Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 9 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 20 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 20 hari yang lalu
eme86: 21 hari yang lalu
sunan-faqih: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Apa Nak Jadi Ni!


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Apa Nak Jadi Ni!

Please Mendaftar To Post


Oleh Apa Nak Jadi Ni!

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 07:17


Rakyat Malaysia Di Jakarta Diancam Dengan Buluh Runcing

JAKARTA, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Penuntut Malaysia di sini Selasa ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

Sumber: Bernama


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 07:19


As salamulaikum wbt dan salam ukhwahfillah

Bodoh! perkara kecil macam ini nak buat gaduh. Sedih betul melihat situasi ini berlaku. Kita bangsa Nusantara satu agama, satu bahasa, serumpun...

Saudara kita di Palestin menderita, kita sibuk dengan isu remeh, bukan sekali, malah sudah banyak kali dan lama isu gadoh2 tak berguna ini berlaku. Media Indonesia pula menjadi batu api isu ini..erm, lihat saja di Youtube (taip saja 'Ganyang Malaysia')


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 07:56


teruk betul lah...geram pun ada ni...kasihan pelajar malaysia di sana...adik kawan saya pelajar medic taun kedua...apalah kabar dia..mudah-mudahan semuanya selamat...mungkinkah ini tanda-tanda ketara akhir zaman...hal seremeh ini dijadikan isu besar...bulan2 puasa syaitan di kurung...jadi dari mana pulak datangnya mahkluk bertanduk yang lagi satu ni ye....:berfikir:

fikir-fikirkan dan selamat beramal


-----------------
Pinky: what are we going to do tonite Brain??
Brain: same thing that we do everynite Pinky, trying to take over the world!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 09:04


Betul-betul tak guna akal yang Allah bagi....
bukan nak kutuk pula....kononnya negara paling ramai orang Islam..
tapi perangainye...Waallahua'lam....

semangat yang membara tu kalau diguna untuk bantu sahabat-sahabat mereka yang ditimpa bencana gempa bumi pun lagi bagus....tambah pahala lagi pula tu...tambah2 bulan puasa ni..............


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 09:04


lepas tu bila tiada orang nak melancong ke sana (indonesia juga bergantung pada ekonomi perlancongan kan).. ekonomi down.. haa.. mengamuk lagi.. cari lagi malaysia nak dipersalahkan...

**gaji amah di demand RM800... kelakar pula.. dulu saya mula masuk pejabat kerja kerani dengan kelulusan diploma.. dibayar RM750.. -sigh-

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 10:45


ha...cakap pasal gaji ini..bukan main lagi mereka demand bila nak cari rezeki kat tempat kita...memang lah ada kes penderaan amah yang dahsyat kat sini..cumenya mari kita renung2kan jugak..sejak pengambilan warga asing bekerja dimalaysia...kes jenayah juga meningkat...tidak lah menyalahkan 100% pada mereka..sekada renungan bersama...tiap perbuatan tu ada timbal balik...

disaat org mempertikaikan warga asing yang tak boleh dipercayai...kawan saya bersungguh2 membela mereka..kerana pekerja ayahnya tiada yang buat hal...ye tu saya hormati...namun harus diingat..dalam setandan pisang tu mesti ada yang busuk...mesti ada pro dan con..biasa lah tu...mungkin yang dipersoalkan sekarang ni perkara tak baik yang dilakukan oleh sesetengah mereka...

sama lah maca kes amah yang didera oleh majikan..bukan semua majikan begitu..ada majikan yang terlalu baik sampai diambil kesempatan oleh amah tertentu...bahagian yang tu siapa nak jawab..ada org boleh tolong jelaskan ke..

nak jaminan macam-macam daripada malaysia..apa pula jaminan mereka yang kedatangan wrga mereka kesini tak kan menimbulkan kesusahan kepada krjn malaysia....kepada rakyat malaysia.....:berfikir:

maaf andai kata-kata saya sedikit kasar...saya antara pejuang keadilan yang suka berfikir dan terus berfikir...walopun kadang-kadang tak berapa betul...sekurang2 nya saya mendorong diri untuk berfikir..hatta keadilan untuk haiwan sekalipun..esply yang comel macam kucing...:D

maaf semua....


-----------------
Pinky: what are we going to do tonite Brain??
Brain: same thing that we do everynite Pinky, trying to take over the world!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 10:49


Tak paham dengan perangai jiran kita ni , baru ni tengok laporan msd pasal pelajar perubatan kita disana di anak tiri oleh pensyarah,dalam kuliah selalu kena sindir pasal benda benda kecik, isu-isu yang melibatkan pulau yang hanya boleh diselesaikan di peringkat diplomatik, kalau dah tahap profesor pun mentaliti macam tu , bagaimana pula anak buah yang tak sekolah , bila agaknya mereka nak muhasabah diri , dengan negara yang hampir musnah , bala tuhan tak putus-putus, ekonomi yang porak peranda , kemiskinan pengangguran , masalah sosial dll. ingat lah sikit..setiap kali bala bencana kita Malaysia tak akan duduk diam..dah berapa juta kita sedekah kepada mangsa sunami , banjir ..hal-hal kecik pun tak boleh nak bawa keotak..tiada gunalah tuhan beri otak kepada manusia kalau tak nak pakai otak...



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 10:51


kalau ikutkan.............negara lain yang ada pembantu rumah memang acapkali kes penderaan ada, dah jadi macam lumrah...

tapi tu lah...yang kes kat malaysia juga dok dicanang2....

hok orang Malaysia yang baik-baik, sampai bawa jalan-jalan makan angin tu tak nak kira pula...

hanya my view, mungkin ni lah sebab Indonesia sentiasa bergolak....tak pernah mahu bersyukur dan sentiasa nak cari salah orang........

patut :hammer: saja orang begitu....


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 10:52


.. kena kasi anshu satay ni.. :lol:.. takut pula aku tengok dia emosi.. hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 10:53


rasa geram ada..
sakit hati pun ada juga..

biasanya dah diberi betis,nak peha..haihh..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 11:08


Pada 09-09-09 10:52 , kakisamun posting:

!!! QUOTE !!!

.. kena kasi anshu satay ni.. :lol:.. takut pula aku tengok dia emosi.. hehe..



:lucu: ..hampeh mung


-----------------
Pinky: what are we going to do tonite Brain??
Brain: same thing that we do everynite Pinky, trying to take over the world!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 10:44


uucp://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/sweeping-org-malaysia.jpg

memang ganas sungguh mereka ni...


:: credit to utusan malaysia.


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 11:45


Inilah masalahnya dengan semangat nasionalisme assobiyah. Kedua-dua negara boleh dikatakan sama bangsa dan agama, hanya dipisahkan melalui sempadan geografi dan politik. Mana ikatan Iman dan Islam? Mana perpaduan umat? Memang tak semua yang berperangai macam tu tetapi bilangannya teramat besar.

ps/- Contohilah semangat persaudaraan Islam Pas, JIM dengan PKS


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-09-09 15:32


:-) Assalamualaikum


     Bila dengar perkara macam ni macam-macam perasaan timbul..geram..lawak..marah...iyalah isu kecil pun boleh diperbesarkan...isu tarian Pendet...isu Pulau Ambalat...mmm..benda-benda ni boleh diselesaikan secara baik...bukan cara macam ni...kalau nak ikutkan geram dan marah...kita rakyat Malaysia lagilah marah dengan mereka...datang ke negara kita dahlah tanpa diundang kebanyakannya...lepas itu buat jenayah macam-macam...merompakla..membunuhla...merogolla...berapa kerat sangat rakyat Malaysia kat sana-Indonesia..tapi rakyat depa berlambak kat sini...cecah jutaan....cuba depa fikir kalau kita yang halau depa semua balik ke negara depa...nila kalau terlalu taksub dengan semangat nasionalisme....tapi tak bersatu atas semangat agama....mmm....adik saya yang study kat Riau pun takut nak balik sana...tapi insyaALLAH...apun ALLAH sentiasa bersama-sama kita...kuatkan tali pergantungan pada ALLAH dan sentiasa berhati-hati...


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 13-09-09 16:12


Mungkin ada pihak yang nak Malaysia dan Indonesia bergaduh agaknya... :berfikir:


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-09 12:45


rakyat indonesia banyak buat jenayah kat negara ni.. kaum yang tak takut mati

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-10-09 15:49


salamun alaik..
ana nak tanya sahabat-sahabat di Malaysia ini..8hb ini ada apa-apa ke btwn inson-Malaysia?tadi kawan ana cakap mak dia kol tanya macam itu..macam ada something yang sangat besar akan jadi 8hb ini..takutla pula kami stdnt Malaysia kat indon ini..nak p kelas pun risau saja..huhu..tawakkal saja..


-----------------
masih ku di dalam pencarian abadi..yang belum pasti kutemui jika mendamba cinta selain Illahi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

Far-Zie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3310
Posting: 52
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-09 16:17


ya Allah...
hish..apa hal lah pulak org indonesia ni...kecik punya hal pun sibuk nak gaduh..gaduh,gaduh,gaduh..dah macam tak ada kerja lain... kerjenye cuma nak merosak saja..

tengok sajalah kat malaysia ni..yang buat kes jenayah kebanyakannya dari indonesia...
sakit hati betul dengan mereka ni...dasar tak tahu diuntung


-----------------
http://www.facebook.com/DZCreation.Official?ref=hl

http://www.dzcreation.com.my/


Bookmark and Share

    


  Member Information For Far-ZieProfil   Hantar PM kepada Far-Zie   Pergi ke Far-Zie's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 06-10-09 17:02


Aku baru balik dari padang , hantar bantuan kat orang kena timpa bala . masa aku disana siap kena ejek lagi , semalam Pesawat Tudm kena baling , Kenapa ye orang indo ni nak mampus pun tak sedar diri lagi , dah lah orang nak bantu ,



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 07-10-09 11:23


Pada 06-10-09 17:02 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

Aku baru balik dari padang , hantar bantuan kat orang kena timpa bala . masa aku disana siap kena ejek lagi , semalam Pesawat Tudm kena baling , Kenapa ye orang indo ni nak mampus pun tak sedar diri lagi , dah lah orang nak bantu ,



Syabas samudra..
Time baca paper hari itu pun ana sangat-sangat terkilan dengan apa yang berlaku..Sudah ditimpa musibah dan hendak dihulurkan bantuan pun,mereka masih sukar untuk bersyukur..Nauzubillah.

Pasal hal sekecil itu pun sampai nak bermusuh dan berbunuhan.Kalau yang bukan islam tidak lah diheran kan sangat,tapi kalau yang seaqidah dengan kita berfikiran nasionalisma macam ini,susahla umat islam nak bersatu..


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098781 saat. Lajunya....