Oleh |
Madah Orang Berjuang. |
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 11-09-09 00:51
Di Gerbang Ramadhan. Gementar hati menanti panas suci sinar mentarimu berdebar sanubari mencari dingin hening cahaya purnamamu. Pabila terkenang hadirmu tergenang air mata rindu pabila namamu diseru menerpa semerbak harum di kalbu. Oh, syukur ini tak terbendung atas kesempatan menerima kunjung ku sambut dikau penuh sanjung ibarat mengharap tiada penghujung. Atas kesempatan yang diberi ku panjatkan syukur pada Illahi semoga hadirmu penuh bererti melatih diri untuk berbakti dengan sabar sepenuh hati demi meraih redha Ilahi. Dalam dakap hadirmu aku satu dari mereka berjuta yang ditaut oleh lapar yang sama dari tanah tandus sahara hingga tanah hijau nusantara kami disatu oleh ibadah sama seluruh pada Rabb Yang Satu dicurah takwa sepenuh. Kami bersatu dalam rohani sedang hidup kami nafsi-nafsi hanya menjunjung kepentingan sendiri patriotisme dan nasionalisme dijadikan teras dan tali menganti ikatan akidah murni penyimpai hakiki penyatu sejati. Harapanku di gerbang hadirmu ini akan mengimbau ingatan kami pada realiti semasa penuh nestapa sekujur tubuh penuh saudara tercerai-berai kerana angkara entiti haram negara bangsa. Pada mu Ramadhan bulan penuh keberkatan dan keampunan aku ucapkan, “Ahlan wa marhaban!” Penghias mekar kembang kesyukuran. Awal Ramadhan 1430 Hijrah.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 25-09-09 01:21
Warkah Untuk Imperialis.Kepada raja hipokrasi yang menoda realiti dengan janji-janji ilusi dikabut konspirasi. Kau punya seribu wajah mulus untuk menjarah meratah tika mangsamu terlena dirasuk mentera pesona. Kemunafikan hanya menunda kejengkelan makar pasti kehabisan bahan telah tiba masanya kini tersingkap wajahmu hakiki walau wajahmu seribu tak kan hilang wajahmu yang satu itu. Hei, iblis imperialis akhirmu digamit tragis kerana kau penyebar tragedi di setiap tanah yang kau pijaki. Unggun makarmu marak menyala akan jaya kami padamkan jua lecur kami tak kan lama sedangkan kau sendiri yang terpanggang hingga tak berangka! Habis kau hancur luluh debu dimamah sejuta keluh!
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 25-10-09 10:45
KIDUNG BUAT FEMINISPerempuan bertiara feminisme menyusuri lorong berliku kering penuh terbangan debu tebal menutup setiap penjuru melakar ganas warna hitam di kanvas biru langit malam. Sedang dian iman yang digenggam cahayanya telah kelam panasnya tinggal suam apinya hampir padam diterjah ribut barat dalam deru kesumat dalam pusar keparat. Kala meraba-raba dalam kelam cahaya disapa dia sepotong mantera datang dari sela ribut yang melanda konon punya kuasa maha perkasa gagah mengangkat martabat wanita melonjak angkasa terbang dari lorong debu berliku dengan libasan sayapnya yang palsu. Lalu dia diajar berbicara kata-kata bukan dari lidah asalnya tentang kesetiaan yang ternoda tentang kekasih yang durhaka tentang suami beristeri ganda tentang anak-anak terbiar lara tentang agama yang bermuka-muka! Ah, benarkah isi bicara bentuk gajah oleh si buta? Ah, benarkah komentar merdu irama seloka oleh si pekak tuli segala? Perempuan bertiara feminisme mengelek agama bak boneka disarung baju kebebasan bersuara disolek aneka palsu warna Islami dan kesejahteraan hawa. Diusung boneka pamer di retak kaca massa sembur aroma muslihat yang asyik hembus mantera yang gemersik ke cuping mereka yang histeris terpekik-pekik di dada akhbar pupus taufik. Dilelong dagangannya sebakul wahyu dimurah harga teriaknya… “Ayuh! kita tampal sulam pakaian agama dengan perca akal bijak segala dan benang penjajah yang mulia!” Hei, perempuan bertiara feminisme sedarlah dirimu! Kau layan agama bak boneka permainanmu yang kau solek sehendak nafsu tapi tidakkah kau tahu? oleh barat, kaulah BONEKA itu! Insyirah Ameer Kuala Lumpur 2009
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 29-10-09 22:37
Ali Perjaka Sejati.(Sanjungan buat Ali Hassan Hemidan, yang gagah berani berdiri menyatakan kalimatul hak di hadapan Tony Blair dalam lawatannya ke Mesjid Ibrahim, Palestine)Di baris-baris aksara terayam selembar berita membakar semangat satria kami-kami yang lena. Ah, tubuh mu kecil sahaja seperti kami-kami juga di tanganmu tidak terlihat senjata jari yang lima cuma tiada berbuku pula. Di sumbu keyakinan mulia keberanianmu menyala membakar topeng senyum tersunging algojo pembunuh yang zalim. Di hari-hari biasa kau hanya busut yang kecil tapi di hari itu kau berdiri setinggi Merapi gagah berani, hebat berdiri. Kaget tercegat Tony Blair basah seluarnya menakung maruah tercair Kata-katamu biasa-biasa bagi kita tapi baginya pedas panas menyala-yala melebur saduran emas dedaunan di rimbun-rimbun kepalsuan penghias menutup pohon penjajahan. Dunia mendongak melihat puncak tahta keberanian pejuang al Hak! Fikrul Mustanir 22 Oktober 2009
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 13-11-09 21:59
Al Hambra: Mutiara Berlokan Duka.(Ilham dari harapan perjuangan ketika menatap foto Al Hambra yang terpenjara kesepian di bumi Andalusia.) Monumen duka puncak Teres tersergam kemerah-merahan mengamit rindu perpisahan senandungkan syair menghiris mengetuk hati pemuda harapan untuk bangkit membebaskan mutiara kilauan zaman di tangan kotor berkurun tertawan.
Aliran Darro sederas derai air mata biar sinar mentari Granada mendakap mesra kesayuan menatap menyapa jua menyebak dada membakar gelora semangat dan cita…
Jejalur cahaya di sela jendela Dewan Duta memancarkan seribu warna nestapa tembok dan 13 menara menjulur lambai ke udara secemas tangan-tangan lemas meronta minta diangkat dari banjir derita.
Aliran dan pancuran air di Halaman Singa tak kan mampu menyejuk atmosfera jiwa juga membasuh aib di muka kita yang sedang berputih mata.
Sabarlah Al Hambra… detik bahagia kan berkunjung jua menemani perjuangan pemuda harapan adalah Janji yang tak termungkirkan.
Akan datang ketika… rantai belenggu yang dikalungkan oleh helah Ferdinand dan Isabella akan jaya kita putuskan.
Sekalah air matamu… tiada guna menangis sendu dalam isak gadis pemalu kerana perjuangan pembebasan mendambakan keberanian si JANTAN!
Selama Janji tak tertunai lagi perjuangan ini tak kan berhenti! Fikrul Mustanir Jumaat, 13 Nov 2009.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 22-11-09 14:36
Sekapur Sirih Buat Jemaah Haji.Kau harus bersyukur sepenuh hati kerana kau kini bergelar tetamu Ilahi
Aku tahu pengorbananmu untuk sampai ke situ besar sekali meninggalkan kampung halaman dan mereka yang kau cintai.
Aku juga tahu perjalanan ini mungkin, seumur hidupmu hanya sekali.
Oleh itu saudaraku jangan kau lepaskan kesempatan ini jayakanlah ibadahmu seluruh diri kerana tiada kemulian yang tertinggi dari bersujud di hadapan Tuhan Yang Abadi.
Tataplah wajah tanah itu hitunglah batu-batu, hidulah debu-debu kerana bekas-bekas perjuangan nabimu masih basah di situ.
Sungguh, kota Mekkah dan Madinah adalah kitab sirah yang terdedah hidup dan penuh faedah tuntunan berkiprah mantap tanpa goyah.
Sapalah saudara-saudaramu walau mereka berlainan suku jalinlah tali persaudaranmu atas nama akidah yang satu.
Campaklah dirimu ke dalam lautan manusia berjuta itu biar kuyup dan basah bersama tengelam hingga ke dasarnya kerana kau adalah mereka dalam sendu dan tawa.
Bawalah gelombang manusia berjuta itu mengalir dari lautan rohani menyerbu dalam deru nusa yang satu ke lautan hidup duniawi.
Pukullah pantai kawat berduri itu yang selama ini meliliti pergerakanmu untuk menjunjung perintah dan larangan tuhanmu biar butir-butir pasir pantai itu masin bersama garam gelombangmu.
Adakah pantai kawat berduri yang tidak terobohkan oleh ombak menggunung tinggi api tsunami? Manakah kawat berduri yang tajam berkilauan maka terputus rantaian badai besi keyakinan suci?Fikrul Mustanir Kelana Jaya November 2009
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 27-11-09 20:35
Haji: Manakah Hilangnya Permata Maknamu?Di antara pulau bukit-bukit di balik karang batu-batu aku mencari kilauan mutiara-mutiara persaudaraan yang telah jatuh bertaburan dari kalung kesatuan yang terputus berselerakan. Di hamparan putih lautan tenda-tenda kesedihan menyelimuti aku yang tergamam di sunyi hati pecah berderai kaca rasa melihat permata maknamu jauh tenggelam ditarik ladung kolektivisme yang padam ke dasar gelita individualisme yang dalam. Di muktamar tahunan ini telah jatuh bertaburan dan berselerakan erti persaudaraan dalam kesatuan titipan Junjungan di Haji Perpisahan. Haji, tangan-tangan kotor berdosa itu telah meragut kembang persaudaraan dari tangkai kesatuan yang pernah mekar segar dahulu di jambangan hikmah ritualmu. Jadilah kau kini… kuntuman kembang kehilangan seri sakar madumu tak lagi wangi. FM 9 Zulhijjah 1430 H
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 04-12-09 23:18
Matahari Hati. Tika detik meniti hari hangat mentari kian menyelimuti lalu lena tak betah lagi berlabuh di pulau dingin salju ilusi. Di basah pelangi CahayaMu, Maha Suci aku ingin terus disinari agar kesedaran yang tumbuh akan kekal segar berseri. Mewarna nafas di dadaku sehingga tiba waktu tak dapat ku hela lagi. Kerana Kau tak dapat ku mungkiri walau di ribut hujan seribu nafi CahayaMu satu-satunya matahari hatiku abadi. FM 14 Zulhijjah 1430H
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 07-12-09 20:43
Waktu Jalan-jalan.Waktu jalan-jalan terpandang hebatmu, kawan berdiri di panas terpancang di tangan selembaran tergengam. Satu demi satu kau sapa mereka yang datang kau hulurkan kertas tsaqafah tertuang mencabut pohon kepalsuan. Waktu jalan-jalan terdengar madahmu, kawan duduk di sisi cangkir kopi dan piring roti dengan teman-teman diskusi melacak segala idea basi yang dipanggil demokrasi liberalisasi, emansipasi, sekularisasi kapitalis-sosialis-kominis ideologi dan garis-garis KORUPSIdi wajah tua administrasi contengan bersama kontraktor kroni dan pak-pak menteri. Satu demi satu benah pemikiran itu kau huraikan di antara geleng dan angguk teman-teman kau terus menyuntik bibit pohon pencerahan. Waktu jalan-jalan langkahku jadi mati dan terhenti di hadapanmu, kawan. Lalu padamu. Aku katakan; “Teruskan, teruskan kawan! Jangan sekali kau ambil peduli pada seribu kata BERHENTI!”FM 7 Disember 2009.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 23-12-09 19:00
Baitul Maqdis: Lenuhraya PerjuanganBukan indahnya benar menggamit rindu Barkah dan mulia menerima tiba Ku tahu satu terhimpun mesjid seribu Manis jiwa diimpikan merasa. Bukan makmurnya benar menggiur rasa Pahatan Isra’-Mikraj di tugu jiwa Tak ku mahu lepaskan mulia Merintis jalan membebaskannya Bak melebar jalan ke Surga. Mana tak hiba bersarang di hati Melihatnya merengkuk di penjara sepi Dipijak dikoyak mutasi bab.. dan kera Mampukah kita melihatnya di putih mata? Mana tak laknat di bibir berperi Menghujani khianat petinggi negeri Manakah hilang hati nurani Tanah amanah terbiar gersang dinodai? Kala menatap wajahnya nestapa Hatiku berperi sumpah pewira Nah, ini tulang-tulangku, jadikan tetiang jembatan Ini darah dan dagingku, jadikan bitumen jalan. Ayuh, kita bina lebuhraya perjuangan Menuju Gerbang Khilafah Raya Kali Kedua Di sana kan terbuka pintu pembebasan Buat semua tanahair kita! Fikrul Mustanir 23 Dis 2009
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 24-12-09 12:40
Apa kata enta deklamasikan sajak ini di ceramah ditempat ana esok malam? Kita buat kelainan sikit.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 24-12-09 14:05
Maaf esok ana tak dapat datang...ada hal di KL.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 11-01-10 11:06
Elegi Buat Al BalawiBergegar Gedung Putih bersama degup jantungmu yang akhir. Tercalar citra angkuh CIA tersimbah darahmu yang mengalir. Terbongkar hubungan gelab Paman Sam-Yordania yang tertutup bersama bedil yang kau letup. Kesenangan dunia tidak membutakan matamu keseronokan surga itu sehabisnya kau mahu. Kau tahu khianat agama itu laknat cinta umat itu keramat tiada guna segala nikmat jika saudara seagamamu melarat merempat dipijak imperialis keparat. Kata mereka, “pemberani itu mati muda.” Kata kau pula, “pengecut itu tak hidup selamanya!” Biar badan hancur berkecai asal keredhaan Allah kau capai. Selamat jalan saudaraku Hammam Khalil al Balawi menuju surga al Firdausi. Di senyuman dan kerlingan bidadari beribu kau meneguk di sungai madu dan susu tika musuh-musuh itu masih termangu-mangu! FM 11 Jan 2010
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 12-01-10 09:55
fikrul_mustanir, al-hambra 2 orang ke? Berminat nak tau hal dia. Dia macam Syed Qutb ke? ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 12-01-10 12:08
Al Hambra itu nama binaan yang terkenal di Andalusia (Spanyol) yang dibina semasa Islam berkuasa di sana, Anda boleh pergi ke link di bawah untuk melancong dan melihat-lihat keindahannya secara vitual:- !!! CODE !!! http://www.saudiaramcoworld.com/issue/200604/alhambra/tour.htm?detectqt=false& Wasalam.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 21-01-10 08:41
Banduan 650Kau antara muslimah berjuta yang dianiaya sengsara dalam biadab jaguh kebebasan dunia.
Hak kebebasanmu dirampas kaca kehormatanmu dihempas dengan alasan yang direka-reka untuk memerangi Islam sedunia.
Mereka menganas di mana-mana memaksa ideologi syaitan diterapkan demi mencapai tujuan mereka sebuah kehidupan tanpa tuhan.
Dr Aafia Siddiqui, Semoga ketika aku menulis epilog dari puisi ini akan ada ibu-ibu yang sedang mengandung tua melahirkan seorang Mu’tasim di hari muka!FM 21 Jan 2010.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 21-01-10 22:18
sapa banduan 650, Dr Aafia Siddiqui ni ? saya cuba google cerita tentang beliau...tapi kurang memahaminya. yang ada sedikit cerita versi indon dengan perkataan indon dan bahasa yang terdaya saya nak faham maksudnya. !!! QUOTE !!! Dr Aafia Siddiqui, Semoga ketika aku menulis epilog dari puisi ini akan ada ibu-ibu yang sedang mengandung tua melahirkan seorang Mu’tasim di hari muka! menarik perenggan ini fm, andai bisa dikongsi makna disebaliknya....atau maksud yang ada pada anda. saya agak payah mencungkil makna dari gaya bahasa sajak anda ... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 22-01-10 01:51
Salam, Maksud bahagian akhir dari sajak saya itu sebenarnya sebuah doa, semoga akan lahir seorang Pembela Umat dari ibu-ibu kita yang sedang hamil 9 bulan yang hanya menantikan saat melahirkan. Al Mu'tasim Billah adalah salah seorang Khalifah dari bani Abbasiyah yang menyerang sebuah kota empayar Rom benama ‘Amuriyyah untuk membebaskan seorang muslimah yang ditawan dan dicemarkan kehormatannya oleh kerajaan Rom ketika itu. Tentang Dr. Aafia kisah penderitaan beliau, puan boleh baca di sini http://khilafah.com/index.php/comment/8572-who-will-free-aafia-siddiquiWasalm.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 23-01-10 01:45
terima kasih FM untuk link tentang dr aafia .... bahasa sajak kadang memang sukar ditafsirkan, saya sangkakan ibu yang sedang mengandung tua tu bermaksud ibu tua yang mengandung ..rupanya mengandung cukup bulan ... kreatif perkataan anda ... saya kena banyak belajar ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 23-01-10 07:03
Yang Mengaum Dan Mencakar.Paman Sam & Bibi Britannia jangan sekali-kali kau menuding jarimu kepada kami-kami semua jika di wajahmu berdua penuh parut berdarah luka.
Kau salahkan saja diri sendiri telah kau ubah kediaman damai kami Palestin-Iraq-Afghanistan-Somalia menjadi rimba belantara bersrigala.
Dalam hingar salakan dan libasan cakaran generasi kami dibesarkan mencakarlah kami dengan ketangkasan mengaumlah kami dengan keberanian sebagai sebuah perlawanan dari setiap kezaliman.
Di sini di kediaman kami kini (setelah kau ke mari dengan sarat ambisi) aroma keamanan tak lagi kami hidu bayu ketenteraman tak lagi menderu.
Andai di kala kita bertentang mata jika ada ketikanya wajah tuamu tercakar luka jangan disalahkan kami yang tangkas menerkam tidakkah itu, salahmu sendiri yang bingkas membaham?Fikrul Mustanir 22 Jan 2010
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 28-01-10 07:20
Port-au-Prince: Mencurah Cuka Ke Luka. Kenapa di bumi yang di timpa bencana itu kau hadir dengan soldado beribu? Dari hadirkan makanan dan ubat-ubatan kau pilih hadirkan pasukan bersenapang tidakkah itu untuk membunuh bukan untuk menghidupkan? Apakah di kota yang telah hancur itu musuh-mushmu masih berkubu? Atau kau tak hiraukan korban beribu apa yang kau risaukan hanya nasib bonekamu agar dia tetap terus berdiri di situ, menjaga hegemonimu? Tingkah mu yang songsang menambah kesakitan dan keperitan warga Port-au-Prince yang walang. Di lubang luka-luka mereka kau datang mencurah cuka di hancur hati-hati mereka kau datang memancang duka. Paman Sam, setan imperialisme dari ideologi kapitalis itu terlalu lama merasuk akalmu hingga tololmu kini sudah tak tertolong lagi! Fikrul Mustanir 25 Jan 2010.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 04-02-10 23:38
Hari Duka Itu Bernama Valentine.Uda dan dara bercanda dalam talian menyusun aksara-aksara membina cinta murahan.
Di 14 Febuari nanti coklat dan mawar merah kepada dara kan diberi madah Uda ke Dara terpanah.
Longlai Dara menatap layar berputik rindu di tangkai hati berbisik Dara di senyum lebar “Di hari itu kan ku korbankan apa yang dimiliki demi cinta yang mula bersemi.”
14 Febuari menjelang kini sebakul nafsu menanti dilampiaskan “Bukankah, ‘BORN TO BE FREE’?” Jerit si syaitan dari singahsana bebas pergaulan.
Dara bertudung unggu di mata Uda kelihatan ayu berbaju T bersaiz untuknya 10 tahun dahulu menjeling manja ke Uda menunggu di mobil berseluar pendek berbaju biru di dadanya tertulis; ‘JUST DO IT’ seakan berperi; “Ayuh cepat, di hari ini batasan kita hanya waktu yang sedikit!
Mari kita raikan Hari Cinta Bersemi dalam pelukan keseronokan berahi kita tepis jauh naluri rohani!”
Di hari ini bersandinglah Uda dan Dara di pelaminan neraka dikompang syaitan berjuta direngis dipilis najis dosa ditepungi tawar air mata dan duka bonda!Fikrul Mustanir Febuari 2010.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 06-02-10 21:01
menakutkan .... 'pasangan haram' mencari murka tuhan, meraikan 'hari berkasih' dendangan valentine, serakah nafsu dilempias habis-habisan, menghirup kelazatan zina hidangan syaitan , aksi kelaku mereka jijik laksana binatang berkecai iman di kelangkang syaitan, masa mendatang akan pasti lagi berulang cerita wanita-wanita mengandung anak haram cerita janin2 yang digugurkan.. bayi2 disumbat ke lubang jamban.. menakutkan.. seperti menatap kehidupan haiwan.. bahkan mereka itu lebih keji dan menjijikkan ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 07-02-10 15:24
Tu lah pasal...ayuh kita kembalikan kehidupan Islam dengan gencar dakwah pemikiran! Kita gempur segala macam pemikiran syaitan dalam selubung jubah membebaskan insan! Apakah ia bernama kapitalisme atau sosialisme-komunisme semuanya menjahanamkan! Kita telah menyaksikan betapa fasadnya kehidupan pabila diurus oleh idea kehidupan yang menolak wahyu Tuhan!
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 22-02-10 22:33
Pabila Suara Kau Kehilangan Bunyi.Pabila suara kau kehilangan bunyi buntu berdepan nyaring suara kami tangan kau pun melafas lantang suara di kerongkong yang tersengkang Kau menekup keras mulut kami cuba merendam suara nyaring tinggi setelah hitam makar kau dibakar hancur merah hati kau pula disambar lecur. Lontaran tangan kau bersuara keras setelah tajam kata kami menoreh merih memancut darah kau menyembur deras meronta-ronta di puncak jerih pedih. Sebelum kaku menerpa tiba kau cemas berbicara dari lidah tangan berdosa. Kami? Eh, dalam tubuh disangka kerdil ini darah berani masih laju berlari? FM 22 Jan 2009
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 28-02-10 22:55
Yang Terhapus dan Terbuang.Kapitalisme! Bila sampai waktumu Aku mahu kau tahu Tak seorang kan tersedu Tak juga aku! Tak perlu kau tangisi Sorak-sorai itu. Kau itu petunjuk songsang Dari sampah peradaban terbuang. Biar ronta akhirmu menguras nafasku Tetapku heret kau untukku cincang Ku hapus ku buang. Mahu ku tatap Khilafah berdiri! Walau sehari Sebelum darahku Henti berlari. Fikrul Mustanir 24 Jan 2010.
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 01-03-10 11:17
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 18-04-10 01:08
Harapan Murid (Dedikasi Hari Guru 2010) Kepada insan dicinta oleh segala mulia. Kau adalah sang pelukis yang melakar garis dan menentu warna penghias buana di hari muka. Berusmu adalah lisan, tulisan dan tingkah laku. Tinta warnamu adalah tauladan dan ilmu. Studiomu adalah bangunan sekolah ini. Kanvasmu adalah kami. Wahai guru tercinta Tumpahkanlah segala warna-warna bahagia lakarlah segala garis-garis jaya di atas kami-kami semua siputih muda yang sedang menadah tangan terbuka. Agar nanti pabila dunia melihat kami akan berdetik hatinya: "Inilah karya agung oleh kau, sang pelukis ulung!" Fikrul Mustanir April 2010
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 18-04-10 12:43
awalnya sajak untuk guru ni .... begitu bersemangat nampaknya menghargai guru .... ahli keluarga ada yang guru jugak ke ?? ... saya suka : studiomu adalah bangunan sekolah itu
kanvasmu adalah kami ...soalnya, bukan senang melakar corak dan warna-warna bahagia lukisan suci dari guru sering kelihatan hodoh di mata mereka ada yang lebih indah dari luar sana menggamit nafsu sang remaja, coraknya kasar, kotor dan hitam berbelang noda , itulah yang lebih menguja dan menepati selera.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 19-04-10 19:55
Salam, memang ramai keluarga ana yang jadi guru ni...awal buat sebab awal dapat idea. Kalau lambat catat takut hilang pula...lagi satu jika ada yang berminat untuk deklamasikan sebagai persembahan hari guru...maka sempat lah untuk praktis...hehehe. Wasalam.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 20-04-10 13:28
Pada 19-04-10 19:55 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Salam,
memang ramai keluarga ana yang jadi guru ni...awal buat sebab awal dapat idea.
Kalau lambat catat takut hilang pula...lagi satu jika ada yang berminat untuk deklamasikan sebagai persembahan hari guru...maka sempat lah untuk praktis...hehehe.
Wasalam. InsyaAllah...saya berminat dengan sajak FM ni dan bercadang untuk minta anak murid saya deklamasikan pada sambutan hari murabbi tahun ni.... kalaulah panjang sedikit....lagi cantik .... syukron atas sajak yang indah ini... ada satu nasyid yang saya lupa keseluruhan bait/ liriknya....tapi indah susunan kata yang sesekali saya bernyanyi kecil bila ingatan terimbau pada naqib usrah yang banyak memuntahkan ilmu dan nasihatnya pada saya dulu..... " duhai guruku tawadhukmu ketara biarpun ia rahsia... namun orang kan tahu jua... dirimu jelas bukan direka ... " tidak tahu meluahkan rasa penghargaan dan terima kasih padanya....tapi dia naqib yang paling saya sayangi..... paling ! ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
shyra_husna
Warga 2 Bintang Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30802
Posting: 55
Dari: UM
|
Posting pada: 21-04-10 15:46
salam.. waahh..mantapnya penyair2 di atas...saya langsung tak reti nak berpuitis. hihi..tapi sangat gemar menatap bait-bait syair..walaupn kadang-kadang tak faham sangat dengan makna yang sangat mendalam..
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 21-04-10 16:51
Salam, Ya ke dalam sangat makna puisi tu? Tak juga lah...senang saja nak faham hanya perlu menyelami saja bait2nya satu persatu. Misalnya bait, "Kepada insan yang dicinta, oleh segala mulia.", maksudnya mereka yang mulia sahaja yang akan mencintai insan tersebut (guru). Dalam ertikata yang lain mereka yang tidak mencintai gurunya adalah mereka yang tidak boleh digolongkan sebagai orang yang mulia. Itu lah serba sedikit yang ana boleh explainkan. Wasalam.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 22-04-10 11:20
f.mustanir memang puitis orangnya.... namun kebanyakan bahasa puitisnya dilakarkan untuk meluahkan parasaannya yang hangat dengan perasaan jihad dan perjuangan..... saya nak sangat dengar bahasa puitis dari mustanir tentang perasaan seorang suami atau isteri terhadap pasangan mereka.......dalam 'warna rasa' apa-apa saja... kebetulan saya sedang 'mabuk' dengan nasyid For The Rest Of My Life - Maher Zain... masyaAllah .... membuai rasa betul nasyid tu.... wordingnya pun asyik sekali.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 26-04-10 17:16
amboi...sedap saja ngoder...ingat senang ke nak mengayam kata-kata untu sebuah puisi....hehehe. Sorry ilham tak ada lagi.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 28-04-10 10:24
Pada 26-04-10 17:16 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! amboi...sedap saja ngoder...ingat senang ke nak mengayam kata-kata untu sebuah puisi....hehehe.
Sorry ilham tak ada lagi. nampak expert saja, jadi saya buat special order lah..... mana tahu boleh dijadikan modal untuk saya sambut anniversary nanti.... susah ke menganyam puisi ???..... biarkan hati anda bersendiri, berlagu dan menari, ilham pasti datang nanti..... saya tak banyak 'vocab' yang boombastic untuk puisi...tu yang bahasa puisi saya kaku sekali... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 19-08-10 23:59
Pada 28-04-10 10:24 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! Pada 26-04-10 17:16 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! amboi...sedap saja ngoder...ingat senang ke nak mengayam kata-kata untu sebuah puisi....hehehe.
Sorry ilham tak ada lagi.
nampak expert saja, jadi saya buat special order lah..... mana tahu boleh dijadikan modal untuk saya sambut anniversary nanti....
susah ke menganyam puisi ???..... biarkan hati anda bersendiri, berlagu dan menari, ilham pasti datang nanti.....
saya tak banyak 'vocab' yang boombastic untuk puisi...tu yang bahasa puisi saya kaku sekali...
Salam, Ada juga tergerak hati nak mengubah puisi yang sedemikian...cuma takut disalah faham akan maksudnya. Tengoklah nanti mungkin akan saya buatkan sekuntum dua. Cuma buat masa ini biar saya fokuskan kepada yang berbentuk perjuangan. Wasalam.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 20-08-10 00:01
Pernah Satu Ketika (Sempena 89 Tahun Hijriyah Keruntuhan Khilafah.) Pernah satu ketika kau dikagumi dunia. Pernah satu ketika kau digeruni mereka. Pernah satu ketika kakimu membenam neraka tanganmu menjulang surga. Pernah satu ketika sayapmu memayungi yang tertindas di tajam kukumu tirani tewas tercantas. Pernah satu ketika padamu mereka mengemis suaka meminta izin di lautan rayamu belayar bahtera. Pernah satu ketika di dunia gelita kau berdiri memegang lantera memimpin manusia dengan cahaya pemikiran perkasa. Pernah satu ketika keadilanmu mengulung segala tikar derita kemakmuranmu membentang seribu permaidani sejahtera. Pernah satu ketika rona rohani dan materi di kanvas kehidupan ini terpadu rapi walau ia kini di galeri sejarahmu tergantung sepi. Telah sirna semua keindahan lalu bak nilam kehilangan ronanya yang biru bersama 89 tahun pemergianmu. Tanpamu kanvas kehidupan kami telah tercoreng dengan kehodohan tak terbanding. Tanpamu kami bak satria kehilangan taming mudah diganyang musuh keliling. Tanpamu seribu senyuman dahulu di wajah kami tak lagi tersungging. Fikrul Mustanir 28 Rejab 1431
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 08-09-10 10:16
Pada 22-04-10 11:20 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! saya nak sangat dengar bahasa puitis dari mustanir tentang perasaan seorang suami atau isteri terhadap pasangan mereka.......dalam 'warna rasa' apa-apa saja...
hahaha... FM, hang kena bikin puisi jiwang melarat pulak da...
|
hafiz_along_83
Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 08-09-10 11:29
Pada 08-09-10 10:16 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!! Pada 22-04-10 11:20 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! saya nak sangat dengar bahasa puitis dari mustanir tentang perasaan seorang suami atau isteri terhadap pasangan mereka.......dalam 'warna rasa' apa-apa saja...
hahaha... FM, hang kena bikin puisi jiwang melarat pulak da...
sekali sekala tidaklah mengapa.. kann FM kan?? ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH..
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 08-09-10 11:54
Pada 08-09-10 11:29 , hafiz_along_83 posting:!!! QUOTE !!! Pada 08-09-10 10:16 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!! Pada 22-04-10 11:20 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! saya nak sangat dengar bahasa puitis dari mustanir tentang perasaan seorang suami atau isteri terhadap pasangan mereka.......dalam 'warna rasa' apa-apa saja...
hahaha... FM, hang kena bikin puisi jiwang melarat pulak da...
sekali sekala tidaklah mengapa.. kann FM kan??
Nampaknya puisi FM ramai peminat.
|
hanisahani
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2006 Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai
|
Posting pada: 12-09-10 09:01
Pada 18-04-10 01:08 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Harapan Murid (Dedikasi Hari Guru 2010)
Kepada insan dicinta oleh segala mulia.
Kau adalah sang pelukis yang melakar garis dan menentu warna penghias buana di hari muka.
Berusmu adalah lisan, tulisan dan tingkah laku.
Tinta warnamu adalah tauladan dan ilmu.
Studiomu adalah bangunan sekolah ini.
Kanvasmu adalah kami.
Wahai guru tercinta Tumpahkanlah segala warna-warna bahagia lakarlah segala garis-garis jaya di atas kami-kami semua siputih muda yang sedang menadah tangan terbuka.
Agar nanti pabila dunia melihat kami akan berdetik hatinya:
"Inilah karya agung oleh kau, sang pelukis ulung!"
Fikrul Mustanir April 2010 minta izin share sejak ni ye..boleh prepare untuk taun depan...
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 30-09-10 11:45
!!! QUOTE !!! minta izin share sejak ni ye..boleh prepare untuk taun depan... Boleh...silakan.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 30-09-10 11:50
Mawar oh Mawar Hangat warnanya menggamit mata basah kelopaknya menggiur rasa. Sungguhpun merah kelopaknya tak harum bau hijau perdunya tak manis madu namun, dedurinya lembut tak meluka mesra menyambut jejari semua. Sungguhpun pabila dirayu sang bayu ia bergoyang mengelak jua ke kiri dan ke kanan menggeleng malu namun, sipunya kaku menipu gelengnya tak sungguh dan lesu. Kerana dia kembang mawar bukan organik ditempa dari bahan plastik cantik kerana warna hipokrit adunan licik tinta sintatik. Fikrul Mustanir 28 Sept 2010
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 30-09-10 13:12
Perjuangan sama ada di jalan yang luas atau lorong yang sempit, melalui pena atau kerambit, Warkah atau telefon bimbit, Anda mengingatkan saya Hasan bin Tsabit.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 08-10-10 07:39
Pada 30-09-10 13:12 , faqir_imara posting:!!! QUOTE !!! Perjuangan sama ada di jalan yang luas atau lorong yang sempit, melalui pena atau kerambit, Warkah atau telefon bimbit, Anda mengingatkan saya Hasan bin Tsabit. Salam, Sahabat ra. itu terlalu besar berbanding ana. Faktor itulah yang menyebabkan ana mengambil masa yang lama untuk menanggapi masukan anta. Jazakallah khairan kathira atas penghargaan. Wasalam.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 08-10-10 07:44
At Thawra al Arabiya (Sirna Ukhwah Akibat Wathoiyah) Ia di Mekah tidak di Istanbul Islam berpaksi. Ia ke Ka’bah tidak ke Haya Sofia kiblat solat setiap hari. Bibit peniup api sengketa dari yang cuba menaggok di air keruh gelora. Memuncak bongkak tak terperi diri dirasa lebih tinggi, Arab mulia atas Turki. Perisai berabad penuh jasa mesti diragut dari pemengangnya kerana Arab mulia atas segala bangsa bukankah Nabi itu dari mereka? Di kala itu di pusat nusa bibit berbisa bercambah mula oleh lolongan Turki Muda, Turki terbukti lebih mulia bukankah rebah Byzantin, roboh kota Konstantin kerana keperkasaan mereka? Bertamulah 2 saudara di padang sengketa ranahnya dirata oleh faham berbisa duduk berlunjur mereka berdepan-depan berdua sambil meludahi muka sesama. Akhirnya rebah nusa berjasa diserbu grombolan assobiyah buta yang dipersenjatai oleh silicik pendusta tika berjanji bulan dan bintang mahkota setia pabila telah dikecap apa yang dicita segala pujuk dan rayunya fatamorgana belaka. Impian Arab Raya nan tunggal hilang dimamah dusta, tiada yang tinggal hendak melawan, perisai dan taming telah tiada tenggelam tercampak ke samudera durhaka hendak dicapai semula, tak terdaya kerana bahtera pertiwi telah mereka bakar tak berangka. Tinggallah Pangeran Hijaz dalam duka yang hina terbuang ke Mesapotamia dan reput di sana. Duri yang selama ini dapat dijauhkan oleh dinding kota kesatuan akhirnya tertancap di jantung negeri menyuntik pasir ke salur nadi pedihnya terasa hingga kini. Wilayah kekuasan nan luas terbentang hanya tinggal sebesar hampar belulang tercerai menjadi lebih 50 neraka membakar warganya terlonta-lonta kerana hukum mereka hukum manusia hukum samawi tatanan surga dicela kuno dan purba oleh empunya kuasa. Pabila ilkatan persaudaraan ditentukan tanah nescaya di tangkai mulia tauhid akidah apa mungkin membuahkan ramah? Fikrul Mustanir 21 Ramadhan 1431
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 08-10-10 09:34
Salam kembali dan salam taaruf, Saudara telah berjalan antara tauhid dan tasauf, berjalan antara raja' dan khauf.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 10-10-10 13:27
Pada 08-10-10 09:34 , faqir_imara posting:!!! QUOTE !!! Salam kembali dan salam taaruf, Saudara telah berjalan antara tauhid dan tasauf, berjalan antara raja' dan khauf. Salam ta'aruf kembali, Semoga Allah menunjuk kita jalan yang lurus. Wasalam.
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 11-10-10 07:31
Salam, kemana menghilang? apa menghalang? menanti madah pejuang, apakah sudang beralih lapang?
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 11-10-10 11:15
Tunggu ilham datang.
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 11-10-10 17:14
Saya dapat bezakan bait bait yang saudara gunakan berbanding penulis biasa, sebagaimana saya dapat bezakan bait bait puisi Faraduddin Attar dalam Conference of The Bird, bait bait lagu 'Hijab Kekasih' nyanyian M Nasir berbanding karya org kebanyakan. Sudah terhimpunkah dalam satu antalogi?
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 11-10-10 20:57
Antalogi? Hehehe...besar sangat bunyinya tu...saya penulis kecil yang terpencil.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 11-10-10 21:04
Ayuh, Berdiri!Pejuang muda, Kau adalah intan baiduri Di celah-celah percikan api Berselerakan di tungku si tukang besi Andai kau di meja jauhari Tentu kau disayang tak terperi. Namun mutu menentu sari …bila tak hancur dicincang tukul …bila tak lebur diganyang api Gagah mu akan dirangkul Tekat mu akan dipuji. Hitam bertahun di tungku besi Di mahkota jua seri mu menanti. Pejuang muda, Ayuh, berdiri! Julang gagah tekat mu tinggi! Sampai jam di dinding usia mu berhenti. Namun detik amal mu tidak kan mati Selama bumi masih berdinginkan bulan berpanaskan mentari. (Puisi ini saya tulis setahun yang lalu. Sekadar perkongsian buat warga ukhwah.com. Semoga bermanfaat.)
|
miftahul_jannah
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.09.2008 Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM
|
Posting pada: 18-10-10 22:31
selamat berjuang untuk semua..(^_^) teruskan perjuangan ini.. jangan ada rasa penat... ----------------- ^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 19-10-10 13:43
Pada 18-10-10 22:31 , miftahul_jannah posting:!!! QUOTE !!! selamat berjuang untuk semua..(^_^) teruskan perjuangan ini.. jangan ada rasa penat...
Selama Islam tak meliputi bumi Perjuangan ini takkan terhenti!
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 22-10-10 21:49
Pada 19-10-10 13:43 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Pada 18-10-10 22:31 , miftahul_jannah posting:!!! QUOTE !!! selamat berjuang untuk semua..(^_^) teruskan perjuangan ini.. jangan ada rasa penat...
Selama Islam tak meliputi bumi Perjuangan ini takkan terhenti! memang tak mungkin akan berhenti, selagi diizin berdenyut nadi kerana dunia, medan amali akhirat nanti baru lah boleh enjoy dengan nikmati syurgawi ..... untuk enta...insyaAllah...berderet bidadari... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 23-10-10 01:12
Doakan semoga kita semua istiqamah dalam kebenaran. Agar teraih apa yang dijanji. Sesungguhnya, yang dijanji itu pasti
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 10-11-10 21:17
Bukan Obama yang dahulu. (Mengulas Lawatan Barack Obama Ke Indonesia.) Dia punya seribu manis kenangan di benak, tika kanak-kanak membesar di tanah seribu keberanian para pejuang mengharungi duri dan onak. Tanah yang pernah bergegar dengan laungan ‘Allahu Akbar’ tika Bung Tomo mengobar semangat rakyat menyambut Belanda dengan jihad. Dia pernah membaca al Quran dan solat di surau bersama rakan-rakan kulit sawo matang bergurau makan sate dan bakso, berlari-lari di bendang mengejar kerbau dan kambing ke kandang. Namun Obama bukan kecil lagi tak lagi dipanggil ‘Barry’ dia Presiden Amerika kini walau orangnya sama tapi punya visi berbeza walau senyumnya seperti gula tapi manisnya kini berbisa tergoda sekali, sengsara selamanya. Kala dia datang bertamu mesra dia mengimbau kenangan lalu hanya untuk memikat leka agar kau terus diikat luka. Berbicara dia tentang Islam sedang agama itu telah lama dia tinggalkan berdepa tangannya menghulur salam sedang tangan yang sama masih memukul kejam di Irak, Afghanistan dan Pakistan. Jangan kau sambut kunjungan itu dengan manis ramah mukamu Sedangkan Merapi pun murka menerima dengan laharnya merah menyala. 10 Nov 2010
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 12-11-10 14:24
Obama Suka Makan Sate. Dalam kunjungannya yang lalu ke Indonesia, negeri saudaraku Dalam ucapannya, dia berkata; “Indonesia adalah sebahagian dariku.” Lalu ada dari saudaraku menyambutnya dengan berkata; “Benar, bukankah Obama suka makan sate seperti kita!” Aku lalu bertanya; “Adakah itu membuktikan dia sebahagian darimu?” Tidakkah kau tahu sate kegemaran Obama itu; Tungkunya adalah kapitalisme. Apinya adalah imperialisme. Sambalnya adalah darah dan airmata. Lidinya adalah pisau dan peluru. Dagingnya adalah kau dan aku! FM 11 Nov 2010
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 13-11-10 13:15
Salam, Saya tetap membacanya sekalipun terlewat semalam. Menarik lagi. (Kemana agaknya BENDERA pergi?) Tahniah saudaraku Fikrul Mustanir.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 14-11-10 20:52
Terima kasih kerana sudi membacanya, semoga ada manfaat yang diperolehi.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 19-11-10 08:44
Hapuslah Air Matamu. Hapuslah air matamu usah kau tangisi zamanmu. Zaman yang penuh penyimpangan dan ketidak adilan zaman yang dadanya tak turun dan naik dek nafas kerohanian zaman yang menghodoh hinakan setiap kemuliaan zaman yang merangkul kasih setiap keburukan zaman yang mengeji cela setiap suruhan Tuhan zaman yang memuji puja setiap kedurhakaan. Hapuslah airmatamu usah kau sesali zamanmu. Sebenarnya di sini, walau tegak seribu halangan walau punya seribu tentangan walau terpancang seribu ranjau tajam walau mengepung seribu musuh kejam. Pandanglah ia sebagai cabaran yang seharusnya kau tatap dengan kesabaran kerana di sini kan terbuka gerbang peluang untukmu dikalung pujian dan sanjungan oleh Allah, malaikat dan alam keseluruhan. Jika kau tauladani Rasul dan Sahabat menatap datang ujian perjuangan dalam sabar yang hebat dan takwa yang kuat. Hapuslah airmatamu usah kau lari dari zamanmu. Andai tiada zamanmu ini peluang itu, untukmu kan pergi tanpa sempat untukmu memberi erti kehidupan teguh menjunjung akidah suci sedang dirimu berdepan ancaman mati. Fikrul Mustanir Jumaat, 19 Nov 2010
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 15-02-11 23:05
Medan Tahrir: Januari 2011 Wahai Pemuda Medan Tahrir di danau takdir, telah kau dayung perahu derita untuk menyunting teratai bahagia. Keberanianmu merapi menggangdung api melebur pagar kejam melingkari. Semangatmu ombak menggunung tinggi menggulung angkuh Husni yang tak diberkati. Tekadmu taufan berpusar ngeri meruntuh singgahsana durhaka keji Di Medan Tahrir telah terjulang piramid monumen perjuanganmu yang suci. Revolusimu telah membentang laut merah sedia menelan firaun-firaun masa kini. Dengan revolusi pencetus aspirasi setelah ini ummah pasti tak kan tidur lagi. Dengan keberanian Musa seperti bebola salji revolusimu nanti tak hanya di sana kan berhenti. Selama tak tertegak keadilan hakiki revolusimu kan pasti terus berlari. Fikrul Mustanir 14 Feb 2011.
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 16-02-11 10:52
Kemana lama menghilang diri? Sudah boleh adakan antologi ni saudaraku pahlawan pena.
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 16-02-11 12:34
Salam, Saya ada cuma jarang menonjolkan diri. Untuk sebuah antoloji mungkin masanya belum tiba lagi, biarlah saya hanya berkongsi karya di alam maya untuk masa ini kerana saya lebih senang menjadi 'pahlawan yang tak dikenali'. Wasalam.
|
pejuangttbc90
Warga Rasmi Menyertai: 13.02.2011 Ahli No: 40977
Posting: 11
|
Posting pada: 16-02-11 14:08
Assalamaulaikum semua madah sangat menarik. Boleh menaikkan semangat. huhu -----------------
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 16-02-11 14:57
Terima kasih kerana sudi menghayati. Semoga kita meperolehi Redha Illahi.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 20-02-11 16:27
Revolusimu telah membentang laut merah sedia menelan firaun-firaun masa kini. saya tambah sikit deh.. namun sayang seribu kali. revolusimu tersadai di pinggir mimpi, igauan keadilan hakiki nyata masih kabur lagi, semuanya ngeri dihijab demokrasi, macam mana ?? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 23-02-11 12:21
Jangan Di Sini Berhenti. Ayuh, pemuda Medan Tahrir jangan di sini kau berhenti buah ranum itu di depan lagi sisa sedikit derap kaki kan kau petik pasti. Buah duri tiga dekad meluka telah kau campakkan ke neraka telah tumpul busuk duri kuasanya dihurung benci dan hina. Jangan kau jamah pula buah kebebasan hidangan sekular itu hanya ilusi bahagia sejenak pesona selamanya derita darah tertumpah dikhianat leka. Walau kulit selembut sutera titis sarinya sembilu menghiris walau warna menyilau mata gebu putih getahnya melepuh bengis. Ayuh, pemuda Medan Tahrir jangan di sini kau berhenti buah ranum itu di depan lagi sisa sedikit derap kaki kan kau petik pasti. Aromanya harum kasturi senafas kau hidu sejahtera tercantas kan bertaut lagi. Sarinya lazat bergizi setitis kau teguk mulia hilang kan ditemu kembali Isinya manis sekali sehiris kau rasa zalim terbuang tak kan berganti. Ayuh, pemuda Medan Tahrir buah ranum itu sedang menanti untuk kau petik pasti di sana derap kaki harus berhenti. FM Febuari 2011.
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 24-02-11 21:36
Saya di sini masih mengikuti perkembangan saudara. Tiadakah pandangan saudara pada perkembangan ben ghazi?
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 24-02-11 23:25
Umar al Mukhtar telah kembali. Alhamdulillah keberanian masih terpahat di dada umat ini. Ana lihat pergolakan di sana lebih cenderung kepada Islam. Inilah salah satu faktor barat kurang mendokong kebangkitan di sana berbanding di Mesir.
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 25-02-11 11:02
Lion of desert? Benarkah kecenderungannya begitu?
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 25-02-11 15:26
Salam, Dari momokan yang cuba dilakukan oleh Gadafi, misalnya cuba mengaitkan gerakan pengulingannya dengan Ben Ladin dan al Qaidah (walaupun keterlibatannya masih boleh dipertikaikan) Ana nampak ia sebagai satu isyarat bahawa kecenderungan Islam ada dalam gerakan tersebut. Itu berdasarkan pemerhatian ana. Walahu'alam.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 25-02-11 17:22
"barat kurang mendokong kebangkitan di sana berbanding di Mesir." adakah anda maksudkan kebangkitan di mesir didokong oleh barat/US ?? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 25-02-11 22:32
menonton berita di Tv tadi, sebak rasanya melihat pembedilan tentera Gaddafi ke atas rakyat di Benghazi.. demi Allah, Gaddafi langsung tak layak digelar binatang kerana dia sebenarnya adalah SYAITON.....hanya pemimpin berjiwa SYAITON yang ada kesanggupan membunuh beramai-ramai rakyat sendiri. Syaiton yang seekor ini layak dibunuh saja... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 27-02-11 11:16
Pada 25-02-11 17:22 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! "barat kurang mendokong kebangkitan di sana berbanding di Mesir."
adakah anda maksudkan kebangkitan di mesir didokong oleh barat/US ??
Salam, Tidak sebagaimana Tunisia dan Mesir, pihak barat berada dalam keadaan yang sukar di Libya untuk mencari agennya yang baru bagi mengantikan rejim Gaddafi. Oleh itu barat berada dalam keadaan yang berat untuk mendokong bantahan rakyat di sana kerana ketakutan mereka bahawa kemungkinan Libya akan jatuh kepada golongan Islam pabila berlaku kekosongan kuasa di sana. Keputusan sekatan ekonomi, dan usul campurtangan tentera di sana, atas alasan kemanusiaan sebenarnya adalah sebagai persediaan kepada campurtangan barat secara langsung (sebagaimana di Irak dan Afghanistan) di sana dalam usaha mereka menghalang tertegaknya Negara Islam di atas puing-puing rejim Gaddafi. Wasalam.
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 27-02-11 11:30
Pada 27-02-11 11:16 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Pada 25-02-11 17:22 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! "barat kurang mendokong kebangkitan di sana berbanding di Mesir."
adakah anda maksudkan kebangkitan di mesir didokong oleh barat/US ??
Salam,
Tidak sebagaimana Tunisia dan Mesir, pihak barat berada dalam keadaan yang sukar di Libya untuk mencari agennya yang baru bagi mengantikan rejim Gaddafi. Oleh itu barat berada dalam keadaan yang berat untuk mendokong bantahan rakyat di sana kerana ketakutan mereka bahawa kemungkinan Libya akan jatuh kepada golongan Islam pabila berlaku kekosongan kuasa di sana.
Keputusan sekatan ekonomi, dan usul campurtangan tentera di sana, atas alasan kemanusiaan sebenarnya adalah sebagai persediaan kepada campurtangan barat secara langsung (sebagaimana di Irak dan Afghanistan) di sana dalam usaha mereka menghalang tertegaknya Negara Islam di atas puing-puing rejim Gaddafi.
Wasalam. BETUL TU.. BARAT TERUTAMA US HANYA MENUNGGU MASA NAK 'NGAP' LIBYA PULAK.. LIBYA KAN KAYA MINYAK..
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 27-02-11 18:12
Pada 20-02-11 16:27 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! saya tambah sikit deh..
namun sayang seribu kali. revolusimu tersadai di pinggir mimpi, igauan keadilan hakiki nyata masih kabur lagi, semuanya ngeri dihijab demokrasi,
macam mana ??
Rima sudah ada, tetapi gaya bahasanya lebih cantik jika disuntik unsur metafora, perlu banyak latihan lagi.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 01-03-11 11:18
Pada 27-02-11 18:12 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!! Pada 20-02-11 16:27 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! saya tambah sikit deh..
namun sayang seribu kali. revolusimu tersadai di pinggir mimpi, igauan keadilan hakiki nyata masih kabur lagi, semuanya ngeri dihijab demokrasi,
macam mana ??
Rima sudah ada, tetapi gaya bahasanya lebih cantik jika disuntik unsur metafora, perlu banyak latihan lagi. terima kasih untuk komen membina pada amatur seperti saya. metafora ke metabolisme ke...saya akui dalam hal madah dan sajak ni memang tak boleh lawan mustanir...dia hebat betul, bahasa sajaknya indah dan olahan maksud dalam sajaknya 'berbisa'. Saya lebih suka kalau dia boleh expose sajaknya kepada public dalam bentuk yang lebih praktikal. Contohnya mencuba untuk dimuatkan dalam majalah solusi yang mempunyai peminat yang semakin bertambah. Di laman ukhwah ni nampak agak sempit kerana pembacanya tidak ramai. cuma....untuk sajaknya yang inginkan 'khilafah dengan menolak demokrasi' saya rasa pihak majalah mungkin 'tak release'. Tapi sajak2 lain banyak lagi yang boleh dikongsi. . ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 01-03-11 11:28
Pada 27-02-11 11:16 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Pada 25-02-11 17:22 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! "barat kurang mendokong kebangkitan di sana berbanding di Mesir."
adakah anda maksudkan kebangkitan di mesir didokong oleh barat/US ??
Salam,
Tidak sebagaimana Tunisia dan Mesir, pihak barat berada dalam keadaan yang sukar di Libya untuk mencari agennya yang baru bagi mengantikan rejim Gaddafi. Oleh itu barat berada dalam keadaan yang berat untuk mendokong bantahan rakyat di sana kerana ketakutan mereka bahawa kemungkinan Libya akan jatuh kepada golongan Islam pabila berlaku kekosongan kuasa di sana.
Keputusan sekatan ekonomi, dan usul campurtangan tentera di sana, atas alasan kemanusiaan sebenarnya adalah sebagai persediaan kepada campurtangan barat secara langsung (sebagaimana di Irak dan Afghanistan) di sana dalam usaha mereka menghalang tertegaknya Negara Islam di atas puing-puing rejim Gaddafi.
Wasalam. saya ada 'perasaan' yang sedikit berbeza...berbanding Mesir, respon US agak dingin di Libya, kerana Libya tidak begitu mengancam US dan Israel...sedang Mesir, menguasai Mesir ibrat mengyasai Palestine,Mesir seperti kunci Baitul Maqdis dan masjidil aqsa. sekiranya Mesir dikuasai oleh pejuang Islam bermakna Israel di palestine akan menghadapi ancaman besar dari kebangkitan mujahidin. Salahuddin Al Ayubi sebelum mendapatkan semula Palestin, baginda terlebih dahulu menakluki mesir...bukankah baginda pernah berkata "“Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir. Aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku.” itu sekadar pengamatan saja dari aspek 'sejarah ' lah...wallahuallam ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 01-03-11 11:47
Pada 01-03-11 11:28 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! Pada 27-02-11 11:16 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Pada 25-02-11 17:22 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! "barat kurang mendokong kebangkitan di sana berbanding di Mesir."
adakah anda maksudkan kebangkitan di mesir didokong oleh barat/US ??
Salam,
Tidak sebagaimana Tunisia dan Mesir, pihak barat berada dalam keadaan yang sukar di Libya untuk mencari agennya yang baru bagi mengantikan rejim Gaddafi. Oleh itu barat berada dalam keadaan yang berat untuk mendokong bantahan rakyat di sana kerana ketakutan mereka bahawa kemungkinan Libya akan jatuh kepada golongan Islam pabila berlaku kekosongan kuasa di sana.
Keputusan sekatan ekonomi, dan usul campurtangan tentera di sana, atas alasan kemanusiaan sebenarnya adalah sebagai persediaan kepada campurtangan barat secara langsung (sebagaimana di Irak dan Afghanistan) di sana dalam usaha mereka menghalang tertegaknya Negara Islam di atas puing-puing rejim Gaddafi.
Wasalam.
saya ada 'perasaan' yang sedikit berbeza...berbanding Mesir, respon US agak dingin di Libya, kerana Libya tidak begitu mengancam US dan Israel...sedang Mesir, menguasai Mesir ibrat mengyasai Palestine,Mesir seperti kunci Baitul Maqdis dan masjidil aqsa. sekiranya Mesir dikuasai oleh pejuang Islam bermakna Israel di palestine akan menghadapi ancaman besar dari kebangkitan mujahidin. Salahuddin Al Ayubi sebelum mendapatkan semula Palestin, baginda terlebih dahulu menakluki mesir...bukankah baginda pernah berkata "“Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir. Aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku.”
itu sekadar pengamatan saja dari aspek 'sejarah ' lah...wallahuallam
SILA BACA INI YE.. http://malayaraya.wordpress.com/2011/02/28/15/
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 01-03-11 13:05
Pada 01-03-11 11:47 , FIRDAUSNUR posting:!!! QUOTE !!! Pada 01-03-11 11:28 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! Pada 27-02-11 11:16 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Pada 25-02-11 17:22 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! "barat kurang mendokong kebangkitan di sana berbanding di Mesir."
adakah anda maksudkan kebangkitan di mesir didokong oleh barat/US ??
Salam,
Tidak sebagaimana Tunisia dan Mesir, pihak barat berada dalam keadaan yang sukar di Libya untuk mencari agennya yang baru bagi mengantikan rejim Gaddafi. Oleh itu barat berada dalam keadaan yang berat untuk mendokong bantahan rakyat di sana kerana ketakutan mereka bahawa kemungkinan Libya akan jatuh kepada golongan Islam pabila berlaku kekosongan kuasa di sana.
Keputusan sekatan ekonomi, dan usul campurtangan tentera di sana, atas alasan kemanusiaan sebenarnya adalah sebagai persediaan kepada campurtangan barat secara langsung (sebagaimana di Irak dan Afghanistan) di sana dalam usaha mereka menghalang tertegaknya Negara Islam di atas puing-puing rejim Gaddafi.
Wasalam.
saya ada 'perasaan' yang sedikit berbeza...berbanding Mesir, respon US agak dingin di Libya, kerana Libya tidak begitu mengancam US dan Israel...sedang Mesir, menguasai Mesir ibrat mengyasai Palestine,Mesir seperti kunci Baitul Maqdis dan masjidil aqsa. sekiranya Mesir dikuasai oleh pejuang Islam bermakna Israel di palestine akan menghadapi ancaman besar dari kebangkitan mujahidin. Salahuddin Al Ayubi sebelum mendapatkan semula Palestin, baginda terlebih dahulu menakluki mesir...bukankah baginda pernah berkata "“Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir. Aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku.”
itu sekadar pengamatan saja dari aspek 'sejarah ' lah...wallahuallam
SILA BACA INI YE..
http://malayaraya.wordpress.com/2011/02/28/15/
ni kalau tak tahu...jangan nak tunjuk macam banyak tahu pulak....buat org gelak saja, setakat copy paste pandangan orang lain lepas tu letak icon macam 'cerdik' saja, budak tadika pun boleh. sebelum saya jawab: anda kena: 1) buktikan bahawa Al Qaeeda tu benar-benar wujud, hanya orang ngok sahaja boleh diperbodohkan US dengan isu Al Qaeeda. Ia isu basi momokan Amerika untuk melabel 'pengganas' kepada para mujahiddin atau pejuang Islam. Gaddafi turut memperbodohkan dunia dengan mengaitkan kebangkitan rakyat Libya dengan Al qaeeda....dia ingat dunia ni bodoh macam dia juga ka...kat Malaysia tak sangka UMNO/BN pun turut bodoh macam gaddafi yang percaya Al Qaeeda Amerika dikaitkan dengan semua ini.... eh please lah...tiada apa-apa kaitan pun al qaeeda dalam hal ini. artikel yang anda link kan itu tak lebih dari pandangan pribadi yang menjauhi realiti...yang memperlihatkan UMNO/BN sebenarnya takut jika situasi 'kebangkitan' di Libya mempengaruhi pemuda2 Islam di Malaysia.... kita tunggu nanti apakah benar kebangkitan itu hanya setakat dua tiga kerat rakyat sahaja? Amerika tak perlu dapatkan Libya untuk 'minyak'...dia dah lama menjajah Muammar gadafi dan minyak orang Libya....bagi duit....bagi perempuan, si tua kutuk tu dah lama tunduk pada Amerika. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 01-03-11 14:15
Pada 01-03-11 13:05 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! Pada 01-03-11 11:47 , FIRDAUSNUR posting:!!! QUOTE !!! Pada 01-03-11 11:28 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! Pada 27-02-11 11:16 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Pada 25-02-11 17:22 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! "barat kurang mendokong kebangkitan di sana berbanding di Mesir."
adakah anda maksudkan kebangkitan di mesir didokong oleh barat/US ??
Salam,
Tidak sebagaimana Tunisia dan Mesir, pihak barat berada dalam keadaan yang sukar di Libya untuk mencari agennya yang baru bagi mengantikan rejim Gaddafi. Oleh itu barat berada dalam keadaan yang berat untuk mendokong bantahan rakyat di sana kerana ketakutan mereka bahawa kemungkinan Libya akan jatuh kepada golongan Islam pabila berlaku kekosongan kuasa di sana.
Keputusan sekatan ekonomi, dan usul campurtangan tentera di sana, atas alasan kemanusiaan sebenarnya adalah sebagai persediaan kepada campurtangan barat secara langsung (sebagaimana di Irak dan Afghanistan) di sana dalam usaha mereka menghalang tertegaknya Negara Islam di atas puing-puing rejim Gaddafi.
Wasalam.
saya ada 'perasaan' yang sedikit berbeza...berbanding Mesir, respon US agak dingin di Libya, kerana Libya tidak begitu mengancam US dan Israel...sedang Mesir, menguasai Mesir ibrat mengyasai Palestine,Mesir seperti kunci Baitul Maqdis dan masjidil aqsa. sekiranya Mesir dikuasai oleh pejuang Islam bermakna Israel di palestine akan menghadapi ancaman besar dari kebangkitan mujahidin. Salahuddin Al Ayubi sebelum mendapatkan semula Palestin, baginda terlebih dahulu menakluki mesir...bukankah baginda pernah berkata "“Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir. Aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku.”
itu sekadar pengamatan saja dari aspek 'sejarah ' lah...wallahuallam
SILA BACA INI YE..
http://malayaraya.wordpress.com/2011/02/28/15/
ni kalau tak tahu...jangan nak tunjuk macam banyak tahu pulak....buat org gelak saja, setakat copy paste pandangan orang lain lepas tu letak icon macam 'cerdik' saja, budak tadika pun boleh.
sebelum saya jawab:
anda kena:
1) buktikan bahawa Al Qaeeda tu benar-benar wujud, hanya orang ngok sahaja boleh diperbodohkan US dengan isu Al Qaeeda. Ia isu basi momokan Amerika untuk melabel 'pengganas' kepada para mujahiddin atau pejuang Islam. Gaddafi turut memperbodohkan dunia dengan mengaitkan kebangkitan rakyat Libya dengan Al qaeeda....dia ingat dunia ni bodoh macam dia juga ka...kat Malaysia tak sangka UMNO/BN pun turut bodoh macam gaddafi yang percaya Al Qaeeda Amerika dikaitkan dengan semua ini....
eh please lah...tiada apa-apa kaitan pun al qaeeda dalam hal ini.
artikel yang anda link kan itu tak lebih dari pandangan pribadi yang menjauhi realiti...yang memperlihatkan UMNO/BN sebenarnya takut jika situasi 'kebangkitan' di Libya mempengaruhi pemuda2 Islam di Malaysia.... kita tunggu nanti apakah benar kebangkitan itu hanya setakat dua tiga kerat rakyat sahaja?
Amerika tak perlu dapatkan Libya untuk 'minyak'...dia dah lama menjajah Muammar gadafi dan minyak orang Libya....bagi duit....bagi perempuan, si tua kutuk tu dah lama tunduk pada Amerika.
UMNO TAKUT DENGAN PAS? CEPATLAH BANGKIT.. BUATLAH.. MENGAPA TAK BUAT APAPUN.. TAKUT ANAK-ANAK ORANG PAS DI UNIVERSITI IPTA LARI NAIK KAPAL TERBANG KE ARAB SAUDI, MESIR, UK, US KE? TAKUT KEDAI-KEDAI DAP DI K.L TUTUP KE? MAHU NAIK ANGIN TAUKE KEDAI CINA DAP KALAU BISNES DEPA LINGKUP DISEBAB OLEH HURU-HARA PAS DAN PKR DI KOTA K.L TU.. KALAU BISNES TAUKE ORANG DAP LINGKUP ORANG PAS NAK GANTI KE? PAS NAK CARI DUIT MANA YE? ORANG PAS APA YANG ADA YE? CERAMAH SAJA MEMANJANG.. DOK DI MASJID SAJA KERJANYA.. APA PUN TAK BUAT.. 'ACTION' TAK ADA.. ITU PUN TIDAK.. ADA HATI TIDOQ SEBANTAL DENGAN DAP.. TAPI MIMPI LAIN-LAIN..
|
al-biruni03
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2003 Ahli No: 1583
Posting: 237
Dari: bukit kapar,klang
|
Posting pada: 01-03-11 15:13
ASSALAMUALAIKUM saudara firdaus ni Kenapa? di pos yang lain pun kutuk Jemaah PAS. kalau anda fikir BN/UMNO tu bagus, terpulangla.. anda jangan lupa PAS adalah jemaah yang berlandaskan islam. pimpinan pas adalah ulamak dan guru-guru agama.. jangan sampai kita berani menghina para agama.. kita patut bersyukur masih ada golongan yang beragama di malaysia. isu pas ada link dengan d.a.p or watever, anda tak boleh tuduh menuduh sesuka hati. saya tahu anda hanya nak buat org lain panas hati.. semoga Allah beri ptunjuk dan hidayah...apa yang penting ialah ISLAM itu tetap disebarluas di malaysia. wasalam. jangan jadi musuh kepada perjuangan Islam.. nauzubillah ----------------- ANaMusaFir87
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 01-03-11 15:19
Pada 01-03-11 15:13 , al-biruni03 posting:!!! QUOTE !!! ASSALAMUALAIKUM
saudara firdaus ni Kenapa? di pos yang lain pun kutuk Jemaah PAS.
kalau anda fikir BN/UMNO tu bagus, terpulangla..
anda jangan lupa PAS adalah jemaah yang berlandaskan islam. pimpinan pas adalah ulamak dan guru-guru agama..
jangan sampai kita berani menghina para agama.. kita patut bersyukur masih ada golongan yang beragama di malaysia.
isu pas ada link dengan d.a.p or watever, anda tak boleh tuduh menuduh sesuka hati. saya tahu anda hanya nak buat org lain panas hati..
semoga Allah beri ptunjuk dan hidayah...apa yang penting ialah ISLAM itu tetap disebarluas di malaysia.
wasalam.
jangan jadi musuh kepada perjuangan Islam.. nauzubillah
APA YANG ULAMAKNYA.. CUBA ANDA LIHAT FATWA TOK GURU NIK AZIZ TU.. 'UNDI PAS MASUK SYURGA'.. SAYA CABAR ANDA CARI AYAT AL-QURAN KALAU MASUK PAS AKAN MASUK SYURGA.. ANDA KATA DIA ULAMAK YE.. ITU BUKAN 'ULAMAK'.. ITU DI PANGGIL 'ALAMAK'..
|
almustasyar
Warga 2 Bintang Menyertai: 20.02.2011 Ahli No: 40999
Posting: 43
Dari: Kedah
|
Posting pada: 01-03-11 22:56
Pada 01-03-11 15:13 , al-biruni03 posting:!!! QUOTE !!! ASSALAMUALAIKUM
saudara firdaus ni Kenapa? di pos yang lain pun kutuk Jemaah PAS.
kalau anda fikir BN/UMNO tu bagus, terpulangla..
anda jangan lupa PAS adalah jemaah yang berlandaskan islam. pimpinan pas adalah ulamak dan guru-guru agama..
jangan sampai kita berani menghina para agama.. kita patut bersyukur masih ada golongan yang beragama di malaysia.
isu pas ada link dengan d.a.p or watever, anda tak boleh tuduh menuduh sesuka hati. saya tahu anda hanya nak buat org lain panas hati..
semoga Allah beri ptunjuk dan hidayah...apa yang penting ialah ISLAM itu tetap disebarluas di malaysia.
wasalam.
jangan jadi musuh kepada perjuangan Islam.. nauzubillah
Sebab tu ulamak ada menyebut . ... Jangan beradu dengan orang jahil nanti kita juga terkena dengan kejahilannya ...
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 02-03-11 06:27
Pada 01-03-11 22:56 , almustasyar posting:!!! QUOTE !!! Pada 01-03-11 15:13 , al-biruni03 posting:!!! QUOTE !!! ASSALAMUALAIKUM
saudara firdaus ni Kenapa? di pos yang lain pun kutuk Jemaah PAS.
kalau anda fikir BN/UMNO tu bagus, terpulangla..
anda jangan lupa PAS adalah jemaah yang berlandaskan islam. pimpinan pas adalah ulamak dan guru-guru agama..
jangan sampai kita berani menghina para agama.. kita patut bersyukur masih ada golongan yang beragama di malaysia.
isu pas ada link dengan d.a.p or watever, anda tak boleh tuduh menuduh sesuka hati. saya tahu anda hanya nak buat org lain panas hati..
semoga Allah beri ptunjuk dan hidayah...apa yang penting ialah ISLAM itu tetap disebarluas di malaysia.
wasalam.
jangan jadi musuh kepada perjuangan Islam.. nauzubillah
Sebab tu ulamak ada menyebut . ... Jangan beradu dengan orang jahil nanti kita juga terkena dengan kejahilannya ... JIKA ANDA BERADU DENGAN ORANG JAHIL SENANGLAH ANDA MEMPERMAINKAN AL-QURAN KAN.. MAKLUMLAH ORANG JAHIL NI TAK FAHAM AL-QURAN.. ORANG ALIM NI DIA AKAN GUNA AYAT-QURAN YANG DIA FAHAM TU DAN PUTAQ BELITKAN... CONTOHNYA MACAM AKHBAR BAHASA CINA LAH.. ORANG MELAYU TAK FAHAM BAHASA CINA.. ORANG DAP AKAN GUNA AKHBAR CINA SEBGAI SENJATA MENYERANG ORANG MELAYU.. ORANG MELAYU MANA FAHAM PUN BAHASA CINA KAN? DOK BACA PUN UTUSAN..HARAKAH..METRO.. MANA ADA MELAYU BACA NANYANG SIANG PAU DAN SIN CHEW DAILY KAN? AKHIRNYA ORANG ISLAM YANG JAHIL AKAN TERUS JAHIL.. UMAT ISLAM PUN TERUS 'KELAM'..
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 02-03-11 10:51
CERITA LAH LAGI.... Ada kepada suatu hari saya ke pasar berlari-lari ada seekor si burung nuri sedang asyik bercerita peri eh kat mana ya saya baca pantun ni kat mana ni... kat mana ni ….kat mana ni oooo baru saya ingat kini dalam buku 'cerita lah lagi', cerita2 dongeng yang sangat saya gemari masa tu saya sekolah rendah lagi saya baca buku tu kat library jadi hari ni saya nak bercerita lah ni bukan cerita dongeng tapi realiti errr...kisah seorang kawan saya ni errr...rasanya dia ni masih kecik lagi hari-hari dia datang sini dengan gaya seorang bistari eh bukan lah...gaya seorang ahli gusti semua orang dia ajak berkelahi tapi dia ni....gigi pun tak tumbuh lagi tapi eksen macam semua benda dia reti cerita agama, cerita politik dan ekonomi dia main copy paste saja kat sini namun semua kosong tak ada isi yang ada cuma provokasi memanipulasi isu-isu basi kutuk tok guru itu dan ini mancari publisiti atau populariti? Kawan saya ini kalau menulis kat sini guna huruf besar bukan main lagi eh eh dia ingat kita semua rabun barangkali atau memang dia ni, sudah hilang keyakinan diri oh oh oh oh kawan saya ini janganlah kita ambil hati kan saya dah kata dia kecik lagi kalau dia marah dan kutuk kita lagi kita gelak hihihhihi... dan kita kata kat dia begini... “marah lah lagi..kutuk lah lagi...you nampak cute sekali...owh baby ” ok .cukup lah setakat ini....lainkali kita cerita lah lagi. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 02-03-11 11:28
Pada 02-03-11 10:51 , myhoney posting:ADA LAGI TAK? TAK KAN SETAKAT NI SAJA.. TAK BEST LAH... DAH HABIS ISU KE? CEPAT HURU-HARA KAN KOTA K.L TU YE.. PERHIMPUNAN 'BERSIH' PUN AKAN DI ADAKAN SEKALI LAGI.. ADAKAH TAUKE KEDAI ORANG DAP DI K.L TUTUP KEDAI DAN WORKSHOP DEPA HARI TU YE? CEPAT..CEPAT..BAKAR BENDERA..BAKAR TONG..BAKAR KERETA..PECAHKAN PINTU KEDAI-KEDAI DAP TU YE.. BAWA JUGAK ANAK-ANAK KECIL UNTUK TAGIH SIMPATI MEDIA CNN.. CABAR JUGAK FRU SUPAYA SEMBUR AIR DAN GAS PEMEDIH MATA.. DUNIA TENGOK PUN AKAN SIMPATI JUGAK NANTI KAN.. TUNJUKAN YANG UMNO ITU 'ZALIM'.. KEMUDIAN OSAMA AKAN HANTAR DUTANYA TOLONG PULAK PAS NANTI YE.. JANGAN BIMBANG YE.. CEPAT..CEPAT..
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 02-03-11 23:50
Nurani Tak Dia Miliki. (Monolog tika terpandang potret Muammar Gaddafi.) Tersimbah merah mencucur basah bumi Umar Mukhtar diratah khianah. Tertampar marah menjulur resah nurani atar dicemar serakah. Tercunggap pengkhianat menyusun langkah gelisah mekar di kesal tak sudah. Tersebar soldadu menggutip upah rakyat terkapar di amanah rebah. Terbujur beribu mendakap at thawra hening berkibar dijunjung maruah. Terhenyak kalbuku menatap wajah binatang bersangkar di tubuh bernanah. FM 1 Mac 2011.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 04-03-11 10:14
Pada 02-03-11 23:50 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Nurani Tak Dia Miliki. (Monolog tika terpandang potret Muammar Gaddafi.)
Terhenyak kalbuku menatap wajah binatang bersangkar di tubuh bernanah.
entah lah...nak dikatakan ada sifat binatang pada dirinya pun saya tak sanggup sebab saya rasa dengan kejahatannya, ada binatan yang jauh lebih baik darinya. dalam kisah tentera semut dengan Nabi sulaiman as pemimpin semut berkata kepada tentera semut "“Hai semut-semut sekalian! Masuklah kamu ke dalam sarang masing-masing, supaya kamu tidak dipijak oleh Nabi Sulaiman bersama angkatan tenteranya. " ketua semut pun begitu mengambil berat keselamatan tentera semut dibawahnya, bagaimana pula seorang pemimpin di kalangan manusia tega membunuh rakyat2 nya... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 04-03-11 10:21
Uncle Sam dijangka akan mengulangi penjarahannya seperti di Iraq. Menghukum Saddam yang kononnya melakukan pembunuhan rakyatnya yang berbangsa Kurdish, dan sehingga kini masih bertenggek di bumi Iraq.
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 04-03-11 10:24
Pada 04-03-11 10:21 , faqir_imara posting:!!! QUOTE !!! Uncle Sam dijangka akan mengulangi penjarahannya seperti di Iraq. Menghukum Saddam yang kononnya melakukan pembunuhan rakyatnya yang berbangsa Kurdish, dan sehingga kini masih bertenggek di bumi Iraq. MINYAK IRAQ TAK AKAN DILEPASKAN BEGITU SAHAJA.. ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIARLAH SAMPAI KE PANGKAL LENGAN.. -----> UNCLE SAM..
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 04-03-11 10:30
Pada 04-03-11 10:21 , faqir_imara posting:!!! QUOTE !!! Uncle Sam dijangka akan mengulangi penjarahannya seperti di Iraq. Menghukum Saddam yang kononnya melakukan pembunuhan rakyatnya yang berbangsa Kurdish, dan sehingga kini masih bertenggek di bumi Iraq. maksud anda ????.... err apa perkaitannya dengan isu di Libya? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 04-03-11 17:44
Pada 04-03-11 10:14 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! Pada 02-03-11 23:50 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Nurani Tak Dia Miliki. (Monolog tika terpandang potret Muammar Gaddafi.)
Terhenyak kalbuku menatap wajah binatang bersangkar di tubuh bernanah.
entah lah...nak dikatakan ada sifat binatang pada dirinya pun saya tak sanggup sebab saya rasa dengan kejahatannya, ada binatan yang jauh lebih baik darinya.
dalam kisah tentera semut dengan Nabi sulaiman as pemimpin semut berkata kepada tentera semut "“Hai semut-semut sekalian! Masuklah kamu ke dalam sarang masing-masing, supaya kamu tidak dipijak oleh Nabi Sulaiman bersama angkatan tenteranya. "
ketua semut pun begitu mengambil berat keselamatan tentera semut dibawahnya, bagaimana pula seorang pemimpin di kalangan manusia tega membunuh rakyat2 nya...
Benar juga seperti yang dikatakan...mungkin perkataan 'binatang' itu selayaknya ditukar kepada "iblis"!
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 23-03-11 16:11
Aku Yang Sedang Menelan Kecewa. Telah ku daki tangga kuasa dengan dorongan tangan-tangan mereka. Kepada mereka Cameron – Tony Obama – Sarkozy tak lupa juga kekasih ku paling seksi Berlusconi dari Itali kucupan paling manis kepada mereka telah ku beri …berkali-kali. Telah ku sambut tangan atas nama persahabatan telah ku pelihara hubungan atas nama kepentingan. Aku leraikan dakapan ke tubuh rayat kerana sibuk tanganku merangkul kasihku itu. Aku tak mendonggak andai mereka sanggah aku sedia merangkak andai mereka kerah kerana aku adalah kuda tunggangan pertualangan mereka di padang pasir utara Afrika. Sepanjang empat desawara aku bertenun singgahsana sutera dari benang-benang sejahtera yang telah ku rentap kuat dari kepompong rakyat hingga bertelanjang bulat mereka tersayat. Tawaku selama ini jadi tangis ngeri pabila hilang kepompong menutupi (yang selama ini telah ku curi) rakyatku jadi jeli dapat lihat bulan dan mentari sinar keduanya menelanjangi aib tubuhku sendiri. Kini helang-helang besi (yang dikirim oleh kekasih ku sendiri?) mencakar tubuh tuaku kuda tunggangan yang tak berguna lagi. Hari itu terlihat hampir bagiku. Kepada mantan sang kekasih, tega kau campakkan aku ke sisi setelah kuserahkan harga diri sebagai mahar cinta ini? Kepada bonda, aku kesal Kenapa aku kau lahirkan ke dunia ini. kepada ayahanda, maaf, gagal ku jadikan nama Muammar Gaddafi, yang kau beri sewangi kasturi. Kepada Tuhan? …. FM Mac 2011.
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 23-03-11 16:15
Pada 23-03-11 16:11 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Aku Yang Sedang Menelan Kecewa.
Telah ku daki tangga kuasa dengan dorongan tangan-tangan mereka.
Kepada mereka Cameron – Tony Obama – Sarkozy tak lupa juga kekasih ku paling seksi Berlusconi dari Itali kucupan paling manis kepada mereka telah ku beri …berkali-kali.
Telah ku sambut tangan atas nama persahabatan telah ku pelihara hubungan atas nama kepentingan.
Aku leraikan dakapan ke tubuh rayat kerana sibuk tanganku merangkul kasihku itu.
Aku tak mendonggak andai mereka sanggah aku sedia merangkak andai mereka kerah kerana aku adalah kuda tunggangan pertualangan mereka di padang pasir utara Afrika.
Sepanjang empat desawara aku bertenun singgahsana sutera dari benang-benang sejahtera yang telah ku rentap kuat dari kepompong rakyat hingga bertelanjang bulat mereka tersayat.
Tawaku selama ini jadi tangis ngeri pabila hilang kepompong menutupi (yang selama ini telah ku curi) rakyatku jadi jeli dapat lihat bulan dan mentari sinar keduanya menelanjangi aib tubuhku sendiri.
Kini helang-helang besi (yang dikirim oleh kekasih ku sendiri?) mencakar tubuh tuaku kuda tunggangan yang tak berguna lagi.
Hari itu terlihat hampir bagiku.
Kepada matan sang kekasih, tega kau campakkan aku ke sisi setelah kuserahkan harga diri sebagai mahar cinta ini?
Kepada bonda, aku kesal Kenapa aku kau lahirkan ke dunia ini.
kepada ayahanda, maaf, gagal ku jadikan nama Muammar Gaddafi, yang kau beri jadi wangi kasturi.
Kepada Tuhan? ….
FM Mac 2011. BERJUANG APANYAA.... LIBYA TAK NAK PII KA??? ISLAM JIHAD APA NII.......... TAKUT MATI SYAHID KA???
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 23-03-11 16:44
Apa hal lah pulak...saudara aku sekor ni? Kalau tak tahu nak berkata-kata...diam itu lagi mulia.
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 23-03-11 16:54
Pada 23-03-11 16:44 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Apa hal lah pulak...saudara aku sekor ni?
Kalau tak tahu nak berkata-kata...diam itu lagi mulia. SEEKOR??? HAMPA TU PATUT DIAM............. DOK CAKAP TAK SERUPA BIKINNN.......SAJAAAA............ PII LIBYA TAK JUGAK..PII MESIR TAK JUGAK..PII PALESTIN PUN TAK JUGAK NOOOOOOOOOOOO....... MAMPUIH.......
|