Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"The word impossible is not in my dictionary"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 40 hari yang lalu
al-biruni03: 68 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: hukuman sebat kartika...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» hukuman sebat kartika...

Please Mendaftar To Post


Oleh hukuman sebat kartika...

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-09 14:10


Realiti Isu.......
Nama Kartika Sari Dewi Shukarnor tiba-tiba sahaja meletup, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Dunia Barat khususnya memang tidak mahu lengah sedikit pun untuk membicarakan kes Kartika ini. Apakah istimewanya isu ini? Kartika, 32, seorang model yang berasal dari Sungai Siput, Perak telah dituduh meminum arak berjenama ‘Tiger Beer’ di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating Pahang 11 Julai tahun lalu. Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebanyak RM5,000 dan sebatan 6 kali. Kartika telah pun membayar denda dan bersedia untuk menghadapi sebatan. Namun, setelah dia dibawa di dalam perjalanan untuk menuju penjara Kajang di mana dia sepatutnya disebat, tiba-tiba hukuman terhadapnya diisytihar tangguh. Persoalan hukuman (sebatan) dan penangguhan inilah yang telah mencetuskan kekecohan di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Antara ‘wayang kulit’ awal yang berlaku dalam kes ini adalah alasan penangguhan yang dikatakan bagi menghormati bulan Ramadhan.

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar melahirkan rasa terkejutnya atas perkara ini kerana tegasnya Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus yang memutuskan tarikh tersebut sememangnya tahu bahawa ia (tarikh pelaksanaan hukuman) adalah di bulan puasa, tetapi Kenapa tiba-tiba ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadhan? Abdul Rahim juga yakin bahawa terdapat pihak-pihak yang menekan Jabatan Penjara sehingga hukuman tersebut ditangguhkan dan beliau begitu kecewa kerana penghakiman syariah terpaksa tunduk kepada undang-undang sivil kerana penjara adalah milik mahkamah sivil . Fakta akhirnya terdedah di mana disahkan bahawa Pejabat Peguam Negara telah mengeluarkan surat arahan kepada Pengarah Penjara Kajang supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas model berkenaan. Penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika dibuat selepas Abdul Rahman memberi jaminan kepada Peguam Negara untuk menyemak semula keputusan mahkamah terhadap model itu .

Belum pun sempat isu ini habis dibincangkan, Hishamuddin, selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah menamatkan episod awal ini dengan mengeluarkan ‘alasan rasmi’ (yang berlainan dengan alasan di atas) bahawa hukuman sebat ditangguhkan kerana pihak penjara tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman melaksanakan sebatan ke atas pesalah syariah. Persoalannya, Kenapa berlaku dolak-dalik dalam isu ‘sebab’ penangguhan ini? Mereka kononnya menghormati bulan Ramadhan, namun mereka langsung tidak tunduk hormat kepada undang-undang Allah? Undang-undang Allah menyatakan peminum khamar wajib disebat sama ada 40 atau 80 kali sebatan, namun peraturan Allah ini langsung tidak mereka hormati, malah diubah oleh mereka kepada 6 sebatan? Ini dari satu sudut. Dari sudut yang lain, kerajaan terpaksa mengaku yang hukuman ditangguhkan kerana penjara tidak ada kepakaran. Ah! Sebuah negara yang dijaja selama ini sebagai ‘Negara Islam contoh’ justeru tidak ada kepakaran untuk menjalankan hukuman sebat secara syariah? Aneh sungguh hakikat ini! Setelah lebih 52 tahun memerintah negara, baru kini kerajaan sedar bahawa mereka tidak ada kepakaran untuk sebat secara syariah? Ini jelas bermakna bahawa sebatan yang dilaksanakan selama ini adalah ‘sebatan kufur’ (tidak mengikut Islam).

Hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan juga telah mendapat respon awal dari menteri feminis Shahrizat Jalil. Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut meminta agar hukuman sebat dikaji semula. Pandangannya selaras dengan pandangan Majlis Peguam yang menyatakan bahawa hukuman sebat perlulah dihapuskan di Malaysia kerana tidak sesuai dengan sikap masyarakat Malaysia yang penuh dengan perasaan belas kasihan. Malah, hak asasi manusia antarabangsa juga mengutuk hukuman sebat dan apa jua hukuman dera kerana dianggap sebagai zalim, tidak berperikemanusiaan dan kerajaan digesa untuk menghapuskan hukuman sebat ini . Hakikatnya, hukuman sebat telah wujud lama dalam enakmen jenayah syariah di negara ini tetapi jarang sekali ia dipersoal. Namun, apabila ia dikaitkan dengan ‘hukuman Islam’, meskipun langsung tidak menepati hudud Allah, maka ia ditentang habis-habisan. Inilah golongan yang selalu mempertikaikan segala hukuman yang terkait dengan Islam kerana mereka merasakan akal mereka lebih hebat dari ketentuan Allah. Mereka cuba menundukkan Islam dengan akal mereka, bukannya akal mereka ditundukkan kepada Islam!


Antara Propaganda Kafir & Sikap Apologetik Pemimpin

Kes Kartika telah menjadi laporan penting media antarabangsa di Amerika, Jerman, Britain dan lain-lain. CNN, BBC dan banyak stesen TV utama telah menaikkan isu ini sebagai tajuk besar mereka . Kenapakah Barat begitu berminat dengan isu ini? Jika kita perhatikan, Barat tidak berminat untuk mengulas kes-kes umat Islam yang tidak solat atau tidak berpuasa, termasuk kes orang Islam yang meminum arak, berita sebegini tidak pernah menarik perhatian Barat. Namun, jika ada orang Islam yang ‘dihukum’ atau ‘mahu dihukum’ mengikut undang-undang Islam, maka hal ini menjadi satu isu yang besar bagi Barat. Kenapa? Apa kena mengena dengan mereka? Bukan rakyat mereka dan bukan orang dari agama mereka pun yang dihukum? Masihkah kalian leka atau tidakkah kalian mahu berfikir wahai kaum Muslimin, bahawa Barat akan terus masuk campur dan akan terus melemparkan proganda negatif secara besar-besaran apabila satu hudud Allah ingin ditegakkan, walaupun dengan cara yang salah. Sesungguhnya mereka pasti tidak akan berdiam diri menyaksikan hudud Allah ditegakkan. Kita mestilah sedar akan hakikat ini.

Dari sisi yang lain, kita dapat saksikan betapa jeleknya pemimpin dan sesetengah ‘ulama’ serta beberapa pertubuhan di Malaysia yang terus bersikap apologetik (meletakkan Islam di kandang salah) dan terus berusaha memutar belitkan Islam, kerana khuatir dicop oleh Barat sebagai zalim. Inilah sikap pemimpin Islam sekarang beserta ulama su’ dalam menjawab tuduhan atau propaganda jahat Barat terhadap Islam. Mereka mengambil Islam dalam versi untuk memuaskan kehendak Barat, bukannya kehendak Allah. Kerana itulah, mereka begitu khuatir jika Barat melakukan ‘komplen’ terhadap Islam yang mereka amalkan. Bagi mereka, Islam mestilah dilaksanakan dalam ‘versi’ yang tidak dikomplen oleh Barat. Jika sesuatu hukuman Islam itu (hudud contohnya) dikomplen oleh Barat, maka hukuman ini tidak boleh dilaksanakan atau perlu disemak semula. Tetapi jika sesuatu hukuman itu tidak dipertikai oleh Barat, maka ia boleh dilaksanakan tanpa ragu-ragu. Justeru, jika merotan si peminum arak akan dipertikai oleh Barat, maka hukuman ini tidak boleh dijalankan. Tetapi jika hukuman ‘denda’ (RM5,000) dikenakan terhadap peminum arak, ini tidak mengapa dan tidak perlu diperdebatkan, kerana hukuman ini tidak di‘komplen’ oleh Barat. Inilah bukti ketundukan pemimpin dan ulama su’ sekarang kepada Barat yang senantiasa menjadikan ‘keredhaan’ Barat sebagai kayu ukur mereka dalam melaksanakan Islam.

Perdana Menteri Malaysia pula mengemukakan teori tarbiahnya semasa menanggapi isu ini, dan beliau berharap Kartika akan membuat rayuan agar akhirnya hukuman ini diringankan atau dilepaskan sebagaimana kehendak ahli politik yang merasa bahawa sebat itu kejam. ‘Fatwa’ Perdana Menteri Malaysia berbunyi, “Hukuman secara fizikal merupakan langkah terakhir dalam melaksanakan undang-undang jenayah syariah terhadap pesalah terutama wanita. Islam lebih mengutamakan tarbiah secara berhemah terhadap pesalah terbabit supaya mereka lebih sedar dengan kesalahan dilakukan. rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan intipati di dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW” . Jika kita mengikut ‘fatwa tarbiah’ ini, maka salah seorang pemimpin yang dituduh meliwat juga sepatutnya tidak perlu didakwa atau dihukum kerana kesalahan liwat, Anwar sepatutnya ditarbiah terlebih dahulu. pemimpin itu juga sepatutnya turun padang ke pub-pub, pusat-pusat disko, kelab-kelab malam dan banyak lagi tempat yang menghidangkan arak secara terbuka, untuk mentarbiah semua Muslim yang sedang meminum minuman syaitan itu. Jabatan Agama juga sepatutnya mentarbiah orang yang berkhalwat atau berzina, bukannya terus menangkap mereka dan mengheret mereka ke mahkamah. Undang-undang syariah justeru perlu dipinda semuanya agar memasukkan elemen tarbiah, jika telah gagal ditarbiah, maka barulah hukuman fizikal dijalankan sebagai langkah akhir!!!

Inilah padah apabila pemimpin sekular bercakap tentang Islam. Pokok pangkalnya, undang-undang Islam itu mestilah ‘dielak’ dari dilaksanakan, undang-undang kufur tidak mengapa untuk terus dilaksanakan. Najib langsung tidak faham bahawa kedudukan beliau sebagai pemerintah yang sifatnya adalah qiyan tanfizi (badan pelaksana). Proses pentarbiahan memanglah tidak dapat dipisahkan dari Islam, namun ia dilakukan sebagai sebahagian dari aspek pencegahan. Maksudnya, jika Kartika atau masyarakat ingin ditarbiahkan, hal ini perlu dilakukan sebelum terjadinya sesuatu kesalahan. Sekiranya kesalahan telah berlaku, maka aspek ‘hukuman’ (bukan lagi tarbiah) yang mesti dilaksanakan. Memang benar kita perlu mentarbiah masyarakat agar tidak berjudi, tidak mencuri, tidak minum arak dan sebagainya, namun setelah berlakunya kecurian, maka ‘jawapannya’ (hukumannya) adalah potong tangan, bukan lagi tarbiah. Kalau Najib tetap mahu tarbiah Kartika, maka tarbiahlah dia agar berhenti segera dan bertaubat dari kerjaya haramnya sebagai seorang model.

Kata-kata salah seorang pemimpin“...rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan intipati di dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW” langsung berlawanan dengan Al-Quran dan Sunnah. Di dalam hal pelaksanaan hududullah, Allah SWT berfirman, “Dan janganlah belas kasihan (ra’fah) kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah” . Hudud adalah termasuk di dalam kategori hukuman yang tidak boleh ditarik balik atau diberi pengampunan. Jika kesalahannya telah terbukti atau adanya pengakuan, maka had hendaklah dijatuhkan. Rasulullah SAW sungguh marah atas tuntutan pengampunan yang diajukan oleh Usamah terhadap seorang wanita Makhzumiyah yang mencuri, dengan sabdanya :

“Sesungguhnya kehancuran umat sebelum kalian disebabkan apabila ada orang terhormat mereka mencuri, dibiarkan, akan tetapi apabila pihak yang lemah mencuri, dipotong tangannya. Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, seandainya Fatimah Binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya”.

Hadis ini menunjukkan bahawa langsung tiada kompromi dalam soal pelaksanaan hudud, malah Rasulullah dengan begitu tegas bersabda bahawa jika anak baginda sendiri mencuri, maka tangannya tetap akan dipotong.
Justeru, apakah hak Najib menyarankan agar Kartika merayu dan menyarankan Kartika ditarbiah (bukannya dihukum)?

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Had yang ditegakkan di muka bumi lebih baik bagi penduduk bumi daripada turunnya hujan selama 40 hari”.

Hadis yang lebih tegas diriwayatkan oleh Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa memberikan pengampunan dengan tidak melaksanakan had dari hududullah maka ia telah menjadi pembangkang perintah Allah”.


Kesalahan Meminum Arak adalah Kesalahan Had

Kesalahan meminum arak adalah termasuk dalam bab hudud. Kalimah had atau hudud ini bermakna hukuman kepada pelaku maksiat yang melanggar hak Allah. Dalam hudud, tidak ada pemaafan, baik dari hakim mahupun si pendakwa. Malah tidak ada sesiapapun boleh mengampunkannya walau pemerintah sekalipun. Ini kerana hudud merupakan hak Allah secara mutlak. Oleh itu, siapa pun tidak boleh menguggurkannya dalam apa jua bentuk dan keadaannya . Arak diharamkan berasaskan dalil yang qathi’e di dalam Al-Quran, As-Sunnah dan juga Ijmak Sahabat. Firman Allah,

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan...” .

Adapun uqubat (hukuman) untuk peminum arak juga telah dinyatakan dengan jelas oleh hadis Nabi SAW dan juga Ijmak Sahabat iaitu peminum arak wajib disebat sama ada 40 atau 80 kali sebatan. Imam Tarmizi mengeluarkan dari Abi Said,

“Bahawa Rasulullah SAW memukul (para peminum khamar) sebanyak 40 kali dengan pelepah kurma”.

Dalam hadis lain dari Abi Said,

“Pada masa Rasulullah SAW (peminum) khamar disebat 40 kali dengan pelepah kurma, ketika masa Umar, pelepah kurma diganti dengan cambuk”.

Dari al-Husain bin al-Mundzir bahawa Ali ra pernah mencambuk Walid bin Uqbah 40 kali kerana telah minum khamar. Kemudian ia berkata,

“Nabi SAW pernah memukul (peminum khamar) 40 kali, Abu Bakar 40 kali, Umar 80 kali, dan kesemuanya itu adalah Sunnah, namun ini (40 kali) yang paling aku sukai.” .

Manakala bagi seorang peminum arak tegar dan telah dikenakan had (disebat) pada setiap kali minum, kemudian masih mengulanginya lagi, sekiranya pihak penguasa memandang perlu bahawa ia dibunuh, maka hal itu boleh dilaksanakannya. Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Jika ada seseorang mabuk (kerana minum arak), maka deralah ia, jika ia mengulangi, maka deralah (lagi) ia, jika mengulangi (lagi), maka deralah (lagi) ia’. Kemudian pada kali keempat, baginda bersabda, ‘Jika ia (masih) mengulangi (lagi), maka hendaklah kalian tebas batang lehernya” .

Sesungguhnya masih banyak hadis-hadis senada lainnya yang menjelaskan jumlah sebatan sebanyak 40 atau pun 80 kali. Perlu diingat bahawa tidak boleh melakukan sebatan dengan jumlah di antara keduanya (41-79), kerana tidak ada nas yang menjelaskan atau membolehkannya.

Justeru, hukuman terhadap peminum arak adalah terlalu jelas iaitu sama ada 40 kali atau 80 kali sebatan. Tidak boleh 6 kali dan tidak ada hukuman denda. Malangnya pemimpin, ulama dan sebahagian besar dari umat Islam kini terperangkap dengan isu 6 kali sebatan dan isu penangguhan. Walhal sesungguhnya hukuman 6 kali sebatan dan denda RM5,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah adalah langsung tidak syari’e. Inilah isu sebenar yang patut dibincangkan oleh umat Islam (yakni) sama ada hukuman tersebut benar-benar bertepatan dengan hudud atau tidak. Dalam kes ini, jelas bahawa Mahkamah Syariah telah menjatuhkan hukuman buatan manusia (bukannya hukuman Islam) ke atas Kartika. Sebatan 6 kali adalah undang-undang ciptaan manusia, bukannya undang-undang ciptaan Allah. Jika hukuman sebatan adalah sebanyak 39 kali sekalipun, ini tetap undang-undang kufur dan ia amat jauh sekali dari Islam, kerana tidak ada nas yang menetapkannya sebanyak 39 kali. Kita tidak boleh berhujah bahawa ia menghampiri hudud kerana ia langsung bukan hududullah. Sama dengan kes zina di mana jika penzina dijatuhkan hukuman sebat 99 kali, maka ini sesungguhnya bukan hukuman Allah dan langsung jauh dari hukuman Allah, malah adalah satu bid’ah jika ia dikatakan dari Islam. Begitu juga dengan denda RM5,000. Ini adalah undang-undang ciptaan akal manusia, bukannya undang-undang yang datang dari wahyu! Sayang sekali tidak ada seorang pun yang mempertikaikan hukuman denda ini walhal ia sama sahaja statusnya dengan hukuman 6 kali sebatan, kedua-duanya adalah batil kerana bertentangan dengan nas-nas yang qath’ie.

Adapun dari aspek kaifiyat (cara) bagaimana hukuman dijalankan, hudud itu tidak dijatuhkan kecuali bagi orang yang sudah baligh dan berakal, baik lelaki atau wanita, baik muslim mahupun zimmi. Orang yang dikenakan hudud tidak ditelentang atau ditelanjangkan ketika hukuman dijatuhkan. Hal ini berdasarkan perkataan Ibnu Mas’ud,

“Dalam agama kami tidak ada penelentangan, pengikatan, juga tidak ada penelanjangan”.

Tidak diperkeras pukulannya, yakni tidak memperkeras sebatan, sebab yang dimaksud di sini adalah mencegah untuk mencederakannya. Pemukul juga tidak boleh mengangkat tangannya hingga terlihat ketiaknya. Hendaknya berusaha untuk memukul badan. Wajib menjaga kepala, wajah, kemaluan serta anggota badan yang boleh mematikan (bila dipukul) seperti jantung dan testis. Pemukulan terhadap organ tersebut kadang-kadang boleh mengakibatkan kematian atau melenyapkan fungsi organ tersebut. Kaum wanita diperlakukan sebagaimana lelaki akan tetapi dipukul dengan posisi duduk. Ali ra berkata,

“Perempuan dipukul dengan (posisi) duduk, (sedangkan) lelaki dengan berdiri” .

Demikianlah serba sedikit kaifiyat hukuman yang dapat diterangkan di dalam ruang yang serba terbatas ini.


Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Tidak menjalankan hududullah merupakan satu kemaksiatan besar kepada Allah, apatah lagi jika menolak penerapannya. Celakalah bagi orang yang mempertikaikan atau menolak hudud Allah dan mereka pasti tidak akan selamat di padang Mahsyar nanti. Kes Kartika ini menjadi salah satu dari ribuan bukti bagaimana hukum Allah dicampakkan sewenang-wenangnya oleh pemimpin sekular dan menjadi bukti betapa tidak syariahnya Mahkamah Syariah. Apakah kita masih tetap mahu berpeluk tubuh melihat agama Allah diperkotak-katikkan oleh golongan sekular?



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-09-09 16:56


jahat betul kerajaan UMNO sekarang ni sebat pesalah secara kufur!!!


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 05-09-09 17:16


Nak bagi hukuman pun macam-macam kes...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-09-09 00:10


Bolehlah iklankan jawatan kosong Tukang Sebat yang ada Diploma atau Ijazah ke? Sampai begitu Kerajaan hendak buat. Memalukan dan Bodoh dengan alasan yang memperlekehkan maruah agama Islam.

Sepatutnya kita malu dengan seorang insan yang sanggup menjadi contoh dihukum sebat. Walaupun pada awalnya dia cuba nerayu tetapi siapa yang peduli dan akhirnya redha dengan hukuman itu...

Patutlah dalam selama ini cerita Semerah Padi arahan P. Ramlee tidak dotayangkan berbanding cerita lainnya yang sentiasa berulang-ulang ditayangkan....


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 11:45


Sekrang sibuk dua prosuder wanita ingin mengambil isu Kartika dalam terbitan drama mereka. Iaitu Zaiton dan Hasliza Misbun.

Tidak pasti kesempatan atau memang berniat pengajaran sebab jika dikatakan hanya berlatarbelakang isu ini tetapi jalan ceritanya tidak diambil sebulat-bulatnya...

Malah ia akan ditawarkan Kartika jadi pelakon untuk Drama masalah laki bini ...


p/s: Kisah benar tetapi Kurang Benar


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 12:55


salam..
emmm..itulah hantar ciri-ciri kerajaan munafik..
hukum pun tak sepenuhnya lagi ikut syariah Islam...da takut ...
bimbang dituduh laksanakan undang-undang syariah..nak jaga hati negara kuffar laknatullah..
ya Allah engkau hancurkanlah kerajaan munafik bertopengkan Islam ini ...


-----------------
KASIH ALLAH DAN RASUL ITULA YANG KEKAL ABADI....kuatnya muslim itu terletak pada kuat sabarnya...lemahnya muslim itu kerana kurang sabarnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 12:57


sakit atinya rasa tengok kerajaan umno ni...
tak abar tunggu saat kehancurannya


-----------------
KASIH ALLAH DAN RASUL ITULA YANG KEKAL ABADI....kuatnya muslim itu terletak pada kuat sabarnya...lemahnya muslim itu kerana kurang sabarnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100698 saat. Lajunya....