Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 15 jam, 49 minit yang lalu
wyd1014: 8 hari yang lalu
haykal77: 17 hari yang lalu
Kakngah: 17 hari yang lalu
lidah-penghunus: 18 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Menangani anak berbohong


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Menangani anak berbohong

Please Mendaftar To Post


Oleh Menangani anak berbohong

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-09 07:27


Tangani anak berbohong

ADA KALANYA si kecil seawal empat atau lima tahun sudah pandai berbohong kepada orang tuanya. Untuk melindungi diri atau takutkan sesuatu, dia sanggup memutar belit fakta.

Segelintir ibu bapa bimbang sikap itu akan terbawa-bawa dalam proses tumbesarannya sehingga menjadi satu tabiat yang tidak sihat. Melihat keadaan itu, ibu bapa berasakan sesuatu perlu dilakukan supaya sikap itu tidak terbawa-bawa hingga dewasa dan seterusnya menjadi sebati kepada pembentukan peribadinya.

Mengapa sebenarnya si anak sanggup berbohong? Mungkin ada alasan mengapa si kecil berbuat begitu. Walau apapun jawapannya, tindakan perlu dilakukan sejak awal demi pembentukan masa depan anak.

•Lupa

Anak usia prasekolah sama ada di tadika atau taska memiliki daya ingatan yang singkat. Oleh itu, si kecil tidak mencuba untuk berbohong ketika ditanya sesuatu misalnya, sebab dia bertengkar. Apa diingatinya hanyalah dia sudah berusaha merebut mainan daripada temannya.

•Harapan

Si kecil di taska atau tadika berkeras mengatakan dia tidak memecahkan pasu bunga. Dia sebenarnya berharap keadaan itu tidak berlaku dan meyakinkan diri hal itu tidak ada hubungannya dengannya.

•Imaginasi yang aktif

Pada usia prasekolah, anak kaya dengan fantasi atau imaginasi. Kreativiti memuncak dan mereka sering berfikir, apa yang ada dalam pemikirannya memang betul. Lagipun, bagi mereka, setiap orang ke bulan menggunakan roket raksasa.

•Tidak ingin dicemuh

Si kecil sememangnya tahu kelakuan yang buruk akan mengecewakan ibu bapanya. Untuk menghindari rasa marah si ibu atau bapa, mereka lebih cenderung untuk berbohong.

•Ingin dikagumi

Mengarang cerita membuatkan anak berasa dirinya penting. Ketika menceritakan kepada ibu bapa atau penjaganya dia berenang di kolam renang untuk golongan dewasa, hakikatnya dia ingin dipuji dan dikagumi walaupun dia tidak menyedarinya.

•Minta perhatian

Apabila anak mereka cerita, dia ingin mendapatkan reaksi anda. Dia langsung tidak memikirkan sisi negatifnya.

•Menguji peraturan

Si kecil yang berusia lima tahun berkeras ingin menonton televisyen, pada hal dia tahu itu waktu tidurnya. Anda pasti tidak mengizinkan dia menonton dan ini membuatkan dia merajuk malah mungkin mengatakan dia belum menonton siri kartun kegemarannya.

Si kecil yang berasa terkongkong dengan peraturan diberikan orang tuanya membuatkan dia cuba berbohong.


Apa yang harus dilakukan?

•Anda perlu mengingatkan diri sendiri, berbohong adalah bukti anak belajar apa yang benar dan salah. Di sisi lain, anak belajar mengembangkan kesedaran dan pengertian jelas antara fakta serta imaginasi. Lagipun dia berasa dia tidak berbuat salah.

•Cari penyebab

Apabila si kecil berbohong, dia ingin dihargai. Dalam hal ini, sebaiknya anda tidak seharusnya menyokong kerana ia akan terus menggalakkan sikap suka berbohong.

•Jangan menyalahkan si kecil sebaliknya, berikan komen yang membuatkan mereka mengaku, bukan menyangkal.

•Anak mungkin tahu berbohong itu tidak baik, tetapi belum tentu dia faham seseorang yang berbohong menyebabkan dia tidak lagi dipercayai. Tanamkan kejujuran kepadanya misalnya menerusi cerita teladan.

•Bersikap positif bukan menghukum. Ibu bapa berharap si kecil mengakui kesalahan apabila dia berbuat sesuatu yang tidak baik.

Apabila memberikan hukuman atas pembohongannya, ia tidak akan memberi kesan seperti diharapkan. Anak yang dihukum atas pembohongan kecil dikhuatiri melakukan pembohongan lebih besar pada masa akan datang.

•Yakin tetap menyayanginya. Apabila anak tidak sengaja memecahkan lampu tidurnya, dia takut mengaku kerana bimbang ibu tidak sayang lagi kepadanya. Yakinkan si kecil, ibu dan ayah tetap sayang padanya walaupun dia sudah melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Hati/20090812103114/Article/index_html


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103597 saat. Lajunya....