Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: studiosmilesnyc
Hari Ini: 0
Semalam: 3
Jumlah Ahli: 43104

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
studiosmilesnyc: 20 jam, 42 minit yang lalu
dentistinhouston: 22 jam, 38 minit yang lalu
ezequielvince: 23 jam, 59 minit yang lalu
shanejohnson: 4 hari yang lalu
wadud: 9 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 27 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: UMNO nak tubuhkan Dewan Ulama


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» UMNO nak tubuhkan Dewan Ulama

Please Mendaftar To Post


Oleh UMNO nak tubuhkan Dewan Ulama

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 18:00


Jumaat Oktober 16, 2009
Wujudkan Dewan Ulama Umno

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Umno Pulau Pinang mencadangkan supaya parti itu menubuhkan Dewan Ulama Umno serta mempergiatkan usaha untuk mendekati golongan agamawan.

Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, langkah sedemikian perlu bagi memberi peranan yang khusus kepada golongan ulama Umno untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam.

"Kita perlu dekati golongan agamawan, kalau perlu, kita wujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.

Jelas beliau, ulama Umno boleh memainkan peranan dalam soal keagamaan kerana agensi-agensi agama rasmi sedia ada mengambil sikap 'jalan selamat' dengan enggan mengulas mengenai beberapa isu yang ditimbulkan.

"(Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul) Nik Aziz (Nik Mat) dah merapu, agensi agama rasmi pula ambil jalan selamat kerana tak mahu komen atau jawab beberapa isu, maka perlulah diwujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.

Selain itu, Shabudin juga mencadangkan agar Umno memanfaatkan media alternatif untuk mendekati rakyat.

------------------------------------------------------------------------------

Hmmm.... Dewan Ulama UMNO? Adakah UMNO akan mengiktiraf peranan ulama dalam pemerintahan negara sekarang ini? Mungkin telah timbul kesedaran dalam kalangan pimpinan UMNO akan peri pentingnya peranan ulama dalam pentadbiran. Mungkin satu masa nanti hukum Islam secara menyeluruh akan dilaksanakan di bumi 1Malaysia ini. Tetapi melihat kepada situasi yang sedang berlaku pada umno sekarang ini, mungkin lama lagilah impian itu akan tercapai.

Satu persoalan yang timbul. Apa niat sebenar UMNO ingin menubuhkan Dewan Ulama ini? Adakah benar-benar ingin memartabatkan Islam di negara ini ataupun sekadar ingin menarik sokongan pengundi lantaran kuatnya pengaruh ulama terhadap umat Islam Malaysia.

Timbul pula persoalan yang lain. Bagaimana dengan fungsi Biro Agama UMNO? Adakah akan dimansuhkan atau dikekalkan ataupun dinaiktaraf menjadi Dewan Ulama ini? Andai kata perkara ini menjadi realiti adakah suara ulama dalam UMNO akan didengari? Maaf kata tetapi hakikatnya sekarang ini golongan agamawan dalam UMNO kurang kedengaran suara mereka dalam isu-isu yang besar. Entahlah mungkin ana ni terlepas pandang agaknya. Mungkin ada dalam kalangan sahabat yang tahu akan peranan sebenar Biro Agama UMNO.

Adakah Dewan Ulama UMNO akan menandingi Dewan Ulama Pas? Bila diamati kata-kata Ustaz Shabudin Yahaya ternyata salah satu faktor utama penubuhan Dewan Ulama UMNO adalah sebagai suara 'terkuat' untuk membidas ulama-ulama Pas terutamanya Tuan Guru Nik Aziz disebabkan kurangnya suara agensi agama yang lain dalam membidas kata-kata TGNA yang dianggap menyeleweng. Entahlah, politik ni macam-macam.

Apapun ana cuba jugak bersangka baik akan idea penubuhan Dewan Ulama UMNO. Semoga akan muncul ulama-ulama dalam UMNO yang berani menegur pemerintah. Janganlah cadangan ini sekadar bermain di mulut sahaja.

almashoori- Siapalah agaknya ulama UMNO yang berani menegur sesiapa sahaja termasuk pemerintah. Adakah akan berulangnya sejarah di mana ramainya golongan agamawan dalam UMNO keluar parti untuk menubuhkan Pas?


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 21:18


bagus juga..adakan dewan ulama' umno..ana harap perkara pertama dia buat..betulkan tudung Shahrizat Jalil Ketua Wanita Umno..biar tutup semua..kemudian isteri PM supaya tutup kepala tu...dan isteri 2 bekas PM yang masih hidup supaya taat kepada perintah Allah..

yang kedua...tolong pesan kepada pimpinan UMNO supaya melaksanakan Islam secara Kaafah (sempurna) dan bukan tebuk2..ws


-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 21:54


tak perlu sebab umno memang langgar ulama pun.PAS pun asalnya dari dewan ulama umno juga yang mana mereka keluar dan membentuk PAS.......


bak kata TGNA-------->pergi jahanam umno!!!!!


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 425
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 22:07


baguslah kalau dah ada niat macam itu.... nampaknya seruan setiap golongan untuk kembali kepada Islam makin mendapat perhatian orang yang selama ini dilihat sekular....

Harapnya juga depa itu benar-benar ikhlas untuk menerapkan islam dalam parti cap keris itu.....


-----------------
AL-FIRQATU AN NAAJIAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 20:11


mereka dah minta kebenaran dari si tua yang akhirnya mengaku zalim pada polan bin si polan tu????


.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 22:13


salam alaik..
melihatkan pelbagai halatuju dan manhaj telah dikeluarkan oleh umno.
waahh.. semangat sungguh pesiden melaungkan kalam dalam dewan tu.
em.. UMNO tubuhkn dewan ulamak..

tampak dah meningkatkn isti'ab dakwah...ehhee..
wehdatul fiq...wehdatul ilm.. dll.

agak-agak.. penubuhan dewan ulamak umno DUU ni..
untuk apa ye? erm.. cuba memikirkan hala tuju mereka yang
adakah untuk menandingi.. mengatasi..me.me...

status thingking.... ("?)


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 22:20


apa kata kita buat pencalonan nak tak?

boleh calonkan pemimpin, usul menyokong...hehehe

saya cadangkan..........


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 22:24


Pada 17-10-09 22:20 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

apa kata kita buat pencalonan nak tak?

boleh calonkan pemimpin, usul menyokong...hehehe

saya cadangkan..........




tu anda cadangkan tapi si tua dalam gambar yang saya post tu bagi ke tak?????tu kan parti dia punya versi :-D :-D


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 11:53


Islam Tulen Boleh Selamatkan Umno

Disiarkan pada Oct 04, 2009 dalam kategori Dakwah |

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin



Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih dahulu akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.



Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.



Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.



Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)

    “Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!

Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.

Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.

Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.




Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.




Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka sama ada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:

    “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya. Aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

sumber: http://drmaza.com/home/?p=738


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 12:04


hanya wait dan c ... pastinye ada hikmah .. agenda ... udang ... ?


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 12:15


Benda ni isu lama...Cadangan ni dah wujud masa zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor lagi...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 12:17


Pada 18-10-09 12:15 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Benda ni isu lama...Cadangan ni dah wujud masa zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor lagi...



cadangan hanya tinggal cadangan...
janji hanya tinggal janji....


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

ibnushahabudin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.10.2009
Ahli No: 37618
Posting: 35

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 19:35


Assalamualaikum,

bersangka baik saja lah kawan-kawan. kita tengok keberkesanan dewan ini. Andai kata dewan ulama UMNO ni mampu memberi hujah dan memperjuangkan ISLAM, automatic dengan sendiri nya mereka mampu menilai mana yang hak dan yang batil. akhirnya semua akan kembali kepada Islam juga. Moga cita-cita nak tegakkan hukum Allah kat malaysia ni tercapai, wallahuAlam...


-----------------
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta...


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnushahabudinProfil   Hantar PM kepada ibnushahabudin   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 19-10-09 10:03


Pada 17-10-09 22:13 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!

salam alaik..
melihatkan pelbagai halatuju dan manhaj telah dikeluarkan oleh umno.
waahh.. semangat sungguh pesiden melaungkan kalam dalam dewan tu.
em.. UMNO tubuhkn dewan ulamak..

tampak dah meningkatkn isti'ab dakwah...ehhee..
wehdatul fiq...wehdatul ilm.. dll.

agak-agak.. penubuhan dewan ulamak umno DUU ni..
untuk apa ye? erm.. cuba memikirkan hala tuju mereka yang
adakah untuk menandingi.. mengatasi..me.me...

status thingking.... ("?)


betul seperti cik shida katakan tu.. umno masih tak ada hala tuju, masih lagi carca merba...rakyat dah mula bangkit masa PRU12 baru sibuk balik nak tawan hati rakyt.. habis selama ni mereka buat apa?? tidur??
cuba tengok setiap kali phimpunan mereka saja macam-macam laungan yang bsemangat untuk bangsa dan agama tapi semua tu masa tu saja habis phimpunan tu habis semua saja.. sejauh mana mereka dapat mertabatkan bangsa melayu dan agama Islam. dah 52 tahun memerintah pun tak boleh menaikkan taraf bangsa dan agama.. nak berapa tahun lagi baru tercapai ???? ni nak tubuh dewan Ulama umno pula, bagus bukan tak bagus, cuma betulkan dulu MT2 tu ikut tuntutan ajaran islam .....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-10-09 11:52


saya bersetuju dengan pandangan Dr Maza...UMNO kena kuatkan semula program islamisasi mereka demi rakyat .


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 31-10-09 23:29


kalau betul...oklah untuk berubah. mulakan satu persatu then terus jalankan ISLAM (guna semua saluran yang Melayu kuasai untuk aktiviti dakwah) amien Ya ALLAH.


-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 01-11-09 09:39


umno hanya layak pergi ke liang lahad saja hahahahahahahaha

tak pun tinggal di guantanamo bay cuba tu...banyak sel kosong boleh pakai untuk pimpinan umno


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-11-09 14:26


salam...saya setuju sangat UMNO nak tubuhkan dewan ulama'. tapi biar lah dewan ulama' yang di tubuhkan tu benar-benar berfungsi . tak nak nanti ahli dewan ulama' di isi ulama yang cintakan dunia. ISLAM way of life...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-11-09 21:20


bukan demi rakyat tetapi demi Islam yang tercinta...الأسلام يعلو ولا يعلى عليه


-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-11-09 22:50


Pada 01-11-09 14:26 , faried posting:

!!! QUOTE !!!

salam...saya setuju sangat UMNO nak tubuhkan dewan ulama'. tapi biar lah dewan ulama' yang di tubuhkan tu benar-benar berfungsi . tak nak nanti ahli dewan ulama' di isi ulama yang cintakan dunia. ISLAM way of life...




ya, guna saluran dan buat sebetul2 nya...insya-ALLAH

---Rasulullah S.A.W bersabda: Barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran, di ubah dengan tangannya, apabila tidak kuasa (mampu) ubahlah dengan lidahnya, jika tidak kuasa ubahlah dengan hati. Demikian itu adalah selemah2 iman. (riwayat Muslim) Moga saya yang bercakap hari ini akan ikut Ad Din ISLAM seluruhnya insya-ALLAH. Sebarkan......


-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 02-11-09 19:37


UMNO hanya mahu tubuhkan dewan ulama diketuai oleh macam calon yang sepak peti undi tu haahahahahahahaha


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 02-11-09 19:43


INIlah yang disebut.."menggunakan islam untuk politik.."


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-11-09 21:17


DEWAN ULAMA'????
LOGIK ke untuk UMNO?


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-11-09 23:07


Pada 02-11-09 21:17 , mdfakhri posting:

!!! QUOTE !!!

DEWAN ULAMA'????
LOGIK ke untuk UMNO?



jangan cakap macam tu. kot2 ada usaha, insya-ALLAH sempat bertaubat lagi

Moga penulis ini sihat dan kekal dalam ISLAM insya-ALLAH. Amien Ya ALLAH


-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-11-09 19:43


UMNO hanya tubuhkan dewan ULARMAK UMNO hahahahahaha


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 16:54


Pada 02-11-09 23:07 , gezerg posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-11-09 21:17 , mdfakhri posting:

!!! QUOTE !!!

DEWAN ULAMA'????
LOGIK ke untuk UMNO?



jangan cakap macam tu. kot2 ada usaha, insya-ALLAH sempat bertaubat lagi

Moga penulis ini sihat dan kekal dalam ISLAM insya-ALLAH. Amien Ya ALLAH



ok,Kalau ada usaha,bagus lah...sekarang ada ke org yang mampu nak ubah tu semua?ulama kat dalam umno?
bekas imam ustz firdaus,ustazah mashitah?
Kalau ada,Alhamdulillah,.,saya sokong....350%


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 06-11-09 08:52


hmmm...

kalau dapat ajak Dr Mohd Asri Zainal Abidin lagi power.
Beliau ada banyak dalil untuk menyatakan ini pemerintahan Islam Sunni yang sah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 06-11-09 09:35


macamana pulak dengan ustaz Hakim pula ek..kalau da masuk joint Dewan Ulama Umno.. Insya Allah dia akan dapat menerapkan sistem khalifah didalam UMNO sedikit demi sedikit..Insya Allah...


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 06-11-09 09:54


ustaz asri saya rasa takkan join umno sebab umno adalah


UMNO--------------->UNTUK MANUSIA NO OTAK

hahahahahahaha


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-11-09 12:22


untuk manusia no otak..hahaha..lucu kamu..tapi biarkan lah mereka buat dewan ulama..org pas tak perlu risaupun..

Allah akan tunjukkan juga akhirnya,,org yang menggunakan islam untuk tujuan mendapatkan kepentingan sendiri PASTI akan hancur..

PAS pun,,kalau ahlinya ada yang mahu mendapatkan kepentingan diri sendiri sahaja pun pasti akan di hancurkan oleh Allah swt..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 07-11-09 12:29


Pada 07-11-09 12:22 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

untuk manusia no otak..hahaha..lucu kamu..tapi biarkan lah mereka buat dewan ulama..org pas tak perlu risaupun..

Allah akan tunjukkan juga akhirnya,,org yang menggunakan islam untuk tujuan mendapatkan kepentingan sendiri PASTI akan hancur..

PAS pun,,kalau ahlinya ada yang mahu mendapatkan kepentingan diri sendiri sahaja pun pasti akan di hancurkan oleh Allah swt..



acok....PAS ni asalanya dari dewan ulama UMNO tapi lihat apa jadi pada PAS??????kena tendang macam anjing kurap saja.......TGNA sampai sekarang saya lihat masih marah dengan tindakan UMNO tu.....


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-12-09 02:15


Pada 02-11-09 19:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

UMNO hanya mahu tubuhkan dewan ulama diketuai oleh macam calon yang sepak peti undi tu haahahahahahahaha



Assalamualaikum

Bagi saya pula saudaraku rashdin, apabila ditubuhkan saja dewan ulama' UMNO, saya harapkan ulama'2 UMNO ini bangun dan menggesa kerajaan UMNO terapkan syariat Islam 100%, tukarkan sistem demokrasi dengan sistem pemerintahan Islam, bubarkan parlimen..Kerajaan haramkan parti2 yang berideologi selain daripada Islam..

Mampukah dewan ulama UMNO berbuat seruan demikian? :lol:


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-12-09 02:21


Pada 06-11-09 09:35 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

macamana pulak dengan ustaz Hakim pula ek..kalau da masuk joint Dewan Ulama Umno.. Insya Allah dia akan dapat menerapkan sistem khalifah didalam UMNO sedikit demi sedikit..Insya Allah...



Ustaz Hakim taknak masuk UMno kalau nak terapkan sistem khilafah dalam UMNO sikit demi sikit..

Ustaz Hakim dan anak-anak buahnya mahukan perubahan secara taghyir iaitu merubah segala hukum kufur yang ada secara menyeluruh..bukan secara tadarruj iaitu sedikit demi sedikit..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

cendana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2008
Ahli No: 34379
Posting: 184

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-12-09 14:42


setuju pada yang hak dan benar sahaja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cendanaProfil   Hantar PM kepada cendana   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.15373 saat. Lajunya....