Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bulan tak jatuh ke riba, sebaliknya manusia menjatuhkan diri ke atas bulan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 232
Ahli: 0
Jumlah: 232




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sajak
Topik: HADIRMU TIDAK SIA-SIA


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» HADIRMU TIDAK SIA-SIA

Please Mendaftar To Post


Oleh HADIRMU TIDAK SIA-SIA

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-12-09 16:59


Dunia ini tidak sia-sia
Seluruh isi dan luar dunia ini tidak sia-sia

Sedangkan flora normal yang bersaiz amat kecil
Bakteria dan virus yang tidak kelihatan oleh mata kasar
Keseimbangannya signifikan pada kesihatan manusia
Sedangkan bulu roma yang tumbuh pada kulit
Bersin, batuk dan kahak yang keluar dari salur pernafasan
Peluh, air kecil dan air besar yang dikumuhkan
Semuanya melengkapkan sistem badan manusia
Sedangkan satu sel berperanan melengkapkan tubuhmu
Membentuk tisu lalu organ kemudian sistem
Apatah lagi dirimu seorang hamba Allah

Jangan terus memandang dirimu sia-sia dengan kejahilan dan iman hati tertutup
Allah terlebih dahulu mengangkat darjatmu oleh kurniaan akal
Dan menjanjikan kemuliaan pada ketakwaan
Yang kau ada dan yang mereka ada
Bukanlah suatu milik mutlak
Semua yang ada di dunia ini sudah tersedia
Hanya tinggal perlu berusaha untuk mendapatkannya

Hadirmu tidak sia-sia
Aku, kau, dia dan mereka berbeza
Cap jari kita berbeza
DNA kita berbeza
Genotip dan fenotip kita berbeza
Sekalipun kembar seiras yang sama DNA punya perwatakan berbeza
Kelemahan dan kekurangan kita berbeza

Penciptaan Allah itu seimbang
Boleh kau perhatikan pada seluruh alam
Pada orang lain dan pada dirimu sendiri
Allah tidak melakukan hal sia-sia
Hadirmu melengkapkan penciptaan dunia ini
Setiap diri punya peranan di dunia ini
Carilah jika belum menemui peranan itu
Agar kelebihanmu tidak kau sia-siakan
Kau yang sia-siakan sesuatu
Allah tidak melakukan hal yang sia-sia

Dunia ini tidak sia-sia
Seluruh isi dan luar dunia ini tidak sia-sia
Allah tidak menjadikan sesuatu sia-sia
Kerana Allah tidak melakukan hal sia-sia








Info:

Flora Normal (Normal Flora/Microbiota)

= Lebih daripada 10 trilion mikroorganisma (hidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar; bakteria, virus dan fungi) terdapat pada tubuh manusia; kulit, usus besar, hidung, tekak, telinga, mulut dll. Tidak terdapat pada organ dalaman seperti jantung, perut dan peparu. Contoh normal flora pada usus besar ialah Escherichia coli dan Candida albicans. Contoh normal flora pada kulit adalah Staphylococcus aureus. Normal flora tidak menyebabkan penyakit kepada manusia dalam keadaan normal malah penting dalam pertahanan badan manusia namun boleh menyebabkan penyakit apabila keadaan tidak normal seperti kulit luka dan terbakar. Bilangan (kurang) normal flora yang tidak seimbang pada sesuatu kawasan disebabkan suatu bahan kimia misalnya menyebabkan bakteria dari luar badan merampas kedudukan normal flora di kawasan itu dan berkemungkinan berlaku penyakit.




Bersin, kahak, batuk

= Sebahagian daripada mekanisme pertahanan badan menyingkirkan patogen (mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit) yang memasuki badan manusia melalui salur pernafasan.

-Alcamo's Fundamentals of Microbiology. Pommerville, J.C. 7th ed.-

-tapak kaki sakinah- :D


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-12-09 17:26


Pada 20-12-09 16:59 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Dunia ini tidak sia-sia
Seluruh isi dan luar dunia ini tidak sia-sia

Sedangkan flora normal yang bersaiz amat kecil
Bakteria dan virus yang tidak kelihatan oleh mata kasar
Keseimbangannya signifikan pada kesihatan manusia
Sedangkan bulu roma yang tumbuh pada kulit
Bersin, batuk dan kahak yang keluar dari salur pernafasan
Peluh, air kecil dan air besar yang dikumuhkan
Semuanya melengkapkan sistem badan manusia
Sedangkan satu sel berperanan melengkapkan tubuhmu
Membentuk tisu lalu organ kemudian sistem
Apatah lagi dirimu seorang hamba Allah

Jangan terus memandang dirimu sia-sia dengan kejahilan dan iman hati tertutup
Allah terlebih dahulu mengangkat darjatmu oleh kurniaan akal
Dan menjanjikan kemuliaan pada ketakwaan
Yang kau ada dan yang mereka ada
Bukanlah suatu milik mutlak
Semua yang ada di dunia ini sudah tersedia
Hanya tinggal perlu berusaha untuk mendapatkannya

Hadirmu tidak sia-sia
Aku, kau, dia dan mereka berbeza
Cap jari kita berbeza
DNA kita berbeza
Genotip dan fenotip kita berbeza
Sekalipun kembar seiras yang sama DNA punya perwatakan berbeza
Kelemahan dan kekurangan kita berbeza

Penciptaan Allah itu seimbang
Boleh kau perhatikan pada seluruh alam
Pada orang lain dan pada dirimu sendiri
Allah tidak melakukan hal sia-sia
Hadirmu melengkapkan penciptaan dunia ini
Setiap diri punya peranan di dunia ini
Carilah jika belum menemui peranan itu
Agar kelebihanmu tidak kau sia-siakan
Kau yang sia-siakan sesuatu
Allah tidak melakukan hal yang sia-sia

Dunia ini tidak sia-sia
Seluruh isi dan luar dunia ini tidak sia-sia
Allah tidak menjadikan sesuatu sia-sia
Kerana Allah tidak melakukan hal sia-sia








Info:

Flora Normal (Normal Flora/Microbiota)

= Lebih daripada 10 trilion mikroorganisma (hidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar; bakteria, virus dan fungi) terdapat pada badan manusia; kulit, usus besar, hidung, tekak, telinga, mulut dll. Tidak terdapat pada organ dalaman seperti jantung, perut dan peparu. Contoh normal flora pada usus besar ialah Escherichia coli dan Candida albicans. Contoh normal flora pada kulit adalah Staphylococcus aureus. Normal flora tidak menyebabkan penyakit kepada manusia dalam keadaan normal malah penting dalam pertahanan badan manusia namun boleh menyebabkan penyakit apabila keadaan tidak normal seperti kulit luka dan terbakar. Bilangan (kurang) normal flora yang tidak seimbang pada sesuatu kawasan disebabkan suatu bahan kimia misalnya menyebabkan bakteria dari luar badan merampas kedudukan normal flora di kawasan itu dan berkemungkinan berlaku penyakit.




Bersin, kahak, batuk

= Sebahagian daripada mekanisme pertahanan badan menyingkirkan patogen (mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit) yang memasuki badan manusia melalui salur pernafasan.

-Alcamo's Fundamentals of Microbiology. Pommerville, J.C. 7th ed.-

-tapak kaki sakinah- :D



subhanallah...
Alhamdulillah, sebaik-baik ciptaan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

sensei84
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.12.2007
Ahli No: 31932
Posting: 42
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-12-09 00:28


Panjangnya sajak dia
Malas nak baca hehehe :-o


-----------------
Zahirkan Rasa CINTA Kepada Rasulullah
Dengan Memiliki CD Mawlid Ini
KLIK SINI Untuk Dengar PERCUMA


    


  Member Information For sensei84Profil   Hantar PM kepada sensei84   Pergi ke sensei84's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.088607 saat. Lajunya....