Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 201
Ahli: 0
Jumlah: 201




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

Please Mendaftar To Post


Oleh AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 14:15


Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk main yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda lah...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi lah nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, Kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga saja? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah lah hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh saja. tak mengapa, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan lah terlepas begitu saja.." rungut si gadis

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”

Sekian

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 14:33


hm...kreatif.....lagi berhikmah....:berfikir:....i like....:)


-----------------
Pinky: what are we going to do tonite Brain??
Brain: same thing that we do everynite Pinky, trying to take over the world!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

api
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.10.2009
Ahli No: 37576
Posting: 48
Dari: Bandaraya ISLAM

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-10-09 22:34


Salam..

Memang seorang ustaz yang bijaksana. banyak pengajaran yang diperolehi melalui kisah ini.
peace...


-----------------
membangun bersama ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For apiProfil   Hantar PM kepada api   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 07-10-09 22:38


alangkah baiknya andai saya dapat menyusun kata menjadi ungkapan yang penuh hikmah seperti ustaz tu..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-10-09 01:19


Pada 07-10-09 22:38 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

alangkah baiknya andai saya dapat menyusun kata menjadi ungkapan yang penuh hikmah seperti ustaz tu..



saya setuju
alangkah bagus nya..
:-D :-D :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

nizam_maniz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.02.2008
Ahli No: 32740
Posting: 65
Dari: S'gOr-terGaNu-M'kA

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-10-09 13:06


kata-kata penuh hikmah dan teladan..

semoga kita dapat sama-sama fikir dan hayati kisah ini sebaik mungkin..

segala apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah..


-----------------
...'Fitrah yang murni ia tidak membohongi kita, ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran, tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan'...


Bookmark and Share

    


  Member Information For nizam_manizProfil   Hantar PM kepada nizam_maniz   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 08-10-09 15:34


cool nya ustaz tu nya jawapan..hohoho


-----------------
Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu?
Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-10-09 18:07


jawapan camnilah yang boleh mematahkan hujah wanita-wanita yang masih berdegil dan suka membahaskan tentang kewajipan memakai tudung..
bagus2 ustaz ni!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-10-09 13:11


kadang kala ana pun berdepan orang-orang macam ni....kena jawab logik akal

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114175 saat. Lajunya....