Oleh |
masalah dengan roomate... |
ctmariani
Warga 2 Bintang Menyertai: 02.02.2009 Ahli No: 37008
Posting: 51
Dari: bentong
|
Posting pada: 28-02-09 11:07
ana nak minta pertolongan dari sahabat-sahabat ukhwah... ana ni lemah imannya. tak tahu nak tegur kawan-kawan sendiri macamana. kami dah lama menjadi roomate. roomate ana ni dari sekolah maahad..tapi sayangnya dia tak practik kan apa yang dia belajar dulu. ana nak tegur tapi tak tahu lah macamana.pakaian, solat lewat...bila mana-mana laki tak mesej jadi tak keruan,pakwe mesti nak ada. kalau subuh tu..mesej masuk boleh saja dibalas tapi solat subuh entah kemana. solat di awal waktu bila nak exam, bila ada masalah. selalu bercerita pasal lelaki handsome. tapi bila tanya bab agama pandai pula dia. ana malu lah pada diri ana tak dapat tegur dia... ana harap sahabat-sahabat di ukhwah dapat beri ana sedikit kekuatan untuk ana. tolong sangat-sangat wahai sahabat sekalian. ----------------- Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: 'kami beriman' sedangkan mereka tidak diuji lagi... (al- Ankabut:2)
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 28-02-09 11:22
Lekuk saja pala dia.. hehe.. gurau saja.. memang payah nak tegur roomate ni.. lagi-lagi yang duduk jadi roomate.. masuk bilik.. muka dia lah yang kita hadap dulu.. bangun pagi ke sebelum tidur ke.. muka dia lah yang kita tengok dulu.. eh..ctmariani.. dulu saya pun ada juga roomate macam ni.. sama kes saja dengan awak.. mujur dia tu blur sikit.. saya nasihat-nasihat.. dengor lah dia.. lepas itu jumpa kawan-kawan yang lain.. balik semula pada sikap dia yang sengal2 tu.. lepas itu saya ajak dia balik.. nasihat lagi.. nasihat saja kerjanya.. ajak pergi terawih.. ajak mengaji sesama dalam bilik.. watla kononnya kat rumah kita ni tak selamat.. ada gangguan orang dan sebagainya.. kira buat pendinding lah.. gunakan disebalik ke'blur'annya.. nasib baik dia percaya.. 2tahun dia duduk dengan saya.. alhamdulillah.. nampak juga berubahnya walaupun tak banyak.. saya pun ingat2kan diri saya sokmo.. saya tak boleh nak tegur dia begitu begini.. sedangkan saya pula terus leka..huhu.. saya pun minta dia tegur salah silap saya.. yelah.. saya pun bukan baik mana.. banyak yang kurangnya..
|
afina010587
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.01.2008 Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim
|
Posting pada: 28-02-09 12:05
salam ct mariani. hmm bab solat ini. saya pun hangin saja dengan roomate saya. ada ke patut sebelum tidur dia dah niat nak solat subuh pukul 7. saya cuma cakap baik-baik saja sabab dia senior. saya cakap, tak baik niat gitu. lain lah memeg lewat bangun. dia selalu tanya saya dah solat ke belum. selalu ingatkan bila dah azan. tapi bia kena bab dia aduyai. yang paling saya mara sangat dia balik kelas ku 5 lebih. dia terus tdor. lepas itu selamba bangun pukul 7 lebih ambil wuduk dan solat asar. yaALLAH, saya tanya dia nak solat apa ini? solat asar katanya. dia akte dia tertdur. kalini dengan bahasa agak tegas dan keras saya cakap. ' mana boleh macam tu, solat dulu sebelum tidur. kan akak balik dah masuk waktu. pentgkan yang utama dulu' saya terus keluar bilik dan istgfar. saya memang baran sikit. tu pasal saya keluar, kalau tak saya lah jadi penceramah gila kuasa..hahahhaha
|
sitinorhajah
Warga Rasmi Menyertai: 12.02.2009 Ahli No: 37144
Posting: 19
|
Posting pada: 28-02-09 12:19
salam, Dalam bab roomate ni memang masalah muka dia yang akan kita tengok untuk tempoh yang lama. beginilah kalau ikut pengalaman ana dulu kita kena nasihat terus terang.lepas tu kalau tak jadi guna pendekatan macam halesalorun buat-buat bilik itu ada gangguan.ajak dia solat dan mengaji sama. tak jadi juga doakan saja supaya dia berubah satu hari nanti.jangan pening kepala sebab dia,kita banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan jangan disebabkan dia kita susah hati, berfikiran negatif dan mengumpat.
|
Nur_Din
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.04.2008 Ahli No: 33163
Posting: 81
Dari: kelantan
|
Posting pada: 28-02-09 14:26
betul..betul..betul..kata sitinorhajah tu.. saya pun pernah berdepan dengan orang yang macam ni.. dia budak sek maahad dan lebih tua dari saya.. tapi perangai..Ya Allah.. ketawa kuat, suka mengada-ngada dengan lelak, macam tak boleh hidup kalau tak ada teman lelaki..harap pakai tudung saja labuh.. tapi tak tunjuk keperibadian seorang muslimah..sampai saya pun naik malu.. bukan tak tegur..dah puas tegur..mungkin dia ingat dia besar, saya takut lah..dia budak maahad saya tak boleh tegur lah.. adoooiiii...akhirnya, selemah-lemah iman, saya membenci dalam hati saja.. nak fikir lama-lama nanti timbul benda-benda tak elok pula.. tak pasal-pasal nanti terghibah pasal dia pula..huhu..
|
muhrizs
Warga Rasmi Menyertai: 19.02.2006 Ahli No: 22819
Posting: 6
Dari: mesir
|
Posting pada: 28-02-09 15:21
Apa pun, anda perlu nasihat sahabat tersebut. Memang berat lidah bertutur perkara yang haq. Kerana itu iman manusia itu bertingkat-tingkat. nasihat dengan penuh bijak sana. Firman ALlah Ta'ala yang bermaksud: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (surah An Nahl: 125) Untuk menjalankan amal makruf dan nahi mungkar bukan perkara yang mudah. perlu dilakukan secara istiqamah. jangan sekadar mencegah mungkar tanpa menunjukkan yang makruf. seperti anda menasihatinya supaya solat di awal waktu sedangkan anda tidak menunjukkan contohnya. Firman ALlah ta'ala yang bermaksud: Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang (Surah: An Nahl: 82) sama ada dia menuruti atau tidak, kita tetap punya pahala. InsyaALlah anda tetap juga punya iman jika merasa jijik melihat perbuatan buruk itu. dan yang penting berdoalah. hati manusia berada di genggaman ALlah. Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya.
|
sitinorhajah
Warga Rasmi Menyertai: 12.02.2009 Ahli No: 37144
Posting: 19
|
Posting pada: 28-02-09 18:54
Paling penting jangan ada fikiran negatif terhadap teman sebilik, sikap dia jadi sedemikian ujian dari allah swt, untuk dirinya sendiri juga diri kita sendiri. kehidupan ini terlalu singkat dan memang banyak ranjau yang perlu ditempuhi oleh setiap manusia. Teman sebilik itu melalui fasa yang sukar dalam hidupnya dia perlukan bantuan dari saudari yang kalau benar kita sayangkan dia sebagai saudara seagama. Sikap dia yang negatif kerana terlalai namun pasti ada sebab berlaku demikian. Dia ada ilmu dekatilah teman sebilik dengan cara yang baik dan lemah lembut, tapi ingat jangan wujudkan walau sedikit perasaan benci pada dia. Hati manusia milik Allah ada ketika iman kita kuat ada masa terlalai, suatu hari nanti teman sebilik itu insyaallah akan berubah jua. Tiada siapa yang tahu ketentuan allah. Kita sendiri tidak boleh mendabik dada aku ini tahu dia salah. Aku tak mungkin jadi seperti dia, siapa tahu hati ini milik allah bila-bila masa Dia berkuasa untuk mengubah diri kita. Ikhlaslah dalam bersahabat , bantulah selagi berdaya, jangan aibkan dia,menutup aib orang lain insyaallah allah akan menutup aib kita. Ingatlah hidup didunia tidak dijanjikan senang tapi kesukaran dan dugaan yang jika kita berjaya allah akan tinggikan darjat kita disisiNya. Ini adalah ujian untuk saudari dan teman sebilik dalam menjalani fasa-fasa hidup ini. Usia masih muda masih jauh lagi perjalanan hidup dan masih banyak lagi ujian yang akan menguji diri. Tetapkan iman dihati, yakin pada allah swt.
|
ctmariani
Warga 2 Bintang Menyertai: 02.02.2009 Ahli No: 37008
Posting: 51
Dari: bentong
|
Posting pada: 01-03-09 12:26
terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat ukhwah.. insyallah ana cuba yang terbaik.tapi ana ada 1 story lah...bukan niat nak riak tapi ana nak tanya lagi pendapat2 sahabat-sahabat kalian... ana tidur masjid malam khamis lepas...so ana tinggal kan roomate ana and kawan-kawan yang lain.esok pagi ana balik dalam kol 7 pagi...ketuk2 pintu kunci! tak bangun lagi..sedih yang amat...ana sedih sangat-sangat..mereka ingat ana ni jam loceng ke???mereka solat sebab ana kejut atau kerana Allah?? ana tak kisah ana kejut mereka selalu.(ya Allah jauhkan aku dari sifat riak)tapi bila ana tak ada, subuh mereka pun entah kemana!! ya Allah sedih nya... tolong lah sahabat kalian....
|
Violet-8
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.12.2008 Ahli No: 36178
Posting: 74
|
Posting pada: 01-03-09 15:00
Salam,, Melihat beberapa kisah di atas, saya tertanya-tanya Kenapa boleh jadi sebegini..Kalau mereka ni tiada berpendidikan agama, itu tidak menghairankan, tetapi mereka adalah di kalangan berpendidikan Al-Qur'an. Saya pernah bertanya kepada ustaz masalah sedemikian, ustaz menjawab apabila kita menuntut ilmu dengan tidak ikhlas beginilah jadinya..Tambah pula lagi kita jarang berdoa supaya ilmu yang kita tuntut itu menjadikan kita ini insan yang soleh dan berguna kepada masyarakat... Apapun ambil iktibar dari kisah ni...
|
ibusoleha
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.10.2008 Ahli No: 35512
Posting: 69
Dari: KL-JB-B.Mertajam
|
Posting pada: 01-03-09 18:26
Salam, semoga ctmariani teruskan berdakwah dan tingkatkan kesabaran apabila berdepan dengan room-mata seperti ini...Insyaallah, satu hari dia akan berubah...Allah maha mengetahui...
|
ToK_iMaM
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..
|
Posting pada: 01-03-09 22:44
ana alhamdulillah..dikurniakan roomate yang boleh toleransi. Kalau nak gerak subuh, ngaji ke, mudah. Kitrg sama-sam boleh buat. Ana ada pengalaman bersama roomate yang macam ni. Sekolah agama, tapi sikap tak menunjukkan apa yang dia belajar. Bagi ana, try cari orang lain yang boleh nasihatkan dia. kadang-kadang kita rasa susah sebab tak masuk sangat. dan try cuba bagi alternatif kat dia. contohnya, kalau tak pakai macam ini macam mana, kalau pakai yang lebih baik ni macam mana.contohnya. akhir sekali, doa supaya Allah buka hidayah org macam ni.mungkin Allah nak uji kita tu. Wallahu' alam..
|