mahalnya nak kawin..aku kawin taklah guna duit sebanyak 2pun..hantaran RM3000, maskawin seutas rantai (RM500). belanja kenduri lebih kurang RM1500..murah kan?? AlhmduliLLAH bahagia saja sampai sekarang dan bakal dkurniakan cahaya mata tak lama lagi :) bahagianya hidup bersederhana


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

aiNa85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2009
Ahli No: 38304
Posting: 94
Dari: negeri jelapang padi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 10:29


susah jugak ye nak kahwin ini... :berfikir:


-----------------
-PermataAyahBonda-


Bookmark and Share

    


  Member Information For aiNa85Profil   Hantar PM kepada aiNa85   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 06-01-10 10:33


fuiyyoo, nampaknya kenalah daku berkerje keras nan ikhlas.


-----------------
pengalaman itu ibarat guru
yang mengajar di sekolah hidupmu


Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 10:35


kadang-kadang fikir, bagus juga.. Letak harga tinggi-tinggi, biar org yang nak membayar 2, hargai sikit $ yang dah dia laburkan 2.. hihi :-D jangan marah..


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 06-01-10 10:37


Pada 06-01-10 07:53 , dziaulhaq posting:

!!! QUOTE !!!

huhu..mahalnya nak kawin..aku kawin taklah guna duit sebanyak 2pun..hantaran RM3000, maskawin seutas rantai (RM500). belanja kenduri lebih kurang RM1500..murah kan?? AlhmduliLLAH bahagia saja sampai sekarang dan bakal dkurniakan cahaya mata tak lama lagi :) bahagianya hidup bersederhana



Alhamdulilah, ada lagi ke wanita macam ini? Yang SPM level pun dekat 10K. :-P Apatah lagi Master,PHD level.

Perempuan suka betul harga tinggi, sebab mereka cakap 'ingat kami tak ada harga ke?' (komen yang biasa didengar...hehehe)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 13:11


HURM.... BAGI org DATANG MAKAN MEE GORENG lah GAMAKNYE... HEHEHEHE


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 15:02


Pada 05-01-10 15:55 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

kena teka pula... :D

saya cuba..

sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.. berazam mahu menjaga isteri sebagai amanah seperti membimbing isteri. berusaha "melengkapkan" diri dengan ilmu agama.

boleh tak? :D



fuh pandainya..... betul lah ni....untungnya broshahir... :-D

ehem, akak minggu lepas terbeli buku 'aku terima nikahnya' dari ustaz hasrizal ketika mencari buku2 rujukan. Dah banyak kali tengok entah Kenapa minggu lepas tergerak hati membelinya. Jadi bila baca thread ni teringatlah kat 'isi' buku tersebut....

antara 'kos' yang perlu dipertimbangkan dan dicurahkan ialah untuk benar-benar memahami makna "man are from Mars, women are from Venus "....ngeh3x....akak teringin sangat miliki buku ni.

kadang bila tak dapat faham itu yang 'masam' saja suasana kerana dilimpahi rasa tak puashati.. :-D

lagi satu.....

kos untuk penyediaan hati bagi memiliki sifat qanaah yang sebegini " bersyukur atas kebaikan pasangan dan bersabar dengan kekurangan"

;-)


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 15:10


Pada 05-01-10 16:05 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Fakta :

Tahukah anda? Sewaktu krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, masalah konflik rumahtangga telah meningkat sehingga 70% , ini membuktikan masalah kewangan juga boleh menjadi penyebab utama bagi kehancuran sesebuah rumahtangga.


hmmm....anda juga patut tahu konflik rumahtangga juga banyak berlaku dikalangan org kaya-kaya yang kewangan bukanlah menjadi masalah kepada mereka...ini menunjukkan bukanlah kewangan yang menjadi penyebab utama kepada kehancuran /tangga...
terima kasih.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 06-01-10 15:40


Itu fakta yang aku petik dari buka 'mencari mas kahwin'

fakta aku pula. bukan kewangan asbab runtuh nya rumah tangga...tapi iman dan taqwa seseorang yang meruntuhkan institusi perkahwinan yang dibina..bila mana tiada lagi iman dan taqwa dalam diri seorang muslim maka jadilah banyak perkara antara nya cerai berai..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 16:01


kak myhoney,

manusia tahu tak semestinya buat.. :D
sebab itulah kos penyediaan hati untuk sifat qanaah itulah sangat penting agaknya. :berfikir:


Betul betul betul.. nabi, puterinya fatimah dan para sahabat dulu-dulu bukannya banyak duit. Tapi mereka menjadikan Islam sebagai jalan hidup.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

pencinta_yesus
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.12.2009
Ahli No: 38598
Posting: 57
Dari: sabah.labuan, yogyakarta,bandung.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 02:43


dunia dinilai dengan wang dan harta. bahagia diukur dengan harta. cinta disebabkan harta. kasih sayang bergantung pada harta, kehancuranlah akibatnya.


-----------------
agamaku agama cinta, tiada kebencian yang ada hanya cinta. Aku tidak akan mengikuti agama yang mengajarkan kebencian dan permusuhan."islam, kristian, hindu


Bookmark and Share

    


  Member Information For pencinta_yesusProfil   Hantar PM kepada pencinta_yesus   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 07-01-10 12:19


Pada 07-01-10 02:43 , pencinta_yesus posting:

!!! QUOTE !!!

dunia dinilai dengan wang dan harta. bahagia diukur dengan harta. cinta disebabkan harta. kasih sayang bergantung pada harta, kehancuranlah akibatnya.



sebab itu penting nya iman dan taqwa agar rumahtangga tidak goyah. Tapi sedar tak sedar iman makin hari makin terhakis.

Perlukan keazaman yang kuat untuk meningkatkan iman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 12:28


Pada 07-01-10 02:43 , pencinta_yesus posting:

!!! QUOTE !!!

dunia dinilai dengan wang dan harta. bahagia diukur dengan harta. cinta disebabkan harta. kasih sayang bergantung pada harta, kehancuranlah akibatnya.



dalam ugame kamu berapa kosnya...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128029 saat. Lajunya....