Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kayu yang bengkok tak dapat hasilkan bayang-bayang lurus
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 98
Ahli: 0
Jumlah: 98




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 15 jam, 22 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: penjelasan khalid samad berhubung isu cadangan pembinaan kuil di seksyen 23


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» penjelasan khalid samad berhubung isu cadangan pembinaan kuil di seksyen 23

Please Mendaftar To Post


Oleh penjelasan khalid samad berhubung isu cadangan pembinaan kuil di seksyen 23

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 30-08-09 00:02


salamun alaik...dah hampir 3 tahun saya menyepi dari arena forum di sini....ini post pertama saya lepas 3 tahun....huhu..

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam
Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD (YDP PAS of Shah Alam)


-----------------
Visit My Site 4 unlimitied free downloads http://fiztanax.multiply.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-08-09 06:15


menarik...thank you for the info...hampir-hampir saya salah faham pada khalid...memang banyak fakta yang diputarbelitkan atas dasar politik....berjage2lah mereka yang terlibat sama...neraka Allah menunggu di dunia sana


-----------------
Pinky: what are we going to do tonite Brain??
Brain: same thing that we do everynite Pinky, trying to take over the world!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 31-08-09 06:31


manusi..memang tak dapat lari dari fitnah...semoga kita semua dapat meneliti segala berita disekeliling kita dengan masak-masak...takut kita juga akan dapat saham sekiranya mempercayai fitnah dari orang lain..



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-09-09 13:39


Kuil sek 19 memang dekat na dengan rumah ana yang kat situ...dah lama sguh kuil tu. Sek 19 tu ada masjid...memang dekat juga dengan rumah ana.. Hee~ tapi xtgl sana dah...bagi sewe kat org. Ana rasa, ok apa kasi pindah kat sek 23 tu. Hurm...tapi kan kuil tu dah buruk sangat-sangat....macam dah xdipakai lama


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 06-09-09 03:32


nampaknya dialog antara kerajaan negeri dan penduduk sek.23 dicemari oleh beberapa muslim yang berotak melayu...


-----------------
Visit My Site 4 unlimitied free downloads http://fiztanax.multiply.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-09-09 08:36


Pada 06-09-09 03:32 , Putra_Aiman posting:

!!! QUOTE !!!

nampaknya dialog antara kerajaan negeri dan penduduk sek.23 dicemari oleh beberapa muslim yang berotak melayu...



Memang dapat berita diskusi itu tidak mencapai kata muktamad sebab ianya masih tidak sepakat.


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-09-09 11:30


insiden yang membuat demo dan provokasi tu jelas menampakkan kebodohan sendiri..

agak-agak tercapai ke 1 Malaysia tu kalau gini kekdahnya..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

johary
Warga Rasmi
Menyertai: 01.11.2003
Ahli No: 4841
Posting: 16
Dari: sungai petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-09-09 12:21


Salam,
Media (TV @ akhbar) sekarang ini, banyak dimanipulasikan dengan berita yang palsu oleh individu yang ingin memecah-belahkan masyarakat kita.
Sepatutnya membongkar realiti dan kisah yang benar.


-----------------
hi all


Bookmark and Share

    


  Member Information For joharyProfil   Hantar PM kepada johary   Quote dan BalasQuote

cairel_harriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.10.2005
Ahli No: 19970
Posting: 110
Dari: Bandar Perda

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-09-09 01:07


Assalammualaikum wbt. semua,

Ana nak ambil kesempatan sikit untuk menyuarakan pendapat & pandangan mengenai isu kuil di Seksyen 23 yang sedang menjadi salah satu berita panas di Malaysia. Ana sebenarnya bukanlah orang kawasan tersebut tetapi melalui media massa arus perdana dan haluan kiri, ana dapat simpulkan beberapa perkara disini.

Pertama, sikap orang Melayu (atau patut dikatakan Islam) kita hari ini yang semakin melampau dan kurang ajar. Semasa 1Malaysia dilaung-lauangkan, orang Melayulah yang paling kuat bersorak. Iklan-iklan di TV sering menunjukkan keakraban kita dengan bangsa-bangsa lain. Namun hakikatnya, itu bukanlah realiti sebenar. Masyarakat kita, terutama sekali orang Melayu amat suka & seronok dengan sikap memecah belah bukan hanya bagi bangsa bukan Melayu tetapi dalam bangsa Melayu sendiri. Buktinya, di kawasan saya (Permatang Pauh), ada 2 masjid yang amat dekat. 1 masjid untuk orang PAS dan 1 masjid untuk orang BN. Walhal, masjid untuk orang PAS itu dibina terlebih dahulu. Tetapi Kenapa melabelkan masjid tersebut sebagai masjid orang PAS? Tidak kah masjid itu merupakan rumah Allah? Itulah agenda yang dimainkan oleh UMNO & konco-konconya.

Kedua, dalam Surah An’am (ayat 108) bermaksud: "Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." Dari ayat itu kita sendiri dah boleh faham akan maksudnya. Kenapa kita ekstrem sangat? Bila kita bertindak tanpa budi bicara, masyarakat sekeliling akan takut dan meluat untuk berbincang. Lantas, mereka akan mengambil tindakan sendiri (orang Cina & India). Kita sebagai orang Islam perlulah duduk berbincang dan bertegas dengan segala pendapat dan pandangan. Dalam masa yang sama, kita perlu mengira sensitiviti bangsa-bangsa lain. Barulah mereka akan menghormati kita dan cuba untuk mengenal dan memahami bangsa & agama kita.

Ketiga, menggunakan kepala lembu. Kenapa lembu? Adakah lembu itu sebagai takrif kepada orang India sahaja? Habis tu masa Hari Korban, Kenapa kita menggunakan lembu? Walhal ada binatang lain lagi? Fikir-fikirlah. Lembu menjadi sumber daging kita. Jadi, Allah ciptakan lembu bukan itu kita hina & memijak-mijaknya. Tak sedarkah mereka tentang dikeadaan di Masyhar kelak? Macam mana mereka nak menjawab nanti bila lembu tersebut menuntut jawapan dari mereka? Pernah fikir ke?

Akhir sekali, orang Melayu kena sedar dan ingat. Apa yang penting sekarang ini ialah menguatkan iman dan takwa dalam diri mereka dan generasi yang akan datang. Banyak isu lagi. Murtad, zina, pembuangan anak, lelaki menindik telinga dan macam-macam lagi. Bila Islam diutamakan, InsyAllah..rahmat dari Allah akan sampai nanti. Jadikan Islam sebagai satu contoh kepada agama lain. Tetapi dengan tindakan mereka yang begitu munafik dan fasik sekarang..apa pandangan orang-orang bukan Islam?

Fikir-fikirkanlah.

Wassalam!


-----------------
When life goes down...go on.
When thing goes wrong...move on.
ALLAH give us perserve not to surrender.
Have faith in ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For cairel_harrizProfil   Hantar PM kepada cairel_harriz   Pergi ke cairel_harriz's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-09-09 10:38


Prof Teo: Hubungan kaum di Malaysia hanya retorik
Sep 6, 09 12:25pm


Hubungan antara kaum di Malaysia hanya retorik - hanya nampak baik di luar tetapi di dalam tidak baik, kata Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Prof Teo Kok Seong.

“Di negara ini, sifat curiga mencurigai antara kaum yang menjadi masalah,” katanya dalam wawancara dalam Mingguan Malaysia hari ini.


“Saya juga melihat keadaan ini berlaku kerana parti yang berasaskan kaum yang jelas memperjuangkan kaum mereka sahaja dan ini akan mengheret soal lain seperti bahasa dan sebagainya,” tegas beliau lagi.

Menurut beliau, sepatutnya ada satu bahasa pengantar sahaja dan bahasa lain boleh dipelajar tanpa ada masalah.

“Namun kepentingan sistem satu bahasa adalah penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum,” tegas Prof Teo.

Katanya, politik yang bersifat perkauman sangat bahaya dalam usaha memupuk perpaduan.

“Sekarang ini kita hanya melihat perpaduan di peringkat luaran dan tidak ada interaksi yang sebenar antara semua kaum.


“Komunikasi antara kaum ini, ada yang hanya bercakap bahasa pasar sahaja, malah ada yang tidak langsung boleh berbahasa Melayu,” tambahnya.

Oleh itu, tegasnya, perlu ada usaha untuk memupuk satu interaksi tulen antara kaum supaya perpaduan yang diperjuangkan selama ini akan berjaya.

Menyentuh mengenai media, Prof Teo berkata semua akhbar vernakular Melayu, Cina dan India bersikap perkauman.

“Ini biasa terutama di negara ini yang penduduknya berbilang kaum. Apabila suratkhabar bersifat perkauman, maka ia akan bersikap membela golongan tertentu dan dari segi berita, banyak berita yang disiarkan pun ke arah golongan tertentu,” katanya.

Prof Teo berkata beliau tidak kisah dicemuh kerana pandangannya itu “kerana beliau mewakili masyarakat Cina yang berfikiran sederhana”.

Ditanya mengenai peranan pemimpin politik dalam memulihkan perpaduan antara kaum, beliau berpandangan mesti ada had dalam politik.


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117629 saat. Lajunya....