Oleh |
22 Murid Hilang, Jambatan Gantung Kuala Dipang Runtuh |
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 27-10-09 07:36
GOPENG: Seramai 22 daripada 296 pelajar sekolah rendah yang sertai kem perkhemahan, hilang dipercayai dihanyutkan arus apabila jambatan gantung yang merelk naiki runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, jam 10.30 malam tadi. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian berkata kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kejadian. Kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit menaiki jambatan gantung berkenaan selepas menikmati minum malam di seberang sungai untik balik semula ke khemah mereka. SUSAH LAH NAK MENJAWAB NANTI..
|
strawberri
Warga 5 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur
|
Posting pada: 27-10-09 08:50
Ya Allah kesiannya.. moga-moga mereka selamat..
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 27-10-09 09:16
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 27-10-09 09:23
rentetan laporan yang dapat saya cari.. Jambatan runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang 27/10/2009 3:30amIPOH 26 Okt. - Seramai 22 pelajar dikhuatiri hilang dalam satu kejadian jambatan runtuh berhampiran sekolah Kuala Dipang, Tapah dekat sini malam ini. Berita mengenai kejadian itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Datuk Shamsudin Abu Hassan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini. Zambry dan para pegawainya kini dalam perjalanan ke tempat kejadian yang mengambil masa kira-kira sejam dari bandar raya ini. Menurut sumber, para pelajar terbabit sedang berkhemah berhampiran tempat kejadian.– Utusan. Mayat pertama mangsa hanyut ditemui 27/10/2009 9:15amKampar 27 Okt - Mayat pertama seorang kanak-kanak India yang merupakan salah seorang daripada 22 murid yang dihanyutkan di Sungai Kampar ditemui lemas kira-kira 8.30 pagi tadi. - Utusan MB Perak arah perkhemahan dihentikan 27/10/2009 9:25am Kampar 27 Okt - MB Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir mengarahkan perkhemahan Satu Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini yang menyebabkan 22 pelajar hanyut di Sungai Kampar selepas sebuah jambatan gantung runtuh malam tadi ditamatkan serta merta. - Utusan bercampur perasaan.. tak dapat nak luah melalui tulisan.. semoga Allah menetapkan yang terbaik untuk semua... ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
strawberri
Warga 5 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur
|
Posting pada: 27-10-09 09:27
apa-apa berita lagi tolong update ye.. tersentuh. berdebar2 lain macam saja
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 27-10-09 09:32
Budak melompat-lompat penyebab jambatan gantung runtuh 27/10/2009 9:49am GOPENG 27 Okt. - Tindakan beberapa budak nakal melompat-lompat dikatakan menjadi penyebab jambatan gantung di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini runtuh sehingga menyebabkan 22 pelajar hanyut. Pendedahan itu dibuat seorang mangsa yang terselamat, Muhammad Haziq thing Muhammad Salleh tingkat 12. Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bemban itu merupakan antara 22 pelajar yang terlibat dalam kejadian itu. Muhammad Haziq berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dan berpaut pada jaring di tepi sungai sebelum diselamatkan seorang guru. - Utusan kalau ajal dah tertulis... tentu tiba ajalnya.. namun kebolehan haziq berenang ada untungnya.. harap lebih ramai parents menghantar anak-anak ke kelas renang..mana tahu dalam keadaan cemas begini tentu sekali amat berguna.. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 27-10-09 09:36
Takziah kepada keluarga mangsa. Moga semua yang hilang dapat ditemui sama ada hidup atau mati. ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 27-10-09 09:45
detik2 cemas kejadian sumber : berita harian Jambatan bergoyang sebelum kami tercampak: Mangsa GOPENG: "Jambatan bergoyang-goyang kerana ada murid yang melompat dan bermain ketika kami melintas," kata seorang murid yang terselamat K Mathivanan, 12 menceritakan saat jambatan gantung yang runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang. Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan. Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya. "Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya. Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis. Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik. "Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya. Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid. Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya. Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air. Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru sekolah Seri Tronoh itu. Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di sekolah Pos Raya minggu lalu. Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya. Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu. "Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya. Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai. Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter. Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak. Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam. - Bernama jambatan baru dibina rupanya?? ingatkan jambatan gantung usang... hmmm... entah lah.. sedih bila cuba menyelami hati parents mangsa2.. anak.. harta yang tidak boleh ditukar ganti, yang di damba setiap suami isteri..  ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 27-10-09 10:46
19 murid terselamat, dua masih hilang27/10/2009 10:40am Oleh AMIZUL TURNIZAR AHMAD TERMIZI KAMPAR 27 Okt. – Seramai 19 daripada 22 murid yang dikhuatiri hilang dalam kejadian jambatan gantung terputus di Kuala Dipang malam tadi, berjaya diselamatkan. Difahamkan, mereka yang terselamat telah dibawa oleh keluarga masing-masing. Sehingga pagi ini, seorang mangsa, dan. Dina Deve, 12, ditemui mati lemas kira-kira pukul 8.40 pagi tadi. Dua lagi murid yang dipercayai terjatuh dalam kejadian itu masih belum ditemui. – Utusan alhamdulillah... namun masih ada dua yang belum ditemui.. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 27-10-09 10:58
Jelas kes di atas adalah musibah pertama 1 Malaysia. Apa-apapun semoga keluarga mangsa yang terkorban tabah dengan ujian yang berlaku ke atas mereka. Wallahuta'ala a'lam bissawab -----------------
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 27-10-09 11:06
!!! QUOTE !!! jambatan baru dibina rupanya?? ingatkan jambatan gantung usang... hmmm... entah lah.. sedih bila cuba menyelami hati parents mangsa2.. anak.. harta yang tidak boleh ditukar ganti, yang di damba setiap suami isteri.. Jambatan ni baru siap 2 minggu yang lepas. Terlalu banyak projek pembinaan yang kurang berkualiti sekarang ni. Sebelum ni pun dah macam-macam dah yang runtuh.. Payah lah kalau macam ni. Harap pihak yang berkaitan,bertanggungjawab atas perkara ni. Apa pun,takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 27-10-09 11:12
iya.. baru dua minggu.. ada tertulis dalam artikel yang eni sertakan sebelum ini.. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 27-10-09 11:27
1 Malaysia..rakyat d dahulukan..apa-apa pun ini semua ketentuanNya ----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 27-10-09 11:44
tak boleh nak salahkan 1 malaysia tu... apa yang dah terjadi adalah ketentuan Allah... pelik manusia ni masih lagi nak cari kesalahan2 lain. ----------------- http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 27-10-09 11:48
Apa pula kena mengena dengan 1 Malaysia ini? confius.confius.. Ramai juga 22 org..berbaloi ke pergi berkhemah ye kalau macam ini? kena banyak beriktikad dalam masjid sekarang ini, mana-mana pun dah tak selamat rasanya..
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 27-10-09 12:03
Tak kiralah 1 Malaysia ke 100 Malaysia ke, harap siasatan telus dapat diadakan. Musibah dan bala memang kehendak dan ketentuan Allah SWT. Tapi jika terdapat kelalaian dan kecuaian manusia dalam pembinaan jambatan tu, memang haruslah menerima hukumannya. ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 27-10-09 12:04
Memang tak disalahkan Kem 1 Malaysia tu.. Kem ni hanya aktiviti anjuran PPD saja tentang gagasan 1 Malaysia.. Yang kena diselidiki, punca Kenapa jambatan tu runtuh ..
|
abid_19
WARGA SETIA Menyertai: 16.06.2007 Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak
|
Posting pada: 27-10-09 12:40
betul-betul..ana setuju..ana pun fikir jambatan tu jambatan lama... tapi tak sangka baru 2 minggu...tersgtla baru...macam mana boleh runtuh..masa bina semula tu buat sambil lewa saja ka?? cukup sekadar ada jmbatan saja??? ----------------- Sekali kaki melangkah di jalan Allah.. Jangan undur.. Biar masa berganti aqidah jangan mati.. Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah.
|
nizam_maniz
Warga 2 Bintang Menyertai: 27.02.2008 Ahli No: 32740
Posting: 65
Dari: S'gOr-terGaNu-M'kA
|
Posting pada: 27-10-09 13:18
salam.. sesuatu yang berlaku itu mesti ada asbab dan sebab musabab nya.. itu semua adalah ketentuan Allah.. semua yang berlaku adalah dengan izin Allah.. masa jambatan gantung lama digunakan tiada kes jambatan roboh.. tapi bila jambatan gantung yang baru dibina, ada pula kes jambatan roboh.. takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.. apa-apa pun, sentiasa berhati-hati dalam setiap aktiviti yang kita lakukan.. wallahu a'lam.. ----------------- ...'Fitrah yang murni ia tidak membohongi kita, ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran, tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan'...
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 27-10-09 16:23
1Malaysia memang tak salah...semua ketentuan Allah ta'ala.. Guru, pengawal nekad selamat 19 murid Okt 27, 09 3:34pm Tindakan nekad seorang guru dan tiga pengawal keselamatan terjun mengharung air deras dalam kegelapan malam menyelamatkan 19 murid daripada hanyut dalam kejadian jambatan runtuh di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di Ipoh malam tadi. Hanya cahaya samar lampu dari kawasan perkhemahan yang terletak di seberang tebing sungai berkenaan membantu usaha menyelamat itu. Suasana ketika itu kelam-kabut dengan jeritan minta tolong dan tangisan murid yang berpaut pada tali jambatan, kata pengawal keselamatan sekolah Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad, 38, kepada pemberita hari ini. Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, 22 murid terjatuh ke dalam Sungai Kampar semasa sedang menaiki jambatan gantung yang baru dibina dua minggu lepas itu untuk jamuan malam di sekolah Kuala Dipang. Kumpulan itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan yang terletak di tebing berdepan sekolah berkenaan. Menceritakan semula detik-detik cemas malam tadi, Zulkifli berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan tanpa berfikir panjang beliau terus terjun ke sungai berkenaan untuk membantu mangsa. Dua lagi rakannya Rosli Mohamad, 44, dan Ismail Ahmad 62, turut terjun ke sungai bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit. Zulkifli berkata rakannya Rosli berjaya membawa naik enam murid manakala beliau dan Ismail sempat menarik naik antara empat dan enam murid. "Air sungai sangat deras dan saya bersyukur kerana dapat membantu dengan cepat," katanya. Sementara itu seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik. Menyedari jambatan itu runtuh ketika murid-murid berada di atasnya, beliau nekad terjun ke sungai dan mengharungi arus deras bagi menyelamatkan mereka. Seorang pelajar yang terselamat dalam kejadian itu Mohd Haziq Teng Mohd Salleh, 12, dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bemban, Batu Gajah, berkata semasa kejadian, beliau berada di tengah-tengah jambatan. "Tiba-tiba sahaja saya tercampak ke dalam sungai, air sangat deras... saya bersyukur kerana sempat berpaut pada tali yang terjuntai dari titi dan dapat menyelamatkan diri dengan menaiki tepi tebing," katanya. Perkhemahan yang bermula semalam dijadual hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam. Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini dan ia menghubungkan tapak perkhemahan untuk ke sekolah Kuala Dipang. Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di sekolah Kuala Dipang itu adalah yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di sekolah Pos Raya minggu lepas. BERNAMA WAHAI KONTARKTOR yang BERTANGGUNGJAWAB GUNA DUIT RAKYAT.. ENTE KENA JAWAB PADA KAMI RAKYAT YANG DI DAHULUKAN INI..apa SEBAB JAMBATAN yang BARU saja SIAP BOLEH RUNTUH???? ----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 27-10-09 16:26
Sehingga ini saya masih meragui jumlah sebenar yang terlibat dalam kejadian murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi. Mulanya secara meluas dan satu berita yang disahkan seramai 22 orang yang terlibat. Malah jumlah itulah yang dilaporkan oleh teman akrab yang menalifon pagi tadi tertulis di papan kenyataan bilik gerakan sehingga pagi tadi. Semacam sesuatu yang tidak kena bila tengahhari tadi ada penafian dari jumlah 22 yang diumumkan pada awalnya telah dinafikan dan diumumkan 19 pelajar terselamat manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi, seperti yang diumumkan oleh polis Perak. Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar. Mayat seorang murid perempuan dikenal pasti sebagai Dina Deve a/p Nathan telah ditemui jam 8.40 pagi tadi. Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan. Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai dan media melaporkan masih belum menemui murid-murid yang hilang. Bukan niat saya untuk mensensasikan jumlah yang jauh berbeza dari 22 susut kepad 3 sahaja, dan kalaulah benar pengiraannya silap kenapakah jumlahnya selsisih sehingga 19 orang? Apapun sekiranya 19 orang itu benar-benar selamat saya bersyukur mereka telah terselamat dari musibah yang besar, namun jika sekiranya jumlah sebenar adalah seramai jumlah asal 22 orang yang diumumkan, saya mempersoalkan kenapakah berita ini semacam ingin dikecilkan ? Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:18 PM DI PETIK DR LAMAN BLOG http://idhamlim.blogspot.com/2009/10/kejadian-jambatan-runtuh-di-perak.html----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 27-10-09 18:38
Pada 27-10-09 16:23 , syed posting:!!! QUOTE !!!
Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini dan ia menghubungkan tapak perkhemahan untuk ke sekolah Kuala Dipang.
WAHAI KONTARKTOR yang BERTANGGUNGJAWAB GUNA DUIT RAKYAT.. ENTE KENA JAWAB PADA KAMI RAKYAT YANG DI DAHULUKAN INI..apa SEBAB JAMBATAN yang BARU saja SIAP BOLEH RUNTUH????
Tu yang pelik tu...Kalau gergasi yang naik tak hairan lah boleh runtuh... Jet terhempas --> Pilot error Program banyak 'bug' --> Programmer error Jambatan runtuh --> Contractor error Kebanyakkan kejadian macam ni berpunca daripada manusia...Manusia sentiasa melakukan kesilapan...Tak boleh nak salahkan tiang konkrit ataupun keluli... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 27-10-09 18:48
Pada 27-10-09 11:06 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! jambatan baru dibina rupanya?? ingatkan jambatan gantung usang... hmmm... entah lah.. sedih bila cuba menyelami hati parents mangsa2.. anak.. harta yang tidak boleh ditukar ganti, yang di damba setiap suami isteri..
Jambatan ni baru siap 2 minggu yang lepas.
Terlalu banyak projek pembinaan yang kurang berkualiti sekarang ni. Sebelum ni pun dah macam-macam dah yang runtuh.. Payah lah kalau macam ni. Harap pihak yang berkaitan,bertanggungjawab atas perkara ni.
jangan terlalu cepat menilai..factor of safety sesuatu binaan mesti mereka dah ambik kira cuma logik ke ramai-ramai lalu serentak atas laluan tu? sejauh mana jmbtn gantung tu dapat tampung berat org dalam satu-satu masa?.. macam naik lif lah, kalau overload, lif pun tak bgerak. macam tu juga dengan jmbtn kalau overload mesti runtuh...... buat keluarga mangsa takziah...
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 27-10-09 19:19
mangsa-mangsa awal gagasan 1 malaysia....sedih betul..moga roh anak-anak yang terkorban dioberkati Allah
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 27-10-09 21:21
Nyawa manusia dibuang begitu sahaja, kalau ini punca kesalahan stuktur jambatan, tindakan yang setimpal harus dikenakan.
|
ziyah
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat
|
Posting pada: 27-10-09 21:22
Guru dan tiga pengawal nekad selamat 19 murid pada 10.30 malam... hmmmm, besarnya jasa guru ini dan yang membantu... susah guru nak jawab bila berlaku perkara-perkara yang tidak diingini atau musibah macam ni... bukan disangka atau boleh jangka semua ni... Alhamdulillah dapat diselamatkan 19... benda da tertulis, macam mana pengawasan pun dah terjadi.. takziah kepada keluarga yang terlibat....
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 27-10-09 23:12
hemm...entahlah..biarlah depa siasat dengan teliti..apa sebab jambatan boleh runtuh dengan cepat.. BAGAIMANA JAMBATAN YANG BARU SAHAJA SIAP DIBINA BOLEH RUNTUH DENGAN SEBAB MURID2 YANG MALANG ITU MELOMPAT-LOMPAT DI ATASNYA?APAKAH PROSEDUR YANG ADA BAGI MEMBENARKAN PEMBINAAN YANG BEGITU RAPUH ITU?SIAPAKAH PUNYA ANGKARA? bolehkah di salahkan pihak Guru?ana rasa tak boleh..nak salahkan JKR atau Kontraktor yang bertanggungjawab..ini mungkin dan sewajarnya mereka bertanggungjawab di atas kehilangan nyawa di sebabkan menyahut slogan 1 Malaysia.. KERAJAAN KENA TUBUH JAWATANKUASA MENYIASAT. Menteri Pelajaran telah mengarahkan ditubuhkan jawatankuasa penyiasatan..kena kaji sebab apa terjadinya bencana ini.. dalam Islam ianya adalah Qada dan Qadar Allah..namun..kena lihat..siapakah yang menyebabkan berlakunya kes sebegini.. kalau di Terengganu Negeri Sang Penyu dengan Runtuhan Stadium yang menelan kos berpuluh juta..kemudian kes atap Masjid Roboh..APA INI!!?? MasyaAllah..Insaflah Wahai pengkhianat amanah rakyat..gunakan duit rakyat buat projek..tetapi berapa hari sahaja rakyat dapat manafaat..yang dapat manafaat adalah org-orag yang tak berguna utuk diri mereka dan keluarga mereka.. d petik dr laman blog http://albaloki.blogspot.com----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 29-10-09 13:43
Dua lagi korban tragedi jambatan gantung runtuh sewaktu menyertai perkhemahan 1 Malaysia di Kampar Selasa lalu telah ditemui. Mereka ialah Davadharshin a/p Maheswarawandan, 11, dan Diryasree a/p Vasudevan, 12. Davadharshin adalah pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, manakala Diryasree adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng Mayat Davadharshin ditemui malam tadi manakala mayat Diryasree ditemui pagi ini. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Davadharshin ditemui terapung pada jam 11.30 malam tadi berhampiran Jambatan Mat Selangor, Tanjung Tualang - kira-kira 15 km dari tempat kejadian. Beliau berkata, mayatnya yang ditemui oleh anggota RELA telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Aziz berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan mayat mangsa akan dituntut keluarganya hari ini untuk dikebumikan. Manakala mayat Diryasree ditemui jam 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh Mine, Sungai Kinta, 25 km dari tempat kejadian. Mayat mangsa yang ditemui terapung oleh pasukan penyelamat telah dibawa ke ospital Kampar untuk bedah siasat. Sebelum ini mayat mangsa pertama Dina Dewe a/p Nathan, 11, ditemui pada jam 8.40 pagi Selasa lalu berhampiran loji di sungai itu kira kira empat kilometer dari tempat dia terjatuh. Tiga mangsa tersebut adalah antara 22 murid yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar runtuh pada malam Isnin lalu. Bagaimanapun 19 mangsa berjaya diselamatkan oleh guru dan pengawal sekolah terbabit. - BERNAMA ----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 29-10-09 13:54
Pada 29-10-09 13:43 , syed posting:!!! QUOTE !!! Manakala mayat Diryasree ditemui jam 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh Mine, Sungai Kinta, 25 km dari tempat kejadian.
25 km? Makna nya kalau dari Bidor ke Ipoh lah...MasyaALLAH jauhnya..SubhanaALLAH..menakutkan...
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 29-10-09 14:40
!!! QUOTE !!! Pada 29-10-09 13:54 , hafeezzul posting: 25 km? Makna nya kalau dari Bidor ke Ipoh lah...MasyaALLAH jauhnya..SubhanaALLAH..menakutkan... Tengok dalam berita air sungai kat situ memang deras. Musim hujan ni elakkanlah dari berkelah ye. Dah ada siasatan ke belum? ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
RuMaishaaa
 Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 29-10-09 14:55
Nauzubillahi min zalik.. Inilah yang dikatakan malang tak berbau.. Ketentuan Allah pun kita tak tau.. yang kita mampu, berusaha untuk elakkan perkara-perkara malang.. Takziah buat keluarga mendiang.. Kalau paper semalam satu unit khas akan ditubuhkan untuk siasatan.. harap siasatan itu dapat merungkaikan persoalan yang ada.. Gerun jugak tengok gambar tanah dr cerucuk tiang tu.. -----------------  ::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::
|
wildan85
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2009 Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor
|
Posting pada: 29-10-09 14:59
salamullah alaikum jami'an... pasti ada rencana allah disebail kejadianni... pasti ada sejuta hikmah yang disediakan... dan pasti akan ada sejuta hadiah untuk mereka yang tabah dalam dugaanni... semoga dirahmati allah.. ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 29-10-09 16:27
nasib abik kat paper tak keluar headline 'BENCANA 1 MALAYSIA'... hehehee
|
minnie
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah
|
Posting pada: 30-10-09 00:38
update dari berita sebelum ni: Penambahbaikan aktiviti kokurikulum akan diteliti GENTING HIGHLANDS 28 Okt. – Kerajaan akan meneliti penambahbaikan terhadap prosedur menganjurkan aktiviti kokurikulum bagi mengelakkan tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang berulang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang merupakan Menteri Pelajaran berkata, aspek penambahbaikan itu akan diteliti selepas menerima laporan daripada pasukan khas menyiasat punca kejadian itu yang akan bermesyuarat dalam masa sehari dua lagi. Katanya, pada masa ini aktiviti kokurikulum termasuk yang membabitkan aktiviti perkhemahan masih boleh diadakan namun pengurusan sekolah mesti mengambil langkah keselamatan sewajarnya. “Inilah yang pertama dalam sejarah kementerian, malang tidak berbau, jadi atas sebab itu apabila laporan berkenaan siap kita akan melihat apakah penambahbaikan (prosedur) yang perlu kita buat. “Ada baik kita meneliti, sementara itu saya mengarahkan supaya program kokurikulum yang masih berjalan mengambil perhatian serius terhadap aspek keselamatan pelajar dan guru,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012 di sini hari ini. Dalam kejadian 10.30 malam Isnin lalu, tiga pelajar yang menyertai program perkhemahan di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar didapati hilang selepas jambatan gantung yang mereka naiki untuk menyeberangi Sungai Kampar runtuh. Seorang daripada mereka iaitu Dina Deve, 11, ditemui mati pagi semalam manakala dua lagi masih belum ditemui. Seramai 19 murid lagi yang terlibat dalam kejadian itu bagaimanapun dapat diselamatkan. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pihaknya sedar bahawa kejadian itu menyebabkan ibu bapa enggan memberi kebenaran untuk anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum kerana khuatir dengan aspek keselamatan. Beliau menasihatkan ibu bapa bahawa sikap sedemikian akan merugikan anak-anak mereka kerana aktiviti kokurikulum adalah penting untuk membina sahsiah pelajar. Sehubungan itu, katanya, bagi mengembalikan keyakinan ibu bapa, mereka boleh berkunjung ke tapak aktiviti kokurikulum untuk meninjau sendiri keadaan di situ. “Ibu bapa boleh berperanan bersama-sama pihak sekolah, kalau mereka tahu ada aktiviti kokurikulum mereka boleh boleh berjumpa dengan guru dan guru besar untuk melihat tempat itu. “Kita tak fikir untuk menutup kawasan itu kepada ibu bapa supaya mereka lebih yakin bahawa ia dilakukan dalam keadaan yang tersusun dan teratur,” jelasnya. bagi saya, pihak guru tak boleh dipersalahkan sebab benda yang nak jadi ni tak dapat dijangka.guru tersebut mungkin dah memastikan tempat tersebut sesuai untuk dilawati tetapi kejadian tetap berlaku. mungkin ni ujian untuk para guru dan pihak kpm. ----------------- bersama meninggikan martabat ISLAM
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 20-11-09 16:16
Keluarga 3 mangsa jambatan runtuh fail saman RM105 juta IPOH: Keluarga tiga mangsa kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang 26 Oktober lalu memfailkan saman berjumlah RM105 juta terhadap kerajaan dan 10 yang lain di Mahkamah Tinggi di sini. Mereka turut menamakan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Perak, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan, SJKT Gopeng, syarikat GS Synergy Sdn Bhd yang dikatakan menaja pembinaan jambatan itu, CWL Enterprise yang dikatakan sebagai kontraktor terbabit dan pihak lain yang berkaitan sebagai responden.Mereka diwakili oleh peguam A Sivanesan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungkai. Dalam writ saman itu, keluarga ketiga-tiga mangsa mendakwa responden melakukan kecuaian sehingga dan Dina Deve and M Devatharshini, kedua-duanya berusia 11 tahun dan V Divyashree, 12, lemas selepas jambatan gantung yang dilalui tiba-tiba runtuh ke Sungai Kampar ketika menghadiri kem 1Malaysia di tapak perkhemahan dekat Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di Kampar. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata keluarga mangsa berhak mengambil tindakan undang-undang tetapi jangan terjebak dengan tindakan pihak yang cuba mempolitikkan tragedi itu. Beliau berkata, semua pihak seharusnya tidak menjadikan tragedi itu yang mengorbankan tiga nyawa sebagai landasan untuk kepentingan politik peribadi kerana kerajaan sendiri tidak akan melindungi mana-mana pihak yang dikenal pasti menjadi punca kejadian. "Kita tidak kisah sekiranya ada pihak yang mahu menjadi jaguh dalam kejadian ini dan bagi pihak keluarga mereka berhak untuk menyaman sesiapa kerana mereka sudah kehilangan anak tersayang. "Tetapi, saya berharap ia tidak dipolitikkan kerana kejadian ini membabitkan nyawa dan bukannya untuk faedah politik," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek pinjaman pelajaran kepada anak Perak yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sini hari ini. 10 dinamakan sebagai pihak yang nak disaman.. kasihan pula kat sekolah2 yang turut dinamakan.. sekolah sekadar menurut arahan..adei.. kalau ikut list diatas baru 6 nama...lagi 4 siapalah agaknya..guru yang terjun menyelamatkan murid dalam sungai??? hmm.. harap samanlah mereka yang patut di saman.. kasihan pula kalau pihak yang tak bersalah kena sekali..huhuuu... ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
strawberri
Warga 5 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur
|
Posting pada: 20-11-09 16:30
salah seorang budak yang maut tu dapat 4a ye upsr... tapi apa nak buat dah ajal..tak sempat nak raikan kejayaan dia
|
annamuslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 21-11-09 09:24
ana pun jadi salah seorang urusetia untuk KEM 1 MALAYSIA KL. Alhamdulillah peserta KL tidak mengalami apa-apa masalah...
|