Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ngampu.
-- -- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 185
Ahli: 0
Jumlah: 185




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 51 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Mencapai A adalah bagus tetapi usah taksub dengan A


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Mencapai A adalah bagus tetapi usah taksub dengan A

Please Mendaftar To Post


Oleh Mencapai A adalah bagus tetapi usah taksub dengan A

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 17:52


NUR AMALINA CHE BAKRI - 17 A1 SPM 2005 (SMK ULU TIRAM, JOHOR)

NADIAH AMIRAH JAMIL - 14 A1, 4 A2, 3 B3 SPM 2006 (SMK TUN SARDON RENGIT, JOHOR)

AZALI AZLAN - 20 A1, 1 A2 SPM 2007 (SMKA YAN, KEDAH)

NIK NUR MADIHAH NIK MOHD KAMAL - 19 A1, 1 A2 SPM 2008 (sama MAAHAD MUHAMMADI (P) KOTA BHARU, KELANTAN)


Di atas adalah empat orang anak Melayu Islam yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM mereka.

Nur Amalina telah memecah rekod SPM Malaysia pada tahun 2005. Tetapi menurut satu sumber dengan berbekalkan biasiswa Bank Negara beliau telah dikatakan gagal tahun kedua bidang perubatan di England. Semoga beliau dapat bangkit kembali dan terus cemerlang semula.

Dan Nadiah Amirah Jamil pula telah digembar gemburkan mendapat 19 A1 sebelum keputusan keluar walau mengambil 21 kertas dalam SPM. Namun beliau telah menjadi bualan ekoran pendedahan di media sebelum keputusan keluar lagi. Tetapi bila keputusan sebenar keluar beliau hanya mendapat 14 A1 namun beliau tetap bersyukur dan meneruskan pengajiannya.

Azali Azlan pula percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu.

Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
``Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM, saya menghadapi dugaan dan cabaran.

``Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah itu yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.

Nik Nur Madihah seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Bagi beliau, kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang meraih kejayaan. Malah kemiskinan, kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan kedua ibu bapanya.

Beliau adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Ayah dan ibu beliau bukannya orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayahnya pula bekerja sebagai nelayan.

Kita doakan agar ramai lagi anak Melayu Islam yang mencapai kejayaan cemerlang seperti mereka.

Allahumma Ameen.

http://groups.yahoo.com/group/anak_ummi/message/1932


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 20:10


hebat2 mereka ni. didoakan agar terus & sentiasa cemerlang pada masa akan datang dr segi akademik mahupun attitude.
akademik cemerlang without akhlak yang baik is useless.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 20:18


hm,sesiapa tau perkembangan terbaru pelajar cemerlang tersebut...nak tau juga mereka belajar kat mana dan ambil bidang apa.


-----------------
ANDAI kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya,dan menurut ibu,tiang serinya adalah agama (FT, Tuhan Manusia)


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 09:29


umi dah mulakan maka kini anak-anak pula bantu cari ya .... sayang semua :).

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 14:27


Bagus mereka-mereka tu.. sebenarnya yang tersurat tu yang perlu dilihat..disiplin, dan aturan kehidupan mereka yang menjadikan mereka berjaya setakat ini.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-10-09 20:12


Ada satu ciri yang ada pada mereka semua iaitu ciri basic morality yang baik biiznillah. Mereka semua adalah pelajar yang taat pada ibu bapa dan juga berakhlak baik.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 25-10-09 20:34


.. nak kata akademik sekarang berorientasikan peajaran semata-mata pun ye jugak..kadang-kadang sahsiah tak ada kayu pegukurnya.. nak buat bagaimana, sahsiah dan akhlak tu berubah tingkahnya.. ada naik ada turun.. so tak dapat nak ukur.. contohnya masa kemasukan ke sekolah agama kononnya masa sekolah menegah, memang lah kata otak cerdik..tapi kadang-kadang ada yang akhlak hampeh..hmm..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-10-09 20:45


rasanya ada seorang lagi pelajar cemerlang yang tercicir namanya. Siti fatimah yang juga senior kepada nik madihah. Siti fatimah juga pelajar Maahad Muhammadi (P), Kelantan.

Ramai pelajar, pendidik dan ibubapa bersungguh-sungguh mengejar ‘A’ dalam setiap peperiksaan yang diambil. Pelbagai buku kecemerlangan dihasilkan dan bermacam-macam usaha dilakukan bagi mengejar kecemerlangan dalam peperiksaan. Tidak cukup setengah hari persekolahan, disambung pula dengan kelas tambahan di waktu petang. Malah ramai juga yang melanjutkan waktu pembelajaran dengan menghadiri kelas tuisyen pada waktu malam. Dalam fikiran dan bayangan mereka tidak lain dan tidak bukan…semuanya ingin memperolehi ‘A’ dalam matapelajaran yang diambil. Jumlah A adalah tanda kecemerlangan. makin banyak A menandakan kehebatan. Terbanyak A adalah keunggulan dan menjadi tumpuan puji-pujian. Maka semua pihak berhabis-habisan bagi memastikan calon yang bakal menduduki peperiksaan menggapai paling banyak A nanti…..hmmm alangkah teruknya pendidikan untuk peperiksaan semata.

Namun, kecemerlangan yang hanya dalam peperiksaan akan melahirkan manusia yang cerdik tetapi hidup dalam kegelapan. Cemerlang dalam peperiksaan bukanlah jaminan bahawa mereka adalah orang yang boleh diharapkan untuk menjadi contoh teladan. Suasana sekarang membuktikan bahawa ramai yang mampu cemerlang dalam hal pelajaran tetapi runtuh dari sudut sahsiah dan kepribadian. Seorang penceramah yang pernah datang untuk satu sesi ceramah di sekolah saya, pernah menggambarkan suasana kampus-kampus dan kolej pengajian tinggi di negara kita yang dihuni oleh pelajar-pelajar yang memiliki penampilan diri yang rendah. DDari soal berpakaian, berinteraksi dan berkelakuan ditempat awam jelas menunjukkan yang mereka seperti sudah hilang kewarasan.

Sebenarnya paling utama sebagai seorang pelajar, mereka mestilah berusaha mendapatkan keberkatan agar mampu benar-benar memperolehi kejayaan, kebahagiaan, kekuatan, kecemerlangan dan keredhaan. Pelajar yang memiliki ilmu yang penuh keberkatan akan memiliki sifat-sifat berwibawa, bertaqwa , menghormati guru dan ibu bapa. Menyayangi akan yang muda serta kuat bekerja untuk kebaikan ummah. Malah mereka amat istiqamah dalam ketaatan kepada perintah Allah dan mampu mengajak masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Kita dapat perhatikan dengan jelas bahawa pencapaian peperiksaan awam saban tahun semakin cemerlang. Peratus pencapaian “A” dalam mana-mana mata pelajaran sering saja menunjukkan peningkatan. Namun demikian, masalah keruntuhan moral juga saban tahun makin ketara. Jenayah dan kebejatan hidup manusia semakin buruk. Agak aneh kerana manusia semakin mencapai ketinggian ilmu tetapi semakin hilang adab dan tatasusila. Bukan saja ditempat awam , malah di institusi keimuan seperti kolej dan universiti juga memiliki pelajar yang rosak moral. Pelajar-pelajar sekolah sekarang ini ramai yang sudah sudah tidak memuliakan guru dan menghormati ibubapa. mahasiswa pusat pendidikan tinggi terlibat dengan pelbagai masalah sosial. inilah antara petanda bahawa pelajar sudah semakin hilang keberkatan ilmu.

Sebagai muslim, kita ingin cemerlang di dalam pelajaran, tapi biarlah kecemerlangan itu diiringi dengan keberkatan dari Allah taala. Manusia yang sekadar cemerlang dalam hal pelajaran tetapi tidak dihiasi dengan iman dan taqwa kepada Allah, adalah tanda-tanda manusia yang hilang keberkatan dalam menimba pelajaran.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-10-09 10:54


Alhamdulillah. Boleh tak anakanda tuliskan nama penoh siti fatimah dan berapa A dia dapat. Jadi thread ni kita jadikan rujukan kepada kepandaian anak Melayu Islam mencapai kelulusan tertinggi di negara ini.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.137507 saat. Lajunya....