Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 10-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 22 hari yang lalu
nur_takwa88: 28 hari yang lalu
kismis: 28 hari yang lalu
qaulah_atrah: 39 hari yang lalu
muaz9768: 43 hari yang lalu
Rashdin: 49 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Antara Perihal Tun Dr Mahathir

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Antara Perihal Tun Dr Mahathir

Please Mendaftar To Post

Oleh Antara Perihal Tun Dr Mahathir

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 11:08

Mahathir Kata UMNO kini busuk hingga ke usus

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

DI petik dr laman harakhdaily.net

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 01-12-09 11:15

UMNO memang dah busok berulat sejak dari dulu lagi kerana nabi dah bagi tahu assobiyah itu menjijikkan. Apakah baru sekarang TDM sedar? kasihan....

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 11:29

Topik busuk kalau dibuka dua kali bertambah2 lah busuknya.. Adoi..

-----------------

Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 11:30

hahaha..comel pula baca ayat kak hanan ini..

-----------------
the key is ignorance to negativity..

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 15:36

Pada 01-12-09 11:29 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Topik busuk kalau dibuka dua kali bertambah2 lah busuknya.. Adoi..

jika membuka pekung untuk mendedahkan kebusukan tu salah ke tak???

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 15:43

perjuangan konon.. semangat berjuang dah lama hilang dalam umno..

Bookmark and Share

  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 16:10

!!! QUOTE !!!

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

rasanya bekas tu mungkin dan pasti pernah dicaci...dikutuk ..di hina oleh pihak PAS...

saya pasti jika beliau joint PAS , pasti keburukan yang pernah ada pada beliau hilang serta merta..

Bookmark and Share

  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 16:13

Pada 01-12-09 11:29 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Topik busuk kalau dibuka dua kali bertambah2 lah busuknya.. Adoi..

wawawa...
sabar saja kak..
carik saja mode yang kental sikit..
hehhe..

p/s.. busuk tak kentut juga..

Bookmark and Share

  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 16:16

Pada 01-12-09 16:10 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

rasanya bekas tu mungkin dan pasti pernah dicaci...dikutuk ..di hina oleh pihak PAS...

saya pasti jika beliau joint PAS , pasti keburukan yang pernah ada pada beliau hilang serta merta..
bukan setakat itu sahaja, beliau menyokong pas pun mungkin sebab tiada tempat lagi dalam umno. tu pasal pemimpin kanan ni nak keluar dan kata busuk apa benda dah..biasalah tu... ;-) harakahdaily pula cepat-cepat ambik tulisan dr.mahathir ini masuk dalam keluarannya hari ini. biasalah tu..janji apa-apa tulisan hentam umno, masuk dalam paper...hehe

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 16:26

ehehheh...
bersangka baik lah dik non oi..
ezam masuk umno pun ditatang2...
takkan mat taib nak join pr pun dah nak bising..
org yang lompat ni ada 4jer...
1st nak sambung survival politik dia...
macam ustaz nakhaie,ezam,hamdan taha,chua jui meng atau mungkin jeffry kitingan.
2nd golongan yang lari dr bayar hutang atau rasuah.
macam 3 adun perak tu dengan adun kedah...
3rd org yang macam kita ni lah...
yang dulunya setia dengan slogan dulu kini dan selamanya tapi belum sampai selamanya kini dah bersama membangun bersama islam.
atau dulunya bersama menyemai harapan baru rakyat malaysia kini setia selamanya dengan keris.golongan ketiga ini adalah golongan atas pagar...
kita tak setia pada parti.tapi kita akan setia pada wakil rakyat yang baik dan senantiasa ada dengan kita.

yang last no ampat ni...
adalah golongan yang sampai seru..
tak kira lah dia join mana-mana parti pun..
maybe dia dah bosansandiwara sorok bawah karpet politiking pas ni..atau dia rasa letih dengan politik ampu duit umno..
maybe orang-orang ini berubah kerana ALLAH..
takkan dah berubah pun nak kena bantai agaknya..

p/s.. dr m yang belum lagi nak berubah time tu pun kaw2 umno bantai..
hehheheh jadi pa lah nak hairan dengan mat taib masuk pas..

Bookmark and Share

  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 16:33

Pada 01-12-09 16:16 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-12-09 16:10 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

rasanya bekas tu mungkin dan pasti pernah dicaci...dikutuk ..di hina oleh pihak PAS...

saya pasti jika beliau joint PAS , pasti keburukan yang pernah ada pada beliau hilang serta merta..
bukan setakat itu sahaja, beliau menyokong pas pun mungkin sebab tiada tempat lagi dalam umno. tu pasal pemimpin kanan ni nak keluar dan kata busuk apa benda dah..biasalah tu... ;-) harakahdaily pula cepat-cepat ambik tulisan dr.mahathir ini masuk dalam keluarannya hari ini. biasalah tu..janji apa-apa tulisan hentam umno, masuk dalam paper...hehe

hehehhe..
tak boleh terima teguran betul umno ni..
dr m power lagi bang..
cuma dia bising sekarang ni sebab masih ramai lagi orang-orang paklah dalam kerajaan..
jadi dia tak boleh kontrol sangat..
tapi dia puas hati..
sebab petronas najib serah balik pada dr m..
dr m sekarang ni serang orang-orang paklah lah...
yang nak keluar pun org tau org kuat paklah..
tentu dah tak tahan lah tu..tu pasal buat keputusan nak join pas..

jadi..
kuat ke umno ni..
berpadu ke melayu dalam umno ni..
kalau tak boleh bersatu dan berpadu..
janganlah bising2 nak buat perpaduan melayu...
org melayu tak sebodoh 30 tahun dulu..

p/s.. bersatu atas nama islam..
     berpadu atas nama perjuangan..

Bookmark and Share

  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 16:36

hehehe... apa nak jadi...

dalam UMNO berpuak.. Najib dipengaruhi TDM dengan Pak Lah (ada lagi ke ?)
dalam PAS berpuak jugak... Husam dengan Nasarudin... hehehe

Bookmark and Share

  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 16:48

ni ayat bukan nak kondem mana-mana pihak...
tapi kenyataan..
boleh tanya mana-mana gurkha umno...
boleh tanya mana-mana pemerhati politik..

puak2 dalam umno ni bukan setakat kat pusat saja..
ni dah merayap segenap negeri,bahagian dan caw..

kat pusat dulunya muhyiddin kalau tak ditlg najib dengan tdm dah lama hanyut dibuat dek ali rustam dengan paklah..
umum dah tau peperangan khir toyo,mukhriz dengan khairy..
belum lagi rafidah dengan pun jatt..

kat negeri..
kita lihat utara dulu..
hari ni shahidan kassim dah macam ketua pmbangkang..
shafie afdal dan tak terkibo melayan orang-orang che det..
kb2 dengan yb2 kat perak dah mula buat pakatan nak jthkan zambry berkenaan isu 786nya..
mai ganu lagi dasyat..
kelate cah ketingnya..
n9 tunggu masa nak meletup..
pahang next praya mb baru..berebut2 ..
johor perang khalid dengan ghani..
sel matinya dtk z org dah tak segan umno dah..

kat bahagian dengan caw,,,
lagi hebat..
bahagian kecik macam tintan pun dah ada 4 kapla..
ehhehe..
dah bahgian pecah 4...caw takkan aman lah..

tapi yang pas ni yang duduk perang kat atas..
tapi yang bawah ni duduk monitor saja..
(lambat laun perang juga)..
cuma kita dah nampak busuknya umno hari ni..
maybe jika tak dibendung busuknya itu akan melakong ke pas pula..

p/s.. husam hebat...tu pasal dicemburui kawan dan lawan..

Bookmark and Share

  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar

posticon Posting pada: 01-12-09 17:27

kan bagus puak UMNO berpecah belah
tawaran hebat untuk PAS mendapatkan sokongan

Bookmark and Share

  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

biru-putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.07.2006
Ahli No: 25137
Posting: 135

blank  

posticon Posting pada: 01-12-09 17:36

Pada 01-12-09 11:08 , syed posting:

!!! QUOTE !!!

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

heheh... mat tyson ke...?

Bookmark and Share

  Member Information For biru-putihProfil   Hantar PM kepada biru-putih   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 02-12-09 11:23

Pada 01-12-09 16:36 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

hehehe... apa nak jadi...

dalam UMNO berpuak.. Najib dipengaruhi TDM dengan Pak Lah (ada lagi ke ?)
dalam PAS berpuak jugak... Husam dengan Nasarudin... hehehe

berpuak dalam UMNO kita tak hairan, tapi berpuak dalam PAS kita rasa ia menyedihkan....

harap ia tak lama dan hati dipertautkan semula.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 02-12-09 11:31

!!! QUOTE !!!

. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

alahai pemimpin kanan UMNO ni baru perasan ke ?? dulu masa masih kuat dalam UMNO pasai apa diam saja ?? dah hujung usia dan nak pencen baru nak kondem UMNO.

apa-apa pun syukur... at least dia ada kesedaran juga akhirnya..

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 02-12-09 11:36

!!! QUOTE !!!

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

:-D :-D :-D

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 02-12-09 11:39

Pada 01-12-09 11:29 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Topik busuk kalau dibuka dua kali bertambah2 lah busuknya.. Adoi..

Kenapa tak kunci saja?

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 02-12-09 12:24

Pada 02-12-09 11:39 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-12-09 11:29 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Topik busuk kalau dibuka dua kali bertambah2 lah busuknya.. Adoi..

Kenapa tak kunci saja?

:-D :-D :-D

betul tu, kunci lah hanan, nanti ada yang terasa hanan 'pilih kasih' kat sini

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 02-12-09 12:32

Boleh kunci kalau tiada lagi perbincangan yang hendak dibincangkan,

So ada siapa lagi ke nak bincang pasal TDM, tak puas hati dengan TDM or nak copy paste apa-apa lagi cerita pasal TDM?

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar

posticon Posting pada: 02-12-09 12:38

hehhee..
jangan lah mare2 abang mode...
mereka provok2 manja saja tu...
if ada 2 topic yang hampir sama buang lah salah satu..
kita tumpu pada 1 saja...
kan senang...
jangan lah sampai org boss tegur..
hehhe..

p/s.. buang rasa serba salah..

Bookmark and Share

  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 02-12-09 13:56

Pada 02-12-09 12:24 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-12-09 11:39 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-12-09 11:29 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Topik busuk kalau dibuka dua kali bertambah2 lah busuknya.. Adoi..

Kenapa tak kunci saja?

:-D :-D :-D

betul tu, kunci lah hanan, nanti ada yang terasa hanan 'pilih kasih' kat sini

Hmm.. ada yang tak faham posting Hanan itu. Sebenarnya topik ini dah double posting, tapi sebab topik lagi satu yang terdahulu tu belum direply so dah dibuang.

-----------------

Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 02-12-09 14:10

Pada 02-12-09 13:56 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-12-09 12:24 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-12-09 11:39 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-12-09 11:29 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Topik busuk kalau dibuka dua kali bertambah2 lah busuknya.. Adoi..

Kenapa tak kunci saja?

:-D :-D :-D

betul tu, kunci lah hanan, nanti ada yang terasa hanan 'pilih kasih' kat sini

Hmm.. ada yang tak faham posting Hanan itu. Sebenarnya topik ini dah double posting, tapi sebab topik lagi satu yang terdahulu tu belum direply so dah dibuang.

saya faham... saja saja pancing Cik Presiden :) .
biarkan yang busok itu semakin busok, kerana setakat ini kita saja yang rasa tembelang tersebot. Sedangkan pemerintah ini masih menyangka mereka memnyeburkan ambi pur dengan haruman lavender kepada kita. kalau sampai busok umpama busok di lubang yang paling dalam, semua orang dah tak tahan, barulah mungkin semua akan sedar kebusokannya.

p/s: masih segar di ingatan novel sh-it itu. betapa busoknya sampai tak sanggup baca lagi, busoknya sampai ke hari ini.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 02-12-09 21:02

Pada 02-12-09 13:56 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-12-09 12:24 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-12-09 11:39 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-12-09 11:29 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Topik busuk kalau dibuka dua kali bertambah2 lah busuknya.. Adoi..

Kenapa tak kunci saja?

:-D :-D :-D

betul tu, kunci lah hanan, nanti ada yang terasa hanan 'pilih kasih' kat sini

Hmm.. ada yang tak faham posting Hanan itu. Sebenarnya topik ini dah double posting, tapi sebab topik lagi satu yang terdahulu tu belum direply so dah dibuang.

oo kisahnya, Sorry lah silap faham. Jadi tak payah kunci lah no, biar depa yang yang rajin ke thread ni terus menghidu busuknya UMNO... :-D

lebih baik saya menghidu semerbak bau :bunga: hmmmm

bye :bye:

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 02-12-09 21:26

!!! QUOTE !!!

Pada 02-12-09 21:02 , myhoney posting:.

oo kisahnya, Sorry lah silap faham. Jadi tak payah kunci lah no, biar depa yang yang rajin ke thread ni terus menghidu busuknya UMNO... :-D

lebih baik saya menghidu semerbak bau :bunga: hmmmm

bye :bye:

apa yang busuk sangat tu ye kat umno...nak tahu juga lah... :berfikir:

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.128885 saat. Lajunya....