Oleh |
Puasa Sunat Enam Syawal |
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 13-10-09 08:07
Dari sudut hukum, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan tidak salah melakukan puasa sunat Syawal dahulu dan di ikuti dengan qadho' puasa Ramadhan, dengan merujuk kepada hadith A'isyah ra. yang mengqadho' puasa apabila masuknya bulan saya'baan yang akan datang (hadith Mutafaq a'alaih, al-Lu'lu' wal Marjan #703). syeikh Ibn Utsaimin rh (Mumthi', 6/448) juga berpendapat demikian kerana surah al-Baqarah ayat 185 hanya menyatakan bagi mereka yang sakit, atau bermusafir dan sebagainya, hendaklah mengqadho' dihari-hari lain, dan tidak mengatakan'perlu dibuat dengan serta merta'. Syeikh al-Qaradhawi menjelaskan bahawa beliau memilih pandangan yang mengatakan eloklah diqadho' puasa Ramadhan dahulu dengan alasan tidak ada orang yang hidup ini dijamin umurnya. Mereka boleh sakit dan mati bila-bila sahaja. Orang yang kuat tiba-tiba sahaja boleh menjadi lemah atau tidak berupaya! Cuma, bagi wanita yang mempunyai masalah haid yang panjang, yang tidak mungkin dapat melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal jika dia perlu mengqadho' dahulu, Syeikh Ibn Utsaimin rh (majmu' Fataawa Ibn Utsaimin, 20/19) mengatakan dia dibenar mendahulukan puasa enam dan dikuti dengan qadho' puasa Ramadhan di hari-hari yang lain. Kita masih ada masa lagi untuk menunaikan puasa sunat di bulan Syawal. Ayoh kita berpuasa! Sedikit sebanyak dapat juga menampal-nampal puasa Ramadhan yang tidak dapat lari dari pelbagai kekurangan. http://kaminms.blogspot.com/2006/11/yang-mana-satu-nak-buat-puasa-sunat.html-----------------
|
ummi_aisyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.02.2007 Ahli No: 28798
Posting: 103
Dari: Tawau
|
Posting pada: 13-10-09 13:35
tak boleh ke buat sekali harung,,, sunat syawal dengan qada'? niat 2 dalam 1 ----------------- Tak Kan Islam Hilang Di Dunia...
|