Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Yang Masuk Ke Sini
umy_1510: 1 hari, 6 jam, 46 minit yang lalu


Copy & Paste
Topik: Remaja: Bahaya Barah Maksiat Batin


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Remaja: Bahaya Barah Maksiat Batin

Please Mendaftar To Post


Oleh Remaja: Bahaya Barah Maksiat Batin

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 09-11-09 09:33


Assalamualaikum

"BANYAK konflik berlaku, sudah hendak kiamatlah," kata seorang teman kepada penulis pada suatu pagi di kedai mamak.

Semua tidak kena satu pihak salahkan pihak yang lain begitulah sebaliknya.

Pembaca sekalian, adakah anda sedang berkonflik atau mungkin mengharunginya dengan perasaan yang melukakan?

Terdapat banyak punca berlaku konflik, antaranya sifat hati yang kotor. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati."

Hati kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan tidak rasional. Inilah yang dinamakan dengan maksiat batin. Di sini timbul seribu satu perangai negatif yang akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik.

Antara maksiat batin itu seperti:

1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.

2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.

3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.

4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.

5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.

6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.

7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.

Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:

-Bercakap banyak

-Suka marah-marah

-Berhasad dengki

-Bakhil

-Suka bermegah-megah

-Sombong dan takbur dengan diri sendiri

-Cintakan dunia

-Suka memfitnah

-Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna


Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain.

Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik.

Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat.

Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yang bersarang dalam nafsu kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik.

Sumber: Harian Metro

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

ummi_aisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.02.2007
Ahli No: 28798
Posting: 103
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 13:51


saya sangat terkejut apabila mendengar pengakuan dari seseorang yang mengatakan dah menjadi perkara biasa bagi golongan lelaki untuk menonton aksi lucah aatupun seks sama ada bersendirian ataupun beramai2 hatta pelajar di mesir sekalipun. hal demikian berikutan terlalu banyak godaan di luar yang tidak dapat tidak untuk dilihat. ini lah rupa sebenar masyarakat kita hari ini yang di sogok oleh musuh2 islam dengan perkara2 sedemikian. bagi yang ketagih untuk melihat tontonan seks, selalu lah berdoa seikhlas hati agar Allah meletakkan kebencian dalam hati kita apabila terpandang sahaja benda-benda sedemikian.


-----------------
Tak Kan Islam Hilang Di Dunia...


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummi_aisyahProfil   Hantar PM kepada ummi_aisyah   Quote dan BalasQuote

KIKO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-11-09 16:03


Kalau UDAH macam TU BAIK KAWIN HBIS cerita)


-----------------
IsWaRa miRaGe TuRbO cHaRGer 4g63.


Bookmark and Share

    


  Member Information For KIKOProfil   Hantar PM kepada KIKO   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 577
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-11-09 22:20


betul..ana sokong...Kalau dah begitu rupanya baik nikah..selamat...
crite2 macam tu dah terlalu banyak dan senang sangat didapti...
bijak lah dalam khdupan...


-----------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah.. Jangan undur.. Biar masa berganti aqidah jangan mati.. Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111046 saat. Lajunya....