Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 228
Ahli: 0
Jumlah: 228




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kursus BTN Relevan atau Tidak?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kursus BTN Relevan atau Tidak?

Please Mendaftar To Post


Oleh Kursus BTN Relevan atau Tidak?

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-11-09 11:16


assalamualaikum..

dulu saya duduk dengar saja cerita kawan-kawan yang pergi kursus dibancuh oleh BTN.
macam-macam yang saya dengar.ada yang positif ada yang negatif.tujuan BTN ni baik.tapi adakah perlaksanaannya betul dan mengikut tujuan asal penubuhannya?

jadi pada yang punya pengalaman tu sila2 lah kongsikan bersama.
segala pandangan kita hujahkan bersama.

p/s.. ingat BTN ingat nordin kadri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 27-11-09 12:19


em..before tu saya nak tanya..encik firdaus azimi dah merasa ke p btn ek?

honestly setelah merasainya sendiri, saya rasa aaaaaaaaaaaaaaaaaaamat releven untuk setiap dr kalangan rakyat malaysia yang mementingkan perpaduan dan keharmonian bermasyarakat untuk join program ni.

bukan lah saya nak dok kempen tapi itu lah hakikatnya, memang banyak input boleh dikathui tentang sejarah negara kita ni. ikutkan apa yang d paparkan semsa presentation penceramah memang da biasa kita dengan masa zaman belajar sekolah menengah dulu..silap hari bulan Kalau yang ambil TITAS atau sejarah tamadun malaysia masa kat kampus memang akan lagi teringat.. so kat sini memang itu lah dia cerita, tapi dngan in4masi yang lebih terkini..ada hal ehwal disebalik tabir tidak kita ketahui tak tercatat dalam modul dan teks belajar kita.. so memang best lah.. (tapi ramai jjugak yang berdengkur masa present tu..maklumla..dengar ceramah, memang lah nampak boring..huhu)

lepas itu sesi ldk pula..memang saya pasti para fasi tu adalah dari kalngan mereka yang terlatih baik dari kalngan pihak kerajaan.. even sepanjang ldk tu tak ada disebut direct untuk dipujuk sokog kerajaan tapi sesiapa yang waras dan sedar memang ada unsur2 tu.. pada saya ia no hal lah..tapi yang saya dengar ramai yang jadi munafiq masa ldk huhu.. saya? saya langsung tak menunjukkan tanda sokong apatahlagi menolak..tatkala diminta idea dan hujah saya prefer bercakap atas dasar rasional dan relevan bebanding yang lain-lain berideakan menyokong penuh apa yang dibentangkan tu..huhu..poyo betul lah masa tu..huhu

sama ada releva atau tak? hanya mereka yang da pergi saja dapat bagi jawapan..yang tak p tu tak payah lah caka2 benda yang tak tau.. soal brain wash? hehe..sejujurnya ada even seciput..tapi pandai2 lah..kita kan ada otak..tentu daat sedar tang mana yang dia kempen tang atau tak..

isu kononnya nak memelayukan masyarakat berbanding islam..jjur saya katakan hatta semasa ldk, melayu takkan ada tanpa islam..begitu juga saya katakan islam sukar bertapak d nusantara esp malaysia tanpa berpepmimpinkan org melayu..maaf, itu kata-kata personal saya..

so..terpulang lah...hehe.. maaf banyak pula cakap.. Kalau ada yang nak share tu pun bagus jugak..

sebagai tambahan, saya kena btn tahun ni jugakk bulan 7 d jeram selangor..hehe..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-11-09 14:51


mmmmm...
menarik juga ek pengalaman syemarly...
alhamdulillah...

hampir setiap tahun saya rasa...
tak kira seminar politik atau kem bina semangat..
kebiasaannya buat di janda baik..

mmm..
pendapat atau pengalaman yang lain bagaimana.

p/s.. propaganda adakah rasional pada zaman ini?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-11-09 16:33


Terima kasih kepada pembuka topic. Isu ni saya nantikan akan berkisar di sini.

saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Syemarly. Hakikatnya bagi yang pernah mengikutinya secara ikhlas akan tahu sendiri BTN tu seperti mana yang digambarkan pelbagai pihak. Sebelum saya mengikuti BTN ini, saya seringkali mendengar pelbagai keluhan dan rungutan berkenaan dengan BTN ini. Namun rungutan tersebut bukan yang pergi mengikuti BTN tetapi orang yang hanya mendengar cakap itu ini dari perihal kawan mereka yang pernah pergi. Maksud saya bagi yang sealiran mahupun sefahaman politik pastinya akan menyatakan BTN ini hanyalah program kerajaan untuk buat kempen sokong kerajaan atau cuci otak peserta BTN untuk menolak pihak selain kerajaan.

Diakui bahawa memang ada wujud seperti yang dinyatakan tetapi seciput seperti makluman syemarly sendiri. kena ingat bukan setiap LDK mahupun ucapan ada perkara tu. Istilah cuci otak ini kalau diertikan secara mendalam bagi saya sendiri adalah menjernihkan segala pemikiran yang seolah-olah memperlihatkan kerajaan ini dalam kelompok yang salah sahaja. Semasa saya mengikuti BTN ini pada Jun 2007 di sebuah kem di Sepang ianya menjurus kepada isu kenegaraan kita sendiri. Soal percampuran lelaki dan perempuan semuanya terkawal walaupun agihan kumpulan LDK terdiri campuran lelaki dan perempuan. Pada masa itu, tiada sebarang kegiatan yang tidak elok sepanjang saya menyertai BTN ini. Tempat lain tak pastilah. saya sekadar menceritakan pengalaman saya sendiri.

lucu juga dengan pelbagai tanggapan pihak tertentu mengatakan hal itu ini. Lebih-lebih lagi kerajaan PR negeri Selangor melarang kakitangan dan pelajar IPT menyertai BTN ini dengan alasan BTN ini hanya kepada wujudnya perkauman dan doktrin BN. Apa ni? Sekdr bercakap saja ke? tiada fakta? Bercakap untuk kepentingan tertentu?. Tak apa juga kalau dah pergi. Pergi agaknya…dah doktor..hehe.macam-macam betul mereka ni. Ada kuasa, dah mula tunjukkan taring. Nak buang itu, nak buang ini. Nak larang itu, nak buat ini. Hehe. Tapi apa yang mereka tentang dulu macam isu arak or sebagainya, masih juga berlarutan.

Ni masalah tak ada kena mengena pun dibangkitkan juga. Tak ada modal dah agaknya. kasihan. Ada saja perkara yang berbangkit. BTN ni sama ada member kelebihan atau tidak terpulang kepada yang sudah menyertainya. Alasan cuci otaklah, cuci mindalah..anda semua ada akal, pakailah macam mana pun. Jangan memberontak pula, dah lah. Takut sangat kena cuci otak kenapa? Hehe. Belakang kerajaan bukan main kutuk , cakap itu ini, depan kerajaan takut pula nak cakap macam-macam. lagi-lagi takut kena cuci, tak kuat taksub agaknya..…haha..


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-11-09 18:28


Saya menghadiri kursus BTN tak silap dalam tahun 2001 ketika belajar dahulu. Memula kursus ceramah selama sehari di UM sahaja. Masa ceramah ni memang mengantuk dan memang melenakan. Kemudian program selama 5 hari di Terengganu. Alhamdulillah, masa tu semua peserta adalah perempuan sahaja jadi tak perlu risau tentang percampuran dan sebagainya.

Yang seronoknya aktiviti2 dan makan 5 kali sehari. Huhu. Ketika LDK memang fasilitator lembut2 dan bersikap seperti bapa kepada anak-anak buah.

Tapi memang point2 yang banyak disampaikan banyak untuk menakutkan peserta tentang orang cina, singapura nak menawan Malaysia, bilangan kerusi2 dalam perlimen dan yang seumpamanya. Ketika kuliah subuh pun, imam yang tak dikenali dan dah tak ingat siapa namanya dengan selambanya mengutuk Pas, padahal tak sepatutnya dimasukkan unsur2 politik.

Itu berdasarkan pengalaman sayalah. Kalau nak kata tak ada brainwash saya rasa memang ada, tapi guna cara halus. Itu tahun 2001, sekarang tak tahulah kalau dah berubah..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

selasih
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.08.2005
Ahli No: 18573
Posting: 58
Dari: Temerloh, pahang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-11-09 20:08


pengalaman saya pulak masa kursus btn.... saya dua kali pergi kursus...kali pertama semasa di matrikulasi tahun 2001..masa tu kami dibawa berkursus di kem bina negara langkawi kedah....5 hari kat sana...pengisiannya sama macam hanan,sya_ryn dan syemarly...lebih kepada penceritaan lahirnya negara malaysia,penduduk malaysia,kepelbagaian kaum di malaysia dan semuanya tentang malaysia.....
kali kedua masa belajar kat um....masa tu terpilih pergi kursus tahun 2007....dah nak tahun akhir pun masa tu....so, terpaksa lah pergi jugak walaupun dah bagi alasan kat pentadbir kata dan pernah pergi dulu masa matrik....rela saja lah pergi sekali lagi....kali kedua di saya berkursus di kem bina negara di selangor....tak ingat nama kem...pengisian masih sama...malah lagi lah ditekankan kepada pembinaan negara malaysia.....apa yang masih ingat ialah kena nyanyi lagu warisan setiap kali sebelum ceramah bermula.....
dalam dua dua kursus tu memang tujuannya nak menekankan kepada sayang kan negara malaysia dan sanggup berkorban untuk negara....


-----------------
jom cuba peluang perniagaan internet-> http://www.2kali.com/?s=1432



Bookmark and Share

    


  Member Information For selasihProfil   Hantar PM kepada selasih   Pergi ke selasih's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-11-09 21:38


salam..

pergi BTN amat mengenyangkan perut...itu yang pertama..

yang kedua..semasa tazkirah..hanya fasilitator yang boleh cakap..tu pun baca teks..hemm...(DAH NAMPAK KAN..)

yang ketiga...semasa LDK ..memang ramai terpaksa menunjukkan sokongan kepada Kerajaan..walaupun asalnya pembangkang..

yang keempat..ianya ada positif dalam melatih melihat daya kesihatan kita..lebih-lebih lagi masa kena lari 1km dengan masa tertentu..

ya kelima..khulasohnya..ianya..tidak lebih hanya untuk menzahirkan kecintaan kepada Negara khsusnya orang Melayu..

APA yang penting..IANYA BAGUS JIKA D UTAMAKAN ISLAM..DALAM SEMUA SILIBUS PERBINCANGAN DALAM LDK DAN PERHUBUNGAN SEMASA KURSUS..

WALAUPUN BEGITU..ANA LULUS BTN...hehe ws


-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 28-11-09 22:51


ERM.. lupa pula..SAYA kena BACA TAZKIRAH PADA SATU SUBOH TU..NI SAYA SUKARELA PASAL DUTY SAYA sepatutnya AZAN bagi WAKTU ASAR tapi sebab TERASA SUARA TAK SESEDAP BILAL BIN RABAH MAKA SAYA minta TUKAR BACA TAZKIRAH.. SO KETUA KEROHANIAN DA setuju, MAKA DAPAT BUKU TEKS TAZKIRAH TU.. MLM TU SAYA STUDY sikit..IKTKAN kena BACA TAJUK Kalau tak SILAP HUBBUL WATAN..tapi SAYA SKIP ambil TAJUK RISYWAH.. SO SUBUH ESOK SAYA pun BACA.. STAIL SAYA BACA pula LAJU MACAM ERL EXPRESS KLIA, SO kawan-kawan yang dengar TERASA SEGAR dan tak MENGANTUK..memang before NI KAMI NGANTUK MASA TAZKIRAH SUBUH..MAKLUMLAH TEKS PENUH 12 PAGE..BACA pula PENTAZKIRAH SATU-SATU..memang BORED..tapi SAYA, KEBETULAN memang DA STUDY AWAL BANYAK lah SAYA POTONG2..SO boleh lah tinggal dalam 8 PAGE..HUHU...memang DAPAT TEPUKAN GEMURUH lah..HAHA..tetiba, seorang FASI datang, dia CAKAP U BACA TAJUK MANA, akhirnya dia buka PAGE LAIN yang PATUT SAYA BACA dan TERPAKSA lah BACA DR AWAL BALIK..tapi, SAYA memang DA PREPARE AWAL JUGAK, TAJUK TU SAYA EDIT SAMA..HAHA...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

api
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.10.2009
Ahli No: 37576
Posting: 48
Dari: Bandaraya ISLAM

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-11-09 22:54


Salam..

ana nak tanya ini,BTN tu apa?

harap ikhwan2 boleh bagitahu.


-----------------
membangun bersama ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For apiProfil   Hantar PM kepada api   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-11-09 23:44


orang pertama azan hari pertama kursus, time tu masuk waktu maghrib. dah semua amat berat untuk bangun untuk azan, terus empunya diri ini bangun sukarela. segan juga nanti dikatakan tak reti azan. walaupun mengeletar diusahakan juga.fuh mmng gementar.


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 28-11-09 23:52


Pada 28-11-09 22:54 , api posting:

!!! QUOTE !!!

Salam..

ana nak tanya ini,BTN tu apa?

harap ikhwan2 boleh bagitahu.




aduhai encik api (tak ada nama lain ke nak guna..huhu)..

BTN tu stand for Biro Tata Negara..erm..ni kira pangkata adik ke? patut Kalau da berada di alam kampus memang da tau..tapi tak apa..boleh tanya lagi dan baca lah cerita-cerita kami ni..

pada yang tak pernah p..apalgi..baca lah cerita kami ni ek.tentu anda akan rasa nak p macam yang kami rasa..ahaks.. :-P


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 08:57


Assalamualaikum wbt..
sekadar berkongsi pengalaman.

Bagi kakitangan perkhidmatan awam, kursus BTN wajib diambil sekali dalam perkhidmatan kecuali pegawai lantikan sebelum skim SSM. Kursus ini adalah syarat bagi tujuan kenaikan pangkat.

Alhamdulillah, telah selamat menjalani kursus ini selama seminggu pada tahun 2006. Pada pandangan saya, kursus ini sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan, pendedahan sejarah kemerdekaan, penubuhan malaysia, cintakan negara dan keamanan, semangat bekerjasama dalam pasukan dan nilai2 murni.

seperti biasa, sesi ceramah wajib ada dalam modul BTN. pendedahan secara menyeluruh mengenai sejarah negara didedahkan kepada tiap peserta. dan ujian akan dijalankan pada akhir program, soalan2 ujian banyak diambil dari pengisian ceramah.

Modul untuk LDK pun tidak kurang hebatnya. disitu kita boleh berkongsi idea dan pendapat di dalam mencapai kehendak modul. disamping itu, dapat berkenalan dengan ramai kawan yang datang dr jabatan or kementerian yang berlainan. setiap ahli kumpulan juga dkehendaki mencipta moto dan laungkan dari atas bukit sehingga di dengar oleh fasi yang berada di bawah. so, kenalah jerit sekuatnya, kalau fasi tak dengar dengan jelas kena ulang berkali-kali. hehe..sungguh terharu bilamana moto yang saya cipta telah dipilih sebagai moto kumpulan. hehehehe.

dan pengalaman jungle tracking masih segar diingatan. laluan tanah lumpur, semak, sungai dan curam betul-betul menguji kesabaran dan ketahanan fizikal. mujur ahli kumpulan sama-sama membantu.


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 18:18


mmmmmm...
dr pengalaman kawan-kawan kita kat sini btn ni memang baik ek..
semuanya cukup...
bekalan duniawi dan akhirat...
dan tak lupa mamam pun sedap2...

kita boleh terima unsur2 politik dimasukkan dalam modul btn...
tapi rasionalkah unsur2 politik kepartian dititik beratkan..
ianya seolah-olah btn ni sudah menjadi alat kepada pemerintah untuk tujuan propaganda..
benarkah tanggapan sedemikian kawan-kawan....
jadi tak salah rasanya jika kita teruskan berhujah tentang isu ini..
pendapat kawan-kawan kita nilaikan bersama.

p/s.. pas ni kursus kat n9...
        tknak pergi lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 21:29


memang tak DINAFIKAN ADANYA UNSUR2 PROPAGANDA KEPOLITIKAN tapi kena JUGAK fikir DR PELBAGAI SUDUT..BUKANKAH KITA NI ADA AKAL FIKIRAN..MANA BAIK ambil MANA KURANG BAIK TOLAK..SEPERTI yang SAYA KATA before NI, DALAM GROUP SAYA, SAYA SERING D ASAK UNTUK MEMBERI JAWAPAN yang benar-benar membuatkan SI FASI TU PUAS HATI..YE lah.. SAYA NI BERSIKAP NEUTRAL...SAYA CAKAP apa-apa yang RELEVAN TANPA ADA EMOSI..BERBANDING RAKAN LAIN DIRECT TERUS KATA SI PIHAK SANA tak PATUT ATAU PIHAK KERAJAAN PATUT dan BLA..BLA..BLA..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 21:55


Pada 29-11-09 18:18 , Firdaus_Azimi posting:

!!! QUOTE !!!

mmmmmm...
dr pengalaman kawan-kawan kita kat sini btn ni memang baik ek..
semuanya cukup...
bekalan duniawi dan akhirat...
dan tak lupa mamam pun sedap2...

kita boleh terima unsur2 politik dimasukkan dalam modul btn...
tapi rasionalkah unsur2 politik kepartian dititik beratkan..
ianya seolah-olah btn ni sudah menjadi alat kepada pemerintah untuk tujuan propaganda..
benarkah tanggapan sedemikian kawan-kawan....
jadi tak salah rasanya jika kita teruskan berhujah tentang isu ini..
pendapat kawan-kawan kita nilaikan bersama.

p/s.. pas ni kursus kat n9...
        tknak pergi lah...


macam saya cakap, pengalaman saya masa tu memang ada diselitkan. sama ada rasional itu tak rasional lah sebab lari daripada modul yang sebenar. cuma apa yang saya boleh jelaskan, setiap apa-apa program mahupun kegiatan yang berkaitan dengan anjuran sesuatu pihak tak lari daripada penyelitan plbagai unsur.

jgnkn BTN saja , masjid atau surau pun dijadikan tempat untuk menyelitkan unsur2 politik. saya sendiri telah mengikutinya semasa solat jumaat dalam khutbah. masuk2 saja dalam masjid tu, dah mula cakap itu ini. hampir isi khutbah mnyentuh plbagai isu. saya perhatikan rakan sekliling, jemaah lain yang khusyuk dengar khutbah berasa hairan dengan penyelitan unsur tersebut.

kat sekolah mahupun IPT wujud juga penyelitan seperti ini.sama ada melibatakn kedua-duanya pihak. jadi tak perlu hairanlah jika penyelitan unsur yang dimksudkn sentiasa ada dalam apa-apa program pun.

macam syemarly cakap dan saya sendiri juga katakan, kita ada akal untuk mampu menilai setiap unsur yang diselitkan. itu namanya cubaan mnilai baik buruk.


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

mariatul_qibtiah
Warga Rasmi
Menyertai: 07.01.2005
Ahli No: 13588
Posting: 9
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 22:46


salam...

saya pula mengikuti kursus btn ini tahun 2005 di uiam,gombak..macam kak hanan saya pun kena sehari saja..

da lama tapi apa yang saya ingat seperti kata kawan-kawan, memang banyak input yang dberi tentang sejarah pemerintahan oleh orang-orang melayu..dan tak anda juga input tentang politik..yang paling saya ingat sekali time dalam ldk..time itu kecoh org kata pak lah brpendidikan Islam tapi,isterinyer still tak pakai tudung pun..dan fasi itu menaturalkan kami dengan membuat prbanding dengan nabi nuh A.S yang dah berdakwah betahun2 tapi,isteri dan anak2nyer still xikut ajaran nabi noh pun..pndkkan cerita, fasi nak bagitahu kami yang nabi nuh pun tak mampu nak ubah isteri dan anknyer apatah lagi pak lah..

saya tau kawan-kawan ada cakap yang baik kita ambil yang buruk kita abaikan tapi,saya yang amat naif ketika itu amat terpengaruh dengan isu itu tanpa memikirkan ada unsur2 brainwash. tapi,boleh sekarang minda da agak bercambah tentang isu semasa politik Malaysia dan bila isu btn ini kecoh,baru saya terfikir balik kisah trsebut..

p/s: Sekadar berkongsi pngalaman dan pendapat..


-----------------
Sesungguhnya kita merancang,Allah juga merancang.Tetapi,perancangan Allah adalah yang terbaik kerana akal manusia tak tercapai dek hikmah yang akan mendatang.


Bookmark and Share

    


  Member Information For mariatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada mariatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 06:10


Salam, erm.. saya pun nak cerita pengalaman saya pasal BTN ni..
saya setuju dengan pendapat Syermaly..kita yang dewasa ni, sudah matang untuk memilih yang mana baik dan buruk...tapi buat adik-adik remaja..mungkin ada yang masih blurr atau menerima bulat2 maklumat yang disampaikan..

secara keseluruhannya, saya enjoyed juga mengikuti kursus BTN ni..rasanya hanya sedikit yang berkisar mengenai politik..fasi2 yang lain ada yang neutral..ada yang beri ceramah politik secara kiasan...ada juga yang direct..

pertama kali saya mengikuti BTN pada tahun 1998..masa tu sekolah menengah..
hari pertama tu, ada juga kena nyanyi lagu patriotik, lagu 'anak kecil main api'..lsgu kopratasa...
lepas itu petang tu...tiba-tiba ketua fasi tu suruh kami semua balik..suruh balik kampung masing-masing.. ingatkan dia main-main..rupa-rupanya betul..
kami yang pelik bercampur gembira ikut saja..dah orang suruh balik..bas pun dah sedia..
esoknya Anwar Ibrahim dipecat...patutlah..

pengalaman kedua saya mengikuti BTN semasa di Universiti..
masa tu buat kat Kem Segari, Pantai Remis Perak..
masa tu, siapa yang ada sijil bawah tahun 2001 kena pergi lagi BTN..
kali ni, betul-betul pergi 5 hari..ok juga..jumpa ramai member..pengisian rohani ok..riadah ok..ldp ok..paling best lari berapa km entah..dapatlah no. bawah 10 :D
setahu saya semua pelajar U kena pergi kursus BTN..jadi, sapa yang tak pergi lagi, masa tahun akhir..mereka pergi kursus BTN sehari saja..

pengalaman ketiga saya mengikuti BTN semasa di Maktab..
masa tu buat kat Felcra, Segamat..
kalau sebelum ni, semua yang pergi BTN orang Melayu..
tapi kali ni, semua bangsa ada..jadi modul BTN pun dah bertukar sikit rasanya..
tiada lagi lagu 'anak kecil main api' ...tapi diganti dengan lagu yang melodi dan tunenya yang lari langsung..huhu
kali ni, pengisian rohani tersangatlah biasa...lepas solat, Fasi membaca tazkirah tapi tak macam tazkirah...macam berita :D
lepas itu jungle trekking tak mencabar ..ldp ok tapi buat kat kawasan banyak lalat..huhu..banyak komen pula..
yang favourite..lari berkilo2 meter...kali ni dapat no. 2 :)

erm..yang dapat saya lihat, bila pesertanya Melayu, maka akan diterapkan semangat cintakan bangsa sendiri, supaya tidak lemah longlai dan bangkit bersaing bersama bangsa lain..tentulah sedih jika melihat kaum bumiputera yang telah lama tinggal di Tanah Melayu/Borneo ketinggalan berbanding bangsa2 lain yang baru dibawa masuk ke Tanah Melayu..

bila pesertanya bercampur bangsa, maka akan diterapkan nilai2 perpaduan antara kaum...saya lihat ada juga peserta2 india dan cina yang terkesan..
mereka meluahkan sebelum ini, mereka hanya mementingkan bangsa masing-masing tanpa menyedari semua bangsa ada hak mereka masing-masing..

itu lah dia..sekian saja kisah ini..


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 06:55


Pada 27-11-09 11:16 , Firdaus_Azimi posting:

!!! QUOTE !!!



p/s.. ingat BTN ingat nordin kadri..


saya belum pernah merasa lagi..hope dapat lah join nanti..
nordin kadri? saya rasa kenal beliau ni.. ni NC unvrsiti saya dulu ini.. :berfikir: :berfikir:


-----------------
ISLAM is my life, my life is for ISLAM.... takbir!!! ALLAHUAKBAR


Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 10:12


assalamualaikum
saya dah pergi BTN.. seronok... tak ada pula kaitan dengan politik.. pergi BTN macam belajar sejarah dulu kala... saya memang tak minat sejarah.. tapi bila join, rasa seronok pula... BTN mengajar saya disiplin dalam kerjaya, mengajar erti perpaduan dalam hubungan antara bangsa melayu, cina dan india.. yang paling seronok banyak aktiviti padang... hehehe...


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 10:27


mmmmmmm...

datuk khalid ibrahim mb sel kata dia tak bagi kakitangan awam pergi kursus btn..
katanya ada unsur2 cuci otak dan propaganda..
bagi saya yang dimarah bukan btn itu..
tapi modul yang disediakan...
dan yang penting adalah pegawai2 yang bertanggungjawap..

tak semua org sama...
maybe kita ni kuat jadi boleh lah buat do no saja..
tapi bagaimana dengan yang lain-lain..
pasti wujud kekeliruan...

kita boleh terima jika diseru untuk sayangkan agama,bangsa dan tanahair...
tapi boleh ke kita terima jika kita dibingitkan dengan isu-isu parti..
kita datang ni nak kuatkan jati diri..
tapi kena basuh pasal kes anwar ibrahim...
apa kes..

p/s.. masjid tak boleh dipolitikkan..
     tapi jawatankuasa penuh dengan org politik sebuah parti..
     uni tak boleh dipolitikkan..
     tapi tengok lah NC..mmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 14:20


memang kalau dianalogikan perkara asas tu bukan penyebab penolakan tetapi isi kandungan perkara asas tu. Walaupun bukan marah sebab BTN tapi sebab modul ada penyelitan namun ia tetap menyanggah perkara asas. sebab perkara asaslah orang akan nilai dan fahamkan bagi yang inginkan kefahaman sebenar. modul-modul tu semuanya bermakna, dalam LDK tiada pun diselitkan tentang politik kotor, ada pun sistem pentadbiran negara. cuma masa ucapan penutup sedikit masuk kepada isu ekonomi negara, pasal kegawatan ekonomi, so pegawai yang berucap tu menjelaskan item2 yang disalah tafsirkn oleh pihak lain terutamanya pihak pembangkang.

ye semua orang tak sama, tapi bagi saya kekeliruan itulah yang memberi mereka satu ilmu baru untuk disesuaikan dengan ilmu kepartian yang mereka sokong. mereka akan membandingkan pihak ini dengan itu dan pastinya akan wujud kekeliruan serta membuatkan seseorang itu untuk terus mencari ilmu pihak itu ini bagi menyelesaikan kekeliruan. ini bagi yang bersifat ada fahaman politik.

kalau pelajar IPT dan budak-budak sekolah yang keliru itu sebagaimana yang saya katakan mengilhamkan ilmu pengetahuan untuk pelajar ini mengkaji pro dan kontra disebalik apa yang mereka perolehi sepanjang kursus BTN yang dikatakan propaganda. pelajar dan budak sekarang ini sudah canggih dan berteknologi, ilmu dan sumber hanya dihujung jari bagi yang inginkan kepastian. kalau pelajar setakat join disebabkan wajib join, ni kes lain lah.


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 22:39


erm.. dalam thread ni nampaknya yang mengaku da p menyatakan btn ni bagus.. erm... tapi tak ada ke sesiapa nak cerita pgalaman lah btn yang lain sikit dr cerita kami..kot2 memang ada hal-hal politik yang serius ke.. kot2 ada cerita lah..maybe laoin tempat lain caranya even lagu warisan seantero kem nyani..huhu


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 16:10


pernah dengar lagu warisan..
"anak kecil main api"
mmm..memang menyentap rasa dan sanubari..

ok...
pada mula-mula saya kena p kem btn ni kat pulau di utara...
masa tu mula meruapnya semangat reformasi..
mulanya ok tak ada masalah..
tapi bila selesai solat ada pula tazkirah..
macam-macam isu anwar dicemuh...
makin lama makin hebat...
bagi sesetengah org yang percaya sonokla dengar..
yang tak ambil port masuk kiri keluar kanan..
tapi pada yang tak tahan telinga mana nak pergi...
kalau yang bantai tu member2 boleh juga conggek( angkat kaki blah)..
memendam rasa saja lah..

majlis ceramah diselang seli dengan isu-isu politik yakni dr kejatuhan melaka hingga kepada ancaman cina dalam negara dan cina singapura( tak sama pula dengan konsep 1 malaysia).cuma kadang-kadang kita ikut juga walaupun terdetik mengapa british yang dah beratus tahun menjajah senang-senang nak bagi perikatan memerintah?

last sekali saya pergi ke kem bina semangat anjuran pemuda umno pusat.
kem di janda baik.kami mewakili umno perak.jemputan khas bro megat dengan bro azwan kg gajah.modulnya sejibik macam btn.dan setelah dirisik2 memang btn terlibat.jadi timbul persoalan.bagaimana umno boleh mempergunakan btn untuk kepentingannya sendiri?
dr mula sampai akhir kami digasak mental dan fizikal.
malam last kami diberi tugasan.
setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
kami diasingkan untuk menjadi bn dan pr.
dr calon sampai lah ke gurkha.
diwujudkan kelompok atas pagar.
setelah jenuh berkempen(sesama umno ni)..
akhir tiba time ngundi...
tak sangka..dalam semua umno ni..
lebuh juga barisan nasional..
mengamuklah fasi2...
maka dibuat kesimpulan bahawa undian tadi hanyalah main-main...
tapi disanggah oleh kami(hampir nak baling2 kerusi)..
kami merasakan umno hari ini telah lari dr matlamatnya..
dan pemuda2 hari ini telah dapat melihat umno dikelilingi dengan isu yang tak pernah padam.

saya merasakan btn ni perlu lagi untuk memupuk rasa cinta pada agama,bangsa dan tanahair..
cuma elok lah diterapkan dengan cara yang lebih islamik...
jika kita sayangkan negara kita buang semangat kepartian kita diluar..
sebab nak buang ni janganlah kita suruh peserta saja yang nak buang..
pemerintah pun kena letakkan kat luar...
kita berkursus hari itu dengan tekad yang sama yakni untuk memajukan agama.bangsa,tanahair dan diri sendiri..

p/s.. kita tak marah jika kerajaan menggunakan btn untuk tujuan propaganda dasar2 kerajaan.cuma yang kita tak puas hati Kenapa diperlakukan btn untuk tujuan parti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 16:14


Pada 01-12-09 16:10 , Firdaus_Azimi posting:

!!! QUOTE !!!



saya merasakan btn ni perlu lagi untuk memupuk rasa cinta pada agama,bangsa dan tanahair..
cuma elok lah diterapkan dengan cara yang lebih islamik...
jika kita sayangkan negara kita buang semangat kepartian kita diluar..
sebab nak buang ni janganlah kita suruh peserta saja yang nak buang..
pemerintah pun kena letakkan kat luar...
kita berkursus hari itu dengan tekad yang sama yakni untuk memajukan agama.bangsa,tanahair dan diri sendiri..

p/s.. kita tak marah jika kerajaan menggunakan btn untuk tujuan propaganda dasar2 kerajaan.cuma yang kita tak puas hati Kenapa diperlakukan btn untuk tujuan parti.


itu yang lebih penting...


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 16:14


dulu masa belajar kat um kawan-kawan kata Kalau pergi btn sekarang, tak payah pergi masa dah kerja... tapi tak... kena pergi juga masa dah kerja...

dulu masa bujang syok lah pergi, sekarang ni ada baby... susahnye.... eii.. nak tak nak terpaksa juga pergi nanti,.... sebab ptk dah dapat 4,4.. nanti tak dapat anjakan gaji..

apa lah susah sangat....


sejujurnye.. kao ada poll tentang mansuhkan btn.. anis vote untuk mansuh kan...
:kelip: :kelip: :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 16:23


Kalau budak sekolah kena masuk KEM 1MALAYSIA..
lepas itu PLKN..
lepas itu BTN..

tak pernah join BTN tapi lepas spm dulu ada join PKSN.. Politik memang kuat.. Time berkawad pun selit2 bab politik, apatah lagi bila time dengar ceramah dan LDK.. huh, bosan!



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 16:36


Pada 01-12-09 16:23 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau budak sekolah kena masuk KEM 1MALAYSIA..
lepas itu PLKN..
lepas itu BTN..



berapa kali mahu kena da...
hehhehhe....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 19:48


1. Bagi saya BTN adalah kursus yang baik buat rakyat malaysia sekiranya ianya digunakan untuk membina semangat patriotik dan perpaduan

2. soal brain wash politik, MB selangor mempunyai hak untuk melarang rakyatnya untuk menyertai BTN seandainya fasilitator digunakan untuk membenci parti pembangkang....Rugi lah pulak Pembangkang membenarkan rakyatnya di brain wash oleh kerajaan sahaja..

3. BN pulak tak perlulah nak bising2 sekiranya BTN diharamkan di negeri yang dikuasai pembangkang..

4. kalau PR memerintah nanti, saya harap sesi brain wash dihapuskan dalam modul2 BTN,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 21:43


Pada 01-12-09 16:14 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!



sejujurnye.. kao ada poll tentang mansuhkan btn.. anis vote untuk mansuh kan...
:kelip: :kelip: :kelip:



apa pulak anis.. awak kan da join..so tak payah lah risau2 lagi kena p or tak.. awak da rasa.. biar lah org lain pula rasa..huhu..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 11:25


Pada 01-12-09 21:43 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-12-09 16:14 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!



sejujurnye.. kao ada poll tentang mansuhkan btn.. anis vote untuk mansuh kan...
:kelip: :kelip: :kelip:



apa pulak anis.. awak kan da join..so tak payah lah risau2 lagi kena p or tak.. awak da rasa.. biar lah org lain pula rasa..huhu..



tak p kang gaji tak naik...
tak begitu pun anis...
hehhehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 17:39


Pada 02-12-09 11:25 , Firdaus_Azimi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-12-09 21:43 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-12-09 16:14 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!



sejujurnye.. kao ada poll tentang mansuhkan btn.. anis vote untuk mansuh kan...
:kelip: :kelip: :kelip:



apa pulak anis.. awak kan da join..so tak payah lah risau2 lagi kena p or tak.. awak da rasa.. biar lah org lain pula rasa..huhu..



tak p kang gaji tak naik...
tak begitu pun anis...
hehhehe..
hahaha..baru nak cakap...hehe


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 20:27


Pada 01-12-09 21:43 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-12-09 16:14 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!



sejujurnye.. kao ada poll tentang mansuhkan btn.. anis vote untuk mansuh kan...
:kelip: :kelip: :kelip:



apa pulak anis.. awak kan da join..so tak payah lah risau2 lagi kena p or tak.. awak da rasa.. biar lah org lain pula rasa..huhu..



dah pergi masa kat univ dulu.. yang dah kerja ni tak pergi lagi... tak nak giiii...



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

norasmiyah
Warga Rasmi
Menyertai: 31.10.2009
Ahli No: 37987
Posting: 13
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 23:23


Assalamualaikum bagi saya kursus BTN masih lagi releven.kenapa saya berkata begitu adalah kerana saya berpendapat kursus BTN ini telah menyatupadukan kaum di negara kita dan modul dia pun hanya berteraskan sayangkan negara itu saja.saya pernah mengikuti kursus BTN ini pada tahun 2007 detelah kami habis mrnjalani latihan perguruan di IPBMM lembah pantai.Kami menyertai kursus BTN di kuala selangor kalau tak silap dekat dengan puncak Alam tempat altantuya di bunuh tu.Semasa mengikuti kursus disana kami semua di ajar tentang disiplin diri katahanan diri ,keagamaan,dan perpaduan kaum.Seronok sangat mengikutinya dan tak ada pun pelatih atau pegawai disana yang memecah belahkan perpaduan.Cuba minta MB selangor tu pagi jengok2 sikit kawasan dekat stu jangan dok dengar cakap orang.Itulah gunanya kita sebagai pembesar negeri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For norasmiyahProfil   Hantar PM kepada norasmiyah   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 03-12-09 00:28


Saya dah 3 kali ke BTN ..

Kali pertama sebagai pelajar lepasan SPM

Kali kedua sebagai mahasiswa

Kali ketiga sebagai penjawat awam

Setiap benda ada pro dan kontranya . Kursus tu tak salah tetapi modulnya perlu diperbetulkan .

Semasa kali pertama sebagai pelajar ; diceritakan di dalam kursus bahawa kaum melayu terancam , kuasa terhakis , seolah-olah lepas keluar kem nanti jangan rapat dengan orang cina ( maaf tapi ini modul yang saya lalui ) . Tentang riadah tu memang menarik dan menyihatkan tubuh badan . Tapi yang lemasnya asyik nak pasangkan lelaki dan perempuan saja macam kalau tak letak laki dan perempuan sama-sama tak sah .


Semasa kali kedua 1998 di Luar Negara . Ketika itu modul hampir sama cuma ada penambahan modul2 kerohanian mungkin pada waktu itu banyak melibatkan tokoh2 abim seperti - Mohd Nor Manuty dan beberapa orang lagi menjadi fasi kami termasuk pengarah BTN ketika itu datang . Yang lemasnya ada modul dan slot yang memburuk2kan PAS dan juga agenda Melayu terancam .. yang herannya UMNO memerintah selama 50 tahun lebih tanpa ganguan tapi melayu semakin lemah . Dalam BTN tu juga diceritakan agenda2 nak memperkasakan melayu dsbnya tapi di luar lain yang jadi melayu tak juga diperkasa yang hebatnya pemimpin-pemimpin melayu hartanya teramat perkasa . Lepas BTN di sana anwar dipecat .

Semasa kali ke3 2002 . Modul dahsyat sangat . Bukan lagi nak menjadikan kita cintakan negara tapi nak menzahirkan kebencian terhadap Pembangkang . Ada patut diletakkan gambar dan amanat Tuan Guru Hadi Awang dan dikatakan ancaman militan . Kemudaian dimasukkan gambar-gambar kekejaman peperangan di Palestin dan dikatikan dengan PAS yang akan membawa negara hancur seperti itu .. ? Gambar anak TGNA Nik Adli juaga dijaja . Kemudian dimomokkan cina2 malaysia tak patriotik hanya nak wang . Sedangkan siapa yang membela Goh Tong - Eric Chia - Kuek Lok .. ? heran2
Tapi alhamdulillah kebanyakkan peserta ada pembacaan masing3 . Kalau zaman budak sekolah mentah2 memang boleh percaya bulat2 .

Kesimpulannya .. BTN matlamat baik bahan diselewengkan .

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 03-12-09 00:32


Pada 02-12-09 23:23 , norasmiyah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum bagi saya kursus BTN masih lagi releven.Kenapa saya berkata begitu adalah kerana saya berpendapat kursus BTN ini telah menyatupadukan kaum di negara kita dan modul dia pun hanya berteraskan sayangkan negara itu saja.saya pernah mengikuti kursus BTN ini pada tahun 2007 detelah kami habis mrnjalani latihan perguruan di IPBMM lembah pantai.Kami menyertai kursus BTN di kuala selangor kalau tak silap dekat dengan puncak Alam tempat altantuya di bunuh tu.Semasa mengikuti kursus disana kami semua di ajar tentang disiplin diri katahanan diri ,keagamaan,dan perpaduan kaum.Seronok sangat mengikutinya dan tak ada pun pelatih atau pegawai disana yang memecah belahkan perpaduan.Cuba minta MB selangor tu pagi jengok2 sikit kawasan dekat stu jangan dok dengar cakap orang.Itulah gunanya kita sebagai pembesar negeri.


Modul melayu digunapakai bila tak budak cina dalam kem . Kalau ada diguna modul perpaduan . Lain kumpulan lain modulnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 03-12-09 00:35


Pada 01-12-09 19:48 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

1. Bagi saya BTN adalah kursus yang baik buat rakyat malaysia sekiranya ianya digunakan untuk membina semangat patriotik dan perpaduan

2. soal brain wash politik, MB selangor mempunyai hak untuk melarang rakyatnya untuk menyertai BTN seandainya fasilitator digunakan untuk membenci parti pembangkang....Rugi lah pulak Pembangkang membenarkan rakyatnya di brain wash oleh kerajaan sahaja..

3. BN pulak tak perlulah nak bising2 sekiranya BTN diharamkan di negeri yang dikuasai pembangkang..

4. kalau PR memerintah nanti, saya harap sesi brain wash dihapuskan dalam modul2 BTN,,


Itulah . Patutnya kerajaan kena masukkan geng2 mat rempit dan yang bermasalah dalam BTN ini . Buat brainwash bagi ada patriotik . Tapi geng2 ini mana ada untung politik . .. ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 03-12-09 00:36


Pada 01-12-09 19:48 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

1. Bagi saya BTN adalah kursus yang baik buat rakyat malaysia sekiranya ianya digunakan untuk membina semangat patriotik dan perpaduan

2. soal brain wash politik, MB selangor mempunyai hak untuk melarang rakyatnya untuk menyertai BTN seandainya fasilitator digunakan untuk membenci parti pembangkang....Rugi lah pulak Pembangkang membenarkan rakyatnya di brain wash oleh kerajaan sahaja..

3. BN pulak tak perlulah nak bising2 sekiranya BTN diharamkan di negeri yang dikuasai pembangkang..

4. kalau PR memerintah nanti, saya harap sesi brain wash dihapuskan dalam modul2 BTN,,


Itulah . Patutnya kerajaan kena masukkan geng2 mat rempit dan yang bermasalah dalam BTN ini . Buat brainwash bagi ada patriotik . Tapi geng2 ini mana ada untung politik . .. ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-12-09 14:20


sokong pendapat alhikam...
sepatutnya mereka-mereka tu lah yang patutnya jadi golongan sasar..
janganlah asyik nak duduk senang atas kerusi empuk saja..
ingat-ingat lah anak bangsa..
tak kasihan ke..
aduhai kerajaan ku..

p/s.. kasihan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 03-12-09 15:36


NDOKTRINISASI YANG MENYIMPANG WAJIB DIBETULKAN
www.mykhilafah.com


Tiba-tiba sahaja salah satu senjata perang saraf kerajaan, Biro Tatanegara (BTN), menjadi isu yang diperdebatkan. Ini adalah berikutan arahan pengharaman BTN oleh kerajaan negeri Selangor ke atas semua kakitangan awam dan pelajar pengajian tinggi di negeri itu, seperti yang diumumkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali pada 25 November lalu atas dakwaan bahawa BTN telah dijadikan alat indoktrinisasi kerajaan untuk menanam sentimen perkauman dan memecahbelahkan rakyat termasuklah membenci pembangkang.
Lim Kit Siang pula menggesa kerajaan agar menutup terus BTN. Pelbagai reaksi muncul dari beberapa pemimpin UMNO yang rata-ratanya menghentam pembangkang sehingga ada yang menyifatkan pembangkang sebagai pengecut kerana takut dengan BTN. Ada pula yang mendakwa bahawa pembangkang sengaja memperbesarkan isu ini untuk menutup masalah dalaman mereka yang semakin parah. Dalam pada itu, beberapa bekas pemimpin kerajaan yang kini berpihak kepada pembangkang tampil untuk mendedahkan agenda perkauman di sebalik kursus-kursus yang dianjurkan oleh BTN. Dalam pada segelintir pemimpin UMNO cuba mempertahankan BTN habis-habisan agar dikekalkan modul yang sedia ada, jelas terdapat percanggahan pendapat sesama mereka di mana setengah yang lain bersetuju bahawa modul BTN perlu diubah. Nazri Aziz kemudian tampil mengumumkan bahawa kurikulum BTN akan diubah agar lebih mendekati matlamat 1Malaysia dan mesra kepada semua kaum . Sebenarnya beberapa Menteri, termasuklah Perdana Menteri sendiri yang sudah tidak senang duduk dengan pendedahan ini. Siapa tidak tahu tentang propaganda UMNO menerusi BTN, apatah lagi para peserta yang pernah mengikuti kursus tersebut? Selama ini kerajaan berjaya menutup kebusukan BTN, bukan kerana tidak ada pihak yang bersuara, namun suara mereka tidaklah sebesar suara kerajaan negeri Selangor. Kini, walaupun bau busuk BTN telah terdedah, namun masih tetap ada pihak yang bertegas cuba menutup dan mempertahankan kebusukannya.

Biro Tatanegara adalah sebuah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Di antara objektif utama program anjuran BTN adalah pemupukan patriotisme ke atas semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat. Dengan cogankata, “Bersama Mencipta Kegemilangan”, visi utamanya adalah untuk organisasi awam yang unggul di dalam memupuk semangat patriotisme serta menjadikan rakyat setia kepada kerajaan . Di antara kandungan kursusnya adalah kenegaraan, ketaatan kepada pemimpin dan kedaulatan undang-undang. Lagu warisan atau lebih terkenal dengan lagu â€anak kecil bermain api’ sudah tidak asing lagi berkumandang di hampir kesemua programnya. Kursus BTN juga sering menaikkan sentimen Melayu dan mendedahkan ancaman (terhadap bangsa Melayu) lalu menyeru orang-orang Melayu memberi ketaatan penuh kepada pemimpin walaupun korup agar tanah air tidak tergadai. BTN turut diguna untuk menjelas dan mempertahankan semua dasar yang dibuat oleh kerajaan. Ia disokong dengan pelbagai maklumat yang dilihat relevan. Semua dasar yang dilihat merugikan orang-orang Melayu â€diolah’ dan dikatakan mempunyai maksud yang tertentu dan ia dilakukan untuk kepentingan rakyat. Pendek kata, di dalam BTN, semua peserta akan dijelaskan bahawa semua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah betul dan benar belaka, maka semuanya harus taat dan patuh, jangan mengkritik atau melawan! Itulah matlamat agung BTN.

Haram Taat Di Dalam Perkara Maksiat

Taat kepada penguasa Muslim adalah wajib berdasarkan nas yang jelas. Namun demikian, perlu diperhalusi (juga dengan nas) pemimpin yang bagaimanakah yang wajib ditaati? Ini kerana, Islam tidak pernah mengajar untuk taat kepada pemimpin dengan membabi buta sebagaimana â€ajaran’ dalam BTN, tetapi Islam meletakkan syarat bahawa ketaatan dilakukan kepada pemimpin selama mana pemimpin tersebut mentaati Allah dan Rasul, tidak memerintah untuk melakukan kemaksiatan dan tidak menampakkan kekufuran yang nyata. Sekiranya pemimpin tidak memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, maka tidak ada dengar dan tidak ada taat. Dengan kata lain, kewajiban taat kepada seseorang pemimpin itu telah dikecualikan oleh satu keadaan, iaitu apabila ia memerintah dengan kemaksiatan. Apabila seorang penguasa memerintah kepada kemaksiatan, tidak boleh (haram) untuk mentaatinya dalam hal kemaksiatan tersebut. Ini kerana, nas telah mengecualikan hal tersebut sebagaimana hadis dari Nafi’ dari Ibnu Umar dari Nabi SAW, baginda bersabda,

“Mendengar dan mentaati seorang Muslim (tetap wajib) sama ada dalam hal yang disukai dan dibenci, selagi tidak diperintahkan berbuat maksiat. Apabila dia berbuat maksiat, maka dia tidak boleh mendengar dan tidak boleh mentaatinya”.

Maksudnya, apabila seseorang itu menyuruh kalian untuk melakukan kemaksiatan, maka tidak ada lagi ketaatan terhadapnya, baik dia adalah seorang pemimpin atau ibubapa kalian sekalipun. Sabda Rasulullah SAW yang lain,

“Tidak ada (kewajipan) taat pada makhluk dalam hal berbuat maksiat kepada Allah” .

Inilah satu-satunya kondisi yang dikecualikan dari ketaatan kepada seseorang manusia (termasuk kepada pemimpin) iaitu dalam perkara yang memaksiati Allah. Justeru, sebagai Muslim, â€standard’ yang wajib kita gunakan di dalam menilai program BTN adalah, sama ada ia mengandungi perkara-perkara maksiat atau tidak. Dari pengakuan dan penjelasan yang diberikan oleh kerajaan sendiri, apatah lagi oleh mereka yang pernah mengikuti program ini, ia jelas menjurus kepada maksiat kerana program ini menyemai rasa cinta kepada bangsa dan negara iaitu dengan kata lain menyemai perasaan assabiyyah dan wathaniyyah yang jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Indoktrinisasi agar mentaati pemimpin secara membabi buta juga jelas merupakan satu bentuk kemaksiatan kepada Allah, kerana para pemimpin yang ada memerintah dengan sistem sekular dengan menerapkan undang-undang kufur ke atas kita semua. Tidak melaksanakan syariat Islam ke atas kaum Muslimin merupakan bentuk kemaksiatan terbesar berbanding maksiat-maksiat lainnya, kerana dari sinilah punca lahirnya segala maksiat lain yang begitu banyak di dalam negara.

Memuhasabah Pemimpin Adalah Wajib

Islam bukan sekadar mengharamkan mentaati pemimpin yang memerintah dengan maksiat, malah Islam mewajibkan ke atas umatnya untuk melakukan muhasabah (menegur dan membetulkan) pemimpin yang mengerjakan keharaman tersebut. Haram dan berdosa bagi setiap Muslim yang berdiam diri di atas kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin. Penguasa wajib dimuhasabah apabila mereka menyeru kepada maksiat, merampas hak-hak rakyat, mengabaikan kewajiban-kewajiban rakyat, melalaikan salah satu urusan rakyat, menyimpang dari hukum-hukum Islam, atau memerintah dengan hukum selain yang diturunkan oleh Allah. Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Umi Salamah, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Akan ada para pemimpin, lalu kalian akan mengetahui kema’rufannya dan kemungkarannya, maka siapa sahaja yang membenci (kemungkaran)nya dia akan bebas (dari dosa), dan siapa saja yang mengingkarinya dia akan selamat. Tetapi siapa sahaja yang rela dan mengikutinya (dia akan celaka). Mereka bertanya, â€Tidakkah kita perlu memerangi mereka?’ Baginda bersabda, â€Tidak, selama mereka masih menegakkan solat (hukum Islam).”

Dari Abi Sa’id Al-Khudri yang menyatakan, Rasulullah SAW bersabda,

“Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan itulah (dengan hati) selemah-lemah iman”.

Riwayat ini menjelaskan lagi maksud hadis sebelumnya bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan agar mengingkari seorang penguasa, bahkan wajib mengingkarinya dengan sarana apapun yang boleh digunakan, yang bertepatan dengan syara’, baik dengan tangan ataupun dengan lisan, dan sekurang-kurangnya dengan hati. Hadis-hadis ini menunjukkan wajibnya menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar. Kerana itu, hadis-hadis ini menjelaskan hukum wajibnya memuhasabah kemaksiatan yang dilakukan oleh penguasa. Selain itu, terdapat begitu banyak hadis yang menyentuh tentang penguasa secara khusus, yang bermaksud ta’kid (penguatan) peri pentingnya kewajiban melakukan muhasabah terhadap penguasa. Dari Umu â€Atiyah dari Abi Sa’id yang menyatakan, Rasulullah SAW bersabda,

“Sebaik-baik jihad adalah (mengucapkan) kata-kata yang haq di hadapan penguasa yang zalim.”

Ini merupakan nas khusus berupa muhasabah yang wajib dilakukan terhadap seorang penguasa, dalam bentuk perintah ke atas setiap Muslim menyampaikan kata-kata yang haq kepadanya. Maka perjuangan untuk meluruskan para penguasa yang merampas hak-hak rakyat, atau mengabaikan kewajipan-kewajipan mereka kepada rakyat, atau yang menyuruh kepada maksiat, atau yang menerapkan hukum-hukum kufur, hukumnya adalah fardhu ke atas setiap Muslim. Allah SWT telah memfardhukannya, bahkan Rasulullah meletakkannya seperti jihad, malah sebaik-baik jihad sehingga seakan-akan baginda bersabda, sebaik-baik jihad di sisi Allah adalah perjuangan menentang penguasa yang zalim .

Rasulullah SAW telah mendorong setiap Muslim agar menentang para penguasa yang zalim, bukan mentaatinya, walau apapun ancaman yang bakal menimpa di dalam rangka melakukan kemuliaan ini, walau hingga mengakibatkan seseorang itu terbunuh sekalipun. Rasulullah SAW bersabda,

“Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah, serta seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, lalu dia menasihatinya, kemudian dia dibunuh (oleh penguasa tersebut)” .

Hadis ini merupakan bentuk pengungkapan yang paling tegas, yang mendorong setiap orang yang beriman agar berani menanggung segala risiko, sekalipun risiko kematian, dalam rangka melakukan muhasabah terhadap para penguasa demi meluruskan penguasa yang zalim itu. Dan ganjaran yang paling besar (mati sebagai sayyidu syuhada’) menanti pelakunya.

Terdapat segelintir umat Islam yang keliru dalam mentaati pemimpin yang menyeru kepada kemaksiatan, kerana salah memahami hadis berkenaan pemimpin yang mendirikan â€solat’. Auf Bin Asyja'i berkata,

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, â€Sebaik-baik pemimpin kalian adalah mereka yang kalian cintai, dan mereka pun mencintai kalian; mereka mendo'akan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Seburuk-buruk pemimpin kaian adalah mereka yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.’ Ditanyakan kepada Rasulullah, â€Wahai Rasulullah, tidakkah kita perangi saja mereka itu?’ Baginda menjawab, â€Jangan, selama mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian.”

Mereka yang keliru, memahami â€solat’ dengan erti sembahyang. Justeru, mereka berhujah bahawa kita wajib mentaati pemimpin selagi pemimpin mengerjakan sembahyang. Walhal yang dimaksud dengan â€menegakkan solat’ dalam hadis di atas adalah â€memerintah dengan Islam’, iaitu menegakkan seluruh hukum syara’. Ungkapan â€ma aqamu fi kum as-solah’ (â€menegakkan solat’) adalah merupakan pembahasan majaz (analogi) iaitu â€Itlaqul hanya'i wa iradatul kulli (menyebut sebahagian tertentu dengan maksud keseluruhan). Seperti firman Allah, â€nothing tahriru raqabah’ (â€maka merdekakan hamba’) , yang dimaksudkan adalah memerdekakan hamba secara keseluruhan, bukan hanya raqabah (hamba mukatab) sahaja. Tidak menegakkan solat atau tidak melaksanakan solat dalam hadis yang berkenaan, maksudnya adalah tidak memerintah dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, atau memerintah dengan hukum-hukum kufur, sehingga penampakan kekufuran tersebut tidak meragukan lagi .

Terdapat juga pandangan oleh mereka yang keliru bahawa memuhasabah pemimpin hendaklah dilakukan secara sembunyi-sembunyi dengan menarik tangan mereka ke belakang. Walhal berdasarkan banyak hadis (termasuk yang telah dibincangkan pada perenggan awal di atas), Rasulullah memerintahkan bahawa muhasabah kepada pemimpin wajib dilakukan secara terang-terangan. Malah generasi awal Islam telah membuktikan hal ini. Diriwayatkan semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, seorang wanita memuhasabah tindakan Umar yang melarang wanita meminta mahar (mas kahwin) yang tinggi dan bagi yang telah mendapat mahar yang tinggi harus mengembalikannya. Wanita tersebut lalu memuhasabah Umar kerana menetapkan sesutau yang bertentangan dengan Al-Quran (surah an-Nisa’:20). Umar, dalam kapasitinya sebagai Khalifah, lalu terus mengakui kesilapannya dan membenarkan perempuan tersebut. Umar juga pernah di muhasabah secara terang-terangan dalam hal pembahagian ghanimah berupa kain buatan Yaman. Masing-masing mendapat sehelai kain secara adil. Tetapi Umar sendiri nampaknya memakai kain tambahan untuk gamis yang dipakainya. Salman Al-Farisi mencelah di saat Umar sedang berkhutbah,

“Kami tidak akan mendengar dan mentaatimu sehingga engkau menjelaskan dari mana engkau mendapat tambahan kain untuk gamismu?” Umar menjawab, “Jangan engkau terburu-buru mencelaku.” Lalu Umar memanggil anaknya Abdullah bin Umar dan berkata, “Aku bertanya kepadamu, dengan nama Allah, bukankah gamis yang aku pakai ini adalah bahagian hadiah darimu?” Abdullah bin Umar berkata, “Benar wahai Amirul Mukminin, itu adalah bahagianku yang aku hadiahkan kepadamu.” Salman lalu berkata, “Kalau begitu, teruskanlah khutbahmu, kami akan mendengar dan mentaatimu” .

Beginilah hebatnya kaum Muslimin ketika itu dengan kewajiban memuhasabah pemimpin, juga hebatnya ketaqwaan seorang pemimpin di dalam menerima muhasabah dari rakyatnya. Muhasabah dilakukan secara terbuka dan langsung tidak timbul soal menarik tangan ke belakang.

Berdasarkan nas-nas, kita dapat memahami bahawa memuhasabah pemimpin itu boleh dilakukan dengan pelbagai uslub (cara/teknik) sama ada secara bersembunyi (tertutup), berhadapan secara terang-terangan, melalui penulisan, CD, ceramah, masirah (demonstrasi aman) dan sebagainya. Perbuatan memuhasabah, melalui apa cara sekalipun (yang syar'i), adalah wajib dan jauh lebih baik daripada sekadar hanya memendamkan kebencian dalam hati (bi al-qalb). Haram hukumnya berdiam diri atau tidak melakukan apa-apa, dan lebih buruk, sekiranya mengkritik atau menghentam orang yang melaksanakan kewajipan memuhasabah ini.

Khatimah

Wahai pemimpin kaum Muslimin! Sesungguhnya indoktrinisasi yang kamu lakukan ke atas rakyat dengan menanamkan sikap assabiyyah dan wathaniyyah adalah haram. Indoktrinisasi agar rakyat mentaati kamu secara membabi buta juga adalah haram. Berhentilah dari segala kemaksiatan yang kamu lakukan dan janganlah kamu memaksakan kemaksiatan tersebut ke atas rakyat. Buanglah keegoan kamu dan tundukkanlah hawa nafsumu kepada hukum Allah. Sesungguhnya orang yang jauh lebih mulia dari kamu tidak pernah ego kepada rakyatnya dan senantiasa menundukkan dirinya kepada Allah. Ingatlah tatkala orang yang mulia tersebut berucap, di saat beliau dilantik menjadi Khalifah selaku pemimpin tertinggi umat Islam sedunia, katanya, “Apabila tindakan aku benar, maka ikutilah aku dan apabila aku menyimpang, maka luruskanlah aku”, seorang hamba Allah berkata dengan lantang sambil menghunuskan pedangnya ke arah sang pemimpin, “Wahai Umar! Sekiranya engkau menyimpang, maka pedangku inilah yang akan meluruskanmu”. Lalu dijawab oleh sang pemimpin agung sambil tersenyum, “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan keberanian kepada seorang hambaNya, yang bersedia meluruskan Umar dengan pedangnya.” Sungguh, alangkah indahnya apabila ada pemimpin dan rakyat seperti ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-12-09 14:12


mmm...
dalam org duduk berperang tentang btn ni..
kerajaan setuju untuk mengubah modul untuk btn...
semuanya untuk diselaraskan dengan konsep 1 malaysia..
tapi tiba-tiba dr m bersuara...
kekalkan modul lama..
ini kerana katanya modul sekarang telah terbukti berjaya mengukuhkan perpaduan kaum dimalaysia ini dan menyemai rasa patriotik dikalangan peserta.

pada pandangan sahabat Kenapa dr m tak setuju untuk dirombak modul btn sekarang?
dan Kenapa pula kerajaan(melalui nazri aziz) tergesa2 mahu rombak kursus btn ni?
apakah kerana boikot sel dan penang?
atau kita lihat 2 pemikiran (orde lama vs orde baru) sedang bersaing untuk mendampingi najib?

kita debatkan..

p/s.. jengjengjeng

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 07-12-09 15:29


actually kan.. saya sebenarnya tak nampak part mana modul btn tu harus di ubah.. lebih-lebih lagi saya amat sokong dengan isu kontrak sosial yang memang terdapat dalam modul btn tu..rata-rata peserta semakin sedar tentang rasionalnya pemahaman kontrak sosial tu diketahui dengan jelas.. cuma satu benda saja yang saya rasa tak patut pada persembahan vdeo yang ditayangkan pada kami. masa tu vdioe tu mengenai kes di perak sekitar awal tahun hari tu..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 07-12-09 21:13


modul tentang militan ... diletakkan kaitan dengan PAS

modul tentang demonstrasi .. diselitkan gambar pembangkang

ceramah2 perlu neutral tanpa ada bias kepada mana-mana parti politik ...

kontrak sosial perlu diperjelaskan seelok2nya tanpa meletakkan kesalahan kepada mana-mana kaum .

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-12-09 20:46


saya sokong BTN perlu diteruskan..bagi saya tak ada unsur2 politik pun kursus BTN tu...pengalaman masa saya pergi kursus BTN memang seronok...banyak mengajar pupuk perpadun,cintakan negara....apapun banyak pengalaman yang saya dapat masa kat sn...


-----------------
"Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."


Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-12-09 11:47


Assalamualaikum.

Saya tak pernah pergi BTN jadi tak layak untuk komen apa-apa.

cumyanya saya teringat dulu masa universiti ramai kata kalau tak pergi BTN tak grad. Saya pula seawal sem 1 dah dipanggil untuk BTN di Ulu Sepri, N9, tapi saya tak pergi. Alhamdulillah saya tetap bergraduat dan dapat sertai konvokesyen.

Dan sekarang saya tetap cintakan negara, kalau tak mengapa saya join pembangkang untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh parti pemerintah. Semua tu sebab kita sayangkan negara lah, tak mahu negara kita hancur angkara pemimpin yang korup dan tinggalkan Islam.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 09-12-09 12:39


Saya pernah pergi ke BTN, tetapi rupanya ia adalah programmembina kumpulan terawal UMNO di UTM, itulah yang dinamakan Warisan. Hehe.. memang jelas BTN tu alat UMNO menyemai assobiyah dan sekularisme.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-12-09 13:34


mmmm...
dalam bercakaran antara pakatan dan bn tentang isu btn ni sekarang dah melarat sesama sendiri...
mulanya nazri aziz mencadangkan modul lama dirombak bagi disesuaikan dengan konsep 1 malaysia..
ada juga ura2 menyatakan modul itu dirombak atas ketegasan 2 kerajaan negeri pakatan untuk memboikot btn.
kemudiannya t dr m pula menyuarakan pandangannya..
tun mahu kerajaan mengekalkan modul lama yang telah pun berjaya menyatupadukan penduduk negara ini.
hari ini nazri aziz membalas komen tun ..
dan beliau menyifatkan tun sebagai rasis...

bagaimana sahabat-sahabat melihat situasi ini?
apa yang rasisnya tun pada pandangan nazri?

p/s.. rasis....tinggat mahathir vs tungku dulu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-12-09 22:24


salam..

pengalaman saya yang pergi BTN tahun lepas semasa di maktab, bak kata kawan-kawan semua..ada pro and cons nya...macam saya kem di sepang masa tu, dalam LDK banyak bercakap tentang anwar ibrahim..dari kawan-kawan yang lain group pun sama jugak tapi atas kita lah nak terima semua benda yang dicakapkan tu atau tidak..yang penting intipati tentang semangat kenegaraan tu yang perlu dinilai dan diambil...macam kawan-kawan saya dari group dekat dengan bukit cerakah, selangor..di situ dalam ldk banyak yang menghentam parti pembangkang terutama PAS...

pada saya, kita tak perlu emosional...kita ada akal dan tafsiran kita sendiri..mana yangbaik jadikan bekalan panduan hidup..yang buruk jadikan sempadan...wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 14:29


sebenarnya kalau sahabat-sahabat pernah hadiri temuduga jabatan kerajaan terutamanya federal, mereka juga ada sentuh isu politik.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 14:59


sentuh isu-isu semasa tu kita boleh terima bang lidah_penghunus..
cuma kita tak boleh terima bila sebut org ni tak betul..
org ni salah...
group ni nak jadikan negara macam republik iran..
group ni cita2nya nak jadikan bebas macam indonesia..
group ni pula nak jadikan macam singapore...
entahlah..

heran2..
yang pastinya banyak cara lagi untuk menguatkan ketahanan melayu ni..
yang pentingnya kita kena kuatkan islam dulu..
sebab kuatnya islam maka kuatla melayu..

p/s.. hidup islam hidup lah melayu..
        matinya islam difilipina maka matilah melayu disana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-12-09 05:31


Pada 27-11-09 11:16 , Firdaus_Azimi posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum..

dulu saya duduk dengar saja cerita kawan-kawan yang pergi kursus dibancuh oleh BTN.
macam-macam yang saya dengar.ada yang positif ada yang negatif.tujuan BTN ni baik.tapi adakah perlaksanaannya betul dan mengikut tujuan asal penubuhannya?

jadi pada yang punya pengalaman tu sila2 lah kongsikan bersama.
segala pandangan kita hujahkan bersama.

p/s.. ingat BTN ingat nordin kadri..


salah eja tu...nordin KARDI - NC uum, huhu...
tak pernah pergi btn, so tak tahu bagaimana...
berdasarkan pengamatan dan pengalaman kawan-kawan, relevan agaknya...


-----------------
Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-12-09 05:36


Pada 14-12-09 14:29 , lidah-penghunus posting:

!!! QUOTE !!!

sebenarnya kalau sahabat-sahabat pernah hadiri temuduga jabatan kerajaan terutamanya federal, mereka juga ada sentuh isu politik.



setakat yang saya pergi government interview
1) akauntan johor bahru
2) akauntan negeri sembilan
3) DPLI
alhamdulillah tak ada sentuh isu politik


-----------------
Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-12-09 08:48


Pada 15-12-09 05:36 , raudhatulmardhiah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-12-09 14:29 , lidah-penghunus posting:

!!! QUOTE !!!

sebenarnya kalau sahabat-sahabat pernah hadiri temuduga jabatan kerajaan terutamanya federal, mereka juga ada sentuh isu politik.



setakat yang saya pergi government interview
1) akauntan johor bahru
2) akauntan negeri sembilan
3) DPLI
alhamdulillah tak ada sentuh isu politik



Ada berjuta-juta interview dalam jabatan kerajaan, mungkin yang saudari pergi tak ada, tapi pengalaman yang lain ada. Ada yang siap tanya direct baca Harakah tak?


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-12-09 10:52


Pada 15-12-09 08:48 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-12-09 05:36 , raudhatulmardhiah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-12-09 14:29 , lidah-penghunus posting:

!!! QUOTE !!!

sebenarnya kalau sahabat-sahabat pernah hadiri temuduga jabatan kerajaan terutamanya federal, mereka juga ada sentuh isu politik.



setakat yang saya pergi government interview
1) akauntan johor bahru
2) akauntan negeri sembilan
3) DPLI
alhamdulillah tak ada sentuh isu politik



Ada berjuta-juta interview dalam jabatan kerajaan, mungkin yang saudari pergi tak ada, tapi pengalaman yang lain ada. Ada yang siap tanya direct baca Harakah tak?



:berfikir:
kalau saya jawab saja...BACA!
kalau dah rezeki, insyaALLAH dapat..kan kan? :-)


-----------------
Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-12-09 14:24


heheheh...
cikgu mardiah..
selamat lah dah lepas..

dulu saya ada kawan nama dia akan2 nama cikgu mardiah nak interview masuk maktab..
tak boleh pakai tudung labuh dan sewaktu dengan nya..
yang boleh tudung biasa atau tudung ala2 datin2..
kena lah tukar jab...
kalau tak langsung kena reject..
hehhee..

p/s.. lama tak jumpa cikgu marziah ismail
         kg bkt torak
         selama perak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

api
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.10.2009
Ahli No: 37576
Posting: 48
Dari: Bandaraya ISLAM

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-08-10 01:36


Pada 28-11-09 23:52 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-11-09 22:54 , api posting:

!!! QUOTE !!!

Salam..

ana nak tanya ini,BTN tu apa?

harap ikhwan2 boleh bagitahu.




aduhai encik api (tak ada nama lain ke nak guna..huhu)..

BTN tu stand for Biro Tata Negara..erm..ni kira pangkata adik ke? patut Kalau da berada di alam kampus memang da tau..tapi tak apa..boleh tanya lagi dan baca lah cerita-cerita kami ni..

pada yang tak pernah p..apalgi..baca lah cerita kami ni ek.tentu anda akan rasa nak p macam yang kami rasa..ahaks.. :-P



nama cari makan.. huhu

ana dah pergi btn bulan 7 baru ni di kem ulu sepri, negeri 9....
ahaaksss.....


-----------------
membangun bersama ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For apiProfil   Hantar PM kepada api   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 29-08-10 05:26


Pada 29-08-10 01:36 , api posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-11-09 23:52 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-11-09 22:54 , api posting:

!!! QUOTE !!!

Salam..

ana nak tanya ini,BTN tu apa?

harap ikhwan2 boleh bagitahu.




aduhai encik api (tak ada nama lain ke nak guna..huhu)..

BTN tu stand for Biro Tata Negara..erm..ni kira pangkata adik ke? patut Kalau da berada di alam kampus memang da tau..tapi tak apa..boleh tanya lagi dan baca lah cerita-cerita kami ni..

pada yang tak pernah p..apalgi..baca lah cerita kami ni ek.tentu anda akan rasa nak p macam yang kami rasa..ahaks.. :-P



nama cari makan.. huhu

ana dah pergi btn bulan 7 baru ni di kem ulu sepri, negeri 9....
ahaaksss.....



haha...akhirnya encik api da tau da BTN tu apa..malah da merasa sendiri suasana BTN tu..kan? :-P


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 29-08-10 15:19


Bagi saya kursus BTN ni masih releven untuk menanam semangat cintakan negara...Siapa lagi kalau bukan kita semua yang cintakan negara Malaysia ni?


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

api
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.10.2009
Ahli No: 37576
Posting: 48
Dari: Bandaraya ISLAM

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-08-10 20:09


Pada 29-08-10 05:26 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-08-10 01:36 , api posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-11-09 23:52 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-11-09 22:54 , api posting:

!!! QUOTE !!!

Salam..

ana nak tanya ini,BTN tu apa?

harap ikhwan2 boleh bagitahu.




aduhai encik api (tak ada nama lain ke nak guna..huhu)..

BTN tu stand for Biro Tata Negara..erm..ni kira pangkata adik ke? patut Kalau da berada di alam kampus memang da tau..tapi tak apa..boleh tanya lagi dan baca lah cerita-cerita kami ni..

pada yang tak pernah p..apalgi..baca lah cerita kami ni ek.tentu anda akan rasa nak p macam yang kami rasa..ahaks.. :-P



nama cari makan.. huhu

ana dah pergi btn bulan 7 baru ni di kem ulu sepri, negeri 9....
ahaaksss.....



haha...akhirnya encik api da tau da BTN tu apa..malah da merasa sendiri suasana BTN tu..kan? :-P




emm....
tak best langsung dok dalam hutan ni...
coverage talipon pun susah nak dapat


-----------------
membangun bersama ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For apiProfil   Hantar PM kepada api   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 29-08-10 21:09


Pada 29-08-10 20:09 , api posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-08-10 05:26 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-08-10 01:36 , api posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-11-09 23:52 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-11-09 22:54 , api posting:

!!! QUOTE !!!

Salam..

ana nak tanya ini,BTN tu apa?

harap ikhwan2 boleh bagitahu.




aduhai encik api (tak ada nama lain ke nak guna..huhu)..

BTN tu stand for Biro Tata Negara..erm..ni kira pangkata adik ke? patut Kalau da berada di alam kampus memang da tau..tapi tak apa..boleh tanya lagi dan baca lah cerita-cerita kami ni..

pada yang tak pernah p..apalgi..baca lah cerita kami ni ek.tentu anda akan rasa nak p macam yang kami rasa..ahaks.. :-P



nama cari makan.. huhu

ana dah pergi btn bulan 7 baru ni di kem ulu sepri, negeri 9....
ahaaksss.....



haha...akhirnya encik api da tau da BTN tu apa..malah da merasa sendiri suasana BTN tu..kan? :-P




emm....
tak best langsung dok dalam hutan ni...
coverage talipon pun susah nak dapat



hehe..memang lah tak best dalam hutan..tapi modul2nye relevan kan..haha..tempat tu kira nasib lah..saya kat tepi pnatai..area sgor pula tu..no problem pasal cvrage.. :-P


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

api
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.10.2009
Ahli No: 37576
Posting: 48
Dari: Bandaraya ISLAM

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-10 02:05


Pada 29-08-10 21:09 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-08-10 20:09 , api posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-08-10 05:26 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-08-10 01:36 , api posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-11-09 23:52 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-11-09 22:54 , api posting:

!!! QUOTE !!!

Salam..

ana nak tanya ini,BTN tu apa?

harap ikhwan2 boleh bagitahu.




aduhai encik api (tak ada nama lain ke nak guna..huhu)..

BTN tu stand for Biro Tata Negara..erm..ni kira pangkata adik ke? patut Kalau da berada di alam kampus memang da tau..tapi tak apa..boleh tanya lagi dan baca lah cerita-cerita kami ni..

pada yang tak pernah p..apalgi..baca lah cerita kami ni ek.tentu anda akan rasa nak p macam yang kami rasa..ahaks.. :-P



nama cari makan.. huhu

ana dah pergi btn bulan 7 baru ni di kem ulu sepri, negeri 9....
ahaaksss.....



haha...akhirnya encik api da tau da BTN tu apa..malah da merasa sendiri suasana BTN tu..kan? :-P




emm....
tak best langsung dok dalam hutan ni...
coverage talipon pun susah nak dapat



hehe..memang lah tak best dalam hutan..tapi modul2nye relevan kan..haha..tempat tu kira nasib lah..saya kat tepi pnatai..area sgor pula tu..no problem pasal cvrage.. :-P



best ah area kat situ.. siap ada coverage lagi


-----------------
membangun bersama ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For apiProfil   Hantar PM kepada api   Quote dan BalasQuote

sakakimikio80
Warga Rasmi
Menyertai: 26.08.2010
Ahli No: 40204
Posting: 2
Dari: P. Pinang

gabon   avatar


posticon Posting pada: 01-09-10 09:48


Dulu relevan sebab boleh claim macam- macam.. Sekarang dah tak boleh claim apa- apa...


-----------------
Assalamualaikum...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakakimikio80Profil   Hantar PM kepada sakakimikio80   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.169185 saat. Lajunya....