Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 201
Ahli: 0
Jumlah: 201




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 31 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Hebahan Aktiviti
Topik: Ops Hijrah 2010


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Hebahan Aktiviti
    »» Ops Hijrah 2010

Please Mendaftar To Post


Oleh Ops Hijrah 2010

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 31-12-09 17:45


Ops Hijrah 2010 akan diadakan pada hari Khamis 31 Disember 2009 mulai jam 10.00 malam berpusat di tiga pangkalan iaitu Ampang, Kajang dan Shah Alam.

Pusat-pusat operasi bagi ketiga-tiga lokasi ialah:

(i) Ampang – Dewan MPAJ Pandan Indah
(ii) Kajang – Dewan MPKJ Kajang
(iii) Shah Alam – Masjid Negeri Shah Alam


Semua petugas sukarelawan Perkid yang terlatih dijemput hadir di pusat-pusat operasi di atas mulai jam 9.00 malam.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Perkid di talian:

03-9021 3730
019-356 8914


Sedikit makluman tentang penganjuran ops ini:

Ampang - Ops dianjur bersama oleh Parlimen Ampang, DUN Cempaka, JKP Zon 19 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Polis Ampang Jaya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Daerah Hulu Langat, Agensi Antidadah Kebangsaan Hulu Langat, Perkid dan Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perasmian ops akan disempurnakan oleh yang.B. Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang di Dewan MPAJ Pandan Indah pada jam 10.00 malam 31 Disember 2009.

Kajang - Ops dianjur bersama oleh Parlimen Hulu Langat, Polis Kajang, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Daerah Hulu Langat, Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Pejabat Daerah Hulu Langat, Agensi Antidadah Kebangsaan Hulu Langat, Perkid, Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Unit Amal Hulu Langat.

Perasmian ops akan disempurnakan oleh yang.B. Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat di Dewan MPKJ Kajang pada jam 10.00 malam 31 Disember 2009.

Shah Alam – Perkid akan membantu ops yang dijalankan oleh para penguasa JAIS dan pegawai-pegawai masjid.



http://www.perkid.net/v3/?p=782


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 31-12-09 17:48


'Ziarah Kasih' dekati masyarakat malam tahun baru

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersama-sama- Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan mengadakan Ekspedisi Dakwah atau 'Ziarah Kasih' sempena Sambutan Malam Tahun Baru 2010 malam ini.

Program yang akan diketuai oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hasan itu dan turut disertai oleh muslimat dan Nisa' Wilayah Persekutuan bermula jam 10 malam dan akan berakhir pada jam 12 malam.


Ziarah Kasih ini bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengaruh budaya barat dan ancaman kepada masyarakat selain menjalin hubungan secara terus dengan pengujung sambutan tahun baru. Program ini juga bagi mendapatkan maklumat ringkas dan kajian ringan tentang pola kehadiran pengunjung.

Ia mensasarkan kepada anak muda dan golongan remaja bawah umur yang berada di kawasan sambutan tahun baru.
Untuk tujuan itu, DPPP dan DPPWP telah menyediakan risalah untuk diedarkan selain berbicara secara terus dengan mereka.

Tiga lokasi utama iaitu KLCC, Dataran Merdeka dan Taman Tasik Titiwangsa dipilih untuk Ziarah Kasih kerana tiga lokasi ini menjadi tumpuan orang ramai setiap kali menjelangnya tahun baru.

PAS melalui DPPP, muslimat dan Nisa' mengambil inisiatif ini pada setiap tahun sebagai satu langkah untuk mendekati dan menyampaikan risalah dakwah kepada masyarakat.

Program sebegini juga merupakan salah satu cara 'amar makruf nahi mungkar' yang menjadi perjuangan PAS.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23938:ziarah-kasih-dekati-masyarakat-malam-tahun-baru&catid=1:utama&Itemid=50


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-12-09 20:54


dijemput orang-orang kl ke masjid negara malam ni untuk solat sunat gerhana yang dijangka pada pukul 1.15am......


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 01-01-10 12:13


alahaii .. tertidu lena lah mlm tadi .. hehee ...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 01-01-10 23:46


tengok berita tv3 tadi..macam-macam karenah...

di dataran mederka dibanjiri ribuan org melayu islam melauangkan new year..

di bukit bintang dibanjiri org-org cina can india campur melayu minoriti sambil berpesta ..

di seluruh hotel kuala lumpur ratusan khalwat berjaya ditangkap

dan akir nya di masjid negara hanya segelintir tak sampai 50 org berkumpul untuk melihat gerhana bulan. sambil solat sunat gerhana,bacaan yasin sempena tahun baru dan gerhana bulan ini...

termenung memikirkan ragam akhir zaman, semua ada ..bercampur aduk....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-10 11:20


Apa nak buat.. itulah akhir zaman..
Yang tua2 pun ada juga tak sedar diri, apatah lagi yang jiwa remaja..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 02-01-10 11:28


Nenek terlanjur dalam bilik hotel
Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Muhammad Aifat
[email protected]

KUANTAN: Sambutan tahun baru kali ini pasti menjadi sejarah paling memalukan bagi seorang nenek lapan cucu berusia 54 tahun apabila ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki berusia 16 tahun lebih muda baru dikenali tiga bulan lalu.

Lebih memalukan, ketika serbuan dilakukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 7.20 pagi di sebuah hotel murah di Jalan Besar, di sini, semalam, pasangan terbabit dengan selamba memberi alasan sedang berbogel menyebabkan mereka lambat membuka pintu ketika diketuk.

“Takkan kami hendak buka pintu dalam keadaan bogel,” kata pasangan lelaki berusia 38 tahun berkenaan kepada anggota penguat kuasa yang hanya mampu menggelengkan kepala mendengarkan jawapan itu.

Malah ketika ditahan, nenek yang juga ibu tunggal beranak enam itu tanpa berselindung mengakui kesalahan dilakukan bersama pasangannya yang bekerja sebagai jurukimpal di bandar ini.





Ketika anggota penguat kuasa meminta kad pengenalan masing-masing bagi menahan mereka, wanita warga emas yang bekerja sebagai pembantu kedai itu merayu supaya dia dan pasangannya dibebaskan kerana malu jika anak dan cucu serta menantunya mengetahui perlakuan sumbangnya.

Ketua Penguat Kuasa Agama negeri, Ahmad Raffli Abdul Malek, berkata hasil siasatan dilakukan pihaknya, pasangan terbabit mengaku sudah melakukan hubungan seks ketika bermalam di hotel berkenaan.

Katanya, wanita terbabit juga mengaku baru mengenali pasangannya tiga bulan lalu dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa ditangguhkan kerana masalah kewangan.

“Nenek itu turut memaklumkan dia sudah menjanda selama enam tahun selepas kematian suami dan tinggal keseorangan di Kampung Kurnia, di sini. Pasangannya pula lelaki bujang berasal dari Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, pasangan berkenaan turut mengakui bertemu malam kelmarin untuk menyambut tahun baru bersama sebelum mengambil keputusan memadu asmara di hotel berkenaan.

“Mengejutkan apabila nenek lapan cucu itu memaklumkan keputusan bermalam di hotel itu dibuat selepas bimbang diketahui orang kampung jika membawa pasangannya pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui selepas operasi dinamakan ‘Ops Insaf’ itu tamat kira-kira jam 10 pagi.

Ahmad Raffli berkata, dalam operasi bermula jam 4 petang pada 31 Disember tahun lalu sehingga semalam, 58 ditahan kerana kesalahan berkhalwat.

Katanya, dalam operasi berkenaan 20 hotel murah dan rumah tumpangan yang menjadi tumpuan pasangan melakukan maksiat sekitar bandar ini diperiksa.

Katanya, semua pasangan ditahan dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

“Jika bersalah, mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, selain menumpukan kepada hotel dan rumah tumpangan operasi berkenaan turut dilakukan di sekitar kawasan tumpuan seperti Teluk Chempedak, Pantai Gelora, Taman Teruntum dan kawasan rekreasi Balok dalam usaha membasmi kegiatan maksiat.

“Dalam operasi di kawasan berkenaan, 25 ditahan membabitkan pelbagai kesalahan seperti berpakaian menjolok mata, minum arak dan berpeluk atau bercium di khalayak ramai,” katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 02-01-10 11:31


Pelajar tahfiz tanggung malu

ALOR STAR: Seorang pelajar lelaki sekolah agama Maahad Tahfiz di Jalan Langgar, di sini, sepatutnya menyertai sesi bacaan al-Quran di sekolahnya malam kelmarin, namun dia berpaling tadah apabila keluar bersama kekasihnya dan menyewa hotel bajet untuk melepaskan rindu serta menyambut tahun baru.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mereka dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di bilik hotel berkenaan di terminal bas Shahab Perdana, di sini, dalam operasi cegah maksiat kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Malah, pelajar lelaki berusia 20-an itu turut merayu pihak berkuasa melepaskannya kerana malu jika kejadian dia ditangkap khalwat diketahui disebabkan statusnya sebagai pelajar Maahad Tahfiz.

Difahamkan, sejak menuntut di situ dia sudah menghafal lima juzuk al-Quran.

Dia dicekup berkhalwat bersama pasangannya yang juga pelajar di sebuah kolej swasta di Jalan Suka Menanti, di sini, selepas pihak berkuasa yang membuat pemeriksaan mendapati pintu bilik hotel itu berkunci dari dalam dan pintu hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.

Ketika ditahan, dia hanya berkain pelekat tanpa baju, manakala pasangannya berpakaian lengkap berada di atas katil di bilik itu dalam keadaan terpinga-pinga.

Bagaimanapun, pasangan itu terpaksa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke pejabat agama.

Operasi bersama itu turut disertai penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kedah (AADK).

Dalam operasi di hotel berasingan, pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu sebuah bilik hotel di Jalan Seberang Perak, di sini apabila sepasang kekasih menginap di sebuah bilik di hotel itu enggan membuka pintu walaupun diketuk berkali-kali.

Katanya, selepas hampir sejam menunggu, pihak berkuasa terpaksa bertindak memecah pintu bilik berkenaan apabila gagal membukanya menggunakan kunci pendua yang diberi pekerja di situ, kira-kira jam 2 pagi.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Syariah.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaik, Sheikh Muhamad Suhaimi Salleh berkata, dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 5.50 pagi itu, pihaknya dengan kerjasama agensi lain menahan 10 pasangan disyaki berkhalwat dalam serbuan di beberapa hotel murah di sekitar bandar raya itu.

Beliau berkata, semua yang ditahan itu berusia antara 14 hingga 40 tahun dan ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

Sementara itu, Ketua Operasi AADK Kedah, Ahmad Fuad Talib berkata, daripada 21 ditahan dalam operasi itu, hanya dua disahkan positif dadah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-10 19:49


astaghfirullah al azim.....dunia akhir zaman...macam-macam berlaku..
semoga kita semua di bawah lindungan ALLAH daripada perkara2 maksiat..aamiin


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.496538 saat. Lajunya....