Oleh |
INGATAN UNTUK ISTERI |
rindufisabilillah
Warga Rasmi Menyertai: 12.11.2008 Ahli No: 35853
Posting: 19
Dari: Dungun Terengganu
|
Posting pada: 01-03-09 16:07
SALAM SELAMAT UNTUK SEMUA kawan-kawan.. ana pernah mendengar sebuah hadis nabi S.A.W daripada seorang ustaz semasa menghadiri kuliah.. nabi pernah bersabda" jika manusia tidak diharamkan sujud sesama manusia. Aku akan perintahkan setiap isteri sujud kepada suaminya apabila suaminya masuk ke rumah" wahai wanita yang dah ada title isteri, u all semua dapat fikir dan nilai sendiri daripada hadis tersebut, betapa besar hak seorang suami untuk di jaga..Taat lah kepada suami mu.. Allah lebih tahu apa yang kamu kerjakan.. ----------------- Rindufisabilillah
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 01-03-09 16:09
Hadith : Daripada Abu Hurairah .a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi Huraian Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud: Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa..” Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas. Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Bahkan tidak dinafikan banyak sekali kes-kes ‘kaki suami’ yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi. Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul? Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita. ‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga yang bertakwa.
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 01-03-09 16:13
Pada 01-03-09 16:07 , rindufisabilillah posting:!!! QUOTE !!! SALAM SELAMAT UNTUK SEMUA kawan-kawan..
ana pernah mendengar sebuah hadis nabi S.A.W daripada seorang ustaz semasa menghadiri kuliah..
nabi pernah bersabda" jika manusia tidak diharamkan sujud sesama manusia. Aku akan perintahkan setiap isteri sujud kepada suaminya apabila suaminya masuk ke rumah"
wahai wanita yang dah ada title isteri, u all semua dapat fikir dan nilai sendiri daripada hadis tersebut, betapa besar hak seorang suami untuk di jaga..Taat lah kepada suami mu..
Allah lebih tahu apa yang kamu kerjakan..
indahnya sebuah ketaatan...jika isteri taat pada suami,insyaallah keluarga akan bahagia.. terimalah suami walau seburuk apa pun..
|
ibusoleha
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.10.2008 Ahli No: 35512
Posting: 69
Dari: KL-JB-B.Mertajam
|
Posting pada: 01-03-09 18:22
Pada 01-03-09 16:13 , ikhwan_islam posting:!!! QUOTE !!! Pada 01-03-09 16:07 , rindufisabilillah posting:!!! QUOTE !!! SALAM SELAMAT UNTUK SEMUA kawan-kawan..
ana pernah mendengar sebuah hadis nabi S.A.W daripada seorang ustaz semasa menghadiri kuliah..
nabi pernah bersabda" jika manusia tidak diharamkan sujud sesama manusia. Aku akan perintahkan setiap isteri sujud kepada suaminya apabila suaminya masuk ke rumah"
wahai wanita yang dah ada title isteri, u all semua dapat fikir dan nilai sendiri daripada hadis tersebut, betapa besar hak seorang suami untuk di jaga..Taat lah kepada suami mu..
Allah lebih tahu apa yang kamu kerjakan..
indahnya sebuah ketaatan...jika isteri taat pada suami,insyaallah keluarga akan bahagia.. terimalah suami walau seburuk apa pun.. Insyaallah...semoga saya akan sentiasa menjadi contoh pada anak-anak saya apabila mereka berumahtangga nanti...hmm...sungguh tinggi martabat seorang suami ye... ----------------- ~KEPADA ALLAH KU BERSERAH~
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 20-10-09 17:33
insyaallah..ikhwan_islam tak lama lagi akan membina baitul muslim...harap do'a..
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 21-10-09 00:42
Saya petik sebuah riwayat daripada kitab Muhimmah Fi Ilmi Hadith, dikeluarkan oleh Al-Hakim. Diceritakan seorang wanita berjumpa dengan nabi s.a.w. dan menyatakan beliau telah dipinang. Lalu beliau ingin tahu tanggunjawab beliau sebagai isteri setelah berkahwin kelak. Maka bersabda nabi s.a.w., “Jikalau mengalir dari dua lubang hidungnya darah atau nanah, lalu dijilat oleh seorang isteri belum lagi mendatangkan akan haq suaminya dan jikalau patut bagi seorang manusia sujud kepada seorang manusia, nescaya aku suruh akan isteri sujud kepada suaminya”
Maka berkata wanita yang bertanya itu, “Demi tuhan yang membangkitkan akan dikau dengan sebenarnya menjadi nabi, tiadalah aku bersuami selagi kekal di dalam dunia ini.”p/s : Haih berat2, besar-besar tanggujawap isteri mahupun suami.
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 08-11-09 11:17
|
wildan85
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2009 Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor
|
Posting pada: 08-11-09 11:33
berbincang hak suami..bincangkan lah jugak hak seorang isteri.. ketaatn pada suami itu sangat penting..bahkan jika suami katakan.."tidak.."maka tiada ruang bagi isteri untuk menyatakan "iya"..(kecuali dengan berbincang..).. ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang
|
gurutajwid
Warga Rasmi Menyertai: 17.11.2009 Ahli No: 38285
Posting: 12
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 20-11-09 10:13
 , Sememangnya benar bahawa isteri itu wajib taatkan suaminya hatta untuk menziarahi ibubapanya juga tidak dibolehkan kalau tidak mendapat keizinan dari suami. Namun ingin saya ingatkan juga di sini pada sisuami, disebabkan kelebihan yang diberikan suami lebih tinggi dari isteri, maka tanggungjawab sisuami kepada isterinya juga amat berat. Sesuai dengan kelebihan yang diberikan itu. Pertamanya ingatlah anda merupakan ketua keluarga. Jangan biarkan isteri dan anak-anak perempuan anda mendedahkan aurat. Anda akan menjadi suami dayus sekiranya membiarkan mereka terus berkeadaan begitu. Ini kerana banyak yang saya lihat sisuami solat tak pernah tinggal, selalu berjemaah di masjid, tapi sayang isteri dan anak-anak dirumah dibiarkan melanggar hukum-hukum Allah tanpa sisuami tadi menegur dan membetulkan kesalahan itu. Janganlah kita hanya inginkan kelebihan yang lebih dari perempuan sedangkan tanggungjawab kita diabaikan. Teguran ini saya tujukan pada diri saya sendiri dan kepada para-para suami atau yang bakal menjadi suami. ----------------- Rahsia Menguasai Ilmu Tajwid!!! http://abdullahidris.com
|