Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 82
Ahli: 0
Jumlah: 82




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: Cerpen ; Mengharap sepertinya


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Cerpen ; Mengharap sepertinya

Please Mendaftar To Post


Oleh Cerpen ; Mengharap sepertinya

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-12-09 02:00


Salam
Menulis dan terus menulis. Semoga terhibur, maaflah sekadar santai sahaja. Cerpen ini hanya untuk hiburan semata-mata, tiada kaitan dengan sesiapa pun.

Alkisahnya...

Tajuk : Mengharap sepertinya


Nurul dari jauh mempercepatkan langkahnya mengejar Asraf yang berada di hadapan. Asraf berjalan sendirian longlai sahaja, buku dalam tangannya sesekali diperhatikan. Buku itu dibelek-belek, ditutup. Mungkin ada sesuatu dalam buku itu. Nurul semakin dekat menghampiri Asraf.

“Asraf” Panggilan Nurul saat Asraf membelok langkahnya memasuki lorong ke Bilik Kuliah.

“Asraf!” Nurul memanggil lagi. Asraf seolah-olah tidak mendengar panggilan Nurul. Aduh budak ni. Kenapa tidak dengar pula ni. Bisik Nurul. Asraf menoleh sambil tersenyum .

” Asraf, bila kau balik Johor? Kalau sempat petang ni. Aku bagi buku yang kau nak pinjam tu. Boleh ? ” Nurul memulakan kata-katanya apabila mereka sudah berjalan beriringan.

Asraf mengukirkan senyuman simpul melihat Nurul yang tercungap-cungap. Kasihan Nurul. Monolog Asraf.

” Nurul, Kenapa ni? macam kena kejar hantu saja..haha ” Asraf tertawa. Nurul menjeling.

” Alah, kau tu. Dah lama dah aku panggil dari belakang tadi. Buat tak dengar saja.” Luah Nurul.

Nurul mengesat peluh didahinya. Tengahari seperti biasa cuaca agak panas, angin sepoi-sepoi bahasa pun tidak dapat menandingi kepanasan tengahari itu.

“mari abang lap peluh tu. ” Usik Asraf sambil tersenyum. Aduh, kau mainkan aku ya. Keluh Nurul dalam hatinya.

” Kau ingat kau tu laki aku ke, suka hati saja nak lap peluh perempuan.” Nurul semakin tenang dengan keadaannya tadi.

Mereka terus berjalan beriringan. Kesibukan lorong tempat mereka berjalan dengan mundar mandir pelajar-pelajar yang pulang dan pergi ke bilik kuliah. Beberapa orang pelajar memanggil Asraf saat kesibukan lorong, Asraf membalas dengan senyuman.

Fuh, glamour juga budak ni. Mana-mana tempat pun ada saja panggil nama dia. Bisik hati Nurul sambil menjeling lagi ke arah Asraf.

” Hah, jeling-jeling orang ni Kenapa? ” Asraf dapat tahu Nurul menjelingnya dari tadi.

” Orang glamour kan, semua orang kenal dia ” Asraf mengerutkan keningnya dengan kata-kata Nurul.

” Perli ke apa ni. Glamour apanya. Dah budak-budak tu satu kolej dengan aku, kenal lah Cik Nurul oi. Tak kan sombong pula. Kau ni.” Asraf membalas kata-kata Nurul.

Asraf membalas senyuman kepada seorang pelajar perempuan dalam kumpulan pelajar yang sedang duduk berbincang di satu sudut lorong tersebut.

” Ceh, sempat lagi” Nurul semakin hairan dengan telatah Asraf membalas sapaan pelajar yang bertembung dengan mereka. Asraf memperlahankan langkahnya apabila Nurul ketinggalan sedikit di belakangnya.

” Lambatnya kau jalan. hehe ” Perli Asraf.

” Apa-apa sajalah. ni kau tak jawab lagi soalan aku. Kasihan kat aku. Pelajar sapa kau, kau layan saja. Soalan aku, kau tak jawab lagi.” Suara Nurul seolah-olah minta dikasihani. Perlahan sahaja kedengarannya. Asraf memandang Nurul.

” alala. merajuk pula dah.Ok. Ok bos. Aku balik esok. tapi tak pasti petang atau malam. Nanti kau bagi sajalah buku tu ye. Kasihan kau.” Nurul mencebik ke arah Asraf. Nak pujuk konon. Bisik hati Nurul.

…………………………………………………………………………..

Radio berkumandang saat lagu Permaisuri hatiku nyanyian kumpulan Hijjaz. Asraf merapatkan dirinya ke radio itu. Tangannya menyentuh sesuatu di atas radio, nak kuatkan ‘volume’ radio. Best sikit aku dengar. Monolog Asraf sambil mengikuti lirik lagu tersebut. Asraf mengelamun. Aduhai permaisuri hatiku, bila lagi kau datang kepadaku. Aku rindukanmu. Asraf tersenyum sendiri dengan apa yang dikatakannya. ring..ring..ring.. Siapalah pula telefon aku ni, syok-syok dengar lagu menganggu sajalah. Geram Asraf lalu bangkit berlalu mencapai telefon bimbitnya yang terletak di rak buku. Lah, tiada nama pula. Nombor siapa ni. Asraf berkata sendirian melihat telefon bimbitnya.

Asraf menekan punat jawab.

“helo” Jawab Asraf.

” Helo, Assalamualaikum.” Kedengaran suara perempuan di hujung talian dikeheningan petang itu.

” awak Asraf kan” Tambah suara itu.

“ye saya, siapa ni” Tanya Asraf mengerutkan keningnya.tut…tut…tut..

”helo, helo, helo..heloooooo” Geram Asraf menguatkan suaranya.

Talian dimatikan. Apa kes budak perempuan ni telefon aku sekadar nak tanya aku siapa. Buang tabiat ke apa. Asraf makin geram dengan karenah si pemanggil tadi. kejap..kejap..Asraf berfikir sambil menongkat dagunya menghadap blok kolej bersebelahan. Nurul? Eh bukan. Aku ada nombor dia.Tak mungkin dia permainkan aku. Aku kenal suara budak Nurul ni. Suara semacam saja, itulah Nurul. No..no..no..bukan Nurul. Tapi siapa? Nasiblah telefon aku tiada kredit. Tidak apa. Simpan saja nombor ni. Nak letak nama apa? Haha. Aku letak budak sekolah..haha..Asraf bermonolog tersenyum menjawab sendiri persoalan berlegar di kepalanya.

Lagu di Radio sudah bertukar lagu lain. Asraf memperlahankan ‘volume’ radio. Asraf masih lagi teringat empunya gerangan yang menelefonnya. Glamour ke aku. Asraf tersenyum. Perasan!. Suara gangguan dalam kepalanya mempertikai benak pemikirannya. Ganggu sajalah. Memang aku glamour. Asraf dalam monolognya mempertahankan tanggapan dirinya. Asraf bingkas bangun menuju ke bilik air. Azan kedengaran dari surau kolej. Asraf dengan tertib mengambil wuduk. Asraf kadang kala ke surau, kadang kala tidak. Alasannya boleh bersembahyang dalam bilik. Nurul pernah menegur sikap Asraf yang mengambil ringan sembahyang berjemaah. Nurul menasihati Asraf dalam banyak perkara. Hal agama dan kehidupan. Asraf sahaja yang alpa dengan nasihat Nurul.

Persahabatan mereka sudah sekian lama terjalin. Tiada bibit sayang yang timbul. Adakalanya Asraf selalu mengusik Nurul, soalan-soalan yang mengundang rasa malu Nurul terhadap Asraf membuatkan Nurul selalu terfikir. Serius ke Asraf cakap macam tu. Ah. Bukan aku tak kenal budak tu, selalu saja buli aku ni. Main- mainkan saja agaknya. Biarlah. Nurul sendirian memikirkan telatah Asraf mengusiknya dengan usikan cinta dan sayang.

Nurul berehat seketika di dalam perpustakaan sementara menunggu kuliah seterusnya. Nurul terkenang ungkapan sayang yang dilafazkan Asraf ketika mereka berdua makan tengahari selepas kuliah minggu lepas.

“ Nurul. Aku sayangkan kau. Sudah lama aku memendam perasaan ni. Tolonglah dengar “ Luah Asraf memandang tepat ke muka Nurul. Nurul buat tak tahu dengan gelagat Asraf. Nurul terus menikmati makanan nasi goreng. Suasana Restoran Al-Insan depan kampus mereka belajar hingar bingar dengan pelanggan keluar masuk untuk mengisi perut yang lapar ketika waktu tengahari. Restoran Al-Insan agak sibuk. Mungkin pelanggan daripada kalangan pelajar kampus yang berdekatan membuatkan pelayan-pelayan tak senang duduk. Nurul masih membiarkan Asraf memerhatikannya. Eh budak ni,Kenapa tengok aku lain macam saja ni. Bisik hati kecil Nurul. Kalau ye pun jatuh cinta, tengok-tengoklah orang lain yang perhatikan kita. Malulah pula dengan sikap Asraf ni. Tolonglah alihkan pandangan tu. Budak bertuah betul budak ni. Orang tengoklah wei. Keluh Nurul lagi. Pelajar berdekatan meja tempat mereka menjamu selera sekali sekala melihat gelagat Asraf yang terus menerus memerhatikan Nurul. Sesekali Asraf tersenyum.

“ Asraf, ada nyamuk kat pipi tu “ Tenungan Asraf terhenti mendengar kata-kata Nurul. Asraf terus menekup pipinya.

“haha. Ambil lah penampar tangan sendiri. Suka sangat tenung orang. Rasakanlah. Sedap tak tangan tu kena kat pipi sendiri?” Usik Nurul sambil tergelak. Nurul senyum memanjang melihat telatah Asraf mengesat pipinya.

“ Sampai hati kau ye tipu aku “ Asraf merajuk memalingkan muka ke arah luar Restoran. Minuman teh ais yang dipesan tadi diminumnya. “ Erm. rasa apa pula teh ais ni. Lain macam saja” Asraf semakin tak senang dengan apa yang kena dengan minuman tersebut.

“ Teh ais tu dah hilang rasa. Tulah pasal. Tenung orang sangat. Minuman pun biar macam tu, lama sangat dah rasa lainlah teh ais tu “ Nurul mengusik Asraf lagi. Nurul makin selera menikmati makanan kegemarannya. Asraf buat tak peduli dengan usikan Nurul.

“ Nurul, kau tak dengar ke apa aku katakan tadi. Aku sayangkan kau. Aku serius ni “ Asraf mengulangi kata-katanya diawal tadi melihat Nurul yang endah tak endah.

“ Oklah. Terima kasihlah kau sayangkan aku” Balas Nurul sambil terus mengunyah makanan. Asraf mengangkat kening.

“ Lah, ingatkan terkejut ke, gembira ke. Ni tak. Macam angin berlalu apa aku katakan tadi “ Asraf pelik dengan jawapan Nurul. Asraf makin tak faham dengan perangai Nurul. Sebelum ini pun Asraf sudah berungkali mengungkapkan perkara yang sama. Tapi Nurul buat tak peduli. Bagi Nurul, Asraf sekadar untuk mengusik dirinya. Asraf. Aku bukan tak sayang kau. Tapi aku tahu, kau sekadar nak mengusik aku. Biarlah Asraf. Monolog Nurul dalam hatinya.

“ Aku tahulah aku bukan lelaki yang kau impikan. Kau nak yang solehkan. Aku ni jahat, nakal. Tak sesuai pun dengan kau. Tak apalah kalau macam tu. Kau tak kasihan kat aku pun. Aku sayangkan kau Nurul. Aku tak main-mainlah.” Asraf makin berani meluahkan isi hatinya. Merajuk pun ada dengan kata-katanya.

“What everlah Asraf. Hehe. Jom pulang. Aku dah kenyang dah. Kau belanja aku ye. Kau kan sayang aku.” Nurul tidak mempedulikan Asraf mengungkapkan kata-kata sayang. Sebaiknya Nurul tidak terus melayan perangai jiwang Asraf ni. Nurul tahu Asraf sekadar mengusik. Mereka sudah lama berkawan. Nurul tahu dan kenal perangai Asraf.

“ Aku tanya kau ni Nurul, kau pernah bercinta tak? ” Asraf serius menuturkan kata-katanya sambil memandang terus kepada Nurul saat Nurul bangun untuk membayar makanan. Nurul tercengang. Nurul duduk semula ke tempatnya.

“ Kenapa ni Asraf. Tiba-tiba tanya macam tu “ Nurul seolah-olah tidak faham dengan pertanyaan Asraf.

“ Kau jawab saja boleh tak? “ Asraf menegaskan suaranya. Nurul mula takut dengan ketegasan Asraf.

“ Ok. Aku jawab ye. Aku akui. Aku tak pernah bercinta. Masa zaman sekolah tu pernahlah tapi cinta budak-budak sekolah. Kau sendiri tau kan macam mana. Cinta monyet. Aku pun taklah serius sangat pun masa tu. Budak-budaklah katakan. Kawan-kawan bercinta, seronok pula nak ikut. Bukan elok pun bercinta ni. Maaf aku katakan ye. Aku menjawab pertanyaan kau tak. Kalau tak terjawab tu. Minta maaflah. “ Nurul dengan penuh perasaan menjawab pertanyaan Asraf. Asraf mula tersenyum. Mungkin jawapan Nurul membuatkan Asraf terfikir ada peluang untuk Asraf mendapatkan Nurul. Kenapa pula Asraf ni, senyum semacam saja. Tadi bukan main tegas, muka garang. Ni senyum pula. Hmm. Monolog Nurul dalam hatinya.

“ Terima kasih dengan jawapan yang bernas sebentar tadi ye cik Nurul. Hehe. Jom pulang. Aku belanja. “ Asraf sambil tersenyum mengajak Nurul pulang ke kolej mereka. Mereka bangun. Nurul terus berlalu sementara Asraf pergi ke kaunter bayaran. Nurul tercengat di depan restoran, melihat telatah Asraf dengan Cashier restoran. Berborak pula dah. Keluh Nurul. Asraf datang ke arah Nurul sambil tersenyum.

“ Senyum, senyum “ Perli Nurul.

“ Salah ke. Hehe. Oklah. Jom “ Asraf menjeling. Mereka jalan beriringan dan masing-masing diam membisu.

Hari itu amat bermakna untuk Asraf. Jawapan Nurul yang tak pernah bercinta lagi membuahkan satu kejayaan untuk mendapatkan Nurul menjadi kekasihnya. Yesss… Laung Asraf saat memasuki kawasan kolej. Beberapa pelajar yang hendak ke kuliah pelik dengan telatah Asraf.

———————————————————————————–

“ Aku bukan tak terima kau Asraf. Tapi bagi aku. Aku tak terfikir lagi soal perasaan buat masa ni. Tugas aku masih dalam perjalanan lagi. Kau pun sama. Memanglah jodoh tu tak mengira masa dan bila-bila sahaja tiba untuk ditunaikan. Tapi entahlah. Aku tak kisah kalau ada orang yag pinang aku selepas aku selesaikan tugas kita ni dulu. Buat masa ni, biarlah aku dan kau macam ni. Jadi kawan. Boleh tak? Best apa kita ni, gurau-gurau, usik-usik, kau buli aku. Seronok tau tak “ Nurul menjelaskan isi hatinya petang itu. Asraf semakin mendesak Nurul. Asraf mengajak Nurul untuk berjumpanya. Penjelasan dan luahan yang terbuku dihatinya selama ini. Asraf terus mendesak Nurul untuk memberi maklum balas apa yang diungkapkannya selama ini. Asraf tunduk memerhatikan kasutnya yang sudah lama tak dibasuh. Raut muka Asraf kelihatan berubah. Sebelum ini, muka Asraf ceria sahaja.

“ Kau jangan macam ni Asraf. Aku tak ada masa lagilah untuk menjawab dan menerima ungkapan kau tu. Selama ni aku anggap kau sekadar nak mengusik aku dengan ungkapan sayang kau tu. Apa yang aku tau, lelaki ni mudah saja nak lafazkan sayang. Nak kotakan dan setia tu payah. Kau jangan anggap aku tuduh kau pula macam tu. Kau kan baik. hehe . Tapi kau dah selalu mendesak dan kau sendiri kau serius untuk ungkapkan sayang tu. Jadi sekarang aku cuba jelaskan isi hati aku. Aku harap kau faham. Kita tetap kawan walaupun tak ada ungkapan tu kan. Asraf? “ Panjang lebar Nurul menerangkan perkara sebenar isi hatinya. Bagi Nurul biarlah Asraf tahu dari awal segalanya. Nurul mengharapkan Asraf tak akan menyesal dikemudian hari.

Pertemuan mereka petang itu sedikit hambar. Kepulangan Asraf dan riak muka yang seakan selepas dilanda bencana Tsunami ke kolej disedari rakan serumahnya Samsul.

“ Asraf, lain macam saja aku tengok kau ni. Kau ok tak ni ? Hari tu balik rumah bukan main girang. Kenapa ni bro? “ Samsul mendekati Asraf yang terduduk di ruangan rumah mereka. Sambil mengeluh tak sudah-sudah.

“ Kau ni Kenapa. Hah ” Samsul memegang bahu Asraf. Asraf menoleh. Asraf memalingkan semula mukanya.

“ Entahlah Sam. Aku ingatkan aku dah dapat dia. Tapi…huh “ Asraf menghampiri jendela rumah. Samsul mengekorinya.

“ Apa yang tak kena lagi ni. Bukan ke malam tu kau dah dapat dia. Hari ni lain pula ceritanya. Gaduh ke? “ Samsul cuba meneka perasaan Asraf ketika itu. Samsul menggelengkan kepala melihat perubahan sikap sahabatnya itu.

“ Hari tu memang aku rasa dia aku dah dapat. Tapi rupanya tanggapan aku salah. Dia kata dia tak minat lagi benda-benda ni semua “ Asraf meluahkan semula apa yang telah Nurul katakan.

“ Kadang-kadang aku pelik. Telatahnya, sikapnya seumpama dia dekat dengan aku “ Asraf menambah luahan perasaan yang terbuku dihatinya. Samsul menggapai akhbar di meja makan sambil menyelak satu persatu. Seketika berpaling melihat Asraf di jendela rumah.

“ Asraf, orang dah cakap macam tu. Tak kan kau nak paksa pula. Mungkin dia rasa masa ni sesuai untuk dia belajar saja. Lagipun kau kan tau dia tu budak pandai. Keputusan tinggi saja setiap semester. Besarlah harapan keluarga terhadap dia untuk dapatkan kejayaan. Mungkin terdetik juga dihati semua perempuan untuk disayangi tapi mereka menolak sebab ada perkara yang perlu diutamakan lagi dalam hidup mereka. Macam sekarang, belajar. Aku rasa baik kau tunggu dia dan sama-sama habiskan pengajian ni. Manalah tau, lepas dah dapat kerja kau berpeluang untuk mendapatkannya. Betul tak ?” Samsul cuba mempertahankan apa yang Nurul lakukan terhadap Asraf.

“ Hurm “ Asraf mengeluh lagi.

“ Mungkin betul kau cakap tu Sam. Tapi tak boleh ke aku nak dia terima aku. Aku tak bermaksud untuk terus pinang dia. Aku taulah situasi kita ni. Masih belajar. Aku pun manalah nak dapatkan duit nak pinang dia. “ Asraf membela dirinya. Asraf merasakan hubungan yang dijalinkan bersama Nurul hanya untuk mengikat Nurul sahaja agar tidak direbut lelaki lain.

“ Pinang ke nak lamar ke apa ke, tetap sama saja. Hakikatnya ke arah kasih sayang. Dia mungkin tak nak terikat lagi dengan hubungan. Cuba kau fahamkan apa aku cakap ni Asraf. Jangan ikutkan hati sangat. Dah tau tak nak pinang dia, dahtu nak jalinkan hubungan cinta buat apa. Kau nak wujudkan hubungan macam kawan-kawan kita yang lain. Ke sana sini berkepit saja. Dia juga nak kau fahami apa makna cinta tu. Bukan ikut kawan-kawan saja nak bercinta. Pakwe makwe. Couple. lepas itu apa jadi. Pegang-pegang, bunting sana sini. Kau nak buat macam tu kat dia? Seharusnya kau hormati keputusannya. Bukan kau bersikap macam ni. Semuanya dia lakukan untuk kebaikan kau dan dia juga agar tak terjebak ke lembah maksiat. Salah ke dia menolak kau masa ni untuk kebaikan bersama. Aku akui, pada awalnya memang boleh kawal benda-benda tu semua. Lama-lama mulalah. Pegang itu ini. lepas itu. Kau fikir sendirila Asraf. Kau juga selalu cakap masalah pembuangan bayilah, kau tak suka tengok couple melampau-lampau. Tapi sekarang ni kau pula nak buat sendiri. Sudahlah Asraf. Gelora cinta kau tu, cuba kau redakan buat masa ini. Kita sama-sama habiskan pengajian ni dulu, suatu hari nanti kau akan dapat juga. Percayalah. Aku rasa dia bukan tak sayang kau tapi keadaan. Keadaan Asraf. Cuba fahami dia. Kalau kau tak nak di masa akan datang. Aku ambil dialah. Kau pun dah gitau macam-macam tentang dia kat aku. Jadi aku bolehlah gantikan kau” Asraf sedaya upaya mendengar apa yang diperkatakan Samsul sambil menjeling usikan kata-kata Samsul akhir katanya. Samsul seorang yang dikatakan arif hal-hal agama. Asraf sahaja yang tidak mengambil kesempatan untuk bersama-sama Samsul membetulkan diri. Kadang-kadang Samsul selalu menasihatinya dalam pelbagai perkara. Biasalah Asraf dengar dan teliti. Buatnya susah menyebabkan Samsul pening dengan perangai Asraf.

“ iyalah Sam. Betullah tu. Aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak ajak dia ke arah kejahatan. Cuma, macam kau cakap tadi kita nak berkasih sayang juga. Terima kasih Sam. Kau banyak tolong nasihati aku. Aku saja tak menghargai kau. Memang aku dengar dan faham apa yang selama ini kau nasihatkan tu. Dia pun macam kau juga. Banyak beri nasihat. Mungkin aku ni susah untuk terima nasihat orang. Tapi tak apa. Aku akan cuba “ Semangat Asraf membuatkan Samsul tersenyum. Harap-harap macam tulah. Jangan pula lepas ni kau buat perangai lagi. Aku dah lenguh nak nasihatkan kau. Harap kali ni dan mungkin kerana cinta kau sanggup berubah. Monolog Samsul dalam hatinya melihat Asraf yang semakin tenang.

“ Baguslah kalau macam tu. Aku harap kau cuba fahami dulu apa yang dia nak katakan. Jangan terus buat muka macam ni. Muka yang handsome dah jadi buruk dah. Sebab ni juga agaknya, dia tolak kau. Hahaha “ Asraf menghayun tangannya ke badan Samsul dengan perlahan. Sambil tersenyum Samsul menerimanya seumpama ingin berpencak silat.

“ Aku ok saja Sam. Tak kisahlah orang lain kata apa. Janji aku nak dapatkan dia juga. Aku cuba berubah untuk dapatkan. “ Luah Asraf penuh bersemangat. Senyuman terukir dibibirnya. Kejayaan dihadapannya seolah-olah sudah berada digenggaman.

“ Berubah tu ikhlaskan hati. Bukan sebab perempuan pula.” Perli Samsul ketika melihat Asraf semakin berkobar-kobar dengan usahanya mendapatkan Nurul.

“ Aku taulah Sam. Kau ni banyak cakaplah…hehe..jangan marah Sam. Apa pun terima kasih sahabatku “ Asraf mendekati Samsul di meja makan. Sambil menepuk bahu Samsul, Asraf menghalakan tangannya untuk berjabat tangan. Tangan mereka bertemu sambil tersenyum. Tanda sahabat yang sentiasa bantu membantu.

————————————————————————————

“ Assalamualaikum “ Kedengaran suara dari luar rumah. Keluarga Nurul sibuk menguruskan hari bahagia Nurul, hari pertunangan Nurul. Nurul bakal dimiliki oleh seseorang. Mungkinkah Asraf?

“ Waalaikumussalam. Hah dah datang pun. Sila-sila masuk. Maaflah rumah tak kemas lagi. Sibuk nak uruskan benda-benda ni semua “ Kakak Nurul menyambut tetamu yang memberi salam tadi. Rombongan dari pihak lelaki sudah sampai. Semuanya 9 orang termasuk ibu bapa lelaki tunangan Nurul. Nurul terperap di dalam bilik. Nurul hanya menyerahkan urusan mencari jodoh kepada ibu bapanya. Sudah lama Nurul dan Asraf tidak berhubung sejak mereka keluar dari Universiti 3 bulan yang lalu. Mereka melakukan hal masing-masing. Nurul tidak tahu Kenapa Asraf tidak menghubunginya lagi. Mungkin Asraf kecewa dengan kata-katanya sehari sebelum mereka beredar dari bumi Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak untuk menamatkan pengajian.

Urusan majlis pertunangan Nurul masih berjalan. Nurul masih lagi terperap di biliknya. Sesekali mendengar perbualan pihak rombongan lelaki dengan keluarganya. Kedengaran gelak tawa dari kedua-dua pihak. Asraf. Aku menunggumu. Luah Nurul. Pintu bilik Nurul diketuk.

“ Nurul, dah siap ke nak? “ Kedengaran suara Ibu Nurul memastikan Nurul sudah bersiap menerima cincin pertunangan daripada ibu bakal tunangnya. Nurul semakin berdebar sambil membetulkan pakaian yang ditempah khas untuknya sempena majlis pertunangannya. Nurul difahamkan oleh keluarganya pakaian tersebut ditempah oleh bakal tunangnya. Nurul kebingungan semasa memakai baju berkenaan. Sesuai dengan badan. Warna baju pun adalah menjadi warna kegemarannya. Warna hijau muda. Macam tau-tau saja bakal tunang aku suka warna ni. Bisik hati kecil Nurul.

“ kejap ibu “ Nurul menyahut panggilan ibunya. Ya Allah, tenangkan hati hambaMu ini. Hari ini hari bertuah untuk hambaMu menerima dugaan dalam hidup walau pun baru permulaan hubungan.

“ Nurul sayang “ Ibu Nurul membuka pintu bilik Nurul. Nurul bingkas bangun dari tempat duduknya. Katil tersayang.

“ Assalamualaikum nak “ Seru satu suara memberi salam. Ibu bakal tunangannya. Bakal ibu mertuanya mendekati Nurul yang kaget dan terpinga-pinga kehadiran ibunya Ibu bakal tunangnya.

“ Waalaikumussalam makcik “ Nurul menyambut salam dan mereka berjabat tangan dan berpelukan. Dahi Nurul dikucup.

Suasana bilik Nurul yang dihias cantik memberi keindahan pada hari pertunangannya. Bilik Nurul dihias cantik oleh kakaknya. Kakak Nurul sudah berumah tangga 3 tahun yang lalu. Suasana hiasan bilik Nurul amat sesuai dengan persediaan Nurul menerima cincin pertunangan.

Selesai sudah hari yang berbahagia. Namun Nurul masih tidak senang duduk. Keluarga Nurul tidak memberitahu siapa lelaki yang menyunting dirinya. Apa yang keluarga Nurul maklumkan kepadanya, bakal tunangnya seorang lelaki yang soleh. Sesuai dengan lelaki impian Nurul. Nurul terfikir sejenak, Asraf tidak semungkin keluarga aku maklumkan. Tak kan dia dah berubah dan menjadi soleh secepat ini. Tapi kalau dia berubah pun syukurlah. Adakah Asraf melamar aku. Aku pasrahkan kepadaMu Ya Allah.

Malam hari pertunangan Nurul, Nurul asyik terperap dalam bilik. Selepas makan malam, Nurul terus masuk ke biliknya. Keluarga Nurul masih lagi merahsiakan siapa tunangnya setiap kali Nurul bertanyakan siapa gerangan nama tunangnya. Nurul merasa bosan dan merajuk dengan sikap keluarganya. Kenapa mereka nak berahsia lagi dengan aku. Hak aku nak tau siapa tunang aku. Ya Allah, tabahkan hati hambaMu ini dengan karenah keluarga aku ni. Merajuklah macam ni. Bisik hati kecil Nurul.

Bungkusan di atas meja soleknya dicapai. Hadiah pemberian dari rombongan lelaki siang tadi. Tertera nama Nurul dalam kad ucapan dengan ucapan yang menusuk kalbu dilekatkan bersama dipenjuru kiri hadiah.

“ Untukmu Permaisuri Hatiku, Nurul Akma Binti haji. Abdul Karim “

Jiwang pula dah mamat ni. Macam lagulah pula kata-kata ni. Erm. Monolog Nurul sambil membuka perlahan-lahan bungkusan hadiah untuknya. Buku agaknya. Bisik hatinya. Nurul membelek-belek helaian bungkusan sehinggalah terlerai segala pembungkus hadiah. Novel bertajuk “ Seteguh Kasih Seerat Ukhwah “ dipegangnya. Tau pula mamat ni aku suka novel. Nurul terus membayangkan seseorang yang mengetahui segala hal kesukaannya. Aku pernah bagitau Asraf. Mungkinkah Asraf? Nurul semakin melayan perasaannya terhadap apa yang difikirkan. Ya Allah. Siapakah gerangan tunang aku ni. Nurul makin gelisah dengan segala teka-teki yang melanda dirinya saat mengharapkan Asraf yang melamarnya.

“ Di antara kekasih pilihan di hati punyai budi penghias diri wajahnya lembut hiasan pekerti yang tinggi indahnya perhiasan duniawi. Di antara diriku jua dirimu hanya mengharap cinta yang satu. Kubinakan mahligai impianmu. Ohh sayang ikhlaskanlah hatimu “

Lagu nasyid kegemaran Nurul bergema di telefon bimbitnya. Lagu Permaisuri hatiku nyanyian lagi Hijjaz menjadi kesukaannya dan dijadikan ringtone telefon bimbit. Asraf juga sama. Adakah Asraf? Kad ucapan pun tertera tajuk lagu ni. Nurul tercengat memerhatikan nombor telefon yang tertera diskrin telefon bimbitnya. Sekadar nombor. Tiada nama. Nurul menjawab panggilan telefon.

“ Assalamualaikum “ Nurul memulakan bicaranya.

“ Waalaikumussalam “ Kedengaran suara lelaki di hujung talian. Suasana perbualan telefon sunyi seketika. Nurul resah. Terbayangkan seseorang menjadi tunangnya. Inikah tunang aku. Bisik hati Nurul.

“ Maaf mengganggu malam-malam ni. Dah bukakan hadiah tu “ Lelaki memulakan bicaranya tatkala kesunyian perbualan amat dirasai bersama. Hah! Memang tunang aku. Ya Allah. Tenangkan hati hambaMu ini. Nurul makin resah dan gelisah. Sah! Memang tunangnya menyebut tentang hadiah.

“ Er..er..dah. awak ke yang bagi hadiah tu “? Nurul membalas perbualan mereka. Bertanyakan soalan yang sepatutnya tidak ditanya. Nurul makin tak senang duduk. Bingkas bangun dari birai katil, berjalan ke sana sini dalam biliknya. Sekejap duduk, sekejap berdiri.

“ Siapa awak ni, kalau tak keberatan bagitau saya. Saya tak sukalah berahsia-rahsia ni. Keluarga saya pun tak maklumkan saya siapa tunang saya “ Nurul berkata-kata lagi. Seolah-olah merajuk. Kedengaran suara lelaki tersebut mentertawakannya.

“ Awak gelakkan saya. Janganlah buat saya macam ni. Saya merajuk nanti, saya tak terima awak. Tolonglah bagitau siapa awak ni “ Nurul merayu meminta penjelasan lelaki dalam talian perbualan mereka.

“ Baiklah Nurul, saya dah lama sukakan Nurul. Cuma saya tak berani berhadapan dengan Nurul untuk memberitahu hasrat hati saya yang sebenar. Saya akui, Nurul tak akan melayan cinta-cinta dalam kampus dulu. Kita satu kuliah dan kenal Nurul. Nurul pun pasti kenal saya. Kita tamat pengajian pun sama. Bukan apa, saya inginkan kita…. “

“ Awak, saya tanya lain awak jawab lain. Saya nak awak kenalkan diri awak. Bukan nak berjiwang pula. Tolonglah. Saya tak layanlah jiwang-jiwang ni. “ Nurul memotong kata-kata tunangnya. Tunangnya tidak selesai lagi menghabiskan kata-kata. Nurul makin geram dengan karenah lelaki yang dikatakan tunangnya itu.

“ Nurul, saya tak habis cakap lagilah. Nak bagitaulah ni. Hehe. Sabar. “ Tunangnya tegas sambil tertawa di hujung talian.

“ Awak ni, cakaplah sajalah. Susah sangat ke nak bagitau diri tu. Ni bukan sesi majlis suai kenal nak bagi pendahuluanlah apalah. Ringkas cukuplah. Saya nak nama awak saja. Ke nak saya ajar lagi cara nak kenalkan diri yang ringkas. Nak juga ke saya bagi format kenalkan diri yang ringkas. Ok. Dengar ye. dan.A.MA. Faham. “ Nurul makin garang dengan kata-katanya. Tunangnya tergelak. Nurul makin tidak tenteram. Gelak pula mamat ni.hurm. keluh Nurul dalam hatinya.

“ Ok. Kalau nak tau, sebelum tu jangan terkejut ye. Ni bukan pendahuluan. Sekadar makluman. Terima kasih kerana mendengar. Hehe. Oklah. Nama saya………”


TAMAT

by, akubah07

P/S : Sebarang komen atau kritikan mampu memperbaiki lagi penulisan di masa akan datang. harap terhibur walau pun tidak sebaik cerpen yang bermutu dan berkarisma. Sekadar untuk percubaan dalam penulisan. All the best.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

syanadh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15549
Posting: 97
Dari: Tangkak

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-10-10 00:53


dah macam cerita kat tv pula..haha tapi rasanya taula siapa..hint cukup banyak..tahniah dan terima kasih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syanadhProfil   Hantar PM kepada syanadh   Pergi ke syanadh's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100294 saat. Lajunya....