Kita tengok pandangan seorang ulama' kerajaan yang mencari makan dengan tidak habis-habis membodek tuan mereka, menyeleweng Islam dan menentang kebangkitan Islam. Pabila tertegaknnya khilafah, pengkhinat ini nescaya akan dihukum.
-wuzara-
-------------------------------------------------------------------------------
Ulil amri perlu ditaati KUALA LUMPUR: Umat Islam disaran mentaati ulil amri iaitu golongan pemimpin dan pentadbir, malah melawannya dihukumkan haram, kata Felo Yang Amat Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Uthman El-Muhammady.
Menurutnya, haram melawan ulil amri dalam sebarang bentuk termasuk melalui komentar di media seperti tulisan dalam surat khabar.
“Kalau mengeji dalam akhbar, masya-Allah, haram. Ulil amri bukan ada pada zaman nabi saja, bahkan zaman sekarang pun ada.
“Kita kena taat dan hormatinya di mana kita berada,” katanya pada pentas diskusi Al-Kulliyyah, TV3, di Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, malam tadi.
Beliau seorang daripada tiga ahli panel dalam perbincangan bertajuk Satu Akidah, dipengerusikan Mohd Fauzi Mustaffa. Dua ahli panel lain Prof Madya Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr Fauzi Deraman dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Hadir sama menyaksikan diskusi itu, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Uthman menegaskan, golongan pemerintah dan pentadbir yang dilantik dan dipilih adalah sah dalam Islam dan perlu diikuti, bukannya membelakangkan mereka.
“Jika ada yang dirasakan tidak betul, kita boleh memberikan nasihat dengan cara yang baik, bukannya secara biadap dan tidak beradab.
“Kalau kita kata ulil amri ini tidak sah, macam mana dengan imam atau kadi yang dilantik dan menikahkan kita, anak kita, apakah tidak sah nikah itu, apakah anak yang dilahirkan anak haram, macam mana pula dengan pembahagian harta pusaka dibuat mereka, apakah menjadi harta haram?” katanya.
Beliau turut melahirkan perasaan kesalnya dengan gelagat sesetengah pihak yang ketawa apabila membincangkan isu perbezaan dalam mazhab seperti ibadat tawaf dan zakat dalam aliran Imam Syafie yang berbeza dengan beberapa mazhab lain.
Katanya, umat Islam juga harus menyesuaikan diri dengan arus perdana di negara ini iaitu mengikuti ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukannya aliran lain daripadanya.
Beliau juga mengingatkan semua pihak khususnya tokoh agama berkelayakan tidak melakukan sesuatu seperti mengeluarkan kenyataan dalam media hanya kerana mengejar populariti seperti selebriti, sebaliknya dengan niat yang ikhlas kerana Allah.
“Adab intelektual Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak membuat kenyataan sensasi pada awam yang akhirnya tidak juga mencapai penyelesaian,” katanya.
Sementara itu, Fauzi berkata, Islam agama yang satu, bahkan semuanya satu, iaitu satu akidah, satu syariat, satu rasul dan satu kiblat, cuma umat Islam susah hendak bersatu.
“Apabila masing-masing tahu tak sempurna, perlu saling melengkapi. Orang awam harus diberi pengajaran dan dorongan yang betul,” katanya.
Selain itu, katanya, umat Islam juga perlu kepada satu adab untuk memurnikan akidah, antaranya adab menghormati pandangan, iaitu bersangka baik dengan pendapat orang lain walaupun berbeza.
Sumber: MyMetro 20/11/09
Ulasan Mykhilafah: Ulama Dunia Adalah Ulama Cari Makan Malang bagi umat Islam hari ini apabila ada para ulama yang menggunakan ilmunya untuk mendapatkan habuan dunia yang sedikit ini. Para ulama ini digunakan oleh pihak pemerintah untuk memberikan pandangan yang berpihak kepada pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Para ulama dunia yang berada di sekeliling pemerintah ini akan digunakan untuk terus menjadi mata tombak kepada pemerintah bagi membenarkan setiap tindakan yang dilakukan oleh para pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Salah satu darinya adalah kenyataan seperti yang di utarakan oleh Felo Yang Amat Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Uthman El-Muhammady di atas. Ya, beliau membacakan ayat al-Quran namun malangnya penafsiran dan pemahaman yang disampaikan hanyalah sekadar untuk membenarkan realiti sekular yang ada pada hari ini. Wahai umat Islam! Renungilah penjelasan surah an-nisa’ ayat 59 ini sebagai suatu muhasabah. Allah SWT memerintahkan orang beriman untuk taat kepada ulil amri. Ayat itu juga menegaskan, adanya ulil amri tidak lain adalah demi untuk menegakkan syariat Islam. Ini adalah kerana, perintah untuk wajib taat kepada ulil amri tersebut mengiringi perintah taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Oleh kerana itu, mewujudkan ulil amri yang menegakkan syariat Islam hukumnya wajib dan meninggalkannya jelas maksiat dan berdosa. Sebaliknya, mewujudkan ulil amri yang menghalang tertegaknya syariat Islam, atau sebaliknya menegakkan dan mengekalkan sistem sekular peninggalan penjajah sebagaimana hari ini, bererti membawa masyarakat dan negara untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT, bukannya taat kepada Allah dan RasulNya. Ini ternyata haram kerana tindakan tersebut secara nyata melakukan apa yang dilarang dan diharamkan oleh Allah SWT. Kerahmatan Islam sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah juga hanya akan terserlah apabila syariat Islam dilaksanakan secara kaffah, menyeluruh dan konsisten. Pemimpin negara yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya sudah pasti akan memimpin negara dan masyarakatnya dengan melaksanakan syariatNya dengan penuh ketaatan. Oleh kerana itu, ketua negara di dalam sistem Islam berbeza dengan ketua negara di dalam sistem sekular walaupun kedua-duanya dipilih oleh rakyat. Dalam sistem sekular, ketua negara dipilih oleh rakyat untuk melaksanakan kedaulatan rakyat, dalam erti kata rakyatlah yang berhak membuat undang-undang, maka ketua negara wajib melaksanakan undang-undang yang dibuat oleh para wakil rakyat itu meskipun ianya bertentangan dengan syariat. Dengan kata lain, ketua negara dalam sistem sekular wajib memimpin negara dan mengurusi urusan rakyat dengan undang-undang sekular, bukannya dengan syariat Islam.
Dalam Islam, oleh kerana yang berhak membuat hukum hanyalah Allah SWT, maka para pemimpin yang dipilih oleh rakyat wajib melaksanakan hukum Allah dengan menerapkan syariat Islam yang bersumber dari al-Quran dan al-Sunnah yang dinilai sebagai pendapat terkuat untuk dijadikan undang-undang negara dan dengan undang-undang itu ketua negara mengurus segala kepentingan masyarakat. Dengan demikian, ketua negara di dalam sistem politik Islam merupakan manifestasi dari kekuasaan di tangan rakyat yang bertujuan untuk mewujudkan kedaulatan syariat, bukannya kedaulatan rakyat sebagaimana yang berlaku hari ini. Maka mana mungkin umat Islam itu secara membabi buta diwajibkan mentaati pemerintah yang tidak menerapkan Islam sebagaimana yang kita saksikan hari.
Wahai ulama dunia! Tinggalkan habuan dunia yang sedikit itu dan rebutlah pahala untuk menjadi penghulu syuhada sebagaimana saidina Hamzah yang syahid di medan Uhud. Sabda Rasulullah SAW:
“Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan lelaki yang berkata dihadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya. .