Oleh |
Remaja: Bahaya Barah Maksiat Batin |
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 09-11-09 09:33
"BANYAK konflik berlaku, sudah hendak kiamatlah," kata seorang teman kepada penulis pada suatu pagi di kedai mamak. Semua tidak kena satu pihak salahkan pihak yang lain begitulah sebaliknya. Pembaca sekalian, adakah anda sedang berkonflik atau mungkin mengharunginya dengan perasaan yang melukakan? Terdapat banyak punca berlaku konflik, antaranya sifat hati yang kotor. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati." Hati kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan tidak rasional. Inilah yang dinamakan dengan maksiat batin. Di sini timbul seribu satu perangai negatif yang akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik. Antara maksiat batin itu seperti:
1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.
2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.
3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.
4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.
5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.
6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.
7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.
Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:
-Bercakap banyak
-Suka marah-marah
-Berhasad dengki
-Bakhil
-Suka bermegah-megah
-Sombong dan takbur dengan diri sendiri
-Cintakan dunia
-Suka memfitnah
-Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain. Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik. Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat. Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yang bersarang dalam nafsu kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik. Sumber: Harian Metro
|
ummi_aisyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.02.2007 Ahli No: 28798
Posting: 103
Dari: Tawau
|
Posting pada: 09-11-09 13:51
saya sangat terkejut apabila mendengar pengakuan dari seseorang yang mengatakan dah menjadi perkara biasa bagi golongan lelaki untuk menonton aksi lucah aatupun seks sama ada bersendirian ataupun beramai2 hatta pelajar di mesir sekalipun. hal demikian berikutan terlalu banyak godaan di luar yang tidak dapat tidak untuk dilihat. ini lah rupa sebenar masyarakat kita hari ini yang di sogok oleh musuh2 islam dengan perkara2 sedemikian. bagi yang ketagih untuk melihat tontonan seks, selalu lah berdoa seikhlas hati agar Allah meletakkan kebencian dalam hati kita apabila terpandang sahaja benda-benda sedemikian. ----------------- Tak Kan Islam Hilang Di Dunia...
|
KIKO
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.02.2005 Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...
|
Posting pada: 26-11-09 16:03
Kalau UDAH macam TU BAIK KAWIN HBIS cerita) ----------------- IsWaRa miRaGe TuRbO cHaRGer 4g63.
|
abid_19
WARGA SETIA Menyertai: 16.06.2007 Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak
|
Posting pada: 26-11-09 22:20
betul..ana sokong...Kalau dah begitu rupanya baik nikah..selamat... crite2 macam tu dah terlalu banyak dan senang sangat didapti... bijak lah dalam khdupan... ----------------- Sekali kaki melangkah di jalan Allah.. Jangan undur.. Biar masa berganti aqidah jangan mati.. Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah.
|