Pada 08-11-09 21:02 , syed posting:!!! QUOTE !!!
hemm...susah nak komen bagi pembuka topil ini kalau nak bincang tentang mengembalikan ISLAM dalam negara ianya merangkumi banyak bidang termasuk isu politik..islam dan politik tak dapat dipisahkan..bagi yang menggunakan perkataan2 yang teruk..mungkin kesilapn diri mereka termasuk ana kalau tersilap tulis..tetapi kalau dah terasa apakah sudi sekiranya d edit dan d betulkan semula posting kita..
Begini begini begini........saya sokong dengan kiriman pendapat saudara bernama syed. Juga moderator dan presiden ukhwah. Alhamdulillah dan thanks.
Begini sajalah.......Saya tidaklah kata atau kategorikan tak aman sejak berposting 'luahan' hati di ukhwah.com ini tapi yang saya lihat (secara peribadinya) ada penulis yang tidak berapa nak bertanggungjawab terhadap tulisan sendiri, seperti memasukkan topik yang kurang membina semata mata untuk 'mengilustrasi'kan semula keadaan yang sudah dan sedang berlaku di luar sana yang dapatan dari web page lain.
Jika nak cerita sesuatu perkara hasil penulisan orang lain, bagi saya kita (ukhwah ini) ada menyediakan ruang di'copy and paste'.
Malangnya, masih ada yang keliru di mana harus 'si dia itu' meletakkan topik baru yang ingin dibawa......akhirnya masuk isu semasa jugalah! Tapi still ok pun. tak salah.
Di sini saya kupas; apa yang tidak beradab?
Saya lihat begini; kebanyakan kita di sini punya pendirian termasuk kepartian tersendiri
(mustahil ada yang nutral, buat buat nutral adalah)
So apa salahnya, dalam kita 'berat' dan memberatkan diri di sebelah (terhadap mana mana parti) tertentu, kita cari juga jalan penyelesaian untuk kebaikan Ummah. Contoh baik; macam tajuk yang ada dalam 'isu semasa' - apa yang anda mahu pm buat (lebih kuranglah).
Dan jika saya. saya kerap memberi contoh parti PAS. Sebab saya percaya wadah yang diperjuangkan adalah membangun bersama ISLAM. bukan saya fanatik pada namanya (insya-ALLAH).
Konteks PAS sangat luas. Adakalanya panas, seperti bulan bulan ini. Maka, kita hanya dapat khabar sesuatu itu dari mulut para pengarang pemberita tempatan; sama ada ia dari blogger atau media elektronik tertentu. Mereka yang 'naikkan' tajuk tersebut. Ia bagus untuk diketahui.
Cuma kita tidak layak atau tidaklah mamap untuk mengupas lebih lanjut.
Kita hanya mampu memberi pandangan secara peribadi!
Kebebasan yang ada memang hak semua.
Tetapi, apa sebenarnya yang kita dapat pada episod akhir pembacaan daripada posting itu?
Saya rasa tak ada apa apa, (melainkan penulisnya menulis dengan mata hati, insya-ALLAH ada)......Bagi yang tidak terkesan.....
yang masih menyokong parti sekularism NYATA sekali tidak berganjak LANGSUNG untuk berubah.
Yang sokong 'secara kurang bijak' dan buta tuli pula, terus dengan kekurangan bijaknya. Memang perjalanan dakwah internet ini besar, tapi jika kita semua bermaufakat dalam menulis.....HASILNYA seakan kita sudah berdakwah begitu lama.
Hmmm, sebab itulah, saya suka mengatakan, jikalau boleh....para 'pengulas yang aktif' di sini sambil memberi pandangan terhadap isu terbangkit dan yang dibangkitkan, berilah juga LANGKAH penyelesaian kepada apa yang dibangkitkan itu. Biar ulasan kita jelas dan berpandangan!
Antara lain, biar kita ini berjiwa PEJUANG ISLAM (saya pun belum tahu saya di mana), pejuang yang di mana bukan sahaja mengerah tenaga/kudrat kepada tuntutan ISLAM tetapi turut meletakkan MINDA kiri dan kanannya di dalam perjuangan yang dicita citakan itu.
Salahkah pandangan ini? Saya kira saya sudah cukup bersopan
Moga ALLAH merahmati usaha kecil saya ini dan memberi kesejahteraan pada kita semua dunia dan akhirat. insya-ALLAH...amien Ya ALLAH ya Jabbar!

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya