Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 5 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 15 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 16 hari yang lalu
eme86: 16 hari yang lalu
sunan-faqih: 21 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Dun Terengganu tidak pernah luluskan Hudud, Qisas ?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Dun Terengganu tidak pernah luluskan Hudud, Qisas ?

Please Mendaftar To Post


Oleh Dun Terengganu tidak pernah luluskan Hudud, Qisas ?

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-04-09 11:07


Assalamualaikum

KUALA TERENGGANU, 14 Apr (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Dato' Harun Taib dijangka akan membangkitkan semula satu jawapan kerajaan yang bersifat 'bohong' mengenai jawapan bertulis kepada soalan lisannya.


Katanya, kerajaan negeri Terengganu dalam jawapan bertulis kepada soalan-soalan lisan yang tidak sempat dijawab pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Disember tahun 2008 lalu telah menyatakan 'Dewan ini tidak pernah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah '(Hudud dan Qisas)' tersebut.

"Insya-Allah, saya (Harun) akan bangkitkan isu ini dalam perbahasan ucapan Yang DiPertua Majlis Pemangku Raja di sidang Dun Terengganu kali ini.

"Jawapan kerajaan kepada soalan saya, bahawa 'soalan ini tidak pernah berbangkit kerana Dewan ini tidak pernah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah' (Hudud dan Qisas)," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Writ PAS Dun Terengganu berkata demikian merujuk kepada soalan lisan yang dikemukakannya, 'Bilakah kerajaan negeri Terengganu bercadang untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas)'.

Menurutnya, kertas jawapan bertulis itu diedarkan kepada semua Adun Terengganu yang bersidang pada Mesyuarat Yang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedua Belas yang bermula hari ini (13 April) hingga 15 April 2009.

"Kita (PAS) akan meminta penjelasan kerajaan, sama ada jawapan yang 'tidak benar' (bohong) itu ditulis secara sengaja atau tidak , atau pun ia (jawapan) merupakan kesalahan teknikal sehingga memberikan jawapan yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu," tegasnya ketika ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, semalam.

Dato' Harun pernah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah dan Pendidikan Kerajaan Negeri Terengganu ketika di bawah pemerintahan PAS Terengganu (1999-2004).

Katanya, Dun Terengganu telah meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) pada 8 Julai 2002 bersamaan 1424H/2002M.

"Sekiranya, jawapan itu disengajakan bermakna kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu cuba menyembunyikan fakta sebenar kerana enakmen (Hudud dan Qisas) itu bukan sahaja telah diluluskan malah mendapat perkenan Tuanku Sultan Terengganu pada 2 September 2002.

"Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah itu juga telah diwartakan pada 25 September 2002 sebagaimana yang tercatat dalam portal e-syariah," ujarnya.

Menurutnya, antara kejayaan paling besar yang dicapai dalam masa empat tahun pemerintahan kerajaan PAS Terengganu adalah menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu dengan enakmen tersebut.

Katanya, kejayaan tersebut (enakmen) tidak boleh dilakukan oleh kerajaan Umno-BN Terengganu yang memerintah negeri ini selama 40 tahun


-----------------
gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah...
sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...


Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10185 saat. Lajunya....