Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air dari gunung, mengalir, berpecah akhirnya bertemu semula di laut
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 11 hari yang lalu
wyd1014: 19 hari yang lalu
haykal77: 28 hari yang lalu
Kakngah: 28 hari yang lalu
lidah-penghunus: 29 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: INGATAN UNTUK ISTERI


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» INGATAN UNTUK ISTERI

Please Mendaftar To Post


Oleh INGATAN UNTUK ISTERI

rindufisabilillah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35853
Posting: 19
Dari: Dungun Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 16:07


SALAM SELAMAT UNTUK SEMUA kawan-kawan..

ana pernah mendengar sebuah hadis nabi S.A.W daripada seorang ustaz semasa menghadiri kuliah..

nabi pernah bersabda" jika manusia tidak diharamkan sujud sesama manusia. Aku akan perintahkan setiap isteri sujud kepada suaminya apabila suaminya masuk ke rumah"

wahai wanita yang dah ada title isteri, u all semua dapat fikir dan nilai sendiri daripada hadis tersebut, betapa besar hak seorang suami untuk di jaga..Taat lah kepada suami mu..

Allah lebih tahu apa yang kamu kerjakan..


-----------------
Rindufisabilillah


Bookmark and Share

    


  Member Information For rindufisabilillahProfil   Hantar PM kepada rindufisabilillah   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 16:09


Hadith :
Daripada Abu Hurairah .a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi


Huraian
Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud: Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa..”
Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas.
Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Bahkan tidak dinafikan banyak sekali kes-kes ‘kaki suami’ yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.
Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul? Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita. ‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga yang bertakwa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 16:13


Pada 01-03-09 16:07 , rindufisabilillah posting:

!!! QUOTE !!!

SALAM SELAMAT UNTUK SEMUA kawan-kawan..

ana pernah mendengar sebuah hadis nabi S.A.W daripada seorang ustaz semasa menghadiri kuliah..

nabi pernah bersabda" jika manusia tidak diharamkan sujud sesama manusia. Aku akan perintahkan setiap isteri sujud kepada suaminya apabila suaminya masuk ke rumah"

wahai wanita yang dah ada title isteri, u all semua dapat fikir dan nilai sendiri daripada hadis tersebut, betapa besar hak seorang suami untuk di jaga..Taat lah kepada suami mu..

Allah lebih tahu apa yang kamu kerjakan..

indahnya sebuah ketaatan...jika isteri taat pada suami,insyaallah keluarga akan bahagia..
terimalah suami walau seburuk apa pun..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

ibusoleha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.10.2008
Ahli No: 35512
Posting: 69
Dari: KL-JB-B.Mertajam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 18:22


Pada 01-03-09 16:13 , ikhwan_islam posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-03-09 16:07 , rindufisabilillah posting:

!!! QUOTE !!!

SALAM SELAMAT UNTUK SEMUA kawan-kawan..

ana pernah mendengar sebuah hadis nabi S.A.W daripada seorang ustaz semasa menghadiri kuliah..

nabi pernah bersabda" jika manusia tidak diharamkan sujud sesama manusia. Aku akan perintahkan setiap isteri sujud kepada suaminya apabila suaminya masuk ke rumah"

wahai wanita yang dah ada title isteri, u all semua dapat fikir dan nilai sendiri daripada hadis tersebut, betapa besar hak seorang suami untuk di jaga..Taat lah kepada suami mu..

Allah lebih tahu apa yang kamu kerjakan..

indahnya sebuah ketaatan...jika isteri taat pada suami,insyaallah keluarga akan bahagia..
terimalah suami walau seburuk apa pun..


Insyaallah...semoga saya akan sentiasa menjadi contoh pada anak-anak saya apabila mereka berumahtangga nanti...hmm...sungguh tinggi martabat seorang suami ye...


-----------------
~KEPADA ALLAH KU BERSERAH~


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibusolehaProfil   Hantar PM kepada ibusoleha   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-10-09 17:33


insyaallah..ikhwan_islam tak lama lagi akan membina baitul muslim...harap do'a..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 21-10-09 00:42


Saya petik sebuah riwayat daripada kitab Muhimmah Fi Ilmi Hadith, dikeluarkan oleh Al-Hakim. Diceritakan seorang wanita berjumpa dengan nabi s.a.w. dan menyatakan beliau telah dipinang. Lalu beliau ingin tahu tanggunjawab beliau sebagai isteri setelah berkahwin kelak.

Maka bersabda nabi s.a.w., “Jikalau mengalir dari dua lubang hidungnya darah atau nanah, lalu dijilat oleh seorang isteri belum lagi mendatangkan akan haq suaminya dan jikalau patut bagi seorang manusia sujud kepada seorang manusia, nescaya aku suruh akan isteri sujud kepada suaminya”

Maka berkata wanita yang bertanya itu, “Demi tuhan yang membangkitkan akan dikau dengan sebenarnya menjadi nabi, tiadalah aku bersuami selagi kekal di dalam dunia ini.”


p/s : Haih berat2, besar-besar tanggujawap isteri mahupun suami.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 11:17


!!! QUOTE !!!

Isteri Solehah

( 1 )
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

( ulang 1 )

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

( ulang 1 )
( ulang korus )




:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 11:33


berbincang hak suami..bincangkan lah jugak hak seorang isteri..
ketaatn pada suami itu sangat penting..bahkan jika suami katakan.."tidak.."maka tiada ruang bagi isteri untuk menyatakan "iya"..(kecuali dengan berbincang..)..


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

gurutajwid
Warga Rasmi
Menyertai: 17.11.2009
Ahli No: 38285
Posting: 12
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-11-09 10:13


Assalamualaikum,

Sememangnya benar bahawa isteri itu wajib taatkan suaminya hatta untuk menziarahi ibubapanya juga tidak dibolehkan kalau tidak mendapat keizinan dari suami.

Namun ingin saya ingatkan juga di sini pada sisuami, disebabkan kelebihan yang diberikan suami lebih tinggi dari isteri, maka tanggungjawab sisuami kepada isterinya juga amat berat. Sesuai dengan kelebihan yang diberikan itu.

Pertamanya ingatlah anda merupakan ketua keluarga. Jangan biarkan isteri dan anak-anak perempuan anda mendedahkan aurat. Anda akan menjadi suami dayus sekiranya membiarkan mereka terus berkeadaan begitu.

Ini kerana banyak yang saya lihat sisuami solat tak pernah tinggal, selalu berjemaah di masjid, tapi sayang isteri dan anak-anak dirumah dibiarkan melanggar hukum-hukum Allah tanpa sisuami tadi menegur dan membetulkan kesalahan itu.

Janganlah kita hanya inginkan kelebihan yang lebih dari perempuan sedangkan tanggungjawab kita diabaikan. Teguran ini saya tujukan pada diri saya sendiri dan kepada para-para suami atau yang bakal menjadi suami.


-----------------
Rahsia Menguasai Ilmu Tajwid!!!
http://abdullahidris.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For gurutajwidProfil   Hantar PM kepada gurutajwid   Pergi ke gurutajwid's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102952 saat. Lajunya....