Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 193
Ahli: 0
Jumlah: 193




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: Hadiah buat anak soleh


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» Hadiah buat anak soleh

Please Mendaftar To Post


Oleh Hadiah buat anak soleh

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-11-09 10:49


NABI Sulaiman dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan yang istimewa dan memiliki banyak mukjizat. Dengan izin Allah, baginda boleh melihat sesuatu yang terselindung daripada pandangan mata manusia biasa.

Pada suatu hari, baginda berjalan-jalan di tepi laut untuk melihat kebesaran Allah SWT. Tiba-tiba baginda terlihat ada sesuatu yang menakjubkan di dalam dasar laut itu. Kemudian baginda memerintahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dasar laut untuk mengetahui benda tersebut.

Jin Ifrit pun terus menyelam ke dalam laut untuk mendapatkan benda yang ajaib itu tetapi tidak menemuinya. Kemudian, Ashif bin Barkhiya, iaitu seorang lelaki telah menawarkan dirinya untuk menyelam ke dasar laut tersebut, dan dia telah menjumpai suatu benda yang berupa sebuah kubah.

Dia sangat kagum dengan kecantikan kubah tersebut lalu mengangkatnya dan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman.

"Alangkah indahnya kubah ini. Aku berasa hairan dibuatnya. Aku telah dikurniakan oleh Allah mukjizat sehingga pandanganku dapat menembusi segala sesuatu yang terselindung. Tetapi kali ini aku tidak dapat melihat sesuatu di dalam kubah ini," kata Nabi Sulaiman.

Lalu baginda pun berdoa kepada Allah agar dapat melihat isi kandungan kubah itu. Doanya dikabulkan oleh Allah, dan kubah tersebut terbuka pintunya. Di dalamnya ada seorang pemuda sedang sujud sambil memuji Allah tanpa henti-henti.

"Siapakah engkau. Manusia, jin, atau malaikat?" tanya Nabi Sulaiman.

"Aku seorang manusia biasa," jawab pemuda itu.

"Bagaimana engkau memperoleh kemuliaan serupa ini?" tanya Nabi Sulaiman.

"Kerana aku telah berbuat kebaikan kepada kedua-dua orang tuaku," jawab pemuda itu.

Pemuda itu pun menceritakan kepada Nabi Sulaiman tentang kisahnya memelihara kedua-dua ibu bapanya. Mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh dan kuat imannya. Sejak kecil dia dipelihara oleh ibu bapanya dengan didikan yang baik dan mereka sentiasa mendoakannya menjadi anak yang soleh.

Bapanya telah meninggal dunia. Kemudian dia telah memelihara ibunya yang sudah tua, buta, lumpuh, lemah dan selalu sakit. Ibunya sangat mengharapkan dia supaya menjaga dan menguruskan segala keperluannya.

Dia selalu menyuapkan makanan ke mulut ibunya, memberi minuman dan memandikannya. Ibunya selalu berdoa kepada Allah supaya dia akan dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidupnya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ibunya telah berdoa agar dia diberikan tempat bukan di bumi dan bukan juga di langit.

Suatu hari pemuda itu berjalan-jalan di tepi laut. Dia melihat sebuah kubah, lalu masuk ke dalamnya. Pintu kubah itu tiba-tiba tertutup. Pemuda itu pun berdoa kepada Allah, lalu kubah yang gelap itu tiba-tiba menjadi terang benderang.

Suasana di dalam kubah itu berubah menjadi kebun yang dipenuhi dengan pohon-pohon, kolam air susu dan madu, suara-suara yang merdu dan segala makanan yang lazat. Jika dia lapang, dia akan memetik buah-buahan yang pelbagai rasa itu. Jika dia dahaga, sudah tersedia di hadapannya pelbagai macam minuman yang lazat.

Oleh kerana pemuda itu mahu meneruskan solat dan zikirnya kepada Allah, Nabi Sulaiman dan para pengikutnya terpaksa keluar dari kubah tersebut. Kemudian baginda memerintahkan supaya mengembalikan semula kubah itu ke dasar laut. Setelah itu, pulanglah baginda bersama bala tenteranya menuju ke istananya.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-11-09 11:21


terima kasih atas cerita yang disampaikan.......semoga allah ampunkan dosa2 kita dan dosa2 kedua ibu bapa kita semua insyaallah ......aminnnnn


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 25-11-09 19:24


semoga kita jadi anak yang soleh dan solehah... amin


-----------------
Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari


Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-12-09 12:46


terkadang terasa begitu sukar untuk menjadi anak yang soleh/solehah.. moga-moga kita semua dapat melakukannya.. insyaALLAH..makbul.amiin~


-----------------
Surah Muhammad: 7


Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-12-09 17:00


Pada 04-12-09 12:46 , Aezza posting:

!!! QUOTE !!!

terkadang terasa begitu sukar untuk menjadi anak yang soleh/solehah.. moga-moga kita semua dapat melakukannya.. insyaALLAH..makbul.amiin~



amiin..

bukan saja si anak sukar untuk menjadi insan soleh, bahkan ibubapa juga lebih sukar membentuk anaknya menjadi insan soleh...
pembentukan sahsiah muslim bukanlah satu proses sehari dua atau kerja mudah semudah menyebutnya saja. ia suatu usaha yang memakan masa yang panjang dan menuntut komitmen yang bukan sedikit. Entah berapa kali kesabaran ibubapa sering tewas berhadapan cabaran getir mengasuh dan mendidik anak-anak mereka.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.170899 saat. Lajunya....