Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 17 jam, 21 minit yang lalu
wyd1014: 8 hari yang lalu
haykal77: 17 hari yang lalu
Kakngah: 17 hari yang lalu
lidah-penghunus: 18 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Pemimpin hilang akal


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Pemimpin hilang akal

Please Mendaftar To Post


Oleh Pemimpin hilang akal

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-11-09 10:31


Assalamualaikum

SEJARAH dunia telah membuktikan bahawa kewujudan sesebuah tamadun bangsa banyak dipengaruhi oleh kehebatan pemimpinnya mentadbir dan meluaskan empayarnya.

Kejayaan pemimpin seperti Julius Ceaser, Iskandar Zulkarnain dan Genghis Khan telah mencorak sejarah dunia dengan kehebatan memimpin sama dalam perang mahupun politik.

Namun bukan semua pemimpin ditakdirkan menjadi pemimpin yang baik apatah lagi jika mereka terlibat dalam kegiatan dan kelakuan melampau seperti homoseksual. Apatah lagi jika terdapat antara mereka ini digelar sebagai biseksual yang mana ia bermaksud lelaki ke perempuan ke dua-dua dia sebat. Kita sendiri boleh menilai bagaimana pemimpin sebegini layak dijadikan pemimpin jika mereka sendiri pun tidak faham kecenderungan seksual mereka.

Sebelum ini penulis pernah menceritakan bagaimana beberapa pemimpin yang mungkin dilihat hebat tetapi akhirnya kecundang dan tidak disukai rakyatnya kerana mereka terlibat dalam kegiatan homoseksual. Malah akibat kemurkaan tuhan mereka yang terlibat dalam kegiatan keji ini akhirnya menerima pembalasan seperti yang berlaku kepada umat Nabi Luth a.s. Perkara yang sama juga berlaku kepada penduduk di bandar Pompeii ketika kemuncak era Rom menurut paderi dan mereka yang berpegang teguh kepada ajaran Kristian.

Berdasarkan sejarah tamadun Greek dan Rom merupakan antara tamadun yang paling berpengaruh ketika zamannya. Ketika itu digambarkan manusia telah mencapai puncak ketamadunan dalam pelbagai bidang sama ada dalam politik, ekonomi mahupun kebudayaan. Pemimpin yang memerintah senantiasa cuba untuk menambah baik pemerintahan mereka supaya legasi mereka ini akan dilihat sebagai yang terbaik untuk rakyatnya.

Malangnya akibat kepercayaan dan kebebasan melampau dalam hal kebudayaan dan cara hidup telah memberi kesan buruk dalam kehidupan masyarakat.

Akibat dari kepimpinan yang terlalu memberi kebebasan berpunca dari fahaman dan kelakuan pemimpinnya sendiri maka ketika itu kegiatan seks luar tabii seperti homoseksual dan lesbian berleluasa. Zaman itu digambarkan sebagai syurga bagi golongan tersebut kerana perbuatan homoseksual diiktiraf setaraf dengan hubungan seksual lelaki dan perempuan. Tiada apa yang boleh menghalang pemikiran bebas sebegini dari berlaku.

Golongan

Malah kebanyakan mereka yang terlibat terdiri dari golongan pertengahan dan bangsawan atau aristokrat. Rakyat bawahan melihat perkara ini sebagai sesuatu yang terpaksa diterima memandangkan pemimpin mereka sendiri yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Melihat kembali pemimpin yang terlibat dalam kegiatan homoseksual, nama pemimpin Rom seperti Caligula atau nama sebenarnya Gaius Julius Caesar Germanicus sememangnya tidak boleh dilupakan sebagai pemimpin paling gila pada zamannya. Kegilaan Caligula ini sememangnya tidak boleh diterima akal dan ia juga menjadi penyebab kepada kematiannya.

Caligula yang dilantik menjadi pemimpin Rom pada usia muda (24 tahun) pada awalnya disukai penduduk kerana memperkenalkan banyak sukan baru serta menghapuskan hubungan seks melampau. Namun setelah tujuh bulan memerintah dia jatuh sakit dan setelah kembali pulih dia berubah menjadi seorang pemimpin yang kejam. Ada yang mengatakan Caligula hilang akal kerana penyakitnya ini namun tidak ada pengesahan tentang ini.

Tindakan yang dilakukan memang pelik antaranya dia cuba menjadikan kudanya sebagai salah seorang anggota senat, dan mengarahkan anggota senat dan rakyatnya untuk melayannya seperti tuhan. Itu baru dari segi kepimpinan. Jika dilihat dari kegiatan seksualnya baru betul kata-kata "semuanya dia sebat". Sama ada bini orang, pengantin yang baru kahwin, lelaki yang berwajah cantik mahupun kanak-kanak semua dia "belasah" hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu serakahnya. Lebih memalukan Caligula mempunyai tiga orang adik beradik wanita iaitu Drusilla, Agrippina dan Livilla. Ketiga-tiga mereka ini turut menjadi habuan seks melampau Caligula. Dia yang telah beristeri dan mempunyai seorang anak perempuan tidak mengenal bulu untuk melampiaskan nafsunya sehingga sanggup melakukan sumbang mahram dengan adik perempuannya.

Akhirnya setelah tidak tahan dengan kelakuan seks melampau Caligula ditambah pula dengan keadaan politik yang semakin parah, pegawai tenteranya sendiri bertindak membunuhnya bersama dengan isterinya Caesonia dan anaknya di ruang koridor istana. Konspirasi pembunuhannya ini dikatakan dirancang oleh beberapa anggota senat yang telah lama memendam rasa dan ada yang menyatakan bakal pemimpin seterusnya iaitu Claudius turut terlibat dalam pembunuhannya. Caligula hanya berusia 28 tahun dan memerintah selama tiga tahun 10 bulan.

Ini merupakan kisah yang paling kita boleh jadikan iktibar kerana sudah kecenderungan seksualnya pelbagai malah memerintah ikut suka hati hendak buat apa. Adalah jelas pemimpin sebegini hanya akan menghancurkan negara dan rakyatnya.

Kerajaan Rom walaupun dikenali dalam sejarah sebagai sebuah empayar yang gah dan berkuasa namun akhir musnah bukan kelemahannya dari segi ketenteraan tetapi akibat dari kepimpinan yang lemah kerana para pemimpin selepas Caligula masih tetap terlibat dalam pelbagai skandal seks dan homoseksual.

Maka rakyatnya yang telah terbiasa dengan kehidupan sebegini turut sama menerima kesan yang akhirnya melemahkan sosiobudaya masyarakat.

Selepas berakhirnya era keagungan Rom dan disertai dengan kebangkitan pemerintahan beragama seperti Kristian dan Islam seperti maka golongan homoseksual ini tidak lagi mendapat tempat dalam masyarakat. Ini kerana kedua-dua agama ini menentang keras perbuatan homoseksual dan hubungan sejenis malah hukuman bagi mereka yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini adalah sangat berat.

Walaupun golongan itu masih wujud ketika itu namun mereka tidak boleh terlalu menonjol kerana masyarakat sangat memandang rendah terhadap mereka. Ini juga yang berlaku terhadap Raja James yang memerintah England dan Scotland 1566 hingga 1625 yang terpaksa menjadi seorang hipokrit. Dia menentang golongan homoseksual serta menjatuhkan hukuman yang berat terhadap mereka namun hakikat sebenar dia juga salah seorang pengamal homoseksual.

Itulah antara kisah para pemimpin tidak bermoral yang menjadi duri dalam daging bagi negaranya sendiri.

Akhirnya rakyat sendiri yang menerima musibah dari sikap dan tabii pemimpinnya. Kita sendiri boleh melihat kesan dan musibah yang diterima oleh masyarakat sebelum ini. Oleh itu adakah patut kita mahu pemimpin sebegini dijadikan contoh terbaik dalam memimpin negara jika kita sendiri tahu di mana pengakhirannya nanti.

:-|


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-11-09 20:01


we hear & we obey...... forgive us, our Lord...........
2 You is the journey's end...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107143 saat. Lajunya....