Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 23-04-2025 |
|
Pengetahuan Am
|
Moderator: Administrator, syemarly |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | pentingnya ilmu fiqh,usul fiqh dalam kehidupan kita |
---|---|
wildan85 ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() banyak kegunaan dan pentingnya ilmu usul fiqh, fiqh(fiqah)...dan pemahaman ayat2 alqur'an..membaca keseluruhan isi alqur'an(terjemahan) usul fiqah dan fiqh.. 1- dengan mudah anda akan dapat menentukan satu hukum itu boleh atau tidak..walau tanpa pendapat ulama..cukup dengan mengetahui contoh yang dilakukan rasul.. 2-jika sudah faham usul fiqah dan fiqah, insyaallah tidak akan mempermasalahkan tentang mazhab..sebab semua mazhab memiliki dalil hadis dan cara tafsir masing-masing... 3-anda tidak akan ikut2an dalam satu perkara, walau pun ada seorang ustaz yang mengatakan itu dan ini... keutamaan mengetahui tentang isi alqur'an dan asbabunnuzul.. 1-anda akan memahami sikit tentang satu-satu ayat..sehingga anda tidak mudah terpengaruh dengan satu pendapat, sebab anda pernah membaca sesuatu dalam alqur'an dan anda memahaminya... 2-akan membantu anda untuk menagkis hadis2 palsu jika disampaikan pada anda, sbbanda pernah membaca hal yang bertentangan dengan itu dalam alqur'an... semoga dengan ini kita lebih bersemangat untuk mempelajari ilmu2 alqur'an... ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
syemarly ![]() ![]() |
![]()
erm.. sejjurnya memang menarik study usul fiqh ni.. dan ini seharunsya kita pelajari even asas bagi memastikan kita tahu asal usul sesuatu hukum ibdah tu digunakan.. tapi bukanlah kata wajib setiap muslim balajar..tahap antara kita brebza2..sesiapa yang rasa bkesanggupan nak belajar..boleh saja...tapi tak tau pun tak apa..cuma Kalau nak bermala dengan sesuatu tu kena lah rujuk pada yang arif...
----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/ |
syed ![]() ![]() |
![]()
hemm..ada benar pendapat wildan..namun bagi org awam yang tidak belajar secara mendalam biasanya ianya melakukan ibadah dengan taklid (mengikut) pandangan Imam2 Mazhab khusunya Mazhab yang 4..Usul Fiqh dan qawaid fiqh ibarat ahli farmasi dan ilmu fiqh itu atau fuqaha itu adalah doktornya..
----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan.. |
broshahir ![]() ![]() |
![]()
PERKARA ASAS TENTANG FIQH
1) Ta'rif Ilmu Fiqh : Mengetahui praktikal hukum syar'ie bersumber daripada dalil-dalil yang terperinci. Merupakan ilmu perundangan Islam yang syumul. 2) Pecahan dan Kesyumulan Fiqh : Memastikan kehidupan individu, masyarakat dan umat Islam selari dengan hukum-hakam syar’ie di bidang berikut : - a) Hubungan dengan Allah SWT ; iaitu melalui Fiqh Ibadat. b) Hubungan manusia dengan dirinya sendiri ; iaitu melalui kefahaman halal, haram & adab-adab peribadi. c) Hubungan manusia dengan ahli keluarga ; melalui Fiqh al-Usrah. d) Hubungan manusia sesama manusia lain ; melalui Fiqh Mu’amalat Maliah, Fiqh Jinayah ( hudud, qisos, ta’zir), Fiqh Siyasah Syar’iyyah (politik), Fiqh al-Jihad. Kesimpulan : Islam melingkupi seluruh aspek kehidupan dan tidak terhad kepada hukum hakam persendirian dan keluarga sahaja. 3) Fleksibliti Hukum Fiqh : Hukum dari sudut boleh berlaku fleksibiliti ke atasnya atau tidak, terbahagi kepada dua iaitu :- a) ‘At-Thawabit’ : iaitu hukum yang tidak boleh berubah sama sekali walaupun zaman dan masa berubah : Ia melibatkan perkara berikut :- · Asas-asas aqidah ; seperti : kewujudan Allah, kesempurnaan Allah dan yang seumpamanya. · Asas-asas kebaikan dan asas akhlak yang diterima oleh fitrah yang suci. Ia seperti : Adil, amanah, baik kepada ibu bapa, bersikap benar, mempertahankan nyawa, amar ma’ruf nahi mungkar, menyebarkan ilmu, mengekalkan syiar Allah di atas muka bumi, mentarbiyah pemuda dan pemudi, menyertai jemaah Islam dan lain-lain. · Seluruh asas-asas keburukan ; seperti zalim, derhaka ibu bapa, curi dll. · Hukum yang berasal dari nas yang membawa maksud kekal hingga qiamat , seperti sadba Nabi SAW : الجهاد ماض إلى يوم القيامة Ertinya : “Jihad berterusan hingga ke hari qiyamat” · Hukum-hakam asas yang qat’ie (iaitu dari sudut ia suatu kewajiban) adapun pelaksanaannya terdapat hal yang boleh berubah menurut peruntukan ‘rukhsoh’ : seperti kefardhuan solat, zakat, haji, puasa . b) ‘Al-Mutaghayyirat’ ; Hukum yang dibina atas dalil-dalil yang tidak ‘qat’ie thubut’ atau ‘zanniyyatu at-thubut’ dan ‘zanniyyatu ad-dalalah’ dan juga beberapa hal pelaksanaan terhadap perkara ‘thawabit’ seperti : Kewajiban menutup aurat, adalah thawabit demikian juga had yang perlu ditutup, maka kaedah pelaksanaannya terpulang kepada muslim, sama ada ingin memakai warna biru, hitam, hijau dan lain-lain. Demikian juga hal pentadbiran politik yang berubah mengikut keperluan tetapi MESTILAH BERLEGAR DIDALAM LINGKUNGAN ‘THAWABIT’ sahaja serta tidak menyimpang darinya. Selanjutnya boleh di baca di http://www.zaharuddin.net/content/view/123/72/ ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya. |
syemarly ![]() ![]() |
![]()
wow bro shahir..hujah ngalahkan kpli jqaf ni..hehehe..btw bro sekarang posting mana dah?
----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/ |
broshahir ![]() ![]() |
![]()
off topic :erk..itu saya quote dari website ustaz zaharuddin saja..
sekarang kat johor..kat felda.. ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya. |
wildan85 ![]() ![]() |
![]()
Pada 08-11-09 21:07 , syed posting:
!!! QUOTE !!! hemm..ada benar pendapat wildan..namun bagi org awam yang tidak belajar secara mendalam biasanya ianya melakukan ibadah dengan taklid (mengikut) pandangan Imam2 Mazhab khusunya Mazhab yang 4..Usul Fiqh dan qawaid fiqh ibarat ahli farmasi dan ilmu fiqh itu atau fuqaha itu adalah doktornya.. yang lagi teruk sekarang ni..kalau dah ikut mazhab syafi'i..dianggap salah mengikuti mazhab lain...padahal semua imam mazhab tu juga memiliki hadis2 yang menjadi hujjah mereka... tidak perlu mengajar macam kat kelas...cukup dengan menyampaikan secara jelas melalui tulisan2 ringan... da'i wajib kreatif... ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
syed ![]() ![]() |
![]()
ente jangan samakan org mengaji dengan org tak mengaji...mengaji perlu mendala dan bukan mengikut sahaja..tanpa ada dalil.
----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan.. |
wildan85 ![]() ![]() |
![]()
Pada 09-11-09 10:48 , syed posting:
!!! QUOTE !!! ente jangan samakan org mengaji dengan org tak mengaji...mengaji perlu mendala dan bukan mengikut sahaja..tanpa ada dalil. ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
wuzaraa ![]() |
![]()
ASAS USHOOL FIQH
Makna Ushool Fiqh Al Ushool merupakan jama’ dari kata al-ashlu yang secara bahasa bererti setiap perkara yang menjadi dasar bagi yang lain. Fiqh secara syar’ie bermakna pengetahuan terhadap hukum-hukum syara’ yang bersifat praktik yang digali dari dalil syara’ yang rinci. Kedudukan Ushool Fiqh dalam kehidupan kita Al Quran dan Sunnah USHOOL FIQH Hukum Syara’/ Fiqh Perbuatan Hamba Benda Ruang Lingkup Pembahasan Ushool Fiqh 1. Hukum syara’ dan yang berkaitan a. Pembahasan Al hakim b. Khitab Taklifi c. Khitab Wadh’i d. Kaedah Kulliyat 2. Dalil dan yang berkaitan a. Dalil b. Method memahami dalil c. Pembahagian Al Quran dan Sunnah 3. Ijtihad dan yang berkaitan a. Ijtihad b. Taqlid c. Tarjih antara Dalil 1b. Khitab Taklifi Khitab Taklifi adalah seruan syar’ yang berkaitan perbuatan hamba berupa tuntutan (Al Iqtidha’) atau pemberian pilihan (taghyir) yang menjelaskan hukum atas perbuatan manusia. Ruang Lingkup Khitab Taklifi a) Hukum asal bagi benda b) Hukum asal bagi perbuatan manusia c) Hukum bagi perbuatan manusia d) Qarinah Hukum Asal Perbuatan Manusia adalah sentiasa terikat dengan hukum Allah. Dalilnya adalah surah Al Hijr ayat 15 yang bermaksud: ”Demi tuhan mu, kami pasti akan menanyai mereka semua, tentang apa yang yang telah mereka kerjakan dahulu” -Annisa ayat 65 -Hadith dari Huzaifah bin Yaman Hukum asal bagi benda adalah halal selagi tiada dalil yang mengharamkannya Dalilnya adalah Surah Albaqarah ayat 219 yang bermaksud” ”Dan telah dihalalkan apa yang ada di muka bumi” TQS surah Yunus ayat 59: ” Katakanlah” terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan Allah kepada mu, lalu kami jadikan sebahagiannya haram dan halal” Khitab Wadh’i Khitab Wadh’i adalah ketentuan syari’ yang berkiatan perbuatan hamba dengan penetapan wadh’i yang menjelaskan perkara yang dituntut keberadaannya oleh hukum Ruang lingkup Khitab Wadh’i a) Sabab b) syarat c) Mani’ d) Sah, batal dan fasad e) Azimah dan rukhsah a) Sabab Sifat yang dibatasi, yang ditunjukkan oleh dalil sam’i sebagai pemberitahu adanya(terwujudnya) hukum. Bukan sebagai pemberitahu disyariatkan hukum. Contohnya: ”Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir” (Al Isra:78) Rasulullah bersabda” apabila matahari tergelincir, maka solatlah kalian” Ayat Quran dan hadith diatas menjelaskan bahawa tergelincirnya matahari merupakan sabab bagi wajibnya solat. Ia bukan dalil wajibnya solat. Dalil wajibnya solat adalah seperti firman Alla swt: ”dan dirikanlah solat” (An Nnur 56) b) Syarat Syarat adalah sifat yang menyempurnakan perkara (yang disyaratkan) atas perkara yang dituntut oleh hukum, atau atas perkara yang dituntut oleh perkara yang disyaratkan itu. i) Syarat yang dikembalikan kepada khitab taklifi Contoh : Wudhu adalah syarat sah bagi solat ii) Syarat yang dikembalikan kepada khitab wadh’i Nishab adalah syarat bagi zakat. Haul adalah syarat bagi nishab. Haul disini adalah syarat yang dikembalikan kepada khitab taklifi. c) Mani’ Mani’ adalah sifat yang ditunjukkan oleh dalil-dalil sam’i(wahyu) yang keberadaan illatnya mengharus hapus illat sesuatu yang dilarangnya. Contohnya, kekerabatan adalah sabab penerimaan pewarisan harta. Tetapi membunuh dengan sengaja adalah mani’ (halangan) untuk menerima waris. sumber: http://jemaah-islam.blogspot.com |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
yang wuzaraa tulis tu saya setuju sangat-sangat....jika dalam usul fiqh ni,ia adalah penafsiran pada hukum2....
fatwa pun dalam usul fiqh juga ke???? ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
wuzaraa ![]() |
![]()
Pada 10-11-09 08:17 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! yang wuzaraa tulis tu saya setuju sangat-sangat....jika dalam usul fiqh ni,ia adalah penafsiran pada hukum2.... Fatwa adalah peringkat paling rendah dalam ijtihad. Tetapi hari ini kerana sangat sedikit ulama' yang mampu mengeluarkan ijtihad, maka mereka mengeluarkan fatwa sahaja. |
wuzaraa ![]() |
![]()
Adalah sangat menyedihkan dikalangan ummat Islam yang tidak memahami sumber asas dalil iaitu, Al Quran, Sunnah, Ijma' sahabah dan qias. Malahan kita jumpa permasalahan ini dikalangan ahli gerakan Islam. Maka, sangat susah untuk menjelaskan hukum kepada mereka dan mereka tidak dapat membezakan cara istidlal yang dibawa adalah betul atau tidak. Akibatnya mereka mengikut membuta tuli.
Saya kira, jika tidak memahami mendalam ushool fiqh, setidaknya hukum wadh'i dan hukum taklifi hendaklah difahami. Barulah pendakwah dapat berbicara dengan frekuensi yang sama. |
wildan85 ![]() ![]() |
![]()
Pada 10-11-09 11:05 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Adalah sangat menyedihkan dikalangan ummat Islam yang tidak memahami sumber asas dalil iaitu, Al Quran, Sunnah, Ijma' sahabah dan qias. Malahan kita jumpa permasalahan ini dikalangan ahli gerakan Islam. Maka, sangat susah untuk menjelaskan hukum kepada mereka dan mereka tidak dapat membezakan cara istidlal yang dibawa adalah betul atau tidak. Akibatnya mereka mengikut membuta tuli. baca alqur'an bukan untuk didengar orang, tapi untuk memahami... baca alqur'an bukan sekedar untuk pertandingan..tapi pencarian petunjuk... JADIKAN ALQUR'AN SEBAGAI PETUNJUK DAN PEDOMAN HIDUP... ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
wuzaraa ![]() |
![]()
Pada 10-11-09 13:13 , wildan85 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 10-11-09 11:05 , wuzaraa posting: Jika kita memahami asas ushool fiqh ia dapat membantu kita memahami fiqh dengan lebih jernih. Dari situ kita dapat melihat pelbagai gaya para mujtahid melakukan ijtihad. Kita juga dapat membezakan cara istidlal yang dilakukan oleh sesuatu pandangan adalah benar atau tidak. Sebagai contoh, ada golongan yang melihat dari aspek banyaknya maslahah untuk menghalalkan sesuatu perkara atau banyaknya kemudharatan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Ini adalah cara beristidlal yang sama sekali bathil jika ditinjau dari aspke ushool fiqh lagi. Adakalanya kaedah-kaedah fiqh di salahguna, untuk mengabsahkan perkara ini. Kefahaman dalam perkara-perkara asas ushool fiqh justeru dapat menjelaskan kepada kita keshahihan pandangan seseorang ulama', sama ada ia pandangan yang kuat, pandangan yang lemah tetapi syar'ie (kita wajib berlapang dada) atau pandangan yang sama-sekali bathil(yang harus diserang kebathilannya). Sebagai contoh, pandangan yang membenarkan orang Islam menganggotai parti kufur jelas sama sekali bathil dan bertentangan dengan ayat Allah yang qath'ie. tetapi kejahilan seseorang menyebabkan ia menyokongnya membuta tuli akibat ketaksubannya. Dan akibat ketaksubannya, maka ia akan mencari apa saja yang dianggap dalil untuk mempertahankan pandangan taghut tersebut. Akhir kalam buat akhi wildan dan sesiapa yang sudi membaca, setinggi mana pun ilmu baik ushool fiqh mahupun lainnya, selagi kita tidak buang jauh-jauh sikap taksub, kita sekadar mendewakan sesama makhluk. Oleh itu, pelajari Islam dengan jujur dan bersunguh-sungguh. InsyaAllah kita hanya akan berhukum bersandar semata-mata dalil. wallahu a'lam. |
myhoney ![]() ![]() |
![]()
ha'a wildan...enta kena mengaji ushool fiqh dulu baru enta tak taksub pada makhluk.
ulama seperti TGNA atau Yusuf Qardawi tu tak habis mengaji ushool fiqh tu yang tak faham hukum fiqh tu.....main sedap depa saja. tak pa wildan...lepas ni saya pun nak mengkaji ushool fiqh jugak supaya saya dapat membuang ketaksuban pada makhluk....mungkin saya selama ni lemah perkara asas ushool fikh. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa ![]() |
![]()
Pada 10-11-09 21:41 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! ha'a wildan...enta kena mengaji ushool fiqh dulu baru enta tak taksub pada makhluk. Silalah belajar wahai kak mahani... Nescaya akak akan melihat fatwa qardhawy membenarkan orang Islam bekerja di bank riba' adalah bathil sama sekali. Akak juga akan faham pandangan Dr Asri Zainul Abidin yang menyatakan orang murtad tidak wajib dibunuh adalah sama-sekali bertentangan dengan nas yang qath'ie. Begitu juga Akak akan faham pandangan Nakhaei Ahmad supaya mengeratkan hubungan rakyat Malaysia dengan pergi ke sambutan perayaan aqidah selain Islam adalah bertentangn dengan aqidah Islam. Dan ia tetap haram walaupun Tok Guru dah pergi sekarang. Kak Mahani juga akan dapati keharaman menganggotai parti kufur itu qath'ie, TG Nik Aziz tidak boleh mengubahnya. Pandangan Dr Mashitah, boleh melacur untuk sekadar menyara diri, jelas salah kaprah. Akak juga akan dapati kewajipan penerapan hudud kepada kafir dzimmi juga maklum dalam agama, Haji Hadi tidak boleh menyongsangkannya. Saya tahu akak tengah berapi dengan saya, tak mengapa... saya tak ambil hati pun. Dari siang tadi baca posting akak di blog saya sampai sekarang, saya masih mampu tersenyum. jangan stress kak, nanti high blood pressure. bab kata jamal jamaludin... senyumlah sikit. ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 10-11-09 08:36 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 10-11-09 08:17 , Rashdin posting: kejap2,ijtihad hanya boleh jika seseorang sampai tahap mujtahid dan ijtihad ni boleh dibuat dalam 2 cara iaitu a)ijtihad sendiri2 b)ijtihad beramai2 jika dalam bab nak buat hukum bukan ke kena hafaz hadis 40??? ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
wuzaraa ![]() |
![]()
Salam Rashdin,
Hadith40 tu sekadar syarah imam nawawi ketas hadith-hadith tertentu. Kalau kita hafaz pun jauh sangat dari mampu menjadi mujtahid. Untuk membolehkan kita melakukan ijtihad antaranya kita perlu faham balaghah arab pada masa AlQuran diturunkan, nahu dan saraf, ushool fiqh, ulmul hadith, dan pelbagai cabang ilmu ijtihad yang lain untuk membolehkannya melakukan istinbat hukum. Imam al-amidi, seorang mujtahid dan pakar ushool fiqh, menyatakan seorang mujtahid wajib mengerahkan sepenuh kemampuannya untuk berijtihad sehingga tidak memungkin ia mengeluarkan ijtihad yang lebih kuat lagi. Jika tidak, ijtihadnya tidak sah dan ia berdosa. Tetapi andaikata ia telah mengerahkan seluruh kemampuannya sehingga tidak dapat menemukan hukum yang lebih kuat dari apa yang dijtihadkannya itu, maka jika ijtihad itu benar bagi mujtahid itu 2 pahala dan jika salah 1 pahala. Ini bersandarkan hadith nabi. Ijitihad dilakukan secara peribadi, bukan beramai-ramai. Apa yang dilakukan oleh para ulama' hari ini, mereka membincangkan pandangan masing-masing, dan kemudian mengeluarkan fatwa. Inilah peringkat paling rendah dalam ijtihad, kerana mereka tidak melakukan ijtihad kecuali mengambil pandangan sesama mereka atau ijitihad ulama' lain. Inilah yang dipraktikkan oleh Majmu' Fatwa Islami sekarang. Saya terkadang sedih jika sesetengah mereka yang tidak mampu melakukan ijtihad, mendakwa melakukan ijtihad. Ini merupakan satu kecerobohan dalam agama apabila seorang yang bukan mujtahid mendakwa melakukan ijtihad. Sebab itu, jika kita faham serba sedikit tentang ushool fiqh, walaupun masih jauh dari kemampuan melakukan ijtihad, kita dapat membazakan pandangan seseorang ulama' itu Islami atau tidak. |
myhoney ![]() ![]() |
![]()
sudah dalam kah ilmu ushul fikh di dada anda rashdin ??....ikhlas ni, rasydin kena mendalami usul fikh...kena kenalpasti mana ayat muhkamat mana ayat mutasyabih...tak boleh main tafsir sesedap rasa saja.Kena tengok mana hukum qata'i mana hukum yang zhonni...jangan bedal mentafsir hukum semuanya qata'i....
anda juga kena tahu, sebelum keluarkan hukum kena kaji teliti sebab sesuatu ayat tu selalunya disokong oleh beberapa ayat yang lain. Jangan baru tafsir satu ayat terus hukum sesedap hati kena betul-betul mendalami...dalam betul-betul...sebab apa,?? sebab yang mendalami ushool fikh dan mendapat pengiktirafan ilmuan Islam antarabangsa seperti yusuf qardawi pun disanggah hebat di sini dan dikatakan melahirkan banyak pandangan tak islami, jadi kita kena hati-hati.... cuma saya terfikir, besarnya rahmat Allah pada kita kerana bukan saja Dia menguji kita dengan pelbagai cabaran zaman, bahkan Dia juga memberi kita kelapangan. Jika mahu Allah boleh saja menutup terus pintu ijtihad kepada kita dan hanya menyediakan semua hukum secara nas qata'i yang mempunyai satu maksud sahaja. Tapi jika kita halusi kita dapati, Allah tidak menyatakan tepat hukum tentang sesetengah perkara bukanlah kerana Allah lupa, tapi sebagai Rahmat untuk kita menerima pelbagai kefahaman, perbezaan penafsiran dan istinbat. selagi ulama lain mempunyai hak untuk berijtihad maka tabiaat perkara ijtihadi itu ialah berlakunya perselisihan pendapat dan kefahaman. Jika ini tidak berlaku perkara itu bukanlah Ijtihadi sebaliknya qata'i. seorang mujtahid pernah berkata " Apabila ijtihad dalam memahami nas, atau dalam perkara yang tidak mempunyai nas menjadi hak saya, maka saya juga mestilah memberikan hak yang sama kepada orang lain, jika tidak apakah keistimewaan yang membezakan saya dengan orang lain ?? jika keadaan ini tidak berlaku, sebenarnya pintu ijtihad telah tertutup sejak dulu lagi. harap rashdin faham ya.. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 11-11-09 11:21 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! sudah dalam kah ilmu ushul fikh di dada anda rashdin ??....ikhlas ni, rasydin kena mendalami usul fikh...kena kenalpasti mana ayat muhkamat mana ayat mutasyabih...tak boleh main tafsir sesedap rasa saja.Kena tengok mana hukum qata'i mana hukum yang zhonni...jangan bedal mentafsir hukum semuanya qata'i.... ya,masih belajar dan ni mula cuba belajar betul-betul huhuhuhu maklumlah sekarang dah belajar kat universiti malaya ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
myhoney ![]() ![]() |
![]()
Pada 11-11-09 14:05 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 11-11-09 11:21 , myhoney posting: Alhamdulillah...bagus tu, belajar ni rahmat dan suatu nikmat kerana ia menjadikan kita orang yang berilmu.Memang mulia org yang berilmu ni. Bukankah Islam telah melebihkan orang yang berilmu berbanding si jahil ?...namun Islam juga turut mencela orang yang berilmu...yakni orang berilmu yang dengan ilmunya menjadikan dia sombong dan megah, juga orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya. selamat belajar, mudah-mudahan dipimpin Allah ![]() kat UM tu che din belajar usul fikh ke ![]() ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 12-11-09 22:03 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! Pada 11-11-09 14:05 , Rashdin posting: xpn syariah saja.....usul fiqh tu tak tau bila nak belajar ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
wuzaraa ![]() |
![]()
Alhamdulillah Din, selamat belajar. Ushool fiqh adalah asas memahami syariah. Cuma pembelajaran di Universiti secara silibus adalah hanya secara asas berbanding kalau Rashdin belajar secara talaqqi, itu lebih mendalam.
Jadilah hamba Allah yang tunduk dan patuh dengan ilmu yang ada. Bukan hamba yang memutar belit agama dengan status ulama', tok wali dan sebagainya. Sampai menghalalkan pelbagai yang haram. Andai kata suatu hari Rashdin jadi pegawai pemerintah, segala bentuk hadiah hukumnya adalah haram atas kapasiti pegawai negara. Apatah lagi bernilai sampai 60 ribu. Itulah bahayanya orang yang ada ilmu dan ramai yang taksub, apa saja boleh dihalalkan. |
wildan85 ![]() ![]() |
![]()
ya..sabar ye..tak perlu ditanyakn tentang kedalaman ilmu seseorang..yang pasti. ilmu tu berguna..
banyak manfaatnya... kalau ilmu tinggi, tentu takkan udah nak main salah2 kan orang saja..kan..?? sebab orang yang tinggi ilmunya sangat memahami arti perbezaan ilmu..dan arti sebuah takdir.. orang yang tidak memahami, mereka akan terlihat dengan sangat jelas..mereka mengeluarkan kata-kata..merendahkan orang lain dan sebagainya.. ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
wuzaraa ![]() |
![]()
Pada 13-11-09 14:20 , wildan85 posting:
!!! QUOTE !!! yang Orang yang beriman nescaya tidak redha melihat agamanya dipermainkan. Barangsiapa yang melihat kemunkaran tidak berasa apa-apa, rasanya kena cek balik imannya. Sepatutnya dengan ketinggian ilmu kita mampu melihat hukum syara' tersebut dan menjelaskan kepada ummat. |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 13-11-09 08:32 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Alhamdulillah Din, selamat belajar. Ushool fiqh adalah asas memahami syariah. Cuma pembelajaran di Universiti secara silibus adalah hanya secara asas berbanding kalau Rashdin belajar secara talaqqi, itu lebih mendalam. kejap2.....fiqh maksudnya penafsiran jadi usul fiqh maksudnya usul penafsiran dan maksud lainnya adalah sumber perundangan... jika nak belajar fiqh,kena biasakan diri terlebih dulu tentang kaedah2 yang membentuk fiqh tu sendiri ![]() ![]() ia tak boleh difahami secara ABC..... sebab usul fiqh tu mengajar bagaimana isu A hukumnya menjadi A dan sebagainya........ ni factnya dan part2 dalam usul fiqh dalam usul fiqh ni akar umbinya * Qur'an and Sunnah * Taqlid (imitation) * Ijtihad (interpretation) * Ijma (consensus) * Madh'hab (school of law) * Minhaj (method) * Qiyas (analogical reasoning) * Urf (society custom) * Islamic jurisprudence * Bid‘ah (innovation) * Madrasah (school/seminary) * Ijazah (authorization) * Istihlal (legalization) * Istihsan (discretion) * Risalah (dissertation) ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
acok_86 ![]() ![]() |
![]()
Pada 10-11-09 21:51 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Silalah belajar wahai kak mahani... Nescaya akak akan melihat fatwa qardhawy membenarkan orang Islam bekerja di bank riba' adalah bathil sama sekali. Akak juga akan faham pandangan Dr Asri Zainul Abidin yang menyatakan orang murtad tidak wajib dibunuh adalah sama-sekali bertentangan dengan nas yang qath'ie. Begitu juga Akak akan faham pandangan Nakhaei Ahmad supaya mengeratkan hubungan rakyat Malaysia dengan pergi ke sambutan perayaan aqidah selain Islam adalah bertentangn dengan aqidah Islam. Dan ia tetap haram walaupun Tok Guru dah pergi sekarang. Kak Mahani juga akan dapati keharaman menganggotai parti kufur itu qath'ie, TG Nik Aziz tidak boleh mengubahnya. Pandangan Dr Mashitah, boleh melacur untuk sekadar menyara diri, jelas salah kaprah. Akak juga akan dapati kewajipan penerapan hudud kepada kafir dzimmi juga maklum dalam agama, Haji Hadi tidak boleh menyongsangkannya. Saya tahu akak tengah berapi dengan saya, tak mengapa... saya tak ambil hati pun. Dari siang tadi baca posting akak di blog saya sampai sekarang, saya masih mampu tersenyum. jangan stress kak, nanti high blood pressure. bab kata jamal jamaludin... senyumlah sikit. ![]() fuh hebat enta...fatwa qardhawi salah dalam isu ekonomi,fatwa asri salah tentang isu murtad, fatwa nakhai salah pasal isu hadir rumah org bukan islam ketika perayaan mereka,fatwa TGNA pun salah juga,,haji hadi punya fatwa lagi songsang ye... fuh hebat anda belajar semua fiqh sekaligus ek...ini taraf sheikh dah ni..kalau di pakistan taraf maulana sudah ni.. |
acok_86 ![]() ![]() |
![]()
Pada 10-11-09 21:51 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!!
fuh hebat enta...fatwa qardhawi salah dalam isu ekonomi,fatwa asri salah tentang isu murtad, fatwa nakhai salah pasal isu hadir rumah org bukan islam ketika perayaan mereka,fatwa TGNA pun salah juga,,haji hadi punya fatwa lagi songsang ye... fuh hebat anda belajar semua fiqh sekaligus ek...ini taraf sheikh dah ni..kalau di pakistan taraf maulana sudah ni.. |
wildan85 ![]() ![]() |
![]()
kesalahan terjadi pada seorang itu hal yang wajar..itu yang membezakan antara dia dan ALLAH...itu yang membezakan dia dan RAsulullah...trlebih tentang fatwa..
apa ukuran benar dan salah pun kita tidak tau..selama tidak bertentangan dengan alqur'an dan sunnah..,ada kemungkinn itu benar.. ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 17-11-09 00:07 , wildan85 posting:
!!! QUOTE !!! kesalahan terjadi pada seorang itu hal yang wajar..itu yang membezakan antara dia dan ALLAH...itu yang membezakan dia dan RAsulullah...trlebih tentang fatwa.. errr rasul pun manusia biasa cuma bila buat salah terus ditegur oleh Allah dan mereka terus bertaubat. tentang fatwa tu pula sebab ramai yang dilihat menjadi pengtaklid buta........hanya dengan memberi nas2 saja terus cakap haram,halal dan etc tanpa mempelajari dengan mendalam tentang usul fiqh ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
wildan85 ![]() ![]() |
![]()
seorang ulama tu melihat sesuatu tu dr brbagai sudut..kadang di sisi ni betul..mungkin disudut lain salah..mungkin ditempat ni boleh..ditmpt lain hal yang sama adalah salah..
mungkin dizaman itu hukum yang difatwakannya adalah benarn sesuai..tapi pada zaman trtentu tak boleh digunakan.. macam dalam mazhab syafi'i..,membeli sesuatu tu dengan ijab qobul..tapi macam mana hal tu boleh dilakukan jika kita berbelanja di giat..or macam mana anda nak lafazknnya ketika anda membeli air di kotak mesin..? ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
Awani ![]() ![]() |
![]()
Pada 08-11-09 14:22 , syemarly posting:
!!! QUOTE !!! erm.. sejjurnya memang menarik study usul fiqh ni.. dan ini seharunsya kita pelajari even asas bagi memastikan kita tahu asal usul sesuatu hukum ibdah tu digunakan.. tapi bukanlah kata wajib setiap muslim balajar..tahap antara kita brebza2..sesiapa yang rasa bkesanggupan nak belajar..boleh saja...tapi tak tau pun tak apa..cuma Kalau nak bermala dengan sesuatu tu kena lah rujuk pada yang arif... Kalau ada peluang InsyaAllah ana pun nak belajar ![]() ----------------- ![]() |
wuzaraa ![]() |
![]()
Memahami ushool fiqh membolehkan kita konsisten dengan kaedah yang diambil. Baik hukum2 tersebut halal atau haram, kita konsisten dengan kaedah yang diguna. Jika tidak, kita mungkin cenderung menggunakan kaedah yang saling bertentangan dalam mengambil hukum untuk disesuaikan dengan kemaslahatan kita.
|
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |