|
Login
|
|
|
|
Mutiara Kata
|
|
|
|
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda -- Kata Bijaksana
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 109
Ahli: 0
Jumlah: 109
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
Isu dan Ehwal Semasa Topik: Malaysia akan miliki pasukan F1 sendiri
Carian Forum
Oleh |
Malaysia akan miliki pasukan F1 sendiri |
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 16-09-09 13:34
PUTRAJAYA 15 Sept. – Pasukan Formula Satu (F1)-1Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya akan beraksi dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa mulai tahun depan. Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penubuhan pasukan itu hari ini berkata, pasukan 1Malaysia telah mendapat kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (nothing) untuk mengambil bahagian dalam semua kejohanan F1 di bawah persekutuan itu. Menurut Perdana Menteri, pasukan 1Malaysia merupakan pasukan berwajah negara kerana kereta yang digunakan akan direka, dibuat dan diuji di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). ‘‘Pelumbanya juga adalah rakyat Malaysia dan begitu juga dengan pasukan pitt stop. Pasukan ini merupakan hasil usahasama antara sektor awam dan swasta di mana ia menggabungkan Proton dan Lotus dengan disokong oleh SIC, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Kumpulan Naza serta AirAsia Berhad. ‘‘Pasukan ini turut mendapat sokongan daripada individu seperti sama Nasaruddin sama Nasimuddin (Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza), Datuk Seri Tony Fernandez (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia) dan Datuk Kamarudin Meranun (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia),” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan penubuhan pasukan F1-1Malaysia di Kementerian Kewangan di sini hari ini. Dalam pada itu, Najib melahirkan keyakinan beliau terhadap pasukan 1Malaysia dan mahu melihat lagu Negaraku berkumandang di litar-litar perlumbaan antarabangsa. Beliau berkata, pihak berkenaan akan menentukan peserta yang sesuai untuk menyertai pasukan 1Malaysia. ‘‘Kita bagaimanapun tidak boleh mencapai kemenangan dalam semalaman sahaja tetapi ia melalui kemajuan demi kemajuan. ‘‘Saya berharap lagu kebangsaan kita dapat didendangkan dalam medan perlumbaan,” katanya. Najib berkata, kerajaan melabur dalam pasukan 1Malaysia melalui Proton Holding Berhad dan menegaskan pelaburan itu bukan suatu pembaziran tetapi ia boleh membawa faedah kepada negara. ‘‘Tidak membazir, sebab ia melibatkan sektor swasta dan pasukan ini akan memberi pendedahan yang besar kepada Malaysia dan memberi manfaat kepada jenama Proton dan Lotus. ‘‘Ia bukan kegiatan sukan semata-mata tetapi ada unsur pemasaran jenama untuk Proton dan Malaysia serta rakan usahasama lain,” katanya. ----------------------------------------------------------- Di kala banyak pasukan elit dalam F1 sedang bergelut untuk kekal dalam saingan F1 tahun depan akibat daripada kemelut ekonomi yang melanda, Malaysia melalui Proton dengan tak semena-mena menongkah arus dengan menubuhkan pasukan F1nya sendiri. Apakah ini merupakan pelaburan yang bijak bagi Proton yang mampu memberikan pulangan yang lumayan atau satu lagi projek makan diri? -----------------
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 16-09-09 13:55
Sengal punya Najib. Kawan-kawan bayangkan, jika Khilafah tertegak. Adakah kufar sanggup lagi gila F1, EPL, GP, Olimpik? Sedangkan khilafah dengan misinya untuk menyebarkan Islam ke seluruh dunia dan bakal menumbangkan segala kuasa besar tersebut?
|
marul
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban
|
Posting pada: 16-09-09 14:06
rakyat di dahulukan untuk kesengsaraan.. pencapaian untuk menaikkan nama mereka diutamakan.. ----------------- ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 16-09-09 14:08
Pada 16-09-09 13:34 , Al-Mashoori posting:!!! QUOTE !!!
-----------------------------------------------------------
Di kala banyak pasukan elit dalam F1 sedang bergelut untuk kekal dalam saingan F1 tahun depan akibat daripada kemelut ekonomi yang melanda, Malaysia melalui Proton dengan tak semena-mena menongkah arus dengan menubuhkan pasukan F1nya sendiri. Apakah ini merupakan pelaburan yang bijak bagi Proton yang mampu memberikan pulangan yang lumayan atau satu lagi projek makan diri?
.. setiap perkara pasti akan ada baik dan buruknya.. jadi aku berharap projek ini akan lebih membawa kebaikan.. InsyaALLAH..
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 16-09-09 15:24
only one words can i say......MEMBAZIR!!!!!!!!
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 16-09-09 16:07
aku setuju macam kakisamun katakan..ada baik buruknya... cuba kita renungkan kembali.. - ketika cadangan membina jambatan pulau pinang hendak dibuat..itu dikatakan projek membazir.. hasilnya sekarang ? - KLCC dibina dikatakan membazirkan wnag rakyat dan petronas... apa yang berlaku sekarang?? - Putrajaya projek mega yang dikatakan mentekedarah duit rakyat... anda sudah lihat sendiri hasilnya.. - KLIA, Menara KL... stadium bukit jalil.... dll... ada baik buruknya.. ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 16-09-09 16:27
Jika baik dan buruk dinilai dari banyak atau sikit faedah/manfaat yang diperoleh, maka itu adalah cara berfikir kapitalisme sekular. Tetapi, jika baik dan buruk di nilai dari neraca syara', barulah ia cara berfikir Islam. Jadi, apakah anda faham pandangan Islam tentang F1? Jika kita tak jelas pandangan Islam tentang F1, maka kemungkinan besar kita akan menilai F1 dengan neraca sekular, sama seperti Najib.
|
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 16-09-09 22:05
Fakta menarik yang mesti dibaca... Max Mosley, President International Automobile Federation (nothing), pembiayaan bagi setiap pasukan F1 untuk setahun adalah dalam lingkungan Pound Sterling 300 juta (lebih kurang RM1.7 billion kalau ikut nilai matawang terkini).
Berikutan kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Beberapa pengeluar kereta yang menyertai F1 telah mengisytiharkan keluar daripada pertandingan Sirkit F1. HONDA Honda, salah satu dari pembuat kereta gergasi di dunia sudah pun menarik diri dari lumba kereta Formula One (F1) kerana kos penyertaan yang semakin tinggi dan keadaan ekonomi dunia yang diambang kegawatan. BMW BMW mengumumkan menarik diri daripada Sirkit F1 pada penghujung 2009. BMW juga tidak lagi terlibat untuk membekal enjin F1. "Sudah tentu ini merupakan keputusan yang sukar. Tapi ini langkah penyelesaian demi stategi penstrukturan semula syarikat", kata CEO BMW Norbert Reithofer. PROTON Ditanya berhubung jumlah bajet tersebut dan pelaburan kerajaan, Najib berkata: "Pelaburan kerajaan Malaysia adalah melalui Proton." Beliau menyifatkan projek tersebut tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar kepada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu. -----------------
|
hajime_kindaichi
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 28-09-09 14:45
wait and see saja.. kalau berbaloi maybe akan kekal sehingga ke akhir musim, dan kalau tak berbaloi berkubur lah ditengah jalan.. kita mendoakan yang terbaik
|
marul
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban
|
Posting pada: 28-09-09 14:56
umat islam akan terus leka dan dilambung oleh ombak2 pemikiran sekular.. Adakah perkara ini yang paling penting di saat umat islam sedang dan semakin di tindas?? Berapa banyak manusia yang memerlukan bantuan dari segi kewangan khusunya umat islam.Kemiskinan tegar yang kononnya 0 di Malaysia adalah sandiwara pemerintah semata-mata. ----------------- ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 28-09-09 22:18
daripada habiskan duit kepada perkara yang tidak perlu baik dahulukan slogan Pm baru ni rakyat di dahulukan bukan F1 di dahulukan..ramai lagi rakyat yang erlantaikan tanah dan berbumbungkan langit...kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang...kalau tak kais tak makan..ada yang makan siput bab.. jadi lauk...sedangkan depa makan d hotel2 mewah...apekehalnye...fikir-fikirkanlah..wahai pimpinan yang mengatakan diri bijaksana... ----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..
|
nizam_maniz
Warga 2 Bintang Menyertai: 27.02.2008 Ahli No: 32740
Posting: 65
Dari: S'gOr-terGaNu-M'kA
|
Posting pada: 29-09-09 09:02
Salam.. kalau tak silap, dulu pun ada team F1 yang ditaja oleh Proton.. masa tu Alex Yoong yang jadi driver nya.. itupun rasanya, sekejap saja, rasa-rasanya semusim saja agaknya.. dan ujian masa kelayakan pun tak lepas.. lepas tu pulak ada A1 GP.. dalam A1 GP, Malaysia pun ada team jugak.. Kenapa tak gunakan A1 GP untuk promosikan Malaysia.. tak perlu rasanya nak cari kaedah yang membazir, buat sesuatu yang bermanfaat untuk semua.. fikir fikir kan.. Wallahu a'lam.. ----------------- ...'Fitrah yang murni ia tidak membohongi kita, ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran, tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan'...
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 29-09-09 09:52
Pada 29-09-09 09:02 , nizam_maniz posting:!!! QUOTE !!! Salam..
kalau tak silap, dulu pun ada team F1 yang ditaja oleh Proton.. masa tu Alex Yoong yang jadi driver nya.. itupun rasanya, sekejap saja, rasa-rasanya semusim saja agaknya.. dan ujian masa kelayakan pun tak lepas.. lepas tu pulak ada A1 GP.. dalam A1 GP, Malaysia pun ada team jugak.. Kenapa tak gunakan A1 GP untuk promosikan Malaysia.. tak perlu rasanya nak cari kaedah yang membazir, buat sesuatu yang bermanfaat untuk semua..
fikir fikir kan..
Wallahu a'lam..
Sebagai seorang yang meminati sukan F1, saya tertarik dengan topik sebegini. Malangnya, topik penubuhan pasukan F1 dipandang serong dan direndah-rendahkan oleh rakyatnya sendiri walhal jika dilihat di negara lain, adalah satu kebanggaan apabila ada pasukan dari negara mereka atau ada pemandu dari negara mereka. Ramai rakyat khususnya penulis di forum-forum seperti ini hanya pandai mengkritik dan mencipta teori yang semata-mata untuk menjatuhkan usaha kerajaan. Bila sudah namanya 'benci kerajaan', apa sahaja yang nak dibuat kerajaan akan sentiasa ditentang tanpa sempat mengkaji dan meneliti tujuan sesuatu keputusan itu dibuat. Kebanyakan tukang tulis dan tukang komen ini hanya terikut-ikut dengan pendirian pembangkang tanpa memikirkan pendirian diri sendiri. Untuk hal ini, saya lebih ke arah pendirian diri sendiri. Masa ini, boleh dikatakan 100% pihak tidak sealiran dengan kerajaan khususnya parti pembangkang mengkondem habis habisan berkaitan penubuhan pasukan F1 dari Malaysia. Sukan F1 adalah sukan yang berprofail tinggi. F1 adalah sukan yang paling mahal dalam dunia. Saya mula mengenali dan mengikuti perkembangan F1 semasa saya di tingkatan 4. Waktu itu, pasukan kegemaran saya adalah Sauber Petronas. Pemandunya adalah Pedro Diniz dan Mika Salo. Kenapa saya minat F1? Satu sahaja sebab, iaitu kerana ada Petronas di F1. Bangga! Walaupun hanya penaja. Dan Sauber Petronas juga berjaya melahirkan pemandu yang hebat seperti Kimi Raikoonen dan Felipe Massa. Kimi Raikkonen berhijrah ke McLaren dan kemudian ke Ferrari. Kerajaan Malaysia cuba untuk memasukkan senarai pemandu F1 dari kalangan pemandu pasukan F1. Kerajaan cuba untuk berbaik-baik dengan Sauber Petronas tetapi tak boleh. Akhirnya, kerajaan bekerjasama dengan pasukan Minardi untuk menempatkan pemandu Malaysia Alex Yoong sebagai pemandunya. Waktu itu Alex Yoong bergandingan bersama Mark Webber. Sebagai timbal balik, kerajaan Malaysia berusaha untuk membawa penaja yang besar dan banyak kepada Minardi dengan syarat Alex Yoong dijadikan pemandu. Antara penaja besar yang menaja Alex Yoong dan pasukan Minardi adalah GO KL dan Magnum. Tapi di hujung musim, Alex Yoong direhatkan. Alex Yoong masih tak boleh menserasikan dirinya bersama F1. Penubuhan Pasukan Lotus F1 Team yang dimiliki syarikat 1Malaysia F1 Team Sdn Bhd ini merupakan berita gembira buat penggemar F1 di Malaysia. Tujuannya, bagi menarik minat rakyat malaysia terhadap F1. Di samping itu, sebagai menarik penaja menaja pasukan Malaysia yang sudah tentu harga tajaan tidak semahal pasukan elit yang lain. Diakui kos untuk menyertai F1 sangat mahal. Disebabkan itu, dapat dilihat pengurangan kos untuk penubuhan pasukan ini. Antaranya seperti pemilihan enjin Cosworth sebagai enjin pasukan. Enjin Cosworth pernah digunakan oleh pasukan Minardi dan prestasinya kurang memuaskan. Mungkin disebabkan kos yang agak murah, maka enjin ini dpilih. Untuk pengetahuan nizam_maniz, proton tidak pernah menaja pasukan F1. Proton hanya menaja pasukan A1 GP. -----------------
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 29-09-09 10:10
Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasul, kita wajib meletakkan setiap pemikiran dan tindakan kita berasaskan hukum syara', bukan selainnya. Dalam isu team F1 1Malaysia ini sebagai contoh, kita tidak boleh menjadikan minat terhadap F1 atau pulangan material/non material sebagai ukuran. Tetapi kita wajib melatakkan Al Quran dan Sunnah sebagai asas pandangan kita, tiada selainnya. Mungkin ada pihak yang menyatakan, dalam Al Quran dan Sunnah tiada menyebut tentang F1, maka ia diperbolehkan. Kemudian mungkin ada yang menjadikan pambangunan teknologi sebagai dalil Islam menyokong kemajuan. Pandangan tersebut jelas keliru. Untuk membahaskannya, terlebih dahulu kita wajib mengetahui dasar dalam dan luar negara Daulah Islamiah. Kita akan lihat dari Af'al rasul dan khalifah arrasyidah, bahawa dasar dalam negara adalah penerapan hukum Islam dan dsar luar negara adalah dakwah dan jihad. Pembangunan teknologi jentera adalah untuk merealisasikan dasar ini, bukan sebagai satu bentuk sukan komersil yang diselebungi budaya hidup hedonisme, perjudian, arak dan sebagainya. Berfikirlah dengan neraca Iman dan Islam.
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 29-09-09 11:39
tahniah buat negara dengan p kembgn terbaru ni... ada baik dan buruk dalam sesuatu perkara. tapi satu kemungkinan yang ada harga kereta proton akan naik walaupun kualiti lebih teruk dari kereta kluaran china bagi nak dapat dana untuk F1...
|
marul
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban
|
Posting pada: 29-09-09 13:39
bukan hanya satu kemungkinan,tapi berbagai kemungkinan dan perkara negatif yang akan dimuntahkan oleh projek/isu ini. Sudahlah berlaku pembaziran, di bawa pula cara hidup barat untuk terus melalaikan umat islam. Ditambah dengan helah2 perjudian dan minuman keras.. Sudah cukup bangga dengan nama negara yang kononnya "Negara Islam", ambil dan serap semua cara hidup barat untuk santapan rohani pemuda-pemudi islam di negara ini. Jangan kita keliru, islam tidak melarang kemajuan teknologi,tapi perlu selari dengan landasan dan batas-batas syara'. ----------------- ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 29-09-09 22:17
ana setuju...jangan dengan sebab minat kita sokong 100%...cuba bayangkan kos2 yang akan d tanggung bagi setiap pertandingan dan lain-lain lagi..nak bagi gaji lagi..entah apa-apa lagi...semuanya menelan kos yang amat2 tinggi..sedangkan ekonomi masih rendah walaupun di canangkan pertumbuhan ekonomi dah ada tapi mana buktinya???rakyat patut di dahulukan...makan minum depa..tempat tinggal depa..fikirlah. ----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 29-09-09 23:38
ok juga kalau dapat peluang pekerjaan.. banyak jawatan kosong akan wujud..hatta makcik kliner sekali pun.. kan ke rakyat didahulukan tu? dapat pendapatan untuk tampung makan minum dan tempat tinggal... takkan nak dahulukan rakyat tahap suapkan makanan ke mulut rakyat terus.. baik pak menteri beli kereta F1 lepas tu bawa sendiri pusing2 kampung..baru betul rakyat disepak merata2 kalau begitu... hehehe
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 30-09-09 06:59
mimi_eniliana memang betul tu..tapi kalau nak bagi pandangan biar lah kena dengan realiti rakyat negara...makcik kliner kalau malaysia tak masuk F! pun depadah ada kerja d sepang tu..peluang pekerjaan apa yang dimaksudkna??sedangkan rakyat terpinggir...saya tak kata kena suapkan depa..tapi cubalah dana yang ada yang hendak d salurkan pada F1 tu..berikan kepada rakyt jelata..kecualilah enti pun sejenis dengan pemimpin yang suka berlagak dengan duit rakyat.. ----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..
|
adieq85
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.08.2008 Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi
|
Posting pada: 30-09-09 07:24
setiap yang berlaku tu pasti ada baik & buruknya..jangan hanya memandang yang buruk hingga abaikan yang baik..mungkin yang baik tu akan mendatangkan manfaat pada negara..memang lah nampak membazir juga masuk F1..kos tinggi..duit yang banyak dilaburkan tu boleh jugala membangunkan tempat2 yang kurang maju ke..membantu rakyat malaysia yang susah ke..lagi bagus..tapi mungkin juga akan mendatangkan untung besar pada negara ke..jualan proton dan lotus meningkat ke..kan bagus untuk ekonomi negara tu.. -----------------
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 30-09-09 09:16
saya suka cara adieq berfikir.. kerana beliau berfikir bukan hanya terhadap isu.. tapi berfikir sebagai tuan punya akal sendiri... tidak dapat di nafikan .... ada keburukan, tapi apa untungnya bergedebak gedebuk menyuarakan keburukan andai seinci pun tak mampu nak ubahkan apa-apa? walaubagai mana pun untuk pak syed, saya tak berminat lah pulak nak berbahas dengan jenis orang seperti anda ni kerana ini !!! QUOTE !!! kecualilah enti pun sejenis dengan pemimpin yang suka berlagak dengan duit rakyat.. sudah boleh menunjukkan kepada semua tahap pemikiran anda renung2kan dan selamat berfikir serta beramal..
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 30-09-09 10:31
memang tak dapat dinafikan.pada awalnya untuk memulakan sesuatu modal akan dikeluarkan untuk research and development... cuba byangkan kalau perkara tersebut merugikan... Kenapa masih wujud lagi pasukan Ferrari, Mc Laren, Honda dan lenlain lagi tu.. tau tak untuk sebuah kereta lumba F1.. berapa juta sponsor yang diterima.. semasa pertandingan F1 diadakan.. apa yang saya pernah baca.. untuk meletakkan satu sticker yang size separuh kertas A4 saja mencecah harga RM 1 juta.. kat kereta F1 berapa banyak sponsor yang boleh diterima untuk banner, papan iklan dikeliling track.... banyak tu beb.. ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 30-09-09 11:08
Pada 30-09-09 07:24 , adieq85 posting:!!! QUOTE !!! setiap yang berlaku tu pasti ada baik & buruknya..jangan hanya memandang yang buruk hingga abaikan yang baik..mungkin yang baik tu akan mendatangkan manfaat pada negara..memang lah nampak membazir juga masuk F1..kos tinggi..duit yang banyak dilaburkan tu boleh jugala membangunkan tempat2 yang kurang maju ke..membantu rakyat malaysia yang susah ke..lagi bagus..tapi mungkin juga akan mendatangkan untung besar pada negara ke..jualan proton dan lotus meningkat ke..kan bagus untuk ekonomi negara tu..
Antara kebaikannya ialah Malaysia F1 memilih UTM sebagai rakan research untuk membangunkan industri automotif/aeronautik termahal ini. Sebagai bekas pelajar. Aku turut merakamkan skalung tahniah kepada UTM.
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 30-09-09 11:55
Pada 30-09-09 11:08 , hafeezzul posting:Antara kebaikannya ialah Malaysia F1 memilih UTM sebagai rakan research untuk membangunkan industri automotif/aeronautik termahal ini. Sebagai bekas pelajar. Aku turut merakamkan skalung tahniah kepada UTM. itu lah kebaikan yang aku nampak setakat ini....dan amat bersetuju dengan saudara hafeezul... -----------------
|
alhikam
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.09.2007 Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal
|
Posting pada: 30-09-09 12:15
kerajaan Malaysia terlalu memikirkan nama dan kemegahan sebelum memulakan dari bawah . Kita memang tak nafikan bahawa sesuatu benda yang dilakukan hasilnya sama ada jangka masa pendek atau panjang . Sebelum itu , saya mintalah dari sebahagian forumer janganlah bila kita membantah maka dikata pembangkang . Dan satu lagi untuk pengetahuan , PAS tak pernah membantah pembinaan jambatan PULAU PINANG seperti diwarwarkan oleh UMNO . PAS hanya mempersoalkan pemberian kontrak dan kos pelaksanaan serta kutipan tol di situ . Bila pula ada pimpinan PAS yang mengatakan tak perlu jambatan . Berkenaan dengan F1 , cuba selidiki syarikat kereta yang menyertai ..adakah mereka memasuki F1 dengan ihsan kerajaan mereka ? Adakah ferrari dibantu kerajaan Jerman ? Honda dibantu kerajaan Jepun ? Itu yang sepatutnya kita bezakan . Memang kita akan katakan ada penajaan . Tapi penajaan yang disuruh oleh kerajaan . Dah keluar statment yang kerajaan akan minta petronas untuk menaja team ini . kos pula mari sama-sama kita lihat ; The Price of Formula 1 Written by Josh Katinger · February 28, 2004 I was having a conversation over drinks with some friends the other night and we got on the subject of F1 budgets. We were wondering how many NEXTEL Cup cars could be run on an F1 budget. Coincidentally I received the info below in an email a day or so later. Mind you, they are 2003 estimates, but I think they are fascinating none the less. If the estimates that Roush was asking anywhere from $12-$15 million to sponsor Jeff Burton’s #99 ride, then I guess you could run about 30 NEXTEL Cup cars for a year on Ferrari’s budget alone… F1 Magazine 2003 budgets (Keep in mind these are 2003 figures) F1 Magazine ran an article in March 2003 in which they admitted that no accurate figures were available due to the secretive nature of the business. However, they said that they had “nagged and cajoled dozens of key team personnel to reveal the odd titbit, after which cross-checked and analysed findings, then pieced together what believe is the most comprehensive, definitive and accurate guide to F1 costs ever published”. The results are further broken out into 10 spending categories: Total $2,141,100,000 $443,800,000 Ferrari $353,300,000 Williams $304,600,000 McLaren $290,400,000 Toyota $225,100,000 BAR $206,800,000 Renault $119,500,000 Sauber $ 79,200,000 Jordan $ 78,800,000 Jaguar $ 39,600,000 Minardi Engine budgets $931,000,000 $185,000,000 Williams $175,000,000 Ferrari $150,000,000 Toyota $140,000,000 McLaren $110,000,000 Renault $105,000,000 BAR $ 24,000,000 Sauber $ 18,000,000 Jordan $ 15,000,000 Minardi $ 9,000,000 Jaguar Operating the cars at tests $260,800,000 $88,000,000 Ferrari $48,000,000 Williams $29,100,000 McLaren $24,700,000 Toyota $22,000,000 BAR $19,800,000 Sauber $14,600,000 Renault $ 7,500,000 Jaguar $ 3,700,000 Jordan $ 3,400,000 Minardi Team salaries $194,000,000 $41,400,000 Ferrari $32,300,000 Toyota $30,300,000 McLaren $24,000,000 Williams $16,500,000 Renault $12,800,000 BAR $12,700,000 Sauber $10,600,000 Jaguar $ 8,800,000 Jordan $ 5,300,000 Minardi Operating the cars at races $187,300,000 $28,500,000 Ferrari $22,500,000 Toyota $20,800,000 Williams $19,200,000 McLaren $19,000,000 Renault $18,200,000 Sauber $17,600,000 BAR $17,000,000 Jaguar $16,000,000 Jordan $ 8,500,000 Minardi Research and development $173,000,000 $35,000,000 McLaren $21,500,000 Toyota $20,300,000 Williams $20,000,000 Ferrari $16,900,000 Renault $16,500,000 BAR $15,400,000 Jaguar $14,600,000 Sauber $12,600,000 Jordan $ 200,000 Minardi Driver salaries $132,000,000 $44,000,000 Ferrari $24,000,000 BAR $20,000,000 Williams $13,500,000 McLaren $ 8,000,000 Jordan $ 7,500,000 Toyota $ 6,800,000 Sauber $ 6,200,000 Renault $ 1,500,000 Jaguar $ 500,000 Minardi Wind tunnel operating costs $93,600,000 $15,100,000 Ferrari $12,900,000 McLaren $12,200,000 Williams $11,600,000 Toyota $10,400,000 Sauber $10,100,000 BAR $ 8,000,000 Renault $ 5,500,000 Jaguar $ 4,500,000 Jordan $ 3,300,000 Minardi Travel and accommodation $86,600,000 $18,000,000 Ferrari $13,000,000 McLaren $12,000,000 Toyota $ 9,300,000 Williams $ 7,900,000 BAR $ 7,500,000 Renault $ 6,800,000 Sauber $ 5,300,000 Jaguar $ 4,500,000 Jordan $ 2,300,000 Minardi Corporate entertaining and catering $62,850,000 $12,200,000 Williams $ 9,700,000 Ferrari $ 8,900,000 McLaren $ 7,200,000 BAR $ 6,700,000 Renault $ 6,300,000 Toyota $ 5,600,000 Jaguar $ 4,300,000 Sauber $ 1,600,000 Jordan $ 350,000 Minardi Car manufacturing costs $19,250,000 $4,100,000 Ferrari $2,700,000 McLaren $2,000,000 Toyota $2,000,000 BAR $1,900,000 Sauber $1,500,000 Jordan $1,500,000 Williams $1,400,000 Renault $1,400,000 Jaguar $ 750,000 Minardi Mengapa kita tidak belajar dari Korea untuk memajukan industri automotif kita . Dengan syarikat seperti Hyundai , Ssangyong , KIA . Kesemua syarikat kereta yang menyertai F1 setelah mereka mempunyai landasan dan kepakaran yang kukuh serta kewangan yang mantap . Tetapi penyertaan proton ini dalam keadaan masih terkial2 dengan prestasi kereta dan jualan yang bertahan hanya dibantu oleh cukai import yang tinggi .
|
alhikam
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.09.2007 Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal
|
Posting pada: 30-09-09 12:32
Ini jawapan Fernandes tentang sponsorship " “We are also looking at possible sponsors. Interestingly, a lot of people and corporations have approached us wanting to be part of this team,” he said. One of the firms that have been approached is, not surprisingly, Petroliam Nasional Bhd (Petronas). On the likelihood of the national oil company getting involved in 1MF1T, he replied: “Why not?” On its part, Petronas would have to evaluate the investment rationale in making such a decision. It currently sponsors the F1 via the BMW Sauber team but the sponsorship will expire this season and it has yet to commit itself to a new team. Other large corporations that would be approached for sponsorship, according to Fernandes, include Malaysia Airlines and Genting Bhd. Jadi .. apa nak diherankan bahawa Petronas dan MAS .. Siapa yang memegang Petronas dan MAS kalau bukan kerajaan sendiri . kerajaan sendiri taja . Lihatlah macam mana dengan pasukan Felda FC . Mungkin anak-anak felda akan bersorak kerana ada pasukan sendiri dan mereka boleh berbangga dan berusaha menempatkan diri kedalam pasukan bola Felda FC . Tapi terfikirkah kita berapa duit felda dihabiskan untuk menghidupkan Felda FC . Ini juga cadangan Najib sendiri . kos membayar gaji pemain yang rata-rata 2000 - 6000 seorang untuk sebulan . Gaji Jurulatih dan pegawai . Bayaran Stadium .. sedangkan jualan tiket berapa sangat . Alihnya Felda mengeluarkan duit mereka menyara felda FC
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 30-09-09 12:41
Teringat juga saya kerajaan telah memberi sedikit sumbangan berbentuk modal untuk persatuan golf Malaysia.. Tujuaannya untuk melahirkan lebih ramai lagi "Tiger Woods" Malaysia.. Agak2nya dah lahir ke belum tiger woods malaysia ..??
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 30-09-09 13:44
|
samudra
WARGA SETIA Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu
|
Posting pada: 30-09-09 14:49
Aku minat F1 , selalu terfikir kalaulah aku ada sebijik F1.
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 30-09-09 14:57
Jadi setelah investigate semu sumber2, benda ini ada pro and con ,.,, so aku bukanlah org yang mahir nak tentukan bagus ke tak tindakan Maaysia join F1... benda ini kena org bijak pandai lah dalam kerajaan untuk tentukan pelaburan ini mendatang faedah pada rakyat or datangkan faedah pada orang orang tertentu wallahualam
|
hajime_kindaichi
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 30-09-09 14:59
bagus lah malaysia ada f1 sendiri, singapore yang maju tu pun tak ada
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 30-09-09 17:24
Pada 16-09-09 14:08 , kakisamun posting:!!! QUOTE !!! Pada 16-09-09 13:34 , Al-Mashoori posting:!!! QUOTE !!!
-----------------------------------------------------------
Di kala banyak pasukan elit dalam F1 sedang bergelut untuk kekal dalam saingan F1 tahun depan akibat daripada kemelut ekonomi yang melanda, Malaysia melalui Proton dengan tak semena-mena menongkah arus dengan menubuhkan pasukan F1nya sendiri. Apakah ini merupakan pelaburan yang bijak bagi Proton yang mampu memberikan pulangan yang lumayan atau satu lagi projek makan diri?
.. setiap perkara pasti akan ada baik dan buruknya.. jadi aku berharap projek ini akan lebih membawa kebaikan.. InsyaALLAH.. aku setuju,,,abang zaman ku dah makin islamic hujahnye..teruskan,,
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 30-09-09 21:12
malaysia dah lahirkan biskut tiger...saudari yang terasa bukan makud saya nak berdebat..tetapi apabila memberi pandangan jangan tak fikir dulu...ferrari pun dah merudum macam mana nak malaysia isi petak belakang sokmo ke?ws ----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 01-10-09 09:46
|
Member Messages
|
Forum Search & Navigation
|
---|
Log in to check your private messages
|
|
|