Oleh |
KUBURKAN PPSMI 7 MAC 2009 |
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 01-03-09 11:36
 Ukhwahian & Salam Perjuangan. Ini BUKAN lagi soal KETUANAN MELAYU, BUKAN lagi soal Bahasa Kebangsaan, Tetapi..., SOAL SURVIVAL ANAK NUSA: Melayu, Cina, India, & Bumiputera.PESANAN PENTING 7 MAC: >> Lokasi sebelum berarak: Sogo, Central Market & Masjid Negara.
>>Digalakkan guna kenderaan awam (datang awal 2 jam kerana mengikut rekod lampau stesen2 LRT & PUTRA biasanya akan dikawal ketat PRDM)
>>Berhimpun jam 2 petang
>>Tema pakaian: PUTIH
>>Tidak dibenar sebarang logo Politik kerana ini perhimpunan Rakyat. JUMPA DI SANA UKHWAHIAN!!!----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 01-03-09 11:38
KENYATAAN MEDIA27hb Februari 2009 Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Himpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7hb Mac 2009 jam 2 petang. GMP telah menetapkan tiga lokasi tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti berikut : a. Pusat Perniagaan SOGO b. Centrel Market c. Masjid Negara Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan telah dipohon kepada yang.bahagian Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang samasekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan. Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato’ A.Samad Said, Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim, yang.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang.B Dato’ Seri Tuan Guru haji. Abdul Hadi Awang, yang.B Lim Kit Siang dan ramai lagi. Warna tema GMP adalah ’putih’. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI. GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP. Sehubungan itu pihak GMP telah selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang. HASNI ABAS Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 01-03-09 12:04
apa yang sibuk sangat pasal bahasa melayu.kata tak ada ketuanan melayu kan.tiada nilai melayu di akhirat kan...jadi yang nak sibuk pasal PPSMI ni Kenapa.dah kata tiada nilai melayu,biarkan saja lah nak cakap english ke apa ke...."tiada nilai melayu di akhirat"..biar saja lah bahasa melayu pun.... ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 01-03-09 12:17
Pada 01-03-09 12:04 , trouver_99 posting:!!! QUOTE !!! apa yang sibuk sangat pasal bahasa melayu.kata tak ada ketuanan melayu kan.tiada nilai melayu di akhirat kan...jadi yang nak sibuk pasal PPSMI ni Kenapa.dah kata tiada nilai melayu,biarkan saja lah nak cakap english ke apa ke...."tiada nilai melayu di akhirat"..biar saja lah bahasa melayu pun....
En trouver, Kenapa ni, kurang sihat ke? Baca ke tidak statement hamba: !!! QUOTE !!! Ini BUKAN lagi soal KETUANAN MELAYU, BUKAN lagi soal Bahasa Kebangsaan,
Tetapi...,
SOAL SURVIVAL ANAK NUSA: Melayu, Cina, India, & Bumiputera. Encik FAHAM @ TIDAK apa itu KETUANAN MELAYU?Nak menentang arus pun biar berpada saudara...! p/s: Kepada mereka yang diatas pagar, bawa-bawaklah mula turun dari pagar anda & PILIH 'platform mana' anda nak pijak. Jangan jadi LALANG, mana angin tiub situ anda lentok. p/s ke-2: Jika DISANA pun anda tak setuju, DISINI pun anda tak suka, teruskanlah hidup bahagia dalam DUNIA SENDIRI. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 01-03-09 12:23
ist ist.pandai tukar ayat tunggang terbalik.atas pentas politik beria ia mengatakan tidak ada ketuanan melayu.tetapi sibuk bangkang ppsmi."tiada nilai melayu di akhirat". kemudian dah tengok macam terkena balik,terus tukar soal survival pulak dah.sebelum ni punya lah dok kutuk melayu sampaikan tiada nilai melayu di akhirat.alih alih sibuk ppsmi. ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 01-03-09 12:32
Encik FAHAM @ TIDAK ERTI KETUANAN MELAYU?Jawab soalan diatas dahulu. p/s: Kepada yang nak join, silakan. Yang tak sokong @ "pura-pura" tak sokong kerana EGO dah tebal sangat, duduk rumah diam-diam baca OXFORD DICTIONARY lepas itu turunkan skill BI yang hebat itu kepada anak-anak / adik-adik anda. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
rie_boyz
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26704
Posting: 133
Dari: upm bintulu,sarawak
|
Posting pada: 01-03-09 14:05
thanks laskar atas info yang diberikan.sama-samalah kita meramaikan kehadiran rakyat himpunan mereka.tunjukkan pada pemimpin yang brmslh bahawa kuasa rakyat masih ada di negara kita ni..buat trouver duduk diam-diam jangan menyibuk pula...harap-harap tercapai bilangan 100 ribu.huhuhu tak dapat ana nak datang sebab berada diperantauan bintulu, Sarawak.huhuhu..
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 01-03-09 14:32
eh...main tanya tanya pula.dulu dah terang bertempek,tidak ada ketuanan melayu yang ada ketuanan Islam.sekarang ni pusing 360 darjah pula "konon" mempertahankan bahasa melayu? tak payah lah nak buat buat tegas tanya soalan.yang mana ada kepentingan politik yang tu lah nak cari port lubang. "wahalalku waharammu" dulu bising tak ada ketuanan melayu,sekarang sibuk pura-pura concern pasal bahasa melayu. lepas tu bawa lah konon contoh german tak pakai english pun boleh maju,jepun tak pakai english pun boleh maju.bawa contoh yang tak logik. ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
Violet-8
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.12.2008 Ahli No: 36178
Posting: 74
|
Posting pada: 01-03-09 14:37
Saya pun tak berani nak komen tentang perhimpunan ni sebab ada 2 pengalaman yang saya tak boleh lupakan. 1- Pernah pergi ke Perpustakaan DBP di mana saya terperanjat melihat kakitangan di sana berbual rojak B. Inggeris dengan saya padahal saya bercakap dengannya dalam B. Melayu. 2.-Saya terserempak dengan salah seorang Sasterawan Negara terkenal di salah sebuah kedai buku di Jalan TAR. Saya juga terkejut melihat dia bertanya kepada penjual buku itu dalam B. Inggeris. Saya melihat riak muka penjual buku itu rasa macam tak selesa apabila Sasterawan Negara tersebut berbual dalam b. Inggeris...Sasterawan Negara itupun adalah ahli PSSMi ni.. Entahlah, dekat akhir zaman ni, susah benar mencari orang-orang yang benar-benar jujur dan amanah dalam bidang yang mereka jaga ni...
|
simpLe_sHida
 Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 01-03-09 14:38
salam alaik.. ehehe.. macam nak pergi..tapi, ada program lain. haa.. siapa yang ada rasa PEDULI dengan bahasa ibunda negara MAlaysia.. rasa peri tenggungjawab di atas kesann dek penggunaan bahasa BI ni.. maka, turunlaa antum berbondong-bondong untuk menyatakan seia sekata.. satu HAti untuk menghapuskan BI dalam sc+matematik. ana tidak menafikan bahawa BI bagus ...memang bahasa INternational. cuma, sejauh mana pencapain di lokasi-lokasi luar bandar ? adakah ada peningkatan mendadak pada penduduk majority? huhuu... bilakah lagi...? kita semua satu HATI.....
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 01-03-09 20:28
Pada 01-03-09 14:32 , trouver_99 posting:!!! QUOTE !!! eh...main tanya tanya pula.dulu dah terang bertempek,tidak ada ketuanan melayu yang ada ketuanan Islam.sekarang ni pusing 360 darjah pula "konon" mempertahankan bahasa melayu?
tak payah lah nak buat buat tegas tanya soalan.yang mana ada kepentingan politik yang tu lah nak cari port lubang.
"wahalalku waharammu"
dulu bising tak ada ketuanan melayu,sekarang sibuk pura-pura concern pasal bahasa melayu.
lepas tu bawa lah konon contoh german tak pakai english pun boleh maju,jepun tak pakai english pun boleh maju.bawa contoh yang tak logik.
Suka hati kamu lah yeoppp... "wahalalku waharammu" = macam ayat dipetik forum mykmu.net saja yeopp...(ahli ka?) Baguihh, ada keinginan berbahasa Arab walaupun 'hibrid' Melayu.. Tang mana yang tak logik tu yeopp... Teman tau hati kome panas selalu, jadi salam damai saja daripada teman ye yeopp.. Nak datang jangan malu-malu, tak datang pun baguih tak nyusahkan pulis ngejor kamu... p/s: Kita sama-sama juara Pusing Politik  ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 01-03-09 20:35
IA saya akan turun juga jika tiada halangan.nak tengok secara live apa yang terjadi di sana.
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 01-03-09 21:08
PIBG seluruh negara bantah PPSMIJimadie Shah Othman | Feb 26, 09 1:57pm | malaysiakini.com Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya. Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu. Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac. "Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram.
"Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia).
"Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan," katanya. GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu. Mohamad Ali turut mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI yang didakwanya “tidak begitu bebas”. "Kita perlukan kajian yang benar-benar bebas. Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI.
"(Sidang) meja bulat ini kita lihat tidak begitu bebas. Tidak ada laluan yang luas," kata Mohd Ali. Katanya, PIBGN hadir kesemua lima kali persidangan meja bulat kementerian dan membantah PPSMI dalam pertemuan itu tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan apabila dasar itu terus diamalkan sejak enam tahun lalu. Mengulas pelaksanaan dasar kontroversi itu, beliau menyifatkan PPSMI gagal kerana dikendalikan oleh guru yang kebanyakannya "tidak berdaya" dan "tidak cukup latihan". "Insentif 10 peratus kenaikan gaji yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam PPSMI tidak nampak setimpal dengan kenaikan tersebut. Prestasi mereka sepatutnya lebih daripada 10 peratus," katanya. Selain itu, Mohd Ali menambah, PPSMI mengakibatkan banyak pembaziran apabila guru-guru terlibat yang dibekalkan komputer riba bagi membantu pengajaran tetapi gagal memanfaatkan sepenuhnya. "Begitu juga dengan perisian-perisian yang tidak dimanfaatkan. Hanya 1/3 perisian pengajaran (daripada kira-kira 25 jenis) yang dicadangkan oleh kementerian digunakan," katanya. GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad dianggotai kumpulan NGO dan sayap-sayap Pemuda PKR dan PAS. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 01-03-09 21:12
Cium Keris jeee berani yeoppp.... PPSMI: Nak debat apa lagi, tanya HishamAbdul Rahim Sabri | Feb 26, 09 1:39pm | malaysiakini.com Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak cabaran Dewan Pemuda PAS untuk berdebat berhubung Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). "Kalau kita di peringkat pengubalan dasar, (maka) bolehlah kita debat, tak ada masalah. Tetapi kita sedang dalam peringkat hendak mengubahsuai dasar sedia ada dan memikirkan kaedah yang baru".
"Sebelum ini, perbincangan meja bulat pun telah diadakan. Saya pun telah beritahu sebelum ini di Parlimen bahawa pelbagai pilihan telah diketengahkan.
"Jadi, di peringkat yang kita berada hari ini, (maka) nak debat apa lagi. Lebih baik mereka (Pemuda PAS) berikan cadangan dan pandangan," kata Hishammuddin selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemuda dan Keganasan di ibu negara pagi ini. Selasa lalu, Pemuda PAS telah menghantar surat cabaran debat kepada Hishammuddin berhubung isu PPSMI melalui Naibnya, Khairy Jamaluddin di Parlimen. Sehubungan itu, Hishammuddin yang juga menteri pelajaran menggesa Pemuda PAS supaya mengemukakan cadangan kepada kementeriannya berhubung dasar tersebut. Perbincangan meja bulat"Jemputan kepada mereka untuk ke persidangan meja-meja bulat telahpun dipanjangkan. Kalau tak salah saya pihak PAS pun hadir sama.
"Jadi debat untuk apa. Bagi saya dalam konteks dah sampai ke peringkat akhir rumusan kita, panjangkan padangan-pandangan mereka supaya diambilkira.
"Lainlah kalau nak cari publisiti, nak cari populariti, tapi hal-hal berhubungkait dengan masa depan anak kita, nak debatkan suatu yang telah difikirkan oleh kementerian untuk diubahsuai, saya rasa tidak sesuai," katanya. Mengulas lanjut pertikaian berlarutan terhadap dasar itu, Hishammuddin mendakwa "ada pihak tertentu yang ingin terus menghangatkan suasana". "Kalau sekiranya YB Karpal Singh di Parlimen semalam memberi gelaran celaka kepada Pemuda, dalam isu PPSMI, YB (Datuk Seri) Abdul Hadi telah menyatakan (mereka) yang menyokong dasar ini, juga celaka.
"Kalau disasarkan (celaka itu) kepada saya, saya boleh terima, asam garam dalam arena politik. Tetapi ramai di luar sana orang biasa yang menyokong dasar ini.
"Apakah mereka juga dicelakakan?" soal Hishamuddin. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 01-03-09 21:18
Sebelum yeop-yeop sekalian membuat persiapan, ada baik kita nantikan kemungkinan 'Mufti' dari Madrasah Jabal Al-Aman akan mengeluarkan "Fatwa" mengenai HARAM @ HALAL perhimpunan ini...  ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 01-03-09 21:36
Pada 01-03-09 21:18 , Laskar_Allah posting:!!! QUOTE !!! Sebelum yeop-yeop sekalian membuat persiapan, ada baik kita nantikan kemungkinan 'Mufti' dari Madrasah Jabal Al-Aman akan mengeluarkan "Fatwa" mengenai HARAM @ HALAL perhimpunan ini...

rasanya nanti kena dengan siraman water cannon agaknya. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 01-03-09 21:47
Pada 01-03-09 21:36 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! rasanya nanti kena dengan siraman water cannon agaknya. Biasa lah tuuu... Ha, bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan Demonstrasi, ini antara alatan penting: 1- Tuala "Good Morning" 2- Air mineral beberapa botol 3- Gogle renang 4- Baju hujan pakai buang 7-Eleven Cara Guna:- Tuala "Good Morning" digunakan sewaktu saat kritikal pabila Pasukan Simpanan Persekutuan @ FRU mula menembak peluru asap pemedih mata. Basahkan dengan air mineral yang dibawa serta ikat pada wajah bagi melindungi hidung & mulut anda. Percayalah, asap tersebut akan meninggalkan memori indah kepada anda jika tersedut! - Gogle renang amat penting bagi melindungi mata anda dari bendasing yang berterbangan & juga asap pemedih mata. Baju hujan untuk melindungi anda dari pancuran air berkimia trak 'water cannon' yang boleh merengsakan kulit anda. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
lebai_y2k
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.09.2003 Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena
|
Posting pada: 01-03-09 22:21
huhu..akhi Laskar_Allah ni memang dah berpengalaman ye?ana ni teringin sangat,tapi insya ALLAH 7 aribulan ni boleh turun..2nd demo yang ana sertai
|
mazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.07.2008 Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah
|
Posting pada: 13-04-09 23:02
Sukacita dimaklumkan, perhimpunan raksasa ini berjaya mencapai sasaran & memorandum bantahan PPSMI berjaya sampai ke tangan Yang Di Pertuan Agong. Semoga PPSMI dimansuhkan!
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 14-04-09 09:19
Assalamnualaikum.......... sama-samalah kita pertahankan bahasa kita yang sudah lama dipinggirkan oleh orang-orang yang tidak bertangungjawab.. Kalau kita nak tukar bahasa sekaipun, lebih baik gunakan bahasa arab dalam matematik dan sains daripada mengunakan bahasa inggeris.. ini lebih afdal.. ----------------- gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah... sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 14-04-09 18:22
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 13-06-09 13:37
Pada 14-04-09 18:22 , rdwira posting:!!! QUOTE !!! salahkah penggunaan BI ?? kan bagus kalau benda tu boleh tingkatkan kemahiran berbahasa kita ?
ermm.. soal PPSMI tidak jadi masalah bagi aku.. baru berapa tahun PPSMI dilaksanakan.. kita dahulu dari sekolah2 pondok bertukar ke sekolah kebangsaan mengajar bahasa Inggeris pon dekat 40 tahun baru mula nak capai sasaran.. jadi.. yang jadi masalah ialah bagaimana nak meningkatkan pemahaman dan pengajaran Bahasa Inggeris di dalam kelas.. kalau sekolah2 berasrama penuh tak jadi soal.. sekolah2 di bandar pon tak jadi soal.. tapi kalau sekolah2 di luar bandar aku rasa ada masalah sedikit la.. kalau tukar balik P&P sains dan matematik ke Bahasa Melayu bukanlah penyelesaian yg terbaik aku rasa.. banyak lagi penyelesaian lain..
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 07-09-09 13:57
Pada 01-03-09 20:28 , Laskar_Allah posting:!!! QUOTE !!! Pada 01-03-09 14:32 , trouver_99 posting:!!! QUOTE !!! eh...main tanya tanya pula.dulu dah terang bertempek,tidak ada ketuanan melayu yang ada ketuanan Islam.sekarang ni pusing 360 darjah pula "konon" mempertahankan bahasa melayu?
tak payah lah nak buat buat tegas tanya soalan.yang mana ada kepentingan politik yang tu lah nak cari port lubang.
"wahalalku waharammu"
dulu bising tak ada ketuanan melayu,sekarang sibuk pura-pura concern pasal bahasa melayu.
lepas tu bawa lah konon contoh german tak pakai english pun boleh maju,jepun tak pakai english pun boleh maju.bawa contoh yang tak logik.
Suka hati kamu lah yeoppp...
"wahalalku waharammu" = macam ayat dipetik forum mykmu.net saja yeopp...(ahli ka?)
trouver ahli mykmu agaknya  ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|