Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Mencari lilin lebih baik dari merungut bila kegelapan

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 216
Ahli: 0
Jumlah: 216




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: PTPTN: hutang tetap hutang !


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» PTPTN: hutang tetap hutang !

Please Mendaftar To Post


Oleh PTPTN: hutang tetap hutang !

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 01-01-10 12:03


salam..

lamada isu ni org lupakan.. tapi sebagai seorang wargenegara yang baik maka saya nak serula kat kalian yang ptptn tu adalah kewajban bagi kita untuk melunaskannya kembali.. saya tak paham Kenapa lah ramai rakan-rakan saya suka mengela untuk mmbayar kembali sedangkan masing-masing da punya kerjya baik..setakat seratus dua tu takkan tak dapat nak bayr tiap bulan...sudahla caj 3% tu semakin naik dr bulan kebulan..Kalau lambat..setinggi bulanla dia kena byar... ramai yang anggap ptptn tu duit rakyat dan sepatutnya kita ad hak gunakannya tanpa mmbayar kembali..malah ada yang mengimpikan jk kerajaan bertukar maka hutang ptpn dilupuskan..atau paling tak faedah yang dikenakan lgsung lupus..tapi tunggu puny tunggu sesen pun tak bayar lagi..sampai bila...

saya alhamdulillah since dapat kerja tetiap bulan saya istiqamah bayar dan sampai kini setelah setahun baki d ptptn da berkurangan.. sekitar 30% saja nak langsai...dan caj pengurusan setiap bulan pun da kurang..Kalau dulu sekitar 8 riggit sebulan dar baki pinjaman, sekarang hanya 3-4 rggit saja...bila kat byar tiap-tiap bulan ia akan semakin bkurangan...percya lah..

so..tunggu apa lagi... :welcome:





(saya tidak d upah oleh pihak ptptn untuk berkempen...heeeheee..sekadar menasihati sesama saudara semuslim.. :D)


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-01-10 20:00


jap2...
da lama tak bayar... bila ingat baru nak bayar...
tak istiqamah pun... main sesuka saja nak bayar...
kering saja, kadang-kadang...
nanti2 lah...
caj tinggi itu..

kalau kadang-kadang lari bagus kan dari jarang-jarang kan?
hehehe..

caj dia tetap naik ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 02-01-10 11:37


MANSUHKAN PTPTN!!!!!!!!!!!


SOKONGLAH PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA RAKYAT!!!!!!!!!!!


BUKAN SEMUA RAKYAT GOLONGAN BERADA.PENDIDIKAN ADALAH HAK ASASI MANUSIA BUKAN TEMPAT MENGAUT UNTUNG!!!!!!!!!!!!


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-01-10 11:44


seperti mana rajin bayar ansuran kereta.. macam tu juga lah seharusnya rajin bayar ptptn
saya pun pernah hampir 2 tahun tak bayar..hehe..
insyaAllah.. akan terus membayar ..

ramai yang buat ringan bayar ptptn sebab tiada kesan apa-apa..
kalau tak bayar kereta.. kereta kena tarik
kalau tak bayar ptptn.. telinga tak kena tarik.. :P

bab caj tu..memang menyampah pun bila difikirkan... tapi apakan daya, seharusnya kalau tak mahu bayar caj tu jangan lah ambil loan tu ye tak?
bila dah ambil kena lah bayar...
sebagaimana kita berhutang dengan rakan atau keluarga wajib bayar..macam tulah juga hutang ni...bawa ke mati jua nanti..
so hopefully dapatlah kita bayar perlahan2.. jangan langsung tak bayar..at least ada usaha untuk membayarnya..

kadang-kadang bila difikirkan..selagi hutang menuntut ilmu ini belum dijelaskan, saya sebenarnya masih belum layak untuk memasang angan2 menunaikan haji di mekah sana.. isk..sedih


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 02-01-10 11:46


tak bayar ptptn tu nanti surat merah sampai rumah ada lah......

sebab tu mari perjuangkan pendidikan percuma untuk rakyat sebab tak rugi pun lagi untung ada lah........


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-01-10 20:06


Pada 02-01-10 11:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

MANSUHKAN PTPTN!!!!!!!!!!!


SOKONGLAH PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA RAKYAT!!!!!!!!!!!


BUKAN SEMUA RAKYAT GOLONGAN BERADA.PENDIDIKAN ADALAH HAK ASASI MANUSIA BUKAN TEMPAT MENGAUT UNTUNG!!!!!!!!!!!!



:lucu: GILA...nila cara cakap tanpa menggunakan otak...


-----------------
Manchester United Truly Fans


Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 00:03


Pada 02-01-10 20:06 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-01-10 11:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

MANSUHKAN PTPTN!!!!!!!!!!!


SOKONGLAH PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA RAKYAT!!!!!!!!!!!


BUKAN SEMUA RAKYAT GOLONGAN BERADA.PENDIDIKAN ADALAH HAK ASASI MANUSIA BUKAN TEMPAT MENGAUT UNTUNG!!!!!!!!!!!!



:lucu: GILA...nila cara cakap tanpa menggunakan otak...

sikit-sikit nak free.. apa kata rashdin pergi tolong org byrkn hutang ptptn. asyik2 nak mansuh. hehe..

kot2la dia ni jadi pemerintah semuah free, load kereta tak payah bayar, semua free.. janganlah pendidikan saja percuma, Kebajikan percuma..hahaha

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 00:04


Pada 02-01-10 11:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

MANSUHKAN PTPTN!!!!!!!!!!!


SOKONGLAH PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA RAKYAT!!!!!!!!!!!


BUKAN SEMUA RAKYAT GOLONGAN BERADA.PENDIDIKAN ADALAH HAK ASASI MANUSIA BUKAN TEMPAT MENGAUT UNTUNG!!!!!!!!!!!!



Inilah sistem pendidikan model kapitalis wahai saudara..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 00:07


Marilah sokong pendidikan free wahai saudara..

Marilah boikot sistem pendidikan kapitalis..

Marilah boikot sistem hidup kufur yang lain-lain wahai saudara2 sekelian..

Kita ubah secara total sistem2 yang ada sekarang..

Kita naikkan khilafah secara taghyir wahai sauadara..

Kita boikot sistem demokrasi..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 07:39


memang lah rakyat ada hak dapat pendidikan percuma..tapi sekarang ni kita menerima aku janji tu dengan kenyataannya sebagai hutang..Kalau da rasa tak nak bayar kenapa ambil jugak? so sampai masanya kena lah bayar balik..pastikah kita d masa depan harapan kita akan adanya pemansuhan ptptn tu terlaksana? tak tau lah Kalau Kalau antara kita ni rasa selesa saja dibebani hutang..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 09:00


betul tu..hutang tetap hutang..saya belum lagi bayar even dah dah kerja dah 8 bulan.ada juga simpan sikit-sikit untuk bayar tapi tak byr2 juga..

jadi, bayarlah hutang..


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 10:24


Pada 02-01-10 20:06 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-01-10 11:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

MANSUHKAN PTPTN!!!!!!!!!!!


SOKONGLAH PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA RAKYAT!!!!!!!!!!!


BUKAN SEMUA RAKYAT GOLONGAN BERADA.PENDIDIKAN ADALAH HAK ASASI MANUSIA BUKAN TEMPAT MENGAUT UNTUNG!!!!!!!!!!!!



:lucu: GILA...nila cara cakap tanpa menggunakan otak...




keh3 kalau dah tak ada modal ini sajalah jawapannya ;-)


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 10:25


Pada 03-01-10 00:04 , panglima_garang posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-01-10 11:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

MANSUHKAN PTPTN!!!!!!!!!!!


SOKONGLAH PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA RAKYAT!!!!!!!!!!!


BUKAN SEMUA RAKYAT GOLONGAN BERADA.PENDIDIKAN ADALAH HAK ASASI MANUSIA BUKAN TEMPAT MENGAUT UNTUNG!!!!!!!!!!!!



Inilah sistem pendidikan model kapitalis wahai saudara..




pernah baca tak ciri-ciri pendidikan kapitalis????

!!! QUOTE !!!

Ciri Pendidikan Kapitalis

Apa yang dibincangkan tadi adalah salah satu ciri-ciri yang dapat terlihat dalam sistem pendidikan modern sekarang ini dan apakah pandangan Islam terhadapnya serta hukum tanggugjawab negara dalam memberikan pendidikan kapada rakyatnya. Selain daripada itu, ada lagi ciri-ciri yang khas yang ada pada sistem pendidikan kapitalis antaranya adalah seperti sukarnya mendapatkan tawaran pendidikan seperti yang telah berlaku baru-baru ini dan heboh diperkatakan semasa pengambilan pelajar, adanya pembatasan orang yang tertentu dengan keadaan yang tertentu untuk mendapatkan pendidikan, kurikulum yang sentiasa berubah-ubah, pemisahan antara ilmu agama dengan ilmu-ilmu umum(keduniaan) sehingga tertumpu kepada materialistik. Yang hanya berfikir keuntungan semata-mata, akhirnya menjadi 'manusia binatang'. Yang sanggup menindas dan memperguna orang-orang yang tak berdaya dan lemah serta rendah taraf pendidikannya untuk kepentingan dan keuntungan peribadi menggunakan kebijaksanaannya yang layak digelar 'Penjenayah Intelektual'.

Kurikulum pendidikan modern dibina dengan garis panduan Barat

Barat telah awal-awal lagi sejak penjajahan telah menumpukan kepada bidang pendidkan sebagai persediaan sebelum memberikan kemerdekaan kepada negeri-negeri Islam ini supaya dapat mengukuhkan kedudukan tetap sebagai penjajahan selama-lamanya tetapi dalam bentuk yang baru. Pihak Barat telah menetapkan program pendidikan dan konsep pengajaran di atas dua landasan , iaitu:

i) Pemisahan Agama dari Kehidupan

ii) Menjadikan Keperibadian Barat sebagai ikutan.

Kurikulum pendidikan modern yang jalankan di negeri-negeri Islam dibina dengan kaedah "Trial and error" dan landasan pemikiran Barat yang sekular. Cara membangun sistem dibuat dengan mengikut keaddaan. Apabila timbul masalah, maka barulah difikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya tanpa satu garis panduan yang tetap (mengikut akal manusia). Yang menjadi mangsa adalah pelajar muslim, menjadi bahan ujikaji suatu sistem yang tidak dapat dipastikan kebenarannya dan keberkesannannya dalam mernjamin kesejahteraan ummat. Memamng pendidikan modern boleh memberikan pengetahuan dan ilmu tetapi gagal dalam mempersiapkan kader-kader yang diperlukan ummat. Para pelajar menjadi orang yang bersandar dan merujuk kepada Barat dalam semua aspek kehidupan. Jadi kita tidak hairan jika ada orang terpelajar negeri-negeri Islam yang mengatur sistem pendidikan atas dasar sekular dan berkelakuan seperti mereka(Barat). Dan ada yang menjadi penentang untuk mewujudkan Daulah Islamiyyah atau perjuangan menerapkan syari'at Islam dalam politik negara. Ini semua kerana ketidakfahaman terhadap tujuan pendidikan dan ciri manusia yang akan dibentuk dari pendidikan.



-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 10:28


Pada 03-01-10 00:03 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-01-10 20:06 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-01-10 11:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

MANSUHKAN PTPTN!!!!!!!!!!!


SOKONGLAH PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA RAKYAT!!!!!!!!!!!


BUKAN SEMUA RAKYAT GOLONGAN BERADA.PENDIDIKAN ADALAH HAK ASASI MANUSIA BUKAN TEMPAT MENGAUT UNTUNG!!!!!!!!!!!!



:lucu: GILA...nila cara cakap tanpa menggunakan otak...

sikit-sikit nak free.. apa kata rashdin pergi tolong org byrkn hutang ptptn. asyik2 nak mansuh. hehe..

kot2la dia ni jadi pemerintah semuah free, load kereta tak payah bayar, semua free.. janganlah pendidikan saja percuma, Kebajikan percuma..hahaha



kebajikan seperti healthcare dan education memang free sebab tu hak asasi manusia bukan hak milik konglomerat.

dan ia juga adalah tanggungjawab pemerintah bukan pemerintah lepas tangan saja


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 10:34


Pada 03-01-10 07:39 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

memang lah rakyat ada hak dapat pendidikan percuma..tapi sekarang ni kita menerima aku janji tu dengan kenyataannya sebagai hutang..Kalau da rasa tak nak bayar Kenapa ambil jugak? so sampai masanya kena lah bayar balik..pastikah kita d masa depan harapan kita akan adanya pemansuhan ptptn tu terlaksana? tak tau lah Kalau Kalau antara kita ni rasa selesa saja dibebani hutang..




sila baca statement ini baru komen ya


!!! QUOTE !!!

Pandangan Islam terhadap Pendidikan Berbayar

Sistem pendidikan yang ada menyebabkan yuran terlalu tinggi dan boleh dikatakan 'ajaib'. Ada yuran pengajian, yuran perpustakaan, yuran kesihatan, yuran sukan, bayaran nota, yuran peperiksaan dan berbagai lagi. Masyarakat yang berpendapatan rendah (akibat dihisap habis-habisan oleh sistem kapitalis) terpaksa menyerah diri dan menerima bahawa mereka tidak mampu memberikan pendidikan sempurna kepada anak mereka kerana tingginya perbelanjaan pendidikan pada hari ini. Memang sudah menjadi kelaziman sebuah negara kapitalis akan wujud dua golongan iaitu antara yang berkemampuan mendapatkan pendidikan dan ada yang akan tewas serta tidak mampu mendapatkan pendidikan akibat dari tingginya kos hidup, golongan miskin gagal untuk bersaing di pasaran. Maka, akan terwujudnya golongan yang mundur pendidikannya akibat dari kurikulm pendidikan moden yang dilaksanakan di sekolah-sekolah, institut-institut pengajian tinggi, dan lembaga-lembaga pendidikan yang ada di seluruh negeri-negeri Islam.

Kurikulum pendidikan yang dilaksanakan di negeri-negeri Islam sekarang ini didasari oleh konsep-konsep pemikiran kapitalisme, yang memisahkan agama dari kehidupan. Lebih parah lagi, ia telah menjauhkan umat Islam dari tsaqafahnya dan membuang ruh/daya cipta dari jiwa umat Islam, sehingga keadaannya sama seperti di zaman Jahiliyah. Keadaan seperti ini memerlukan suatu pemikiran dan penyelasaian secara menyeluruh dan sungguh-sungguh dari Khilafah Islamiyah pada ketika ia muncul kembali di dunia. Sejarah telah membuktikan bahawa Islam sejak awalnya telah berusaha membuang taraf yang hina (kejahilan) ini dari ummat Islam yang mulia ini, dengan cara memastikan setiap Muslim menuntut ilmu dan belajar. Rasulullah telah menerapkan suatu sistem yang terbaik dalam menangani hal ini. Beliau mendorong ummat Islam supaya menuntut ilmu dan membenteras buta huruf pada permulaan berdirinya Daulah Islam di Madinah, iaitu setiap tawanan Perang Badar dimestikan mengajar sepuluh orang kaum Muslimin sebagai tebusannya.

Oleh kerana itu, dalam Khilafah Islamiyyah tidak akan muncul kemunduran pendidikan (kebodohan) di kalangan umatnya, sebab Allah SWT mewajibkan kepada setiap Muslim untuk menuntut ilmu dan mencari bekalan untuk dirinya dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan untuk keperluan hidupnya serta keperluan hidup ummatnya. Rasulullah SAW bersabda:

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim" dalam hadis lain dikatakan:

"Jadilah kamu sebagai orang yang alim atau orang yang menuntut ilmu atau sebagai orang yang mendengarkan (ilmu) atau yang cinta (terhadap ilmu) akan tetapi janganlah kalian menjadi orang yang kelima (orang yang bodoh) nanti kalian akan binasa."

Atas dasar ini, negara wajib menyempurnakan bahagian pendidikannya melalui sistem pendidikan yang percuma untuk semua rakyatnya. Ilmu pengetahuan termasuk keperluan asas manusia. Oleh itu ia merupakan kewajiban negara. Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya termasuk tanda-tanda datrangnya hari Kiamat adalah hilangnya ilmu dan meluasnya kebodohan."


Hadits ini menunjukkan bahawa dengan hilangnya ilmu pengetahuan, umur dunia semakin mendekati akhirnya. Ini merupakan isyarat bahawa ilmu itu suatu yang penting, kerana ilmu adalah keperluan asas manusia. Ilmu yang dimaksudkan dalam hadits ini adalah ilmu Islam. Ilmu Islam mempunyai kedududkan yang penting untuk memahami agama. Begitu juga ilmu pengetahuan yang lain kerana ada persamaan iaitu diperlukan dalam kehidupan.

Dalil yang menunjukkan bahawa pendidikan adalah percuma menjadi tanggungjawab Khilafah Islamiyyah adalah berdasarkan Ijma' Sahabat yang memberikan gaji kepada para pengajar dari Baitul Maal dengan jumlah yang tertentu. Diriwayatkan dari Ibnu Abi Syaibah, dari Sadaqoh ad-Dimasyqi, dari al-Wadl-iah bin Atha; bahawasanya ada tiga orang guru di Madinah yang mengajar anak-anak, dan Khalifah Umar bin al-Khathab memberi gaji lima belas dinar (~63.75g emas) setiap bulan. Dan Rasulullah SAW telah menentukan hukum tebusan tawanan Perang Badar adalah berbentuk kemestian mengajarkan sepuluh orang Muslim. Ini membuktikan bahawa masalah pendidikan adalah tanggungjawab negara, kerana ia menyangkut perkara yang menjadi hajat hidup rakyat yang utama (vital), berbentuk menangani masalah kebodohan dan pembenterasan buta huruf. Adapun dalil syara' yang menjadi dasar bahawa negara mempunyai kewajiban memelihara, mengatur dan melindungi urusan rakyat, adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

Seorang imam(pemimpin) adalah bagaikan pengembala, dan ia akan dipertanggungjawabkan atas gembalaannya." (H.. Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Dawud, dari Ibnu Umar).

Pendidikan adalah keperluan asas bagi umat. Pendidikan bukan hanya sebagai keperluan sampingan, kerana tanpa pendidikan martabat manusia tidak akan mulia. Dengan demikian negara wajib memenuhi keperluan asas rakyatnya melalui pendidikan ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh setiap individu dalam setiap bidang kehidupanSelagi perkara itu menjadi keperluan asas rakyatnya, maka negara wajib membuka dan membangunkan sekolah rendah, sekolah menengah ataupun pengajian tinggi dalam jumlah yang mencukupi sesuai dengan jumlah rakyat yang akan belajar, tidak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa yang buta huruf. Kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan martabat ummat serta mewujudkan kemajuan madani dan moral.

Dalam pengajian peringkat tinggi, harus dibezakan antara pengetahuan dasar (daruriyyat) dan pengetahuan pelengkap(kamaliyyat). Pengetahuan dasar mesti diadakan dan diajarkan di peringkat tinggi sama sepereti di peringkat rendah dan menengah. Pengetahuan ini amat bermanfaat dan dapat menghindarkan manusia dari kesulitan dan kepayahan. Pengetahuan dasar itu termasuklah ilmu kedoktoran, kejuruteraan(mekanikal, elektrik, awam), astronomi, sosial politik, teknologi dan sejenisnya yang mutlak diperlukan dalam kehidupan. Oleh kerana itu Islam mengharuskan pembelajaran ilmu-ilmu seperti ini, yang mempunyai tujuan yang suci murni. Manakala pengetahuan yang bersifat pelengkap, boleh diadakan apabila negara mempunyai peralatan dan kemampuan untuk melakukannya.

Jelaslah bahawa Khilafah Islamiyyah membuka pintu pendidikan seluas-luasnya bagi seluruh rakyat tanpa perlu dibayar se'sen' pun, menurut kemampuan dan kelengkapan yang dimiliki negara ketika itu.
Mengajarkan ilmu pengetahuan yang menjadi keperluan dalam kehidupan manusia termasuk masalah mashalih asasiyah(keperluan asas). Wajib hukumnya bagi negara menbina, membangun dan melengkapkan segala sarana dan prasarana untuk melicinkan pengajaran ilmu-ilmu tersebut di setiap peringkat pendidikan.



-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 09-01-10 21:44


lagi ada siapa mahu sokong pendidikan percuma untuk semua insan tak kira islam tak pun bukan islam???


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-01-10 10:22


Pada saya tak kisah nak bayar balik hutang tapi saya sangat tak setuju bab kadar bunga yang terlalu tinggi. Sebulan, saya kena bayar untuk kos pentadbiran lebih dari RM50. Kononya sekarang ni dah kurangkan sampai 1% tapi masih sama saja..........tak ada pun dikurangkan kos pentadbiran.

Saya tak pernah memohon PTPTN. kerajaan yang bagi duit pinjaman kat saya dan bila daftar saja kat U, terus kena tandatangan surat perjanjian. Dah lah masa tu tak faham apa-apa, tengolk semua org buat kita pun ikut lah.

Bila dah habis belajar baru faham apa itu PTPTN. Ingatkan kerajaan ikhlas nak membantu rakyat tapi rupanya nak mencekik rakyat.

Dah lah nak mencekik rakyat, kita pula diheret bergelumang dengan riba. Sedar atau tidak, orang yang meminjam duit PTPTN ni seolah-olah bersetuju dan bersubahat dengan sistem riba. Maka dapat lah saham dosa riba secara tidak langsung.

PTPTN ni sangat membebankan pada saya. Jika saya faham sistem pembayaran PTPTN, sayaTAK INGIN LANGSUNG menerima pinjaman PTPTN. Saya rasa TERTIPU!


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 10-01-10 16:19


saya juga sokong dengan sesiapa yang tak setuju dengan kadar kos penguruan 3% tu...tapi atleast jumlah hutang yang kita ambil tu kena lah bayar jugak...try lah istiqmah... saya sekarang kos pengurusan setiap bulan da tinggal 3 ke 4 ringgit sahaja setiap bulan bbanding dulu yang sekitar 10 rggit... betul..makin kita konsisten bayar makin kurang lah...lagi lama kita tak bayar makin naik lah kdar bulnan dia tu...

dan saya masa isi pjajian xe pulak rasa tertipu..slain da d explain oleh pihak ptptn sediri masa minggu orentasi d kampus, kita juga yang cerdik pandai tentu saja da baca terma dan syarat2 nya before sign..lagipun tnetu jugak kita ada refer benda ni pada parent untuk sama memahaminya, kan?


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-01-10 00:02


Pada 10-01-10 16:19 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

saya juga sokong dengan sesiapa yang tak setuju dengan kadar kos penguruan 3% tu...tapi atleast jumlah hutang yang kita ambil tu kena lah bayar jugak...try lah istiqmah... saya sekarang kos pengurusan setiap bulan da tinggal 3 ke 4 ringgit sahaja setiap bulan bbanding dulu yang sekitar 10 rggit... betul..makin kita konsisten bayar makin kurang lah...lagi lama kita tak bayar makin naik lah kdar bulnan dia tu...

dan saya masa isi pjajian xe pulak rasa tertipu..slain da d explain oleh pihak ptptn sediri masa minggu orentasi d kampus, kita juga yang cerdik pandai tentu saja da baca terma dan syarat2 nya before sign..lagipun tnetu jugak kita ada refer benda ni pada parent untuk sama memahaminya, kan?



rasanya anda masih tak tahu betapa pentingnya pendidikan percuma......anda kata suruh istiqamah tapi saya tengok dalam isu ini semua pelajar seperti menyerahkan leher untuk disembelih oleh orang yang ada kepentingan dan mengaut untung.......apa perlu pula nak buat begitu?????saya sangat bersetuju pendidikan diberi PERCUMA kepada semua insan tak kira agama apa pun........saya tak rela lihat semua orang berhutang sambil belajar

syemarly sila baca statement saya di atas tu...


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-01-10 10:43


Pada 10-01-10 10:22 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada saya tak kisah nak bayar balik hutang tapi saya sangat tak setuju bab kadar bunga yang terlalu tinggi. Sebulan, saya kena bayar untuk kos pentadbiran lebih dari RM50. Kononya sekarang ni dah kurangkan sampai 1% tapi masih sama saja..........tak ada pun dikurangkan kos pentadbiran.

Saya tak pernah memohon PTPTN. kerajaan yang bagi duit pinjaman kat saya dan bila daftar saja kat U, terus kena tandatangan surat perjanjian. Dah lah masa tu tak faham apa-apa, tengolk semua org buat kita pun ikut lah.

Bila dah habis belajar baru faham apa itu PTPTN. Ingatkan kerajaan ikhlas nak membantu rakyat tapi rupanya nak mencekik rakyat.

Dah lah nak mencekik rakyat, kita pula diheret bergelumang dengan riba. Sedar atau tidak, orang yang meminjam duit PTPTN ni seolah-olah bersetuju dan bersubahat dengan sistem riba. Maka dapat lah saham dosa riba secara tidak langsung.

PTPTN ni sangat membebankan pada saya. Jika saya faham sistem pembayaran PTPTN, sayaTAK INGIN LANGSUNG menerima pinjaman PTPTN. Saya rasa TERTIPU!



habis tu lepas awak sedar di tipu, awak tak tolak balik ke pinjaman ptptn tu?



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-01-10 10:55


Saya tak pernah sign perjanjian PTPTN tapi PTPTN pernah masukkan duit untuk satu semester. Rasanya masa itu ramai yang tak sign dapat sebab PTPTN punya database almaklum serabut. Saya tahu duit tu duit PTPTN pun sebab jumlah amaun dan masa kemasukan yang sama dengan pelajar yang dapat PTPTN.

Duit itu saya simpan dan tak gunakan sehinggalah akhir pengajian dapat surat PTPTN minta sekali dengan cas perkhidmatan. Padahal duit tu tersalah masuk tak patut kena cas perkhidmatan. Saja tak nak pulangkan awal-awal sebab PTPTN nya data selalu tak betul, nanti dah pulang pun kata tak pulang. Alhamdulillah duit dah selamat dipulangkan berserta cas perkhidmatan. Kalau ikut logik akal tak pulang pun PTPTN pun tak boleh buat apa sebab tak ada hitam dan putih, tapi tak berani nak ambil duit yang bukan hak kita. Berat hukuman di akhirat makan duit haram.

Alhamdulillah juga saya dapat biasiswa JPA masa belajar dan tak perlu ambil PTPTN. Memang kasihan pada pelajar yang ambil PTPTN, bayar pun macam tak luak2 sebab kadar faedah yang tinggi. Baru habis belajar nak mulakan hidup dah dibebankan dengan hutang.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-01-10 11:09


Pada 11-01-10 10:43 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-01-10 10:22 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada saya tak kisah nak bayar balik hutang tapi saya sangat tak setuju bab kadar bunga yang terlalu tinggi. Sebulan, saya kena bayar untuk kos pentadbiran lebih dari RM50. Kononya sekarang ni dah kurangkan sampai 1% tapi masih sama saja..........tak ada pun dikurangkan kos pentadbiran.

Saya tak pernah memohon PTPTN. kerajaan yang bagi duit pinjaman kat saya dan bila daftar saja kat U, terus kena tandatangan surat perjanjian. Dah lah masa tu tak faham apa-apa, tengolk semua org buat kita pun ikut lah.

Bila dah habis belajar baru faham apa itu PTPTN. Ingatkan kerajaan ikhlas nak membantu rakyat tapi rupanya nak mencekik rakyat.

Dah lah nak mencekik rakyat, kita pula diheret bergelumang dengan riba. Sedar atau tidak, orang yang meminjam duit PTPTN ni seolah-olah bersetuju dan bersubahat dengan sistem riba. Maka dapat lah saham dosa riba secara tidak langsung.

PTPTN ni sangat membebankan pada saya. Jika saya faham sistem pembayaran PTPTN, sayaTAK INGIN LANGSUNG menerima pinjaman PTPTN. Saya rasa TERTIPU!



habis tu lepas awak sedar di tipu, awak tak tolak balik ke pinjaman ptptn tu?




orang kita kan memang kuat redha tapi REDHA TAK BERTEMPAT!!!


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar


posticon Posting pada: 11-01-10 11:12


ya kita boikot sistem kapitalis yang ada sekarang ni.
semua tak payah pergi belajar..duduk rumah sehingga kapitalis dah tiada baru sambung belajar semula.

kufur kufur kufur

Bookmark and Share

    


  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-01-10 11:32


Pada 11-01-10 11:12 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

ya kita boikot sistem kapitalis yang ada sekarang ni.
semua tak payah pergi belajar..duduk rumah sehingga kapitalis dah tiada baru sambung belajar semula.

kufur kufur kufur


lah..
ada ke patut tak payah belajar..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-01-10 17:24


alhamdulillah
Saya dah bayar semua pinjaman asas.yang duit pentadbiran tu tunggu dikurangkan 1%. Dah berkali call suruh laksana ujrah.Alasannya sistem bermasalah lah .. hapela....esok akan call lagi.

Anyway.... Saya sokong sistem pendidikan percuma..
tak adil banduan buat jenayah dapat makan free.
org yang belajar nak bgnkan negara dapat beban hutang
Tah hape2 entah


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-01-10 08:30


Pada 11-01-10 10:43 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-01-10 10:22 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada saya tak kisah nak bayar balik hutang tapi saya sangat tak setuju bab kadar bunga yang terlalu tinggi. Sebulan, saya kena bayar untuk kos pentadbiran lebih dari RM50. Kononya sekarang ni dah kurangkan sampai 1% tapi masih sama saja..........tak ada pun dikurangkan kos pentadbiran.

Saya tak pernah memohon PTPTN. kerajaan yang bagi duit pinjaman kat saya dan bila daftar saja kat U, terus kena tandatangan surat perjanjian. Dah lah masa tu tak faham apa-apa, tengolk semua org buat kita pun ikut lah.

Bila dah habis belajar baru faham apa itu PTPTN. Ingatkan kerajaan ikhlas nak membantu rakyat tapi rupanya nak mencekik rakyat.

Dah lah nak mencekik rakyat, kita pula diheret bergelumang dengan riba. Sedar atau tidak, orang yang meminjam duit PTPTN ni seolah-olah bersetuju dan bersubahat dengan sistem riba. Maka dapat lah saham dosa riba secara tidak langsung.

PTPTN ni sangat membebankan pada saya. Jika saya faham sistem pembayaran PTPTN, sayaTAK INGIN LANGSUNG menerima pinjaman PTPTN. Saya rasa TERTIPU!



habis tu lepas awak sedar di tipu, awak tak tolak balik ke pinjaman ptptn tu?



dah terlambat nak tolak.
lagipun masa tu PTPTN baru dperkenalkan diMalaysia, jadi ramai orang yang tak faham apa itu PTPTN termasuk ibubapa saya.

kita kan org yang selalu bersangka baik, selalu bersangka kerajaan mahu menolong RAKYAT.......


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

machok
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.06.2006
Ahli No: 24645
Posting: 31
Dari: Batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 12-01-10 09:39


nasib baik ak tak ada ptptn..huhu


-----------------
hidup ini biar happy jangan menyusahkan orang...


Bookmark and Share

    


  Member Information For machokProfil   Hantar PM kepada machok   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-01-10 09:55


tu sebab kalau cuti panjang pergilah bekerja...gain money, work and social experiance...dapat buat network dengan compay2..belajar-belajarlah cari duit sendiri..bila masuk semester baru dah ada duit..
saya dulu tak pakai pun PTPTN ni...dan hampir semua super/hypermarket complex di lembah kelang ni saya pernah bekerja..Lot10, BB plaza sungai wang, sogo, hangkyu jaya (telah bangkrap), yaohan (the mall, telah ditutup), jusco wangsa maju dan one utama, batu road supermarket (telah ditutup) , metrojaya sinar kota (sekarang mydin).

dapat duit..boleh bayar yuran2 yang berkaitan..
dan ada belanja sikit


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-01-10 09:56


saya pun masa semester 1 dapat ptptn..kemudian dapat JPA sebab JPA lambat sikit
lepas urus perjanjian bayar balik ptptn dah tak berkaitan dah dengan ptptn


kawan-kawan saya diberi pilihan ptptn dan jpa, ada yang pilih ptptn


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-01-10 12:45


Dulu kawan-kawan saya panggil PTIPUTIPU...sebab memang cekik darah dan suruh sign beramai-ramai....masa minggu orientasi...budak lepas SPM...memang sign tak fikir panjang....baca pun tak berapa nak faham...lagipun tak nak susahkan abah bayar yuran...dapat kerja memang cuba settle PTPTN dulu... bonus pun habis bayar PTPTN..
malas nak berhutang lelama...serabut kepala...


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-01-10 12:56


Pada 12-01-10 09:56 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

saya pun masa semester 1 dapat ptptn..kemudian dapat JPA sebab JPA lambat sikit
lepas urus perjanjian bayar balik ptptn dah tak berkaitan dah dengan ptptn


kawan-kawan saya diberi pilihan ptptn dan jpa, ada yang pilih ptptn



jpa tu biasiswa ke pinjaman?

ada pulak ye yang pilih ptptn..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-01-10 13:54


jpa biasiswa..

alasan mereka taknak jpa sebab tidak mahu terikat kerja dengan kerajaan.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-01-10 13:56


Salam..

Walau macam mana sengal pun perasaan mengenangkan caj yang bertimbun-timbun itu, tapi tetap juga sedaya upaya unutk membayar..dengan kerja yang tak begitu stabil dan gaji tak begitu banyak dalam tempoh masa dari habis belajar hingga kini, saya usahakan jugak nak membayar setakat yang termampu.Tapi bila tertengok caj nya rasa lemah lutut..tak mengapa lah..janji bayar.kereta pun tak tergamak nak beli sebab mengenangkan bebanan hutang yang makin bertimbun(rasa ngeri dengan skim pinjaman,loan etc).


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 12-01-10 14:56


Pada 12-01-10 12:45 , amirahni posting:

!!! QUOTE !!!

Dulu kawan-kawan saya panggil PTIPUTIPU...sebab memang cekik darah dan suruh sign beramai-ramai....masa minggu orientasi...budak lepas SPM...memang sign tak fikir panjang....baca pun tak berapa nak faham...lagipun tak nak susahkan abah bayar yuran...dapat kerja memang cuba settle PTPTN dulu... bonus pun habis bayar PTPTN..
malas nak berhutang lelama...serabut kepala...




dah tahu menipu marilah sokong usaha memberikan PENDIDIKAN PERCUMA kepada semua insan kerana ia adalah HAK ASASI bukan tempat MENGAUT UNTUNG


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-01-10 19:08


Pada 12-01-10 13:56 , setanggi_syurga83 posting:

!!! QUOTE !!!

Salam..

Walau macam mana sengal pun perasaan mengenangkan caj yang bertimbun-timbun itu, tapi tetap juga sedaya upaya unutk membayar..dengan kerja yang tak begitu stabil dan gaji tak begitu banyak dalam tempoh masa dari habis belajar hingga kini, saya usahakan jugak nak membayar setakat yang termampu.Tapi bila tertengok caj nya rasa lemah lutut..tak mengapa lah..janji bayar.kereta pun tak tergamak nak beli sebab mengenangkan bebanan hutang yang makin bertimbun(rasa ngeri dengan skim pinjaman,loan etc).



sama lah kita setanggi_syurga tapi saya ni dah beli kereta. setiap bulan dapat gaji habis untuk bayar hutang saja.... entah lah. nak makan pun kena catu.

muda2 dah ada hutang lebih RM 60 000. mana lah nak cekau duit nak bayar hutang ini.....tapi si PTPTN tu, setiap bulan ada bunga, makin bertambah2 lah....patut lah Allah haram kan RIBA, rupanya ia sungguh membebankan!


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.150384 saat. Lajunya....