Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 6 hari yang lalu
wyd1014: 14 hari yang lalu
haykal77: 22 hari yang lalu
Kakngah: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Dakwah Rasulullah ke Taif


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Dakwah Rasulullah ke Taif

Please Mendaftar To Post


Oleh Dakwah Rasulullah ke Taif

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-12-09 07:00


SELEPAS penduduk Mekah menentang Rasulullah, baginda mula risau terhadap keselamatan para pengikutnya. Baginda berusaha mencari tempat baru di luar kota Mekah.

Selepas berbincang, baginda pun memilih Taif yang terletak kira-kira 135 kilometer (km) ke arah Tenggara Mekah.

Baginda berharap para pembesar daripada Bani Thaqif akan menerima baginda dengan baik. Bani Thaqif mempunyai hubungan dengan Bani Hashim, iaitu keturunan baginda. Baginda bertolak ke Taif dengan pembantunya, Zaid bin Harithah. Perjalanan itu mengambil masa selama 10 hari.

Apabila sampai di Taif, mereka sangat kagum dengan keindahan daerah itu. Tanaman hidup subur dan binatang ternakan sangat sihat.

Rasulullah dan Zaid pergi menemui para pembesar daerah itu. Apabila baginda memberitahu niat baginda datang ke Taif, para pembesar segera menghalau mereka.

"Pergi kau dari sini. Kami tidak menyediakan tempat untuk orang seperti kau," halau para pembesar. Baginda juga dihina dan dicerca.

Rasulullah menerima cacian tersebut dengan tenang. Baginda tidak menaruh dendam kepada mereka. Para pembesar telah melakukan bermacam-macam perkara untuk menentang Rasullullah daripada berdakwah. Baginda tidak menghiraukan ugutan mereka. Baginda terus menyeru penduduk Taif agar memeluk agama Islam.

Apabila gagal mengusir Rasulullah, mereka menyuruh semua penduduk Taif mengejek dan menghina baginda. Ramai penduduk Taif akur. Apabila Rasulullah dan Zaid lalu di hadapan mereka, mereka akan mengejek baginda.

Namun baginda hanya tersenyum. Ada juga yang kagum dengan kesabaran baginda. Namun bilangan mereka itu kecil sahaja. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Penduduk Taif mencapai kayu dan batu lalu membaling ke arah Rasulullah dan Zaid. "Berlindunglah di belakang saya, Rasulullah," kata Zaid.

Zaid melindungi Rasulullah. Apabila ada kayu atau batu dibaling ke arah mereka, Zaid akan segera menepis.

Beliau mengalami luka parah akibat terkena batu dan kayu yang dibaling itu. Zaid tidak menghiraukan kesakitannya. Kasih sayangnya terhadap Rasulullah melebihi segala-galanya. Rasulullah hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Rasulullah dan Zaid berjalan keluar dari Kota Taif dalam keadaan cedera dan keletihan. Baginda kesal dengan sikap penduduk Taif. Selama sepuluh hari baginda berdakwah dan mengajak mereka menyembah Allah, mereka masih enggan.

"Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu. Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah. Aku mengaku penghinaan manusia terhadapku," doa baginda sewaktu dalam perjalanan.

Malaikat Jibrail mendengar doa itu. Lalu meminta kebenaran untuk menurunkan bala ke atas penduduk Taif. Baginda tidak membenarkannya.

Baginda berdoa kepada Allah supaya memberikan rahmat dan hidayah kepada orang-orang yang telah menghina dan mencaci baginda.

Begitulah mulianya hati Nabi Muhammad SAW. Walaupun dihina, dikeji, malah dicederakan, baginda tetap mendoakan agar orang yang menganiayai baginda memperoleh kebaikan.

Petikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-12-09 12:50


kisah yang betul-betul menyentuh hati bagi orang-orang yang benar-benar menghayati...

hebatnya tentangan musyrikin waktu itu terhadap dakwah Rasulullah...
Baginda dan sahabat di caci..di maki..di lempar batu...namun, Rasulullah SABAR...

dan yang paling menyentuh hati, malaikat jibrail menawarkan bantuan itu musnahkan mereka-mereka yang menentang..namun, Rasullah menghalang..malah ditukarkan tentangan itu dengan kurniaan hidayah dari Allah...Subhanallah...

relate'kan dengan kehidupan sekarang...
orang yang terus berusaha sambung perjuangan Rasulullah, menyampaikan dakwah juga ditentang...tapi tntangan itu lebih bersikap psikologi...
berdakwah tapi dalam masa yang sama masyarakat disogokkan dengan hiburan yang jelas mngahalang prkmbangan dkwah..kini, orang yang nak sampaikan dakwah pun perlu ada tauliah buatan manusia. sedangkan dakwah itu terletak pada bahu siapa pun selagi bergelar muslim dan telah mndapat tauliah khas dari Allah sejak azali..

benarlah Sabda Rasulullah...yang bermaksud..
" pada akhir zaman..orang yang memegang Islam ibarat memegang bara api "

"islam itu datangnya asing, dan akhir zaman akan terus menjadi asing"

beruntunglah orang yang terasing dan memegang bara api itu...

untuk ingatan diri sendiri dan sahabat semua..tinggalkanlah bicara tentang soal2 yang remeh temeh..soal2 yang hanya setakat didunia sahaja..yang hanya seronok untuk halwa dan hawa nafsu..sudah masanya kita bangkit..renung dan bergerak kerja untuk agama...
sedangkan keretapi itu terus berjalan...rugilah kita tidak menjadi penumpangnya...

wallahu'alam...


-----------------
“muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata”


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

indri_solehah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2008
Ahli No: 36470
Posting: 28
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-12-09 02:26


tadi dengar kat radio ada ustaz yang cerita pasal ni. geram sangat-sangat dengan penyampaian tu. salah dalam menyampaikan,salah dalam memilih kata, salah juga orang memahaminya. digambarkan bahwa rasulullah tu penuh dendam.digambarkan rasulullah tu suka main pedang dengan lawan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For indri_solehahProfil   Hantar PM kepada indri_solehah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078761 saat. Lajunya....