.....IMBAS KEMBALI 10 TAHUN LEPAS.....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Nasihat untuk adik-adik ku yang di sayangi dan sebagai kuliah untuk ku jua.
Pertama ucapan selamat untuk saja dan keluarga tersayang dan juga ingin memohon maaf sekiranya ada terdapat kesalahan yang abang lakukan pada saja sama ada sedar atau pun secara tidak sedar. Abang ambil keputusan tulis benda ni sebab abang tak ada daya kekuatan lagi dah untuk hadapi muka saja dan diri saja. Dengan cara tulis macam ni sajalah mampu abang coretkan untuk bacaan kita bersama. Sebenarnya abang sungguh malu pada saja, malu pada diri abang sendiri dan malu pada Allah Ta’ala. Bila saja baca benda ni abang harap saja paham dan buka hati tu untuk terima hakikat bahawa setiap manusia tak lepas dari berbuat dosa dan setiap manusia diberikan peluang bertaubat oleh Allah Ta’ala. Jadikanlah benda ni renungan untuk kita bersama. Abang tak layak sebenarnya tulis benda gini lepas tu bagi ke saja, sebab abang memang tidak sempurna zahir dan batin, tapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya abang boleh luahkan apa yang abang rasa semasa kita sama-sama bergaul 2 hari lepas.
Abang pun ada adik perempuan gok macam saja. Bila abang piker balik abang jadi takut sangat. Sebab tu lah saja tengak abang macam gelisah saja, macam ada masalah saja, sebenarnya abang duduk pikirkan adik abang tu saja. Bila abang cuba letak adik abang tu tempat saja, memang abang tak boleh terima, tersentuh hati dan jiwa ni. Pada zahir abang tengak saja, tapi sebenarnay bila abang tengok saja, pandangan tu lah abang tengok adik abang. Petang semalam abang duduk seorang dalam bilik kan, abang nangis seorang fikir nasib saja dan nasib adik abang. Abang tidak tahan lagi dah saja, sebab tu lah Abang lari tinggalkan rumah tu petang semalam. Sejak sampai kat rumah semalam abang kurung diri dalam bilik lepas tu nangis banyak-banyak. tidur dalam airmata saja semalam.
Inilah kali pertama dan terakhir abang lepak dalam keadaan macam tu. saja tanya sebab apa dahi abang tu jadi hitam? Abang buat macam mana jadi hitam? saja sendiri tahu jawapan dia sebab apa dahi abang jadi hitam. Abang bukan macam orang yang saja sangka, abang ni boleh kata macam budak-budak kecik saja. Jalan kebenaran yang abang lalu selama ni, abang sendiri telah kotorkan jalan tu dengan najis yang sangat berat. Abang lah manusia yang sangat zalim pada diri sendiri. Mulai saat semalam abang bertaubat doh abang tak akan keluar lagi dengan sesiapa dalam keadaan dan sausana macam kita lalui tu. selama ni abang dok pernah buat kerja dengan mana-mana permpuan. Ada hikmah jugak, hari tu kawan saja tu lari, lepas tu Allah Ta’ala tolong lagi, kawan saja tak jadi datang. Abang syukur sangat sebab masih mampu pertahankan harga diri abang.
Dah lama abang tinggal benda-benda gini. Tapi bila jumpa Alif hari tu, entah macam mana tergerak hati nok keluar dengan dia. Abang nak cuba rasa apa yang orang macam Alif tu cari dalam hidup ni. Abang nak cuba bergaul dengan lebih dekat dan nak kaji sikit cara pergaulan budak-budak hari ni. Perasaan nak tahu tu membuak-buak dalam hati ni. Tapi abang dok bagi tahu dia lah. Tiba-tiba dia ajak saja keluar dengan kawan saja sekali. Abang tak salahkan sesiapun dalam hal ni. Abang sendiri yang besalah sebab nok tahu sangat sikap budak-budak hari ni.
Bila 2 hari doh kita bergaul, Maha Suci Allah yang menjadikan manusia ni dengan fitrah yang sangat bersih. Ikhlas abang kabo ke saja, sikit pun abang tak boleh terima apa yang berlaku selama 2 hari tu. Tu baru 2 hari abang bergaul, tapi abang dok boleh terima doh, macam mana lah orang yang dah bertahun-tahun hidup yang lebih teruk daripada tu. abang dok boleh nok pergi doh saja dengan cara hidup macam tu. abang berlindung dengan Allah daripada menjadi anak murid Syaitan laknatullah. Demi Allah, abang sungguh tidak akan ulang doh kesilapan macam gini, cukup doh 2 hari Allah Ta’ala tunjuk kepada abang buruknya dunia ni. Cukup doh abang rasa dunia ni dalam masa 2 hari saja.
Semalam abang balik lepas tu nangis banyak dalam bilik, sebab abang terlalu takut nyawa abang di ambil ketika abang melakukan maksiat pada Allah Ta’ala. Apa abang nok jawab dalam kubur nanti?? Sungguh menakutkan bila abang kenang kembali peristiwa 2 hari tu. cukuplah sekali abang buat kesalahan gini, lepas ni abang akan cepat-cepat lari dari dunia macam ni. Semalam tidur 2 jam saja lepas tu abang bangun mandi solat banyak-banyak minta ampun dengan Allah ta’ala. Abang takut sangat saja. Baca cerita abang ni molek neh..
Abang ada seorang adik permpuan macam saja jugok, abang rasa saja kenal dia sebab dia biasa jugok lepak kat bistro tu. 3,4 hari lepas dia gaduh dengan ma, ma nasihat ke dia, kakak pun nasihat ke dia lepas tu dia bising-bising pada semua org. Dia lari dari rumah pergi duduk rumah kawan dia. Abang pernah tanya dia, apa yang dia nok sebenarnya dalam hidup ni?? Apa yang dia cari sebenarnya dalam hidup ni?? Dia diam saja tak bagi jawapan. Lepas tak dapat jawapan tu tiba-tiba dengan izin Allah Ta’ala dia nak tunjuk kea bang jawpan tu, lepas tu kita pun keluar. Selepas 2 hari kita sama-sama bergaul, baru abang dapat jawapan tu. Abang dah paham sekarang Kenapa dia lebih suka duduk kat luar daripada duduk kat rumah.
Patutlah manusia macam dia tu sanggup tinggal keluarga kerana mencari najis yang sangat di hina. Dia tak dapat beza dah antara naijis dengan suci. Patutlah hati keras lebih dari batu, nasihat orang tak nak pakai, rupa-rupanya hati dan pikiran dia dah pun dirosakkan oleh najis yang di sangka suci itu. Abang tiap-tiap hari doa, semoga mana-mana manusia macam dia tu akan balik kepada agama. Kerana hanya di dalam agama saja, ada ubat untuk segala penyakit dunia ni.
Abang ni saying saja macam abang saying ke dia jugok. Abang tak izinkan mana-mana adik abang dirosakkan dengan cara yang hina macam ni. Semua yang abang tulis ni, sama lah seperti yang abang nasihat pada dia. Tapi dia langsung tak pakai nasihat orang kerana dia lebih sayangkan gurunya iaitu Syaitan laktullah.
Marilah wahai adik-adik ku kita kembali kepada Allah dan Rasulnya. Perumpamaan hidup kita selama ni seolah-olah kita sedang tidur di buai mimpi, tak dapat nak fikir mana keadaan mimpi mana reality. Bangkitlah segera dari tidur ini, kerena hari esok kita akan tidur untuk selama-lamanya. Ingatlah wahai adik-adik ku, kejayaan seseorang manusia adalah ketaatan dalam menjalankan perintah agama. barang siapa yang lalai, dunia ini akan hanyut kan dia sampai satu saat dia akan lemas dan tenggelam dalam kehinaan. Marilah saja kita sama-sama buang yang buruk dan masih belum terlambat untuk kita meminta pada Allah Ta’ala. Kita mesti cari semula semangat kita yang hilang selama ni. Kita mesti cari semula Al-Quran yang telah kita tinggalkan selama ni. Kita minta doa dengan Allah Ta’ala supaya di beri kekuatan untuk melawan Syaitan dan melawan nafsu kita.
2 hari kita lepak tu dah cukup bagi abang. Allah Ta’ala telah tunjukkan pada abang perkara yang belum pernah abang tengak sebelum ni. Padan doh bagi abang apa yang Allah ta’ala tunjuk 2 hari tu. Allah Ta’ala telah hina diri abang cukup-cukup selama 2 hari tu. Besar harapan semua abang-abang dan orang tua kita nok tengok adik-adik abang ni semua duduk aman damai. Tak ada manusia atas dunia ni minta benda buruk. Semua orang yang ada akal yang sihat akan minta benda baik dan comey saja. Tapi saja kena ingat lah, apa saja yang berlaku atas dunia ni sama ada berlaku pada kita atau berlaku pada orang lain, itu semua ada kuliah dan peringatn dari Allah ta’ala supaya manusia ni berhati-hati dalam setiap perbuatan. Kita manusia yang mempunyai akal yang sihat, mesti kita akan mencari benda yang sihat sahaja. Walau macam mana jahat pun kita, JANGAN SEKALI-KALI KITA BUANG SUNNAH RASULULLAH DAN SYARIAT ALLAH TA’ALA!! JANGAN KITA MATI MELAINKAN KITA MATI DALAM KEADAAN KITA MENJADI ORANG ISLAM DAN BERADA DALAM GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN!!
Selagi kita masih bernafas ni, pintu taubat sentiasa Allah buka untuk semua hambanya yang ingin kembali kepada jalan yang benar. Allah Ta’ala tidak sekali-kali menzalimi diri kita, bahkan kita lah yang berbuat zalim pada diri sendiri. Abang menyeru pada saja, marilah kita sama-sama balik ke tempat asal kita, kita kena berpijak di bumi yang nyata saja, jika kita masih tidur lagi, Syaitan akan bawa kita dan menderhaka pada Allah Ta’ala. Marilah kita sama-sama kenang nikmat Allah Ta’ala kepada kita selam ini. Allah ta’ala bagi kita macam-macam nikmat supaya memudahkan kita beribadah kepadanay. tapi dalam banyak-banyak nikmat tu, tiada 1 pun kita gunakan untuk Allah Ta’ala dan niat kerana Allah Ta’ala. Melainkan kita guna semua nikmat tu untuk menentang perintah Allah dan Rasulnya.
Azab Allah Ta’ala amat keras, Allah Ta’ala tidak akan berkasih sayang pada manusia yang derhaka kepada dia. Allah Ta’ala hanya akan pandang manusia yang taat kepadanya dunia akhirat. Allah ta’ala akan limpahkan kasih sayang nya melimpah-limpah pada hamba yang taat. Dan Allah Ta’ala sangat kasih dan sayang pada manusia yang suka bertaubat padanya.
Abang harap lepas ni kalau jumpa saja, abang akan tengok saja yang baru. Memang susah saja kita nak ubah diri kita ni, tapi kita kena ubah jugak diri kita menjadi lebih baik. Tak ada alasan lagi yang boleh kita beri kerana Allah dah bagi kita Al-Quran untuk jadikan panduan hidup. Sampai 1 masa Allah Ta’ala akan cabut nyawa kita dan kita aka di pertanggung jawabkan dengan setiap perkara yang kita kerjakan semasa kita di dunia. Waktu tu tak guna lagi kita nak menyesal, hanya syurga dan neraka pilihan terakhir yang kita ada. Yang lepas tu biarkan lah dah lepas, yang penting kita mesti berazam untuk baiki diri kita, bagi semangat bari untuk diri kita. Abang akan pandang saja, sama macam abang pandang adik abang jugok.
Abang pun dok tahu saja, mungkin ni nasihat terakhir dari seorang abang pada adiknya. Bila-bila masa abang boleh pergi mengadap Allah Ta’ala. Sekurang2 abang boleh jawab pada malaikat bahawa abang telah pun nasihat pada adik-adik abang. Abang ni banyak dosa saja. Mungkin dosa abang tu seluas langit atau mungkin lebih luas dan lebih besar lagi dari langit tu. Tapia bang akan terus bertaubat semoga Allah Ta’ala akan bangi ampun kepada abang dan kepada semua orang yang meminta ampun. Sungguh abng telah menyesal dengan dosa-dosa yang telah lalu. Kalau Allah azab abang atas dunia ni padan lah dengan banyaknya dosa abang pada Allah Ta’ala.
Air mata abang dok berhenti tulis benda ni, abang akan kenang saja macam adik abang sendiri. Selain daripada tu, abang akan doa kan semoga 1 hari hari saja akan mendapat hidayah daripada Allah Ta’ala dan menjadi kebanggaan keluarga saja. Taatlah pada kedua orang tua kita saja, janganlah kita hampakan impian mereka. 1 hari bila dia dah tak ada, kita akan rasa kehilangan yang sangat hebat. Di waktu kita perlukan mereka, sedangkan mereka dah lama tak ada. Senangkan hati mereka, doalah untuk mereka, cintailah mereka, kasihlah mereka.
Cukuplah saja sampai sini saja abang cerita ke saja, nanti Kalau ada masa abang jumpa saja, abang cerita lagi ke saja eh..jangan kabo ke orang lain tentang surat ni..tentang adik abang tu diam-diam doh lah. Kalau ada salah eja minta maaf neh..
W’SALAM
SEMOGA ENGKAU BERBAHAGIA WAHAI ADIK-ADIK KU..
“ YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI, AMPUNKANLAH DOSA KEDUA ORANG TUA KAMI SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANI KAMI SEMASA KAMI KECIL, AMPUNKALAH DOSA AHLI KELURGA KAMI DAN SAHABAT-SAHABAT KAMI..SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA PEGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI.”
AMEEN
SEMOGA KAWAN-KAWAN DAPAT AMBIL IKTIBAR DARI CERITA INI..
-----------------
Rindufisabilillah