Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 28 hari yang lalu
ronniefinancehome: 39 hari yang lalu
MTMKi: 49 hari yang lalu
usop79: 50 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Keberanian Pemuda Hizbut Tahrir di Hadapan Tony Blair


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Keberanian Pemuda Hizbut Tahrir di Hadapan Tony Blair

Please Mendaftar To Post


Oleh Keberanian Pemuda Hizbut Tahrir di Hadapan Tony Blair

zombi
Warga Rasmi
Menyertai: 25.10.2009
Ahli No: 37821
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 02:58


“Blair, kamu adalah teroris!”, “Kamu telah membunuh ribuan kaum Muslimin!”, “Blair, keluar dari masjid!”, teriak seorang pemuda Hizbut Tahrir dengan berani di hadapan Tony Blair ketika mantan Perdana Menteri Britain itu berada di sebuah masjid di Hebron, Tebing Barat Palestin. Ketika Blair dan rombongan masuk ke masjid, pemuda yang masih membawa beg kertas untuk mengerjakan kewajiban solat tersebut berteriak, “Tidak ada sambutan dan ucapan selamat bagi kamu!”

Pemuda yang berumur 25 tahun itu bernama Ali Muhammad, seorang syabab Hizbut Tahrir. Ia memegang beg kertas di tangan kirinya, mengangkat tangan kanannya sambil berteriak ke arah Tony Blair, "Kamu teroris!". Walaupun pihak keselamatan mengerumuni dan memukul pemuda tersebut, ia masih lagi berteriak. Para pengawal Blair dan penjaganya menolak pemuda tersebut ke belakang sehingga akhirnya tersepit ke dinding bahagian belakang masjid.

Pelbagai media tempatan dan antarabangsa melaporkan konfrontasi politik yang berlaku pada hari Selasa lalu antara Ali Muhammad, salah seorang syabab (aktivis) Hizbut Tahrir dan Tony Blair. Ketika itu Blair sedang berjalan-jalan dalam Masjid Ibrahimi di Hebron, didampingi oleh tokoh-tokoh Palestin serta mendapat perlindungan daripada pasukan keselamatan penguasa Palestin.

Seungguhnya dalam hal ini, Ali telah bersikap berani dan bercakap secara berterus terang di hadapan Blair yang telah membunuh kaum Muslimin di Iraq dan Afghanistan. Berkenaan hal ini, Hizbut Tahrir ingin menegaskan fakta-fakta berikut:

Blair adalah seorang penjahat yang begitu memusuhi Islam dan kaum Muslimin. Selama ia memimpin Dewan Kabinet Britain, tindakan dan sikapnya telah menunjukkan fakta ini. Dia sentiasa berkonspirasi bersama para penjahat yang lain dalam masalah Palestin.

Sesungguhnya Ali Muhammad telah bangun di atas akidah Islam, serta memahami hukum-hukum Islam tentang bagaimana menghadapi kaum kafir penjajah. Daripada motivasi ideologi tersebut, maka ia pun melakukan tindakan yang menjadi sorotan umum ini.

Sikap berani yang diperlihatkan oleh Ali ini adalah tindakan spontan, yang boleh saja terjadi pada mana-mana Muslim yang memiliki kesedaran dan keimanan ketika melihat Blair sedang berjalan-jalan di salah satu masjid di antara masjid-masjid kaum Muslimin yang terkenal, walhal kita tahu bahawa Blair adalah orang yang telah membunuh kaum Muslimin dan menjadikan anak-anak mereka yatim piatu.

Tindakan Ali ini merupakan tindakan seorang Mukmin yang cukup berani kerana beliau tidak berteriak pada Tony Blair dari jauh atau dari belakang, tetapi ia berdiri di hadapannya ibarat gunung yang berdiri kukuh lalu dengan berterus terang ia berkata: “Blair, kamu teroris!”, “Kamu telah membunuh ribuan kaum Muslimin!”, “Blair, keluar dari masjid!”,

“Tidak ada sambutan dan ucapan selamat bagi kamu!”. Namun, para pengawalnya mencegah Ali daripada meneruskan teriakannya. Mereka menutup mulut Ali dengan kuat sekali, sementara Ali berusaha meneruskan hujahnya. Bahkan, Ali meminta kepada jabatan keselamatan agar membiarkannya meneruskan apa yang ingin ia katakan, tetapi anggota pasukan keselamatan tetap melarangnya.

Daripada pelbagai laporan dan foto-foto di media, dapat dilihat dengan jelas pelakuan kejam dan keji terhadap Ali oleh anggota pasukan keselamatan, iaitu tindakan yang telah menjadi tradisi yang sentiasa dijalankan sejak Jeneral Dayton menguasai pasukan keselamatan. Sehinggakan mereka boleh melakukan penindasan dan penyeksaan terhadap setiap orang yang menentang rancangan penguasa Palestin, yang mengakui keberadaan negara Yahudi, dan selalu seirama dengan rancangan orang-orang kafir.

Pasukan keselamatan telah menangkap Ali dan pada saat penangkapannya, Ali telah dipukul serta diperlakukan dengan kejam. Begitu juga selama dalam tahanan, ia tidak henti-henti diseksa secara fizikal dan diperlecehkan, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang manusia. Kemudian, ia diancam akan dihancurkan tulang-tulangnya dan akan dibunuh. Sesungguhnya perilaku yang hina ini menunjukkan tahap pendidikan moral yang dicapai oleh para anggota pasukan keselamatan ini melalui pelbagai program dari Dayton.

Sesungguhnya para rejim, penguasa dan pengikutnya, kesemuanya setia kepada musuh umat Islam. Mereka ini lebih memilih untuk menyerahkan leher umat Islam kepada musuhnya daripada pada memihak dan menyokong generasi umat Islam yang berani berkata-kata dengan terus terang terhadap musuh dan orang-orang zalim. Akibatnya, mereka tidak segan silu menangkap dan menyeksa generasi umat Islam tersebut.

Sesungguhnya umat Islam adalah bangsa yang hidup, yang melahirkan generasi demi generasi. Umat Islam, melalui mereka yang beriman (dengan izin Allah dan pertolonganNya) akan membuat jalan menuju kedudukan (posisi) yang tinggi bagi umat Islam di antara bangsa-bangsa yang lain dengan mendirikan negara umat Islam iaitu Daulah Khilafah yang akan menegakkan agama ini dan menyatukan kaum Muslimin. Pada saat itu, Khilafah akan memberi pengajaran kepada musuh-musuh umat Islam dan orang-orang yang setia kepada mereka di antara para penguasa yang zalim.

“Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.”

Subhanallah. Demikianlah sepatutnya seorang Muslim yang berani dengan tegas untuk mengatakan kebenaran walaupun ia harus menghadapi risiko. Biar siapapun orangnya, mereka yang beriman seharusnya bertindak seperti pemuda berani tersebut ketika mana berhadapan dengan penguasa yang telah membunuh saudara mereka, dan bukan seperti para penguasa dan ulamak yang jahat yang masih lagi boleh bersalaman serta menyambut kedatangan seorang pembunuh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zombiProfil   Hantar PM kepada zombi   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 03:01


mesti bangga dengan "hizbu tahriri" kan..?hhmm...pemberani "pemuda hizbu tahrir" tu ye...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 07:13


yang berani itu Ali. yang masuk dalam tajuk utama HT..
sedangkan HT ada berjuta ahli...
saya rasa saya bangga dengan hati dan kewajaan Ali..
bukan persatuan atau badan apa yang Ali masuk..
ali juga mungkin kelab ping pong daerah.. dia juga mungkin ahli kelab catur..
lucu juga andai tajuk berubah..
"keberanian ahli kelab ping pong daerah dihadapan Tony Blair"

hehe lembu punya susu.. sappy dapat nama... sappyyy.. go...


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 07:52


Pada 30-10-09 03:01 , wildan85 posting:

!!! QUOTE !!!

mesti bangga dengan "hizbu tahriri" kan..?hhmm...pemberani "pemuda hizbu tahrir" tu ye...



ana bangga...bangga dengan keberanian yang ditunjukkan oleh seorang islam...So,enta tak bangga kalau ada saudara seislam yang berani menentang kafir yang nama besar seperti tony blair??


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 08:20


/
Ali Perjaka Sejati.
(Sanjungan buat Ali Hassan Hemidan,
yang gagah berani berdiri menyatakan kalimatul hak
di hadapan Tony Blair dalam lawatannya ke Mesjid Ibrahim, Palestine)


Di baris-baris aksara
terayam selembar berita
membakar semangat satria
kami-kami yang lena.

Ah, tubuh mu kecil sahaja
seperti kami-kami juga
di tanganmu tidak terlihat senjata
jari yang lima cuma
tiada berbuku pula.

Di sumbu keyakinan mulia
keberanianmu menyala
membakar topeng senyum tersunging
algojo pembunuh yang zalim.

Di hari-hari biasa
kau hanya busut yang kecil
tapi di hari itu
kau berdiri setinggi Merapi
gagah berani, hebat berdiri.

Kaget tercegat Tony Blair
basah seluarnya menakung maruah tercair

Kata-katamu biasa-biasa bagi kita
tapi baginya pedas panas menyala-yala
melebur saduran emas dedaunan
di rimbun-rimbun kepalsuan
penghias menutup pohon penjajahan.

Dunia mendongak
melihat puncak
tahta keberanian
pejuang al Hak!

Fikrul Mustanir
22 Oktober 2009


Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 08:43


Pada 30-10-09 07:13 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

yang berani itu Ali. yang masuk dalam tajuk utama HT..
sedangkan HT ada berjuta ahli...
saya rasa saya bangga dengan hati dan kewajaan Ali..
bukan persatuan atau badan apa yang Ali masuk..
ali juga mungkin kelab ping pong daerah.. dia juga mungkin ahli kelab catur..
lucu juga andai tajuk berubah..
"keberanian ahli kelab ping pong daerah dihadapan Tony Blair"

hehe lembu punya susu.. sappy dapat nama... sappyyy.. go...



Suka hati apa lah nak kata apa...tapi keberanian Ali kerana kesedaran yang lahir dari kefahamannya terhadap methodologi perjuangan setelah dibina oleh HT itu adalah fakta yang tidak dapat dimungkiri. Selain fakta dia berdiri di sana dalam misi dakwahnya sebagai ahli HT.

Keyataan anda hanya bentuk perlecehan yang hanya lahir dari kebencian terhadap apa jua yang ada kaitannya dengan HT.

Jika, sungguhpun, Ali seorang ahli kelab ping pong (mengambil contoh dari fakta merapu anda) adalah terlalu keterlaluan (walaupun tidak salah) untuk menyatakan, "keberanian ahli kelab ping pong daerah dihadapan Tony Blair". Sebab peristiwa tersebut tiada kena-mengena dengan aktiviti sukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 09:47


fikrul....blair kena baling kasut tak macam bush tu????jika ada kita baling pada blair pula


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 09:57


Pada 30-10-09 09:47 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

fikrul....blair kena baling kasut tak macam bush tu????jika ada kita baling pada blair pula



Fizikal bukan methodologi dakwah kami.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 10:30


mungkin juga Ali tersebut merupakan pejuang HAMAS ? mungkin juga kan..


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 10:41


Pada 30-10-09 09:57 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-10-09 09:47 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

fikrul....blair kena baling kasut tak macam bush tu????jika ada kita baling pada blair pula



Fizikal bukan methodologi dakwah kami.



bukan apa....maksud saya jika bush tu kena baling kasut jadi mesti kena juga kan??????


macam wartawan iraq yang baling kasut tu orang HT juga ke????


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091932 saat. Lajunya....