Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 238
Ahli: 0
Jumlah: 238




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 19 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Lemak bab.. dalam jajan(be careful


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Lemak bab.. dalam jajan(be careful

Please Mendaftar To Post


Oleh Lemak bab.. dalam jajan(be careful

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 10:07


Pse jangan main taram saja beli jajan.. contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dalam wallet atauhenset. refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yang zalim & musyrikin yang cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1 E 100     16 E 280     31 E 434     46 E 482
2 E 110     17 E 300     32 E 435     47 E 483
3 E 120     18 E 301     33 E 436     48 E 491
4 E 140     19 E 325     34 E 440     49 E 492
5 E 141     20 E 326     35 E 441     50 E 493
6 E 153     21 E 327     36 E 470     51 E 494
7 E 160     22 E 334     37 E 471     52 E 495
8 E 161     23 E 335     38 E 472     53 E 542
9 E 210     24 E 336     39 E 473     54 E 570
10E213     25 E 337     40 E 474     55 E 572
11E214     26 E 422     41 E 475     56 E 631
12E216     27 E 430     42 E 476     57 E 635
13E234     28 E 431     43 E 477     58 E 904
14E252     29 E 432     44 E 478     59 E 920
15E270     30 E 433     45 E 481

yang jelas nya.....pringles pun ada juga lemak menatang ni...kalau xcaya tengok ada E471 kat ingredients nya tu...memang patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu....

tak hairan lah kalau sekarang ni ramai sangat samseng, yang muda, yang tua..laki..perempuan. ..sama saja.....solat yang wajib main tinggal saja..doa pun banyak yang tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yang jadi darah daging.......nauzubillah..

bagaimana nak lahirkan lebih ramai islam yang betul-betul 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dengan makanan2 mengarut ni... yang hairan nya bagaimana boleh ada tanda HALAL bagi makanan2 tersebut?

Bijaknya orang-orang kafir memperdayakan orang-orang Islam hanya dengan makanan...... Kebijaksanaan mereka takkan kekal lama...

tapi...ingatlah suatu masa yang telah ditetapkan oleh Allah swt, orang-orang mukmin akan bangkit jua...

Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan-rakan seislam...semoga kita lebih berhati-hati dengan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...




:jangan:


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 10:47


hemm..ni conform ke?sebab jika tanpa bukti menyebabkan syubhah ni..ana risau..kala boleh dtgkan bukti ya..


-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 30-11-09 11:18


kalau betul, macam mana pihak berwajib yang bertanggungjawab boleh terlepas pandang dengan perkara ni?? Bukankah produk2 telahpun ditapis secara teliti untuk memasuki sesebuah pasaran??

Ini melibatkan isu sentimen umat Islam.


-----------------
My love commitment to myself, my family and my fellow men becomes me the courage and strength to face the challenges of life....


Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 12:22


tidak hairan lah kalau makan jajan banyak boleh gemuk....


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 14:48


ni antara cara untuk anda dapatkan kepastian...isu ini memang pernah jakim keluarkan..tapi mmang ramai yang waswas...ini saya copy dr web jakim...
boleh check kat web ini...http://www.halaljakim.gov.my.

Apabila timbul keraguan mengenai sesuatu produk, semua pihak boleh membuat pengesahan melalui e-Halal mengenai status sijil halal yang diperoleh pengeluar produk halal berkaitan. Maklumat ini dapat diakses oleh orang ramai melalui Portal Halal JAKIM dengan menggunakan alamat: http://www.halaljakim.gov.my. Portal ini menjadi sebahagian daripda kandungan laman web JAKIM yang dapat diakses melalui alamat http://www.islam.gov.my.



SMS e-Halal

JAKIM seterusnya telah memasukkan nilai tambah pada sistem e-Halal ini supaya maklumat mengenai status sijil halal bukan sahaja dapat diakses melalui Internet tetapi juga melalui telefon bimbit. Cara yang digunakan adalah dengan menggunakan kemudahan perkhidmatan servis mesej singkat (SMS). Melalui cara ini, pengguna akan mendapat maklumat mengenai status sijil halal pengeluar sesuatu produk halal dengan mudah dan cepat khususnya sewaktu membuat pembelian di premis atau kedai. Perkhidmatan SMS dipilih kerana ia mudahalih dan dapat dilakukan di mana-mana pada bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja. Tidak dapat dinafikan, penggunaan telefon bimbit dewasa ini nampaknya semakin menjadi satu kemestian. Rasanya ada semacam kekurangan jika kita keluar rumah tanpa membawa telefon bimbit.



Untuk menyemak status sijil halal sesuatu produk halal, pengguna boleh memasukkan perkataan ‘halal’ dan ‘nombor rujukan halal’ ke dalam telefon bimbit dan menghantarkannya ke sistem e-Halal JAKIM. Sistem e-Halal JAKIM akan memberi jawapan dengan memaparkan status sijil halal sesuatu produk yang terlibat ke telefon bimbit pengguna. Usaha kini sedang dijalankan supaya pengesahan ini bukan sahaja boleh dilakukan di dalam negara malah dari luar negara.



Nombor rujukan yang digunakan ialah nombor dan barkod GS1 (Global Standard One) yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengilang Malaysia atau Federation of Malaysian Manufacturers bagi pihak badan GS1 antarabangsa. Nombor dan barkod ini diguna pakai oleh lebih daripada 100 negara dan lebih daripada 1 juta syarikat di seluruh dunia. Nombor dan barkod GS1 ini telah sedia ada diletakkan pada bungkusan sesuatu produk makanan dan gunaan. Nombor ini dipilih kerana ia digunakan secara universal di seluruh dunia.



Walaubagaimanapun nombor dan barkod GS1 ini didapati kurang sesuai untuk digunakan di premis-premis makanan dan rumah sembelih. Pada kebiasaanya, premis makanan dan rumah sembelih yang telah mendapat sijil halal daripda JAKIM akan memaparkan logo halal di tempat masing-masing. JAKIM telah menjana satu nombor siri dan barkod khas untuk dipamerkan bersama-sama logo yang dipaparkan ini. Pengesahan status halal bagi premis dan rumah sembelih ini dapat dilakukan dengan cara pendailan yang sama.



Nombor SMS yang digunakan semasa membuat pendailan kepada e-Halal JAKIM ialah 32728. Setiap nombor ini merupakan nombor pertama yang terdapat pada butang telefon bimbit yang memaparkan huruf ‘D’, ‘A’, ‘P’, ‘A’ dan ‘T’. Ini bermakna pengguna hanya perlu mengingatkan perkataan ‘DAPAT’ untuk mendapatkan nombor yang perlu didail kepada JAKIM. Nombor 32728 ini telahpun digunakan untuk memberi pelbagai perkhidmatan melalui SMS oleh beberapa agensi Kerajaan lain seperti PDRM, KLFM dan sebagainya.



Mesej Jawapan Dari e-Halal



Seperti disebutkan di atas, apabila pendailan SMS dilakukan, anda perlu memasukkan perkatan ‘halal’, dan diikuti dengan ‘nombor rujukan halal’ iaitu nombor GS1 pada telefon bimbit anda dan hantarkannya melalui talian ‘32728’ atau ‘DAPAT’. Beberapa saat selepas pendailan dilakukan, e-Halal akan memberi jawapan terhadap pertanyaan yang diajukan. Buat permulaan, sekurang-kurangnya anda akan menerima salah satu daripada empat jenis mesej. Mesej pertama berbunyi ‘tiada dalam senarai’, yang bermakna produk yang sedang anda semak tidak didaftar dengan e-Halal. Mesej kedua iaitu ‘sijil tamat tempoh’ bermakna produk berkenaan pernah didaftarkan dengan e-Halal, tetapi tempoh sahlaku sijil halalnya telah tamat. Pihak pengeluar perlu memperbaharui sijil halal bagi produknya yang telah tamat tempoh seawal mungkin bagi mengelakkan paparan mesej seperti ini. Mesej ketiga iaitu ‘dalam proses permohonan’ bermakna permohonan sijil halal dari pengeluar berkaitan sedang diproses. Mesej seterusnya iaitu ‘sijil sah’ bermakna produk halal yang dirujuk mempunyai sijil halal yang sah dan anda boleh meneruskan pilihan anda tanpa keraguan.


Tanggungjawab Pengeluar Produk Halal

Kejayaan sistem e-Halal amat bergantung pada kerjasama di kalangan pengeluar dan pengguna produk halal. Untuk menjayakan e-Halal ini, pihak pengeluar produk halal bertanggungjawab untuk mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. Permohonan untuk mendapatkan sijil halal ini boleh dilakukan dengan mengemukakan borang permohonan atau mengemukakan permohonan secara dalam talian (online). Bagi pengeluar produk halal yang belum lagi mempunyai sijil halal, eloklah mereka mula membuat permohonan kepada JAKIM.



Kepada pengeluar produk halal yang telah mendapat sijil halal daripada JAKIM, mereka perlulah mendaftarkan produk mereka dengan Persatuan Pengilang Malaysia atau Federation of Malaysian Manufacturers. Melalui proses ini, nombor dan barkod GS1 (Global Standard One) bagi sesuatu produk halal dapat dikeluarkan. Nombor ini perlulah dikemukakan kepada JAKIM dan diletakkan pada bungkusan produk makanan dan gunaan halal mereka.



Kempen perolehan sijil halal dan penggunaan nombor dan barkod halal GS1 (Global Standard One) sebenarnya telah dimulakan pada tahun 2005 lagi. JAKIM telah mengadakan pertemuan dan sesi penjelasan dengan pengeluar-pengeluar produk halal. Hasil daripda pertemuan ini, pengeluar produk makanan dan gunaan halal yang telah memperoleh sijil halal JAKIM telah mula mengemukakan nombor dan barkod GS1 (Global Standard One) untuk disimpan dalam pangkalan data e-Halal JAKIM. Setakat ini terdapat lebih daripada 28,000 nombor dan barkod yang mewakili pelbagai item produk makanan dan gunaan halal telah berjaya dikumpulkan oleh JAKIM. Ini merupakan satu petanda baik ke arah pembangunan sistem e-Halal dan juga industri halal di Malaysia .



Walaupun pihak pengeluar produk halal tidak diwajibkan untuk mendapatkan sijil halal, namun perolehan sijil ini adalah untuk kebaikan mereka jua. Pihak pengeluar perlu diingatkan bahawa bagi pengguna yang prihatin akan status halal sesuatu produk, mereka menjadikan pemilihan produk yang halal sebagai satu kemestian. Dalam dunia perniagaan yang kompetitif, pengguna mempunyai peluang yang luas untuk membuat pilihan. Sudah barang tentulah produk yang mempunyai sijil halal menjadi pilihan utama berbanding dengan produk yang tidak mempunyai sijl halal. Oleh itu kita dapat bayangkan masanya akan tiba apabila kebanyakan pengeluar produk halal mempunyai sijil halal serta nombor dan barkod GS1 masing-masing. Pada waktu itu, pengeluar produk halal yang tidak mempunyai sijil halal akan tercicir di belakang dalam industri halal.



Pemantauan dan Penguatkuasaan oleh JAKIM

Selepas e-Halal dilancarkan nanti, pegawai-pegawai JAKIM akan dapat membuat pemantauan dan penguatkuasaan produk halal dengan mudah. Pegawai-pegawai JAKIM akan dapat mengesan produk yang tidak mempunyai sijil halal tetapi meletakkan tanda halal pada produk tersebut. Ini merupakan satu contoh yang jelas apabila berlakunya pelanggaran Akta Perihal Dagangan 1972. Pihak JAKIM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar akta tersebut. Hukuman yang berat akan dikenakan pada mereka yang melanggar peraturan ini. Melalui sistem e-Halal, pegawai-pegawai JAKIM juga dapat mengesahkan sijil halal bagi pengeluar produk halal yang telah tamat tempoh. JAKIM akan membuat pemeriksaan lanjut terhadap sesuatu produk halal yang telah tamat tempoh dan memerlukan pembaharuan sijil halal. Ini bermakna sebelum sijil halal bagi sesuatu produk halal diperbaharui, tidak ada jaminan akan status halal bagi produk tersebut.


Fasa Pelaksanaan e-Halal

e-Halal akan dilaksanakan mengikut fasa. Buat permulaan, ia melibatkan pengeluar produk halal di Lembah Kelang, khususnya yang memperoleh sijil halal daripada JAKIM. Seperti yang kita sedia maklum, sijil halal bagi produk halal juga dikeluarkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri. Kerajaan berhasrat dalam fasa berikutnya sistem e-Halal ini dijadikan satu sistem yang bersepadu yang mengandungi maklumat sijil halal bukan sahaja yang dikeluarkan oleh JAKIM, tetapi juga yang dikeluarkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri.



Integrasi sistem e-Halal di peringkat JAKIM dan Kerajaan Negeri adalah perlu untuk mengelakkan kerenah birokrasi pada pihak Kerajaan di samping mewujudkan sistem penyampaian khidmat (service delivery) yang cekap lagi sempurna. Cuba bayangkan, apabila anda membuat pendailan ke e-Halal, anda akan menerima mesej ‘tiada dalam senarai’ yang bermakna produk yang terlibat tidak didaftarkan dengan e-Halal. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan produk tersebut mempunyai sijil halal yang sah yang dikeluarkan oleh pihak Negeri. Oleh itu bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku, pengeluar produk halal di peringkat Negeri diminta juga mengemukakan maklumat masing-masing kepada sistem e-Halal JAKIM. Pendaftaran kepada e-Halal adalah percuma. Dengan adanya maklumat yang lengkap dalam e-Halal, sesiapa sahaja boleh mengesahkan status sijil halal sesuatu produk halal, tidak kira di Negeri manakah sesuatu produk halal itu didaftarkan.




Tanggungjawab Pengguna



Di peringkat pengguna, mereka sepatutnya bertanggungjawab membuat pemilihan dan pembelian produk daripada jenis yang halal yang disokong dengan sijil halal yang sah. Di samping itu, para pengguna juga boleh memaklumkan JAKIM jika berlaku pelanggaran peraturan halal yang sedang berkuat kuasa. Ini merupakan amalan yang menepati konsep pemerkasaan warganegara atau dalam bahasa Inggerisnya, citizen empowerment. Mengikut konsep ini, rakyat berganding bahu untuk membantu Kerajaan dalam menghapuskan penyelewengan yang berkaitan dengan produk halal. Adalah diharapkan tugas dan peranan penting yang dimainkan oleh pengguna ini dapat dimainkan sama oleh pihak lain seperti badan-badan bukan Kerajaan, pertubuhan dan sebagainya.



Rakan Halal

Bersabit dengan pelaksanaan e-Halal, Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu lagi konsep, iaitu Rakan Halal. Konsep ini wujud hasil daripada kerjasama semua pihak, termasuk badan-badan bukan Kerajaan, pihak pengeluar, pengguna dan individu. JAKIM akan memainkan peranan aktif untuk memajukan konsep ini. Melalui konsep Rakan Halal, forum yang lebih luas akan digunakan bagi semua pihak yang terlibat untuk berinteraksi dan memberikan kerjasama ke arah mengatasi masalah penyelewengan yang berkaitan dengan produk halal. Semoga konsep Rakan Halal ini dapat mengembangkan lagi pembangunan industri halal yang boleh menjana ekonomi negara kita.



e-Halal Ke Peringkat Antarabangsa



Dengan wujudnya pemakaian standard halal Malaysia, produk halal yang dikeluarkan di Malaysia perlu melalui proses pensijilan halal yang ketat. Ini bermakna produk halal Malaysia mempunyai jaminan halal dan boleh menembusi pasaran halal antarabangsa. Ini merupakan faktor penting yang boleh membantu ekonomi dalam mengembangkan lagi industri halal di Malaysia.


Kita juga dapat bayangkan betapa penduduk luar negara perlu membuat pengesahan halal terhadap produk halal yang diimport dari Malaysia. Dalam era dunia tanpa sempadan, kita dapat lihat bahawa e-Halal mempunyai potensi untuk digunakan di luar negara. Melalui e-Halal, proses pengesahan ini akan dapat dilaksanakan secara terus dari negara mereka.



Dalam pada itu maklumat mengenai status sijil halal yang dikeluarkan oleh pengeluar produk halal di luar negara yang menggunakan standard Malaysia akan turut disimpan dalam e-Halal. Melalui cara ini, maka akan terbentuklah sistem e-Halal yang bersepadu di peringkat antarabangsa. Ini merupakan satu titik permulaan ke arah mewujudkan sistem pengesahan produk halal di peringkat antarabangsa yang dipelopori oleh Malaysia. Di samping itu e-Halal juga mempunyai potensi untuk dijadikan sumber rujukan produk halal dunia. Dengan keupayaan ini, ia boleh menawarkan perkhidmatan sistem maklumat sokongan dan mampu untuk digemblengkan dengan sistem maklumat perdagangan antarabangsa yang lain seperti e-dagang (e-commerce), e-perbankan (e-banking) dan sebagainya.


Ke Arah Malaysia Sebagai Hub Halal Dunia

Kerajaan telah membuat keputusan untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal Dunia. Sebagai sebuah negara Islam Negara-negara luar kini menaruh keyakinan dan harapan kepada Malaysia, kerana Malaysia mempunyai reputasi tinggi dari segi pengendalian produk halal. Komitmen Malaysia dari segi pengendalian produk halal terbukti dengan terbangunnya standard halalnya iaitu Standar Halal Malaysia (masa 1500:2004), penggunaan garis panduan ISO/IEC Guide 65 dan juga Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Standard, garis panduan dan manual ini mempunyai potensi untuk diguna pakai oleh negara-negara luar di dunia. Melalui kempen dan forum di peringkat antarabangsa, negara-negara Islam dalam OIC telah mula menunjukkan minat untuk mengguna pakai standard halal Malaysia.


Komitmen Malaysia dalam pengendalian produk halal dapat juga dilihat apabila kita menetapkan semua barangan import berasaskan daging ke Malaysia mestilah mematuhi keperluan standard halal yang ditetapkan. Bagi maksud ini JAKIM telah melantik badan-badan Islam di luar negara yang ditugaskan untuk memastikan pengeluaran produk halal di sesebuah negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia benar-benar mengikut peraturan dan standard halal Malaysia.



Kompleks Halal Negara

Bagi mengembangkan lagi program industri halal di negara ini, Kerajaan telah bersetuju untuk mebangunkan Kompleks Halal Negara. Sebidang tanah seluas 40 ekar telah diperoleh sebagai tapak kompleks ini yang akan dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Usaha-usaha sedang giat dijalankan untuk membangunkan kompleks ini yang antara lain akan mengandungi Institut Halal, Makmal Halal, Pusat Pentadbiran Halal, Pusat & D Halal dan tidak ketinggalan Pusat e-Halal.



Penutup

e-Halal merupakan satu sisem hasil daripada kesepaduan dan kesepakatan antara pihak Kerajaan dengan industri. Ini adalah satu contoh wujudnya semangat kerjasama Persyarikatan Malaysia (Malaysia Incorporated) yang telah sedia terjalin erat. e-Halal akan terus maju ke peringkat antarabangsa untuk menyokong infrastruktur Kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal Dunia.





Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Blok D7 & D9, Parcel D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62519 Putrajaya

Februari 2006


Tarikh : 08 Februari 2006
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 4667


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 16:29


Dari web JAKIM

SIJIL HALAL TERBARU YANG DILULUSKAN


SUPER FOOD TECHNOLOGY SDN. BHD.
LOT 7648, MUKIM PLENTONG
P.O.BOX 63
81750 MASAI
JOHOR DARUL TAKZIM,MALAYSIA
Tarikh Sah Sijil : 16/10/2009 - 15/10/2012

SENARAI PRODUK YANG DILULUSKAN

1. Original
(pringles)

2. Wild Spice
(pringles)

3. Cheesy Cheese
(pringles)

4. Salt & Pepper
(pringles)

5. Sour Cream & Onion
(pringles)

6. Basil & Garlic
(pringles)

7. Smoky BBQ
(pringles)

http://www.halal.gov.my/maklumat_produk.php?id=JAKIM-20071017-172529


-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 16:38


Assalamu'alaikum wbt

Aduan:

Saya ingin meminta JAKIM agar mengeluarkan satu senarai emulsifier yang halal kerana banyak pendapat yang mengatakan E-471 dsbnya adalah haram. Jika ianya haram, mengapa tiada tanda TIDAK HALAL di labelkan pada makanan/ minuman tersebut ?

Saya juga selalu membeli belah di Carrefour, Giant dll dan mendapati banyak pengilang menulis perkataan HALAL di produk mereka, bukan dari logo halal Jakim. Mungkin Jakim dapat mengambil tindakan terhadap pengilang ini kerana terlampau banyak, contohnya mee kering dan basah, biskut dll.

Sekiranya makanan import mempunyai tanda halal dari penguatkuasa negara mereka, adakah ini bermakna makanan tersebut halal ? Atau adakah perlu untuk mendapat pengesahan JAKIM juga barulah disahkan betul-betul halal ?

Terima kasih.

Tarikh Aduan: 18 September 2004


Jawapan:

mengenai senarai emulsifier yang halal dan tidak serta bahan-bahan lain yang boleh menimbulkan kekeliruan antara halal atau haram insya-allah akan dikeluarkan di dalam ruangan glosari di dalam portal halal JAKIM ini. Sehingga kini maklumat ini sedang dalam peringkat penyusunan untuk disiarkan kepada orang awam. Buat masa ini bagi produk yang menggunakan logo halal JAKIM tetapi menggunakan E471 di dalam produk sesungguhnya memang telah dikenalpasti bahawa Emulsifier 471 yang digunakan itu adalah halal iaitu emulsifier yang dibuat berasaskan kepada tumbuhan.

Untuk makluman, JAKIM tidak mempunyai kuasa secara undang-undang untuk mengarahkan setiap syarikat pengeluar makanan menggunakan logo halal JAKIM. Disebabkan itu, JAKIM amat berharap dan memerlukan kerjasama dari orang ramai agar dapat memaklumkan kepada JAKIM sekiranya terdapat keraguan / kekeliruan pada mana-mana tanda halal yang dipamerkan. Bagi barangan import, logo halal yang digunakan hendaklah logo halal dari negara asal produk itu dengan syarat badan islam yang memberi pengesahan halal itu hendaklah berdaftar dengan JAKIM. Ddengan itu, JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal lagi ke atas produk tersebut kerana wakil JAKIM (badan islam yang diiktiraf) di negara terbabit telah melakukan pemeriksaan dan memberi pengesahan halal kepada produk berkenaan.

Diambil dari Portal e-Halal: http://www.halaljakim.gov.my/


-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 16:41


Aduan : Saya memohon kepastian daripada pihak yang arif di JAKIM mengenai E471. Adakah ada E471 yang halal? Tidak pula pernah saya jumpa E471 yang halal sumbernya.
Aiskrim Mini Popper keluaran Walls menggunakan E471..
Terima Kasih.

Tarikh Aduan : 20/09/2007 - 12:24:33

Jawapan : Salam, Emulsifier E471 merupakan bahan kimia yang digunakan bagi memperbaiki mutu makanan. Ia dihasilkan daripada sumber lemak haiwan dan juga tumbuhan. JAKIM akan memastikan jika sumbernya daripada haiwan, status halalnya mestilah nyata sama ada disahkan halal oleh JAKIM atau Badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM.Namun terdapat banyak produk yang menggunakan bahan emulsifier daripada hasilan tumbuhan seperti kelapa sawit dan sebagainya dan ini tidak mendatangkan masalah kritikal dari segi hukum syara'. Semua produk yang mendapat pengesahan halal daripada JAKIM telah menjalani pemeriksaan dan pemantauan yang teliti dari segi syara' dan teknikal. Terima kasih.

http://www.halaljakim.gov.my/aduan_siar_c.php?id=6295&a=U&PHPSESSID=a5becaf7d90c64ca3f6be7d1268d1509


-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

nhuda
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.11.2009
Ahli No: 38441
Posting: 47

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 19:18


Betul tu, E471 contohnya berkemungkinan dari lemak haiwan atau tumbuhan.

Dalam ingredient boleh tengok kalau ditulis E471 dan dalam kurungan nya Soya Lecithin , bermakna bukan dari lemak haiwan.

Kalau JAKIM dah sahkan halal, tak usahlah ragu2 lagi.

Coklat selalunya tidak mengandungi lemak bab.., tetapi berkemungkinan mengandungi alcohol, terutamanya coklat yang mahal. Yang ni pun ada macam-macam nama dan mungkin kita pun tak tahu bahan tersebut ada alkohol.


-----------------
-- koleksi nasyid


Bookmark and Share

    


  Member Information For nhudaProfil   Hantar PM kepada nhuda   Pergi ke nhuda's Website   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 09:01


Assalamualaikum dan selamat pagi semua rakan ukhwah. sebut pasal halal haram ni rasa takut sangat terutaman pasal E471 sebab setiap jajan memang ada guna kan E471 ni. ramai yang kata jajan yang ada E471 ni tak boleh makan. ishshsh susah hati lah sebab dah saban hari mana benda tu.

nhuda....bila sebut pasal coklat ni. hah. kalau nhuda peminat coklat boleh lawat blog ni htp://imanischocolate.blogspot.com akak adalah pembuat coklat sama ada coklat mahal atau murah.
sapa minat boleh lah calling2 dan akak juga pengusaha mee kuning, tahu dan fish ball. maaf ya tak promote since cerita pasal mkanan halal so akak pergi tau lah ya.

maaf ya kalau ianya salah dari segi undang-undang ukhwah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 11:06


bagi ais krim WALLS ana ada tanya PPIM dan depa nasihatkan jangan makan..sebab tak benar kesahihan lemak tu..tapi depa cakap kalau keluaran dalam negara ianya boleh disahkan kesahihan lemak itu iaitu dr tumbuhan..


-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 13:49


erm..saya pernah berada di jakim hub halal sekitar 2006.. drpada apa yang saya perolehi sepanjang berada d sana memang E471 d syaki ada lemah menatang tu..

berkenaan dengan kpastian produk makanan halal d malaysia, pada say senang saja kalau kita ni seorang yang neutral dan tak begitu risau sangat..tapi tak bemakna ikut suka hati..cuma tak lah terlalu rigid sampai itu ini tak boleh..

apa yang saya percaya, setiap dr logo halal yang tertera logo jakim / jabatan agama negeri, kita yakini saja tanpa banyak curiga kerana pakar2 dalam jabatan itu sendiri tentu saja sudah membuat pengesahan mengenainya..cuma apabila berkaitan dengan kepalsuan logo atau salah guna logo atau tarikh luput logo, maka kita dianjurkan untuk mengenalpastinya mlalui bar kod yang ada dan sms ke talian berkaitan..sebab pihak jakim tak dapat lah nak buat pemantau selalu mana-mana poduk yang logo betul or tak d pasaran..banyak kerja itu..tapi bukan bmakna lepas tangan, cuma alternatinya kita kena lah usaha sikit untuk kepastian yang nyata.

dan sesekali jangan lah menyanggah apa yang pihak hub halal jakim lakukakn..mereka telah sedaya upaya membuat yang terbaik.. terngat saya masa ikut inspect kat premis2 dan kilang produk..silap langkah memang ada gangster yang tunggu sampai kami tak jadi masuk..insiden lain kami diberi rasuah skembalinya dr inspect..tapi sebab pegawai2 ni ada akal dan otak maka terselamatla dr tipudaya tu..

dan apa yang saya ketahui dalam banyayk2 jabatan di jakim tu, jabatan hub halal adalah antara jabatan yang paaaaaling sibuk..keluar inspect saban hari bganti pegawai2..deringan telepon bersahut-sahutan..yang datang ke jabatan sendiri pun ramai..semuanya nak bertanye tentang logo halal, produk halal dan sewaktu dengannya..sebab tu hub halal kala itu d letakkan di aras bawah supaya senang org berurusan..

tapi selepas 2007 hub hala diambil alih oleh sebuah pertubuhan lain tapi sekarang dengar2nya da d ambil alih balik oleh kerajaan dan bertempat d nilai..erm..sekian saja...moralnye berhati-hati dengan makanan kita..dalam berhati-hati antara dua perlu jelas..halal dan haram..Kalau syubhah..cuba timbang balik antara kedua-duanya itu..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

nhuda
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.11.2009
Ahli No: 38441
Posting: 47

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 15:28


owh, menarik bila dengar sendiri dari orang yang pernah berada di JAKIM hub.
benar kata syemarly, jika dengan JAKIM kita ragu2 , dengan siapa lagi yang kita nak percaya. Untuk kita membuat peyelidikan sendiri terhadap setiap makanan adalah perkara yang mustahil.

kalau kita mengambil keputusan mudah dengan menolak segala makanan yang ada E471, maka tak taulah nak makan apa dah kat luar malaysia ni, sebab tu kita perlu pastikan E471 tersebut adalah dari tumbuhan.

kepada limah, cantik coklat-coklat limah, saya suka yang ada kacang or walnut dan sebagainya. saya bukan penggemar coklat, jadi kalau coklat tu lagi sikit, baru saya makan.


-----------------
-- koleksi nasyid


Bookmark and Share

    


  Member Information For nhudaProfil   Hantar PM kepada nhuda   Pergi ke nhuda's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 15:59


kalau kilangnya dari malaysia, tak ada rasa waswas nak makan.. setiap kali nak beli barang nak kena check dulu kat jakim.. huhu mahu pening nanti..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 07:38


itu lah..sekarang ini memang makinpenin da pilih mkana..kejap kod itu halal kejap tak halal...so untuk keselamatan kita stopkn saja lah makanan yang ada kod itu... saya bagi kod2 itu pun just for info u'll...terpulang sama ada nak accept ataw tidak..kita pun tak tahu kalau kita kena tipu dengan company yang bekalkan makanan itu..mereka Boleh gunakan kod yang sama tapi sama ada sayuran @ binatang..so macam mana kita nak tau betul-betul lemak yang halal yang digunakan??ok kalau sebelum ini makanan itu tak halal tbe2 da jadi halal ada macam-macam kemungkinan yang boleh dipikirkan..antranya kemungkinan semasa JAKIM rush mereka akan tunjukkan lemak yang hala dalam pemprosesan makanan mereka tapi selepas itu anda mereka gunakan lemak yang tak halal kita boleh tahu tak??
so, pikir2kan lah...kalau waswas better jangan makan...kalau yakin up to u...


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 08:05


yep..
berpandukan senarai itulah, adik saya yang kini menetap di luar negara menapis dulu makanan2 yang mahu dibeli.. :)


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-09 07:44


Pada 02-12-09 08:05 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

yep..
berpandukan senarai itulah, adik saya yang kini menetap di luar negara menapis dulu makanan2 yang mahu dibeli.. :)



bagus itu..kita kena slamtkn umat kita daripada makan bda2 tak halal itu..


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-09 07:45


Pada 30-11-09 16:29 , Alisha_Mardhiyah posting:

!!! QUOTE !!!

Dari web JAKIM

SIJIL HALAL TERBARU YANG DILULUSKAN


SUPER FOOD TECHNOLOGY SDN. BHD.
LOT 7648, MUKIM PLENTONG
P.O.BOX 63
81750 MASAI
JOHOR DARUL TAKZIM,MALAYSIA
Tarikh Sah Sijil : 16/10/2009 - 15/10/2012

SENARAI PRODUK YANG DILULUSKAN

1. Original
(pringles)

2. Wild Spice
(pringles)

3. Cheesy Cheese
(pringles)

4. Salt & Pepper
(pringles)

5. Sour Cream & Onion
(pringles)

6. Basil & Garlic
(pringles)

7. Smoky BBQ
(pringles)

http://www.halal.gov.my/maklumat_produk.php?id=JAKIM-20071017-172529



tapi kan kelmarin saya pergi pasar raya tengok produk pringles ini tak ada tanda halal langsung pun...why???

:berfikir:


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-12-09 07:55


sebab stok lama agaknya.. kelulusan ni baru dua bulan saja dapat..
tentu mengambil masa untuk stok dah bertanda halal tu sampai ke pasaran


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-02-11 10:17


Pada 01-12-09 15:59 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

kalau kilangnya dari malaysia, tak ada rasa waswas nak makan.. setiap kali nak beli barang nak kena check dulu kat jakim.. huhu mahu pening nanti..



tak boleh juga cakap macam 2.. dulu pernah keluar tv sosej sarung bab.... ada halal lagi..dari kilang malaysia lagi 2..
kalau kita was-was nak beli sebarang produk 2, perlulah refer kat jakim melalui sms. bukan susah sangat pun.. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.. tapi yang saya peliknya mesej bf/gf boleh pulak... kalau kita rasa susah nak buat sesuatu yang baik, maknanya kurangnya iman di dada... sekecil2 perbuatan pun dikira dsisi Allah..wallahua'lam...


-----------------
Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana menyamai sifat penyayang 70 lelaki yang soleh


Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 15-02-11 11:19


Pada 15-02-11 10:17 , ina_irdyna85 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-12-09 15:59 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

kalau kilangnya dari malaysia, tak ada rasa waswas nak makan.. setiap kali nak beli barang nak kena check dulu kat jakim.. huhu mahu pening nanti..



tak boleh juga cakap macam 2.. dulu pernah keluar tv sosej sarung bab.... ada halal lagi..dari kilang malaysia lagi 2..
kalau kita was-was nak beli sebarang produk 2, perlulah refer kat jakim melalui sms. bukan susah sangat pun.. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.. tapi yang saya peliknya mesej bf/gf boleh pulak... kalau kita rasa susah nak buat sesuatu yang baik, maknanya kurangnya iman di dada... sekecil2 perbuatan pun dikira dsisi Allah..wallahua'lam...


Setuju! Ketelitian kita adalah ukuran taqwa

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

fardina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 16-02-11 08:46


:kelip:
Assalamualaikum

Saya nak kepastian saja...

betul ke barangan mandi dan syampoo keluaran selain dr safi dan halal gel juga tak boleh diguna kerana ada lemak bab..???

bukan sahaja makanan diragui tetapi barangan keperluan harian lain pun meragukan..

Mohon kepastian. Thankiu


:-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fardinaProfil   Hantar PM kepada fardina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.131338 saat. Lajunya....