Oleh |
kerjaya pengumpul SURAT KHABAR LAMAAA..... |
gezerg
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak
|
Posting pada: 13-12-09 22:39
 Kongsi pandangan anda terhadap kerjaya tersebut di sini. Saya lihat, teknologi informasi terkini telah 'menghapus' periuk nasi orang yang memekik 'surat khabar lamaaa' Saya simpati dan saya fikir pendapatan pengumpul surat khabar agak terhad dari hari ke hari. Mana tidaknya, kita semua mampu mencapai berita lebih cepat dan 'peribadi' berbanding untuk ke kedai dengan kenderaan seperti dahulu? kongsikan..... gezerg sihat dan terus bertaubat yang diterima ALLAH, insya-ALLAH.....demi kebaikan dirinya juga, amien ya ALLAH  ----------------- Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya
|
nhuda
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.11.2009 Ahli No: 38441
Posting: 47
|
Posting pada: 14-12-09 07:11
tapi, kalau dengan teknologi sekarang ni, penggunaan kertas dapat dikurangkan, ianya memberi kesan yang baik kepada alam sekitar. rezeki itu ada di mana-mana, rasanya kalau mereka ni rasa surat khabar lama makin berkurangan, mereka akan cari jalan lain pula, mungkin menjadi pengumpul botol2 plastik, tin2 dan sebagainya... berjayalah proses kitar semula kalau macam tu. -----------------  -- koleksi nasyid
|
usop79
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.07.2004 Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar
|
Posting pada: 14-12-09 11:36
selagi kita berusaha pasti ada rezeki, rezeki Allah dah tetapkan cuma kita perlu berusaha untuk mendapatkannya, sama ada lebih atau kurang, tu semua kita perlu berusaha... kalau surat khabat tak ada, kotak-kotak atau buku-buku lama pun tetap banyak lagi, semua terpulang pada seseorang macam mana dia nak dapatkan rezeki untuk diri masing-masing Waallahualam... ----------------- http://senikatalagu.blogspot.com/http://selokamelayu.blogspot.com/
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 14-12-09 14:23
mmmmmm... rezeki ALLAH ada kat mana-mana.. jualan paper pun sekarang meningkat.. walaupun dah ada media baru ramai golongan masih membeli paper harian dan mingguan.. rasanya untuk tajuk diatas kesannya tak ketara.. tapi para nelayan kita memang diancam purata pendapatan yang makin susut.. tak macam pak tani.. hasil makin membanggakan.. tu pendapat saya lah.. p/s.. banyak kerja woi.. nak dengan taknak saja..
|