Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 43
Ahli: 0
Jumlah: 43




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 4 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: HTM Lancar Khilafah Centre di Bandar Baru Bangi


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» HTM Lancar Khilafah Centre di Bandar Baru Bangi

Please Mendaftar To Post


Oleh HTM Lancar Khilafah Centre di Bandar Baru Bangi

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 18:05


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Info ini sebenarnya dah terlewat siar & tidak disiarkan di Ukhwah.com, jadi sebagai membantu usaha dakwah sesama harakah Islam, hamba maklumkan disini moga bermanfaat bagi yang berhajat:

HTM Lancar Pejabat Urusan di Khilafah Centre
Selasa, 06 Oktober 2009 23:08

/

BANDAR BARU BANGI 4 Oktober – Buat julung kalinya Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mengadakan perasmian pejabat urusan beserta majlis hari raya bertempat di Khilafah Centre, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Majlis ini telah mendapat sambutan meriah dengan kehadiran lebih 300 jemputan.

Antara tetamu yang hadir termasuklah dari kalangan tokoh-tokoh masyarakat, pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli badan bukan kerajaan (NGO), Imam dan AJK surau, pegawai agama, aktivis masyarakat, pelajar-pelajar universiti, pensyarah, peguam serta golongan profesional lainnya. Turut hadir adalah para pemilik dan penyewa premis di sekitar Khilafah Centre beserta pekerja mereka.

Menurut Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman, melalui pelancaran pejabat urusan HTM bertempat di Khilafah Centre ini, umat Islam, juga pihak media boleh datang ke Khilafah Centre bagi mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai HTM, aktiviti dan perjuangannya sebagai sebuah parti politik Islam di negara ini. Pejabat urusan HTM sebelum ini beroperasi di Gombak.

Majlis yang bermula tepat jam 12 tengah hari itu dipengerusikan oleh Ustaz Abu Syahid dan dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh Al-Hafiz Ustaz Latif Ibrahim. Seterusnya Naqib HTM Kawasan Bangi, ustaz Hafiz Ismail memberikan ucapan pembukaan.

Menurut ustaz Hafiz, Khilafah Centre bertujuan menjadi pusat kecemerlangan pemikiran ummah yang bakal memangkinkan kelahiran khaira ummah sebagaimana yang disebut oleh Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 110. Semasa pemerintahan Khilafah dahulu, umat Islam benar-benar telah menjadi umat yang terbaik yang menjadi contoh kepada manusia keseluruhannya, tegas beliau. Dengan adanya Daulah Khilafah, umat Islam telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang sehingga Negara Khilafah menjadi pusat rujukan dunia.

Antara perkembangan yang menakjubkan adalah di bidang pendidikan di mana Daulah Khilafah mempunyai ribuan perpustakaan dengan ratusan ribu judul buku yang melambangkan ketinggian berfikir umat Islam ketika itu. Dan semua ini tentunya tidak akan terhasil kecuali dengan adanya kajian, galakan dan dana dari sebuah negara yang maju dengan taraf pemikiran penduduknya yang tinggi yang dipimpin oleh seorang Khalifah.

Hafiz menegaskan bahawa untuk mengembalikan semula kecemerlangan ini, perlulah ada usaha untuk melakukan perubahan pemikiran kerana ia akan mengubah mafahim dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku seseorang individu itu kepada Islam.

Sehubungan itu, Khilafah Centre disasarkan untuk mengembalikan kegemilangan ini dengan menjadi sebuah pusat dakwah yang memfokuskan kepada aktiviti untuk meningkatkan semula taraf berfikir umat Islam dengan penganjuran pelbagai majlis ilmu seperti pengajian Al-Quran, Bahasa Arab, seminar, motivasi, diskusi, pameran, jualan buku, CD dan banyak lagi, ujar beliau.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Presiden HTM Ustaz Abdul Hakim Othman yang menjelaskan serba sedikit berkenaan Hizbut Tahrir dan sejarah kemasukannya ke Malaysia. Beliau menjelaskan bahawa Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik Islam internasional yang bertujuan untuk mengembalikan kehidupan Islam secara kaffah dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah. Hizbut Tahrir yang ditubuhkan oleh Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani rahimahullah di Al-Quds pada tahun 1953, sehingga kini bergerak aktif di lebih 40 buah negara di seluruh dunia.

Hakim seterusnya menjelaskan tentang peranan pejabat urusan HTM di Khilafah Centre dan mengajak hadhirin agar bersama-sama mengkaji dan berjuang bersama Hizbut Tahrir ke arah menyatukan umat Islam di seluruh dunia di bawah satu bumbung pemerintahan (yakni) Daulah Khilafah. Dalam merealisasikan tujuan mulia ini, Hizbut Tahrir bergerak secara politik dan intelektual di seluruh dunia tanpa mengambil kaedah kekerasan sedikitpun, jelasnya.

Majlis perasmian disempurnakan dengan penandatanganan pula perasmian oleh Presiden HTM dan disudahi dengan doa selamat dari ustaz Abu Arsyad.

Sesudah itu, para tetamu dijemput menikmati juadah dan majlis diselang-selikan dengan lagu-lagu dakwah dan perjuangan. Di ruangan pejabat, para tetamu dihidangkan dengan pameran dan juga tayangan video berkenaan perjuangan Hizbut Tahrir dan sejarah kegemilangan umat Islam di bawah pemerintahan Khilafah. Majlis berakhir sepenuhnya lebih kurang jam 3.00 petang.

HTM dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dan hadhirin yang telah menjayakan majlis ini. Jazakumullahu khairan jaza’.

Khilafah Centre boleh dihubungi melalui nombor telefon/faksimili 03-89223149.

http://www.mykhilafah.com/dalam-negara/1664-htm-lancar-pejabat-urusan-di-khilafah-centre


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 18:06


Gambar sekitar majlis pelancaran:

/

/

http://www.mykhilafah.com/dalam-negara/1664-htm-lancar-pejabat-urusan-di-khilafah-centre


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 18:07


/

/


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 18:07


/

/


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 18:08


/

/


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 18:10


/

/


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 18:19


Alhamdulillah dan tahniah. Tapi jika jika jikalaulah join politik di Malaysia....tak payah tubuh parti baru. bantu saja parti yang sedai ada dan mahu wujudkan negara ISLAM paksi ISLAMIYAH di Malaysia ini, wallahu'alam bissowab :) :)


-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 19:45


TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!semoga terus maju kehadapan


MAJULAH KHILAFAH hehehehehehehe


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 06-11-09 08:23


Salam...

Setinggi penghargaan kepada saudara saya, Laskar Allah, atas usaha beliau memaparkan peristiwa Perasmian Khilafah Centre. Walaupun ia sekadar bangunan kecil, rasanya cukup baik sebagai permulaan untuk mengembangkan lagi dakwah Islam ini di Malaysia.

Kepada sesiapa yang berkelapangan, kita boleh pergi ke sana, terbuka kepada semua. Ada pelbagai maklumat mengenai Islam kelas-kelas penerangan Islam diadakan disana. Andai kata dari jauh datang ke ibu kota, tidak perlu segan untuk singgah sebentar ke khilafah centre, mengadakan rombongan atau sebagainya. Untuk memudahkan sila hubungi Pengurus Khilafah Centre, Saudara Abu Arsyad, di talian 03-89223149.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 06-11-09 10:09


wuzaraa,apa khidmat yang dioffer di pusat ini????


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 06-11-09 11:01


Pada 06-11-09 10:09 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

wuzaraa,apa khidmat yang dioffer di pusat ini????



secara detailnya saya pun tak berapa tahu, saya cuma sempat singgah sekali, masa tu pun masih belum siap sepenuhnya, sekarang mungkin dah lain.

apa yang saya tahu, sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang hizbut tahrir, atau mencari bahan ilmiah berkenaan Islam, atau ada kelas-kelas penerangan Islam, bolehlah ke sana. Rashdin senang-senang singgah lah, jumpa dengan Abu Arsyad tu. Kalau sebut nama ana, khairi batu pahat, insyaAllah dia kenal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105815 saat. Lajunya....