Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-11-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: lizawati2302
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43141

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 72
Ahli: 0
Jumlah: 72




  Yang Masuk Ke Sini
lizawati2302: 1 hari, 6 jam, 24 minit yang lalu
Kang: 1 hari, 11 jam, 26 minit yang lalu
sahabat_sejati: 7 hari yang lalu
sadiqah: 11 hari yang lalu
eme86: 15 hari yang lalu
al_hafizahgirl: 19 hari yang lalu
nice_pesan: 22 hari yang lalu
umy_1510: 27 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Tapi.. Papa buat kat Mama boleh?


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Tapi.. Papa buat kat Mama boleh?

Please Mendaftar To Post


Oleh Tapi.. Papa buat kat Mama boleh?

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-12-09 18:39


hanya for sharing...

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di tak . pusat asuhan yang menempatkan anak-anak golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak-kanak ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak-anak jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dalam pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing-masing.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak-kanak lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak-kanak seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak-kanak.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak-kanak lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak-kanak bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yang sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dengan penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata-kata kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak-anak untuk masuk kebilik ibubapa.

anak-anak sekarang bukan macam anak-anak dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati-hati dalam hal-hal yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku ... kau bagai ditusuk sembilu..



:jangan: :-o


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-12-09 19:11


tekedu..
tak tau nak cakap apa...
ibu bapa tolong lah jaga apa yang perlu dijaga daripada anak...
segala-galanya boleh tejadi

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 16-12-09 21:38


terkejot tambah sedih dengan ceruta ini... sebagai pengajaran, jangan sekali sekala melakukan hubungan intim suami isteri di depan anak walaupun anak itu masih kecil


-----------------
Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari


Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-12-09 22:04


astaghfirullah hal azim...
terkejutnya..ada jugak si kecik yang bertindak macam tu...
satu pengajaran buat ibu bapa..


-----------------
'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'


Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-12-09 07:15


betul-betul..mungkin mereka anggap anak mereka masih kecil & akan ignore saja..tapi budak-budak sekarang cerdik2...semua benda yang dia tengok dia nak belajar&nak tahu...sebab itu lah berlaku bda ini walaupun dia tak paham apa tujuannya...hmmm


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 17-12-09 13:21


teringat cerita rakan saya yang suatu masa dulu seorang guru... sekumpulan kanak laki-laki menangkap kanak-kanak perempuan... mereka baru berumur sekitar 8 tahun... bila di tanya guru Kenapa lakukan begitu, jawab salah serang budak laki... "Ahmad (bukan nama sebenar) suruh tangkap seorang cikgu, dia nak tunjuk cara nak main" guru tersebut sangat terperanjat dan menangkap ahmad yang ketika itu sudah berbogel sambil mengusap anu nya.... sambil menangis guru tersebut mengarah kan anak murid tersebut memakai baju kembali dan bertanya dari mana dia tahu perkara tak senonoh tersebut? "dari abang dan akak... mak dan ayah kerja cikgu... abang dan akak buka cerita best dia ajak sekali...." Astagfirullahuazim.....


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-12-09 13:31


Pada 17-12-09 13:21 , tou_aii posting:

!!! QUOTE !!!

teringat cerita rakan saya yang suatu masa dulu seorang guru... sekumpulan kanak laki-laki menangkap kanak-kanak perempuan... mereka baru berumur sekitar 8 tahun... bila di tanya guru Kenapa lakukan begitu, jawab salah serang budak laki... "Ahmad (bukan nama sebenar) suruh tangkap seorang cikgu, dia nak tunjuk cara nak main" guru tersebut sangat terperanjat dan menangkap ahmad yang ketika itu sudah berbogel sambil mengusap anu nya.... sambil menangis guru tersebut mengarah kan anak murid tersebut memakai baju kembali dan bertanya dari mana dia tahu perkara tak senonoh tersebut? "dari abang dan akak... mak dan ayah kerja cikgu... abang dan akak buka cerita best dia ajak sekali...." Astagfirullahuazim.....



astaghfirullah...budak-budak sekarang terlalu terdedah ini...parents mereka kena control&ambil tahu perkara2 macam ini...takut saya dengar cte2 sekarang ini..


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

AdieIskandar02
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.10.2009
Ahli No: 37641
Posting: 25
Dari: Langkawi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-12-09 15:28


Apa yang pasti peranan ibu bapa itu penting tehadap penjagaan/pendidikan anak-anak...


-----------------
..:Barangsiapa mengenali diri nescaya dia mengenali Tuhan Yang Maha Berkuasa:..


Bookmark and Share

    


  Member Information For AdieIskandar02Profil   Hantar PM kepada AdieIskandar02   Pergi ke AdieIskandar02's Website   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 17-12-09 18:35


pendidikan anak anak zaman sekarang kena pantu selalu pada masa sekarang... budak-budak dulu dan sekarang lain... budak sekrang lebih cerdik dan lebih cepat belajr... sebab 2, pendidikan agama terhadap anak anak tak kira umur, perlu di perketat kan... dan ibu bapa harus memberi contoh yang baik terhadap anak anak...

dan kisah kisah seperti ini harus menjadi pengajaran yang paling besar buat kita.... jangan ambil ringan ya....


-----------------
Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari


Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-09 07:28


Pada 17-12-09 18:35 , sayang_semuanya posting:

!!! QUOTE !!!

pendidikan anak anak zaman sekarang kena pantu selalu pada masa sekarang... budak-budak dulu dan sekarang lain... budak sekrang lebih cerdik dan lebih cepat belajr... sebab 2, pendidikan agama terhadap anak anak tak kira umur, perlu di perketat kan... dan ibu bapa harus memberi contoh yang baik terhadap anak anak...

dan kisah kisah seperti ini harus menjadi pengajaran yang paling besar buat kita.... jangan ambil ringan ya....



betul-betul..pas ini kalau saya ada anak saya akan didik mereka&pntau mereka...minta dijauhkan bda2 ini tak terjadi pada keluarga saya...aminn...


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

pencinta_yesus
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.12.2009
Ahli No: 38598
Posting: 57
Dari: sabah.labuan, yogyakarta,bandung.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-12-09 10:11


anak-anak sangat mudah mengikuti pergerakan orangtuanya atau siapa pun yang dilihatnya.
disaat umur 2 tahun,3 tahun, 4 tahun, 5 tahun..anak-anak suka mencontohi apa-apa yang dilihatnya. mereka mampu mengingat dengan sangat kuat dan mampu mengikutinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pencinta_yesusProfil   Hantar PM kepada pencinta_yesus   Quote dan BalasQuote

AdieIskandar02
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.10.2009
Ahli No: 37641
Posting: 25
Dari: Langkawi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-12-09 10:24


KESALAHAN DAN KELEMAHAN IBU BAPA

Ibu bapa patut menjaga dan mengawal tingkah laku supaya tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa adalah seperti berikut:

1. Mendedahkan aib pasangan di hadapan anak-anak
2. Memungkiri janji
3. Bercakap bohong
4. Kurang memuji
5. Pemarah
6. Bersifat diskriminasi
7. Tidak memahami perasaan dan karenah anak
8. Percaya fitnah tanpa selidik
9. Kurang ilmu agama
10. Suka bergaduh
11. Memaksa anak
12. Ego
13. Berprasangka buruk
14. Suka mencari salah pasangan dan anak
15. Mementingkan diri sendiri
16. Mendera fizikal dan mental anak
17. Membazir masa dan wang
18. Mengabaikan kesihatan anak
19. Mendidik anak dengan didikan yang salah
20. Mengabaikan pendidikan anak
21. Malu meminta maaf
22. Memukul anak hingga mencederakan
23. Mencari rezeki yang haram
24. Tidak menerima pandangan anak

*Untuk huraian boleh rujuk buku PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG terbitan PTS Millennia SB


-----------------
..:Barangsiapa mengenali diri nescaya dia mengenali Tuhan Yang Maha Berkuasa:..


Bookmark and Share

    


  Member Information For AdieIskandar02Profil   Hantar PM kepada AdieIskandar02   Pergi ke AdieIskandar02's Website   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-12-09 12:54


Pada 22-12-09 10:24 , AdieIskandar02 posting:

!!! QUOTE !!!

KESALAHAN DAN KELEMAHAN IBU BAPA

Ibu bapa patut menjaga dan mengawal tingkah laku supaya tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa adalah seperti berikut:

1. Mendedahkan aib pasangan di hadapan anak-anak
2. Memungkiri janji
3. Bercakap bohong
4. Kurang memuji
5. Pemarah
6. Bersifat diskriminasi
7. Tidak memahami perasaan dan karenah anak
8. Percaya fitnah tanpa selidik
9. Kurang ilmu agama
10. Suka bergaduh
11. Memaksa anak
12. Ego
13. Berprasangka buruk
14. Suka mencari salah pasangan dan anak
15. Mementingkan diri sendiri
16. Mendera fizikal dan mental anak
17. Membazir masa dan wang
18. Mengabaikan kesihatan anak
19. Mendidik anak dengan didikan yang salah
20. Mengabaikan pendidikan anak
21. Malu meminta maaf
22. Memukul anak hingga mencederakan
23. Mencari rezeki yang haram
24. Tidak menerima pandangan anak

*Untuk huraian boleh rujuk buku PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG terbitan PTS Millennia SB



thanks adie...
info yang sangat berguna


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

AdieIskandar02
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.10.2009
Ahli No: 37641
Posting: 25
Dari: Langkawi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-12-09 14:49


thanks adie...
info yang sangat berguna



sama-sama.. itulah bergunanya ukhwah ni,.. kita boleh berkongsi ilmu @ info yang kita ketahui.. mudah-mudahan kita semua sama-sama peroleh keberkatan darinya..


-----------------
..:Barangsiapa mengenali diri nescaya dia mengenali Tuhan Yang Maha Berkuasa:..


Bookmark and Share

    


  Member Information For AdieIskandar02Profil   Hantar PM kepada AdieIskandar02   Pergi ke AdieIskandar02's Website   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 31-12-09 20:12


info saudarai adie beri, memang boleh di pakai, alhamdulillah... terima kasih alot


-----------------
Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari


Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 31-12-09 20:12


info saudarai adie beri, memang boleh di pakai, alhamdulillah... terima kasih alot


-----------------
Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari


Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-12-09 20:33


terkedu...tak tau nak cakap apa...budak-budak zaman sekarang...mereka lebih cepat pandai..cepat matang....erm...


-----------------
BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH KETENTUAN ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-12-09 21:56


Kisah di atas tu patut jadi pengajaran pada ibubapa..kalau dah nak berumahtangga, pastikan segala hukum hakam dan adab2 kita pelajari terutama antara suami dan isteri serta adab di hadapan anak-anak..inilah padahnya bila semua benda di ambil mudah dan ringan..

lagi satu, persoalan anak-anak kecil perlu di jawab dengan hati-hati kerana anak-anak ini bersih..salah pengajaran salahlah tindakan yang diambil...wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-01-10 07:57


.. Thanks AdieIskandar, best in4 tu .

Setuju dengan pecinta_yesus. Bukti paling jelas, Wawa ada 2 org anak, yang sulung berumur 2 tahun, yang bungsu 2 bulan. Bila si adik ni menangis, perkara pertama yang Wawa buat ialah try menyusukan dia. dan My lovely son copy that, so bila Adik dia cry, dan Wawa lambat attend, dia akan angkat baju dan try bagi susu pada dia. (Menyusukan adik dia) 1st, terkedu terkejut, malu, menggeletar tubuh Wawa ni. Sampai sekarang pun dia akan buat macam tu kalau adik dia menangis. kalau nak menyorok, mustahil lah sebab Wawa risau kalau biarkan anak sulung main seorang-seorang kat hall pula. Err.. macam mana ye?


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

annamuslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 01-01-10 14:39


cerita yang memberi pengajaran untuk semua

Bookmark and Share

    


  Member Information For annamuslimahProfil   Hantar PM kepada annamuslimah   Quote dan BalasQuote

Eisyaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-01-10 16:03


btul3x...cerita yang memberikan pengajaran yang amat berguna untuk semua....

Bookmark and Share

    


  Member Information For EisyaaProfil   Hantar PM kepada Eisyaa   Pergi ke Eisyaa's Website   Quote dan BalasQuote

Ninja85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2007
Ahli No: 31536
Posting: 218
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-01-10 16:12


assalamualaikum
kalau budak 3-4 tahun dah begitu,
tak tau lah apa kan jadi dengan dunia sekarang.
mari lah sma2 kita berdoa agar kiet semua mendapat pertunjuk ALLAH.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ninja85Profil   Hantar PM kepada Ninja85   Quote dan BalasQuote

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-10 16:28


Astaghfirullah, dahsyat sungguh! Ini semua berpunca daripada kesalahan ibu bapa sendiri. Memang cukup mendalam kesannya. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

madyie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2007
Ahli No: 30270
Posting: 106
Dari: tranung

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-01-10 17:56


kita pun pernah dengar kisah lebih krang gini juga dari sahabat kita yang jadi guru sebelum ni...
bagi kita, ibubapa sekarang terlalu "OPEN" sangat lah...ssetengah tu,kena lah Close sikit.

embrassed

Bookmark and Share

    


  Member Information For madyieProfil   Hantar PM kepada madyie   Pergi ke madyie's Website   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 07:31


Pada 02-01-10 17:56 , madyie posting:

!!! QUOTE !!!

kita pun pernah dengar kisah lebih krang gini juga dari sahabat kita yang jadi guru sebelum ni...
bagi kita, ibubapa sekarang terlalu "OPEN" sangat lah...ssetengah tu,kena lah Close sikit.

embrassed


betul-betul...jangan fikir anak kecik lagi ..budak sekarang pikiran&akl mereka panjang..tak macam budak dulu..


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10644 saat. Lajunya....