Oleh |
SATU UKHWAH |
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 03-09-09 08:49
SATU UKHWAH Bersua diri di Maya, Nyata Semai Kasih Satu Ukhwah, Sepakat Warga Dieratkan, Misi Utama Diteruskan. Perpaduan Dipohon Berkat, Toleransi gaya amalan bersama, Kejayaan kita usahakan, Satu Ukhwah, Dalam Doa Satu Impian, Kerjasama kita semua, Jadi Tonggak Warga UKhwah, Kita Bina Yayasan Ukhwah, Satu Ukhwah, Jadi Pegangan, Rukun Iman Teras Kehidupan, Satu UKhwah, Benteng Yayasan Warga Ukhwah Sayang Semua.... Ulang Korus (4x) Satu Ukhwah Selamanya... Insya-Allaah. nukilan ciplak Prof.... -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
khalifah
Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr
|
Posting pada: 03-09-09 09:09
ini namanya betul-betul bersemangat ini...apa lagi,nyanyi lah sikit,bagi kami semua dengar...boleh jadi lagu rasmi ini...hehehehe bila nak lancarkan ini??? ----------------- khalifah Allah di muka bumi......
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 03-09-09 09:10
Ciplak dari mana prof.. hehe Nak kena hantar undian sms ke nak pilih rangkap terbaik.. -----------------
Hargai semasa ada....
|
sadiqah
Menyertai: 14.04.2005 Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya
|
Posting pada: 03-09-09 09:16
nak hantar afundi masuk ke atau afundi keluar ni??..hehe kalau buat JK aidilfitri prof kena persembahkan lagu ni.. ----------------- hIdUP mEsTi TeRuS..
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 03-09-09 09:25
Sebenarnya Ilham ini selepas prof ikuti Sambutan Kemerdekaan baru-baru ini. Nak minta prof nyanyikan? Hmmm kena balik berlatih vokal nanti... Ala cik Hanan, takkan tak pernah dengar lagu SATU MALAYSIA... Hehe itulah kisahnya... hehe -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 03-09-09 09:41
Ala.. Prof nak nyanyi ke? Jangan..jangan..jangan.. Nanti hujan.. takmo ambil hati ye Prof..
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 03-09-09 11:02
penguasaan pentas ok,,eye kontek dengan odion pun ok,,cuma pitching saja lari,,tak apa,,teruskan usaha anda..hik hik hik hik
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 03-09-09 11:19
“ Pautan Ukhwah, Terungkai Mahabbah” Dalam meniti rencam rutin harian Pasti ada tempang, lopak nan berliku dilalui Suram, dingin, pilu, sebak menyulam memori syahdu Tawa, .a, suka dan ceria turut diselang-seli Pejam celik sudah pun menjangkau usia lebih 5 tahun Kukenal dengan sahabiah yang berlatarbelakang pelbagai bidang Berbeda fikrah, bermacam gaya dan tingkah laku fitrahnya Tanpa medium itu, tidak mungkin kuberdiri seperti begini sekarang Kadangkala indah khabar dari rupa Tapi, itukan lumrah alam Kerna penghuninya membawa identiti tersendiri Ada yang jujur, ikhlas, ada jua yang bersifat hipokrit Ironisnya, terpulang pada nawaitu empunya diri Ke mana haluan tuju yang hendak dilayarkan Makin hari makin kurang identiti jenamanya Pasti ada sahaja pelbagai calitan yang diconteng Dengan lukisan yang indah, samar, calar-balar Tak menang juga dengan lakaran abstrak yang dicetuskan Dunia tanpa sempadan mencetuskan global modenasasi Geliga minda dengan panahan hujah Bijak jua mencaturkan buah fikiran Natijahnya, panahan kalam kadangkala berbisa Tercuit, terguris dek bicara titipan yang tertera Hari demi hari Silih berganti mengikut arah putaran jam Harapan dan doaku Agar wasilah dakwah bakal diteruskan Walaupun ombak badai duri menanti Teruskan derapan langkah perjuanganmu Pendakian yang belum sampai kemuncaknya Perlu mendokah menerobos dunia yang penuh mehnah tribulasi Sirami, bajai, hembuskan taman-taman hati Yang persis dahagakan ilmu ukhrawi Fardhu ain, fardhu kifayah menjadi tuntutan aulawiyat Ya Allah, Ya Karim, Padukan semangat cintakan ilmu dalam tiap penghuninya Kentalkan Iman, semarakkan Amal mereka ke jalanMu Semoga ia terus menjadi panduan untuk menongkah leliku kehidupan Sesungguhnya kualiti menjadi tunjang sesuatu asas Bukannya kuantiti yang dikejar semata Syukran jiddan buat semua yang telah bersama Mengharungi pahit manis liqa’ yang tercipta Mohon dedaun kemafaaan dariku atas segala kekurangan diri Insyaallah ketemu lagi kita semua di alam realiti au alam maya Portal Ukhwah.com Dulu, kini dan selamanya Menyemai kasih, memupuk ukhwah Ukhwah filllah abadan abadan... Wallahu’alam. Ilham cipta `siMpLe-sHida` 10 Muharram 1430H p/s;maaf ye kak,,belum minta izin post sajak akak yang akak bagi kat blog saya,,kalau akak tak suka,,admint boleh delete,,tapi rasanya tak ada sensitiviti mn2 pihak,,,boleh lah agaknya dikongsi2
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 03-09-09 12:52
Pada 03-09-09 09:41 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! Ala.. Prof nak nyanyi ke? Jangan..jangan..jangan.. Nanti hujan..
takmo ambil hati ye Prof..
Aii..Nurul jangan tengok prof tak ada bakat. Bekas juara Tahi Bintang RTM awal tahun lepas.... Ni kejap lagi nak cuba buat mumbling... -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 03-09-09 13:01
SATU MALAYSIA=prestasi DIUTAMANKAN,RAKYAT DIDAHULUKAN SATU UKHWAH= apa yang nak diutamakan,,apa yang nak didahulukan? bincangkan..ahaks...
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 03-09-09 13:03
Pada 03-09-09 13:01 , umar_khalil posting:!!! QUOTE !!! SATU MALAYSIA=RAKYAT DIUTAMANKAN,RAKYAT DIDAHULUKAN
SATU UKHWAH= apa yang nak diutamakan,,apa yang nak didahulukan?
bincangkan..ahaks...
Dah terlebih utamakan rakyat dah selama ni.. Hmm bebas cukai lagi..bebas posting lagi sampai jadi over acting pun ada..huhuuh -----------------
Hargai semasa ada....
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 03-09-09 13:06
Eh...Apa Umar silap taip.. SATU MALAYSIA=RAKYAT DIUTAMANKAN,RAKYAT DIDAHULUKAN ni....ingat apa ni? hehehe -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 03-09-09 13:51
SATU UKHWAH- IMAN DIDAHULUKAN, UKHWAH DIUTAMAKAN emm.. boleh ke tak ni? -----------------
|
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 03-09-09 13:53
Terjumpa lirik lagu ni dalam liriknasyid.com Tak tahu pun ukhwah.com ada lagu rasminya Menyemai Kasih Memupuk Ukhwah Album : VoCS - V.C Munsyid : VoCS - Voice of Commerce's Soul http://liriknasyid.comDi sini kita bersua Bicara tanpa suara Membina umat mulia Menghubung kita semua Tidak mengira pangkat dan usia Muslimin muslimat jua bangsa Yang pentingnya kita seagama Teras untuk kita bersaudara c/o (1) Persaudaraan di alam maya Diterjemahkan ke alam nyata Tegur menegur bantu membantu Bertolak ansur bersatu padu Lautan luas tidak memisahkan Tembok sempadan bukan halangan Di Portal Ukhwah kita berkenalan Menimba ilmu mencari pengalaman c/o (2) Oh! Bersama menyemai kasih Bersama memupuk Ukhwah Bermula dari hati bersih Lahirlah Mahabbah Fillah.... UKHWAH.COM! "oh! bersama kita eratkan silaturahim sesama insan semoga terjalin persaudaraan Moga mendapat keberkatan....." lagu ciptaan : abang-long susunan muzik : abang-long lirik : Pdaus. izdham & Istisafa keyboard : abang-long vokalis : VOCS (Voice of Commerce'S Soul) Penerbit : Ukhwah.com.. -----------------
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 03-09-09 14:04
SATU dah jadi trademark di sana sini sekarang. Geli pun ada. Macam-macam satu ada.. Asalkan perkataan itu keluar dari seorang yang bernama Perdana Menteri.. maka ianya jadi perkataan keramat. Padahal sebelum ini, perkataan SATU adalah perkataan biasa... Ukhwah pun dah termasuk senarai pula.. Satu Ukhwah? Dahulu, trademarknya Hadhari. Sana sini Hadhari menjadi perkataan keramat. Masjid Hadhari, Perkampungan Hadhari, Burger Hadhari, Simfoni Hadhari. Masa itu, Ukhwah.Com tak sempat pula menjadi Ukhwah Hadhari. Kesimpulannya: Tak payah lah -----------------
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 03-09-09 14:07
Along Safa...Prof cuma ajukkan trademark 'SATU' sahaja. -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 03-09-09 15:06
Pada 03-09-09 14:07 , Prof_Muslim posting:!!! QUOTE !!! Along Safa...Prof cuma ajukkan trademark 'SATU' sahaja.
hehe kalau prof perasan.. ada satu iklan digi.. cukup suka menghentam no 1.. ditendangnya.. dilenyeknya..dipukulnya.. ish..ish..ishh.. cuba bersangka baik sajalah..
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 03-09-09 16:28
!!! QUOTE !!! p/s;maaf ye kak,,belum minta izin post sajak akak yang akak bagi kat blog saya,,kalau akak tak suka,,admint boleh delete,,tapi rasanya tak ada sensitiviti mn2 pihak,,,boleh lah agaknya dikongsi2 salam alaik..ehhee.. its ok.. lampu ijo saja umar..small mater. sajak nan simple ni dah ke udara di ikim. terpilih..ehhee.. apapun.. sama-sama renung..hayati maksud tersirat yang ss nak lontarkan.. **ups.. tersirat tak ada kaitan dengan encik sirat..hehhee ----------------- ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 04-09-09 10:25
Pada 03-09-09 15:06 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!!
hehe kalau prof perasan.. ada satu iklan digi.. cukup suka menghentam no 1.. ditendangnya.. dilenyeknya..dipukulnya.. ish..ish..ishh..
cuba bersangka baik sajalah..
Betul..juga.. Macam-macam boleh diexplotasikan maksud SATU sama ada bentuk sindiran atau tujuan mengambil apa yang baik tetapi yang tidak bagus tetap juga tidak bagus. Soal kata-kata kempen SATU oleh PM kita prof tak nak komen. Itu cara dia dan kita sahut juga tetapi terapkan dengan isi-isi yang berbeza. Sebab kita tengok atas dasar perjuangan pula... Wallaahualam -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 04-09-09 10:34
Yang penting kita semua berSATU hati.. -----------------
Hargai semasa ada....
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 04-09-09 11:42
Pada 03-09-09 14:04 , Along_Safa posting:!!! QUOTE !!! SATU dah jadi trademark di sana sini sekarang. Geli pun ada. Macam-macam satu ada.. Asalkan perkataan itu keluar dari seorang yang bernama Perdana Menteri.. maka ianya jadi perkataan keramat. Padahal sebelum ini, perkataan SATU adalah perkataan biasa... Ukhwah pun dah termasuk senarai pula.. Satu Ukhwah? Satu Malaysia?? Gagasan yang tak guna! Nak betul satu Malaysia, hapuskan hak bumiputra! p/s Sengaja saja teman keluar tajuk -----------------
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 06-09-09 00:28
Tiada masalah Daeng, sebab prof tiada halangan untuk bincang berkaitkan kes SATU itu. Memang pada dasar SATU MALAYSIA boleh merosakkan perjuangan asal Tanah Melayu. Cuma prof sokong seperti kata Presiden Ukhwah yang penting kita semua Bersatu Hati... -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 10-09-09 11:29
Teringat lagu ini... Satu...Satu Mimpi, Yang Tak Pasti, Satu...Satu Janji, Di Dalam Diriku Ini, Satu...Satu Mimpi, Yang Tak Pasti, Satu...Satu Janji, Di Dalam Diriku Ini, -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 10-09-09 11:31
Pada 10-09-09 11:29 , Prof_Muslim posting:!!! QUOTE !!! Teringat lagu ini...
Satu...Satu Mimpi, Yang Tak Pasti, Satu...Satu Janji, Di Dalam Diriku Ini,
Satu...Satu Mimpi, Yang Tak Pasti, Satu...Satu Janji, Di Dalam Diriku Ini,
Lagu apa itu.. -----------------
Hargai semasa ada....
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 11-09-09 21:03
Pada 10-09-09 11:31 , Hanan posting:!!! QUOTE !!! Pada 10-09-09 11:29 , Prof_Muslim posting:!!! QUOTE !!! Teringat lagu ini...
Satu...Satu Mimpi, Yang Tak Pasti, Satu...Satu Janji, Di Dalam Diriku Ini,
Satu...Satu Mimpi, Yang Tak Pasti, Satu...Satu Janji, Di Dalam Diriku Ini,
Lagu apa itu..
Entahlah... cuma tahu rangkap saja. Itu pun tak pasti betul tidak. -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
sahabat_jr
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.06.2005 Ahli No: 16855
Posting: 40
Dari: Kg. Bandar DiRaja
|
Posting pada: 12-09-09 15:39
|
hajime_kindaichi
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 12-09-09 15:47
yeah.. satu ukhwah.. satu malaysia.. yeah..
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 12-09-09 16:42
hahah..siap ada logo satu ukhwah lagi.....sokong presiden... kita berSATU hati... -----------------
|
nafas
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29298
Posting: 355
Dari: kl
|
Posting pada: 12-09-09 16:43
bilakah lagi... kita semua satu hati... ssss...salah satu lirik nasyid..huhu
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 12-09-09 23:40
Cantik logo SATU UKHWAH yang sahabat-jr buatkan. Ok tak? Oklah tuu..... -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
Uwaimir
Warga 2 Bintang Menyertai: 12.07.2003 Ahli No: 2288
Posting: 57
|
Posting pada: 24-10-09 15:26
Rasanya sudah sangat lama saya meninggalkan ukhwah.com, sudah bertahun-tahun lamanya. Tidak sangka bila masukkan username dan password ianya masih aktif dan tulisan2 saya yang lama masih boleh dibaca. Alhamdulilah. Ukhwah.com adalah portal kedua saya selepas dulunya bersama shukur.com pada edisi yang pertama. Tahniah Ukhwah.com atas kegagahannya merempuh segala dugaan dan cabaran zaman!
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 24-10-09 16:43
Menjaga kesatuan bukan suatu yang mudah dilakukan. Tetapi yakin, apabila kita agungkan keesaan Allah Taala, Allah akan sentiasa dorongkan hati kita untuk mencari kebaikan dalam segenap perkara. Jadi, bersatu hatilah semua dalam merebut kebaikan. ----------------- ::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::
|
akhiAdnan
Warga Rasmi Menyertai: 30.10.2009 Ahli No: 37953
Posting: 3
Dari: tanjung mualim
|
Posting pada: 31-10-09 17:24
salam ukhwah fillah. saya mahu mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan salam kepada anda semua...sambutlah salam saya kerana Allah
|
mutmainah
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.09.2009 Ahli No: 37471
Posting: 96
Dari: sbh-kedah
|
Posting pada: 31-10-09 17:36
SALAM UKHWAH....WSALAM... BIASAKAN YANG BAIK BAIKKAN YANG BIASA.....
|
akhiAdnan
Warga Rasmi Menyertai: 30.10.2009 Ahli No: 37953
Posting: 3
Dari: tanjung mualim
|
Posting pada: 31-10-09 17:44
salam mutmainah...mmm, tertarik lah dengan kata-kata tu??insyaAllah sama-sama memperbaiki apa yang dibiasakan olek kita
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 13-12-09 08:00
Selamat datang kembali Sahabat Ukhwah yang lama dan kini bakal menghiasi Ukhwah semula... Hanya Esa di hati.. Hanya Satu Hati sesama kita.. Kekal Berukhwah buat selamanya.. Amin -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
indri_solehah
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.12.2008 Ahli No: 36470
Posting: 28
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 13-12-09 17:32
SATU UKHWAH satu ukhwah kita berjalan, ergerak membantras setiap kebohongan. hancurkan kemunafikan dalam diri, tegakkan sikap jiwa yang sejati. kita bergerak dan melangkah bersama, bersihkan ukhwah dari sifat-sifat dengki. dari kebodohan, dari kebohongan, dan dari setiap kemunafikan. ukhwah...satu ukhwah. bukan hanya sekadar kata buka pula sekadar nama bukan agar terlihat kesolehan dijiwa bukan pula untuk menunjuk diri bahwa diri ini terlalu indah ukhwah...satu ukhwah bergerak bersama tegakkan ukhwah jangan jadikan ukhwah wadah untuk dosa jangan jadikannya sebagai penjana wang dan harta yang tiada kemana bersama kita kita satukan ukhwah.
|
Uwaimir
Warga 2 Bintang Menyertai: 12.07.2003 Ahli No: 2288
Posting: 57
|
Posting pada: 17-12-10 11:07
Pada 24-10-09 15:26 , Uwaimir posting:!!! QUOTE !!!
Rasanya sudah sangat lama saya meninggalkan ukhwah.com, sudah bertahun-tahun lamanya. Tidak sangka bila masukkan username dan password ianya masih aktif dan tulisan2 saya yang lama masih boleh dibaca. Alhamdulilah.
Ukhwah.com adalah portal kedua saya selepas dulunya bersama shukur.com pada edisi yang pertama.
Tahniah Ukhwah.com atas kegagahannya merempuh segala dugaan dan cabaran zaman! Alangkah ramainya rakan-rakan baru ukhwah...
|
skater
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 25-12-10 23:27
Tahniah kepada hanan yang sentiasa setia menerajui ukhwah.com -----------------
|