Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 41 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 51 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 51 hari yang lalu
eme86: 52 hari yang lalu
sunan-faqih: 57 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Janganb biarkan nama ALLAH diciplak oleh kafir


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Janganb biarkan nama ALLAH diciplak oleh kafir

Please Mendaftar To Post


Oleh Janganb biarkan nama ALLAH diciplak oleh kafir

sidin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4251
Posting: 96
Dari: BANDAR BARU BANGI

australia  


posticon Posting pada: 01-03-09 04:02


Assalamualaikum,

Sedang orang2 kafir Kristian sibuk mengatakan kita ummat Islam telah meniru kitab mereka Injil disebabkan adanya persamaan isi kandungan antara kitab-kitab tersebut, kini mereka umpama kehilangan arah apabila terpaksa mencari identiti tuhan mereka dengan merujuk kitab Al-Quran. Sedang mereka sibuk menuduh kita dengan tuduhan-tuduhan yang melampau seperti peniruan dan keganasan, tetapi mereka gagal membawa sebarang bukti terhadap tuduhan mereka itu..

Kristian dan Injil sudah kehilangan identiti baik dari hukum dan juga bahasanya. Sukar untuk dikatakan kerana injil kini dalam pelbagai tafsiran sehingga keasliannya tidak lagi diketemukan. Saya membaca alKitab atau injil baik perjanjian lama dan perjanjian baru dalam bahasa Melayu Indonesia, di situ nama ALLAH terang-terang disebut dalam kitab yang kononnya suci itu...pada mulanya saya biasa saja, kerana saya tahu agama ini adalah agama wahyu...

sehingga timbulah isu Majlis Gereja Malaysia yang bertungkus lumus ingin mempertahankan hak penggunaan ALLAH kononnya iu bukan sesuatu yang istemewa untuk org Islam.. Saya rasa terhina!!! Apakah gereja yang kafir ini tidak mengerti kalau ALLAH itu berbeza dengan konsep ketuhanan trinity mereka.. Mereka menganggkat Isa as sebagai anak Tuhan, Allah sebagai Bapa Tuhan dan Tuhan Roh Kudus (yang sendiri mereka tidak jelas).. Lalu saya mencari Alkitab dalam bahasa Inggeris dan akhirnya saya ketemukan dalam sebuah website..

tafsiranya antara BM dan BI sukar untuk dipadankan. Sukar untuk dikatakan siapa yang mentafsir siapa? adakah Injil BM ditafsir dari BI atau sebaliknya.. mungkin dari segi kedudukan geografi dan arah pergerakan dakwah Kristian ke nusantara ini adalah bermula daripada penjajahan Inggeris, Portugis, Belanda dan Spain yang turut membawa ajaran Kristian ini... maka saya bersetuju kalau Injil BM bermula dari BI.. Pelik bin ajaib, tafsiran alkitab itu tidak seiring antara satu dengan yang lain... Saya tidak menemui perkataan ALLAH dalam alkitab BI melainkan Lord atau God, sedangkan dalam Alkitab yang BM perkataan ALLAH diguna pakai..

Di dalam hati kecil saya, alkitab BI bukanlah kitab yang asli dan dari mana mulanya alkitab BI itu ditafsir???.. tafsiran awal mungkin menjalar-menjalar ke berapa banyak bahasa lagi sehingga ia berhenti dalam bahasa Hebrew (bahasa asal)... Jadi dalam perjalanan pentafsiran itu berapa banyak bahasa lagi yang menjadi laluan sehingga tafsiranya tiba ke bahasa Inggeris.. dan persoalan yang penting berapa banyak lagi ke istilah tuhan yang digunakan dalam tafsiran-tafsiran itu..??? dan berapa banyak lagi ke hukum yang di ubah dalam pentafsiran itu..?? sebenarnya banyak yang saya temui percanggahan hukum dalam alkitab misalnya hukum memakan bab* yang diharamkan dalam perjanjian lama, tetapi dimakan oleh org kristian atas alasanya hukum itu sudah dibatalkan dalam perjanjian baru.. begitu juga halnya bersunat juga dibatalkan.. malah banyak amalan-amalan kristian yang ada pada hari ini tidak terkandung dalam mana-mana perintah dalam alkitab baik perjanjian lama mahupun perjanjian baru.. misalnya peryaan krismas yang kononnya hari kelahiran Isa as pada hal dalam alkitab tidak pernah diceritakan tentang bila Isa as dilahirkan.. perayaan hari krismas sebenarnya bukanlah hari kelahiran Isa as tetapi kelahiran tuhan matahari.. Begitu juga dengan sembahyang hari minggu, tidak pernah ada dalil dalam alkitab orang kristian perlu sembanyang pada hari minggu melainkan pada hari sabtu.. pelik!! Yang lebih pelik tidak ada istilah Kristian dalam alkitab.. Nabi Isa as sendiri pun tidak pernah menyebut Kristian, melainkan rasul paulus palsu yang mengajarkannya agar mendapat pengaruh selepas Isa as diangkat ke langit..

Jadi berbalik kepada cerita nama ALLAH yang cuba digunakan bersama oleh orang2 kafir adalah sesuatu yang tidak wajar.. Kita tidak ada halangan sekiranya mereka ingin berdegil, tetapi kita juga perlu berdegil agar mereka dapat menerima konsep ALLAH yang sebenar..

Orang Kristian bagaikan meludah ke langit akhirnya busuk di muka sendiri.. Mereka menghentam Quran kononya kitab kita ini tidak sempurna kerana ia hanya untuk orang Arab kerana bahasanya dalam bahasa Arab, berbanding alkitab yang kononya universal. Tetapi tidakkah mereka sedar nama ALLAH yang cuba mereka baur dalam kitab mereka itu adalah dalam bahasa arab yang berasal dari Al dan juga Ilah.?? kalau orang-orang kristian benar-benar bermaruah maka, jangan lah digunakan nama ALLAH dalam kitab mereka.. dan oleh kerana alkitab ini diturunkan untuk bangsa-bangsa Yahudi maka guna istilah yahudi untuk menampal identiti pada tuhannya... guna saja nama Elohim, agar manusia dapat membezakan mereka yang penuh dengan kebatilan..
Sekian..

:jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sidinProfil   Hantar PM kepada sidin   Quote dan BalasQuote

sidin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4251
Posting: 96
Dari: BANDAR BARU BANGI

australia  


posticon Posting pada: 01-03-09 04:09


Ketua paderi mahu bincang dengan pejabat AG

Peguam yang mewakili pemohon, Ketua Paderi Datuk Murphy Pakiam memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa mereka akan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Sebelum itu, mahkamah hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan berkaitan agama Kristian tidak lagi dilarang seperti terkandung dalam warta baru yang
dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri awal tahun ini.
    
Berikutan perkembangan itu, peguam Porres P Royan memaklumkan kepada Hakim Lau Bee Lan bahawa mereka akan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara berhubung implikasi
perintah itu, lapor Bernama.

"Jika, selepas perbincangan kami berasa selesa, dengan itu jelas perkara ini mungkin tidak perlu diteruskan dan didengar. Kami akan maklumkan kepada mahkamah jika kami mencapai penyelesaian.

"Masih terlalu awal untuk kami membuat keputusan," katanya sambil memohon kepada mahkamah untuk memberikan masa dua hingga tiga bulan bagi kedua-dua pihak sebelum menetapkan tarikh perbicaraan bagi permohonan semakan penghakiman itu," katanya.

Pada 5 Mei tahun lalu, Datuk Murphy, selaku penerbit The Herald,
menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam usahanya bagi diisytiharkan keputusan responden bertarikh 12 Februari 2008, melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam "Herald-The Catholic Weekly" adalah melanggar undang-undang.
    
Beliau juga memohon perisytiharan yang beliau berhak menggunakan perkataan "Allah" dan perkataan "Allah" bukan eksklusif untuk agama Islam.

Sebelum itu, Peguam Kanan Persekutuan Nizam Zakaria, yang mewakili Pejabat Peguam Negara, memaklumkan kepada mahkamah bahawa Menteri Dalam Negeri, selaku responden pertama dalam prosiding semakan kehakiman itu yang difailkan oleh Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur, telah mewartakan perintah bertarikh 21 Januari 2009, bertajuk ‘Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009'.
    
Warta itu menyebut "Percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan yang berhubung dengan agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah", "Kaabah", "Baitullah" dan "Solat" adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan "UNTUK AGAMA KRISTIAN".
    
Perintah itu diwartakan pada 16 Feb, 2009 dan berkuatkuasa pada tarikh itu.

Terdahulu, Porres memberitahu mahkamah yang beliau akan tetap meneruskan permohonan untuk mengenepikan perintah campur tangan yang dipohon pada 21 November tahun lalu oleh tujuh majlis agama Islam negeri - Wilayah Persekutuan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor dan Melaka - dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MCMA) untuk campur tangan dan dinamakan sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman itu.
    
Mahkamah menetapkan 28 Mei untuk mendengar permohonan itu bersama-sama dengan permohonan Majlis Gurdwaras Malaysia untuk turut campur tangan.
    
Mahkamah juga menetapkan 7 Jun untuk mendengar permohonan tujuh majlis agama Islam negeri dan MCMA, untuk merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan mengenai persoalan perlembagaan.

http://www.malaysiakini.com/news/99221

Bookmark and Share

    


  Member Information For sidinProfil   Hantar PM kepada sidin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 11:44


"Maaf, kami (KERAjaan) berkomedi lagi!" - Nazri Aziz :lol:

KDN akui kesilapan, warta benar guna "Allah" dibatal

"Ada kesilapan dalam warta"


KOTA KINABALU Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan "Allah" dalam penerbitan agama Kristian, berkuat kuasa serta merta.

Sambil mengakui bahawa ada kesilapan dalam menggubal warta itu yang menyebabkan kekeliruan berhubung isu itu, Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, keputusan kerajaan untuk melarang penggunaan perkataan itu dalam penerbitan majalah Herald tetap berkuat kuasa sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

Baru-baru ini, kerajaan melarang terbitan Herald dalam edisi Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan sebagai sebahagian dari syarat untuk membenarkannya terus menerbitkannya dalam Bahasa Inggeris, China dan Tamil.

"Terdapat semakan semula kehakiman dalam perkara ini dan saya serahkan kepada mahkamah untuk memutuskannya.

"Saya berpendapat ada kesilapan dalam warta itu. Apabila kita membuat kesilapan, saya mesti akui ia perlu diteliti secara menyeluruh.

"Tetapi oleh kerana perkara itu sudah silap...maka lebih baik kita buat pembetulan," katanya kepada pemberita di sini.

Syed Hamid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)yang meminta kerajaan menarik balik keputusan itu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.

Yang Dipertua YADIM, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.

Semalam, media melaporkan Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan KDN bahawa penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Warta kerajaan yang diwartakan 16 Februari itu berbunyi: "Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian". BERNAMA


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 12:01


teringat kenyataan dulu....eh...mana pergi abang anwar tak buat kenyataan pun pertahankan agama Islam,sultan dan sebagainya.time hindraf laju sungguh.almaklumla....dah pernah buat satu patung besar sendiri....

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH - Dewan Ulamak PAS Pusat
Ditulis oleh Harakah
Thursday, 03 January 2008

Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato’ Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah ‘Allah’ malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

“Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan 1syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa,” katanya ketika dihubungi Harakah.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan ‘Allah’ bagi merujuk kepada ‘God’ dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.

Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan ‘kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.

“Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya ‘Allah’; itu akan mengelirukan orang ramai,” Johari dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.

Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.

Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk “Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan” di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan rem remaja.

Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.

MP PAS Shah Alam: … Allah sendiri mengakui Orang Bukan Islam menggunakan istilah Allah ….
http://mppas.wordpress.com/2009/02/20/mp-pas-shah-alam-allah-sendiri-mengakui-orang-bukan-islam-menggunakan-istilah-allah/


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 12:30


Encik trouver, nak start perang ke? No hal...

!!! QUOTE !!!

“Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa,” katanya ketika dihubungi Harakah.

Baca ke tidak sebelum tepek artikel ni? Jangan mengata orang lain suka tepek artikel tapi kita sendiri 2 kali 5.

Terang-terang dia kata “Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa,” BERMAKNA Dewan Ulama' PAS kata TIDAK. PAyah sangat ke nak faham?

"tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa" bermaksud jika mereka menerima pakai kebenaran TUHAN a.k.a ALLAH yang meredhai Islam, BUKAN KRISTIAN!

buka mata BESAR-BESAR:

!!! QUOTE !!!

Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.



-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 12:35


Masalahnya sekarang, kerajaan pujaan Encik yang BERKUASA tapi TAK GUNA KUASA. Nama ALLAH pun tak larat nak pertahan, ada hati nak sebar ISLAM HAD-HARI???

p/s: aihh, tak puas hati lagi dengan bang Nuar, bawa-bawa lah pergi jumpa dia sendiri then bertumbuk lah puas2... Bro, patung dengan plywood pun tak tau beza ke? Tugu negara tak nak pergi bakar?


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 14:38


eh..main serkap jarang pula kata kerajaan pujaan.kalau dah kena diri sendiri pandai pula pusing balik tu.yang jahat BN saja belaka.Pas dan PR semuanya baik maksum tak pernah buat salah.tak mengaku juga tu.bila menang pilihanraya dulu terus pergi gereja ucap tahniah...ceewah nak "berperang"...bebuat buta kayu tak nampak pula anwar tak ambil peduli pun pasal isu ni tapi sibuk sokong hindraf.......

Para pemikir PAS yang menghalalkan penggunaan 'Allah' oleh penganut Kristian mungkin tidak terfikir bahawa dengan menggunakan nama Allah, mereka akan membentuk sebuah kepincangan yang serius. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menulis :

The first misunderstanding is in the false equivalency that "Malay is Islam" and "Islam is Malay", which makes Malay the language of Muslims. Newsletters in Malay for religions other than Islam is a form of a culture shock for many Muslim Malaysians, who, of course, forget that if any language has a right to claim such a position, it would be Arabic. Yet we find Christian Arabs comfortably delivering sermons in church in Arabic throughout the Arab world. They even use the word "Allah" with no objections from the Muslims there because, as every Arab knows, the word "Allah" means "God".

Di sini ingin saya bertanya: Adakah orang Kristian dan Yahudi di tanah Arab semasa pemerintahan Rasulullah, bebas memakan khinzir dan meminum arak seperti di negara ini? Nanti! Bukan sahaja sebagai konsumer, malahan sebagai pejuang kilang arak dan ternakan bab*! Ini berbeza dengan Arab Kristian dan Yahudi yang hanya mempunyai perselisihan tentang rasul akhir zaman dan berkongsi kesemua undang-undang syariah Injil (Old Testament) mahupun Al Quran yang hampir sama.

Adakah penganut Kristian di negara ini bersetuju dengan undang-undang syariah? Hatta dari Old Testament itu sendiri? Sudah tentulah mereka Arab Kristian dan Yahudi berasal dari ahli kitab yang boleh dinikahi oleh orang Islam tanpa mereka perlu menukar agama. Adakah ini situasi orang Kristian di Malaysia?

Pastinya, dikemudian hari, akan ada tuntutan mengelirukan mereka yang kurang arif dengan mengatakan bahawa tidak perlu seseorang Kristian untuk memeluk Islam seandainya berlaku perkawinan antara keduanya. Maka akan berleluasalah pernikahan Islam Kristian dengan masing-masing mengekalkan agama masing-masing di negara ini. Inikah yang PAS mahukan?

Sudah tentu penggunaannya nanti akan mewujudkan situasi di mana akan ada majlis yang melibatkan hidangan haram dan minumam haram dan dikelilingi perempuan-perempuan muda untuk dizinai, bersahut-sahutan mereka saling menyebut " MAY ALLAH BLESS US!! " ???

Pada masa itu, PAS sudah pasti menyalahkan 'pihak lain' dengan alasan bahawa ketungganglanggangan tersebut adalah hasil pemerintahan kerajaan Pusat padahal merekalah yang memberi izin kepada kekacauan akidah yang terjadi.

Sementara itu, web Dewan Ulamak PAS Pusat dalam artikel bertajuk "Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH" menyebut dengan penuh hati-hati tentang perkara ini :

" Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang."

...walhal mereka sendiri tahu, hukum fitnah akhir zaman tidak dapat membendung agenda pemurtadan belia Islam. Pun begitu, mereka masih membenarkannya.

PAS menghalalkan sebuah cara yang tidak kena dengan tempat, keadaan dan zaman demi matlamatnya. Ia ibarat seorang yang enggan berpuasa kerana bermusafir dengan menaiki pesawat selama 1 jam yang membawanya merentas jarak 500km.

Pendakwah Kristian di rantau ini berjaya memberi gambaran kepada PAS bahawa kelemahan mereka memiliki nama Tuhan membuatkan nama Allah dipohon untuk digunakan sebagai nama tuhan mereka demi sebuah kelulusan yang sebenarnya didalangi muslihat.

Muslihat terbesar yang telah terlaksana ialah dengan membuatkan PAS memperakui bahawa Allah mempunyai anak. Ini berlaku secara teknikal apabila PAS sendiri membenarkan Allah itu sebagai Tuhan agama triniti tersebut! Jika PAS kemudiannya akan menyebut pula bahawa "itu Tuhan mereka, bukannya Tuhan kita", bukankah ianya perbuatan menduakan Allah? Kemudian berkata pula mereka, Tuhan kita adalah Tuhan sebenar tetapi Tuhan mereka adalah khayalan, mengapa perlu diperakui penggunaan nama Allah sebagai tuhan dalam agama tersebut? Dan mengapa menggadaikan agama sendiri untuk diperolok-olokkan? Kristian hari ini bukan lagi Kristian di zaman Rasulullah!Maksud ayat Surah Maryam (Ayat 88 - 92):

88. Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak." 89. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, 90. hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, 91. kerana mereka benda'wakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. 92. Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.

Perlu diingat, golongan yang diingatkan Allah tentang kemuslihatannya ialah golongan yang menyatakan Allah itu mempunyai anak.

Perbuatan PAS merestui penggunaan Allah sebagai nama tuhan Kristian yang didakwa penganutnya sebagai mempunyai anak, dan para penganutnya pula bebas berzina, minum arak dan memakan daging bab* tanpa ada batasan yang menghalang adalah kesilapan besar parti itu ke atas akidah umat Islam hatta umat manusia di negara ini, di masa depan.

Adakah PAS benar-benar tidak tahu tentang ini? Atau sesetengah mereka memang telah tahu dan itulah yang mereka mahu!


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 20:41


Confirm kome memang Bijak, hamba pun tak juga bodohnye yeopp.. Kita sama-sama champion dalam pusing-pusing hal politik ini... :-D

Sementelahan yeop tempek statmente YB ini, boleh ke tidak yeop kasi pemudahkan maksud YB ni, teman ni tidak lah ambil sains politik ke usuluddin ke...boleh ye? Takkan main tempek sajaa...

p/s: Siapa pemimpin PAS @ ahli PAS yang lancang bebenor mulutnya ngata PAS ni maksum ye yeoppp...? Nak juga teman kenal...

p/s ke-2: Yeop, siapa yang pergi gereja tu yeop? (Teman tahu tapi saja nak tahu siapa yang yeop tahu) Siapa yang ucap 'Tahniah', tetamu ke Pak Paderi yeop?

p/s ke-3: betul ka penyokong PAS & PR tak mengaku silap? Cuba pakat klik benda alah bawah ni yeop:

-->Kerajaan Perak Bubar, Ramalan..?


bawa-bawa istighfar yeopp... Yeop yang 'Sana' tak sudi, 'Sini' pun tak mahu, jadi yeop nak apa sebenarnya? Susah-susah sangat jom ikut teman bermesra dengan HT, sesuai untuk yeop yang atas tembok...

p/s ke-4: Dah jengok belum topik Penjelasan BERFAKTA Isu Tanah Perak yeop? Yeop jugeee yang minta teman carikan.. Penat yeopp... Kalau bagi yeop buktinya masih tak memuaskan hati yeop, yeop saja lah siasat, dunia tanpa sempadan katanya...

p/s ke-5: Biar piiiii lahhh Nuar nak sokong sapa punnn... Dia pun buta kayu macam kome jugee..Teman dah suruh pergi bertomoi dengan dia bagi puas hati tu kome tak mauu... Ni lagi sekali tanya ni, Tugu Negara bila nak piee bakaq?


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-03-09 08:01


Abu Suffian masa dia belum Islam dah sebut nama Allah sebagai Tuhan...


Kafir Quraish zaman rasulullah sebut kalimah Allah jua...


cuba rujuk sirah rasulullah dalam Rahiqul Makhtum...
masa saya bertugas di pedalaman sabah 15 tahun lalu, saya ada terbaca buku kristian dari sidang injil borneo yang banyak mempengaruhi orang murut di pedalaman bawah...
masa tu saya berkawan dengan remaja murut bernama mathius abun...


kami sama sama bertugas masuk hutan seluas 1.2 million ekar...

hari hari kami ronda hutan...


saya mulanya terkejut bila baca kalimah Allah dalam buku kristian sidang injil borneo...


bila saya rujuk dengan sahabat yang belajar di morocco...memang dia menyatakan orang kafir quraish di zaman Rasulullah sudah sebut kalimah Allah sebagai Tuhan...


cuma mereka ini syirik iaitu menyekutukan Allah dengan berhala...sebab syirik adalah dosa yang amat besar...

Islam hanya yakin dengan Allah...Allahu Ahad...Tiada sukutu bagi Allah
hanya Allah yang kita sembah hanaya Allah yang kita mohon perlindungan serta bantuan...



lah tusyrik biLlah

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116192 saat. Lajunya....