Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 153
Ahli: 0
Jumlah: 153




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 24 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: masalah dengan roomate...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» masalah dengan roomate...

Please Mendaftar To Post


Oleh masalah dengan roomate...

ctmariani
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.02.2009
Ahli No: 37008
Posting: 51
Dari: bentong

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-02-09 11:07


ana nak minta pertolongan dari sahabat-sahabat ukhwah...
ana ni lemah imannya.
tak tahu nak tegur kawan-kawan sendiri macamana.
kami dah lama menjadi roomate.
roomate ana ni dari sekolah maahad..tapi sayangnya dia tak practik kan apa yang dia belajar dulu. ana nak tegur tapi tak tahu lah macamana.pakaian, solat lewat...bila mana-mana laki tak mesej jadi tak keruan,pakwe mesti nak ada. kalau subuh tu..mesej masuk boleh saja dibalas tapi solat subuh entah kemana. solat di awal waktu bila nak exam, bila ada masalah. selalu bercerita pasal lelaki handsome.
tapi bila tanya bab agama pandai pula dia.
ana malu lah pada diri ana tak dapat tegur dia... :-( ana harap sahabat-sahabat di ukhwah dapat beri ana sedikit kekuatan untuk ana.
tolong sangat-sangat wahai sahabat sekalian.


-----------------
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: 'kami beriman' sedangkan mereka tidak diuji lagi... (al- Ankabut:2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmarianiProfil   Hantar PM kepada ctmariani   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-02-09 11:22


Lekuk saja pala dia..
hehe.. gurau saja..

memang payah nak tegur roomate ni..
lagi-lagi yang duduk jadi roomate..
masuk bilik..
muka dia lah yang kita hadap dulu..
bangun pagi ke sebelum tidur ke..
muka dia lah yang kita tengok dulu..

eh..ctmariani..
dulu saya pun ada juga roomate macam ni..
sama kes saja dengan awak..
mujur dia tu blur sikit..
saya nasihat-nasihat..
dengor lah dia..
lepas itu jumpa kawan-kawan yang lain..
balik semula pada sikap dia yang sengal2 tu..
lepas itu saya ajak dia balik..
nasihat lagi..
nasihat saja kerjanya..
ajak pergi terawih..
ajak mengaji sesama dalam bilik..
watla kononnya kat rumah kita ni tak selamat..
ada gangguan orang dan sebagainya..
kira buat pendinding lah..
gunakan disebalik ke'blur'annya..
nasib baik dia percaya..

2tahun dia duduk dengan saya..
alhamdulillah..
nampak juga berubahnya walaupun tak banyak..
saya pun ingat2kan diri saya sokmo..
saya tak boleh nak tegur dia begitu begini..
sedangkan saya pula terus leka..huhu..
saya pun minta dia tegur salah silap saya..
yelah.. saya pun bukan baik mana..
banyak yang kurangnya..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-02-09 12:05


salam ct mariani. hmm bab solat ini. saya pun hangin saja dengan roomate saya. ada ke patut sebelum tidur dia dah niat nak solat subuh pukul 7. saya cuma cakap baik-baik saja sabab dia senior. saya cakap, tak baik niat gitu. lain lah memeg lewat bangun. dia selalu tanya saya dah solat ke belum. selalu ingatkan bila dah azan. tapi bia kena bab dia aduyai. yang paling saya mara sangat dia balik kelas ku 5 lebih. dia terus tdor. lepas itu selamba bangun pukul 7 lebih ambil wuduk dan solat asar. yaALLAH, saya tanya dia nak solat apa ini? solat asar katanya. dia akte dia tertdur. kalini dengan bahasa agak tegas dan keras saya cakap. ' mana boleh macam tu, solat dulu sebelum tidur. kan akak balik dah masuk waktu. pentgkan yang utama dulu' saya terus keluar bilik dan istgfar. saya memang baran sikit. tu pasal saya keluar, kalau tak saya lah jadi penceramah gila kuasa..hahahhaha

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

sitinorhajah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.02.2009
Ahli No: 37144
Posting: 19

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-02-09 12:19


salam,

Dalam bab roomate ni memang masalah muka dia yang akan kita tengok untuk tempoh yang lama. beginilah kalau ikut pengalaman ana dulu kita kena nasihat terus terang.lepas tu kalau tak jadi guna pendekatan macam halesalorun buat-buat bilik itu ada gangguan.ajak dia solat dan mengaji sama. tak jadi juga doakan saja supaya dia berubah satu hari nanti.jangan pening kepala sebab dia,kita banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan jangan disebabkan dia kita susah hati, berfikiran negatif dan mengumpat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitinorhajahProfil   Hantar PM kepada sitinorhajah   Quote dan BalasQuote

Nur_Din
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2008
Ahli No: 33163
Posting: 81
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-02-09 14:26


betul..betul..betul..kata sitinorhajah tu..
saya pun pernah berdepan dengan orang yang macam ni..
dia budak sek maahad dan lebih tua dari saya..
tapi perangai..Ya Allah..
ketawa kuat, suka mengada-ngada dengan lelak, macam tak boleh hidup kalau tak ada teman lelaki..harap pakai tudung saja labuh..
tapi tak tunjuk keperibadian seorang muslimah..sampai saya pun naik malu..
bukan tak tegur..dah puas tegur..mungkin dia ingat dia besar, saya takut lah..dia budak maahad saya tak boleh tegur lah..
adoooiiii...akhirnya, selemah-lemah iman, saya membenci dalam hati saja..
nak fikir lama-lama nanti timbul benda-benda tak elok pula..
tak pasal-pasal nanti terghibah pasal dia pula..huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_DinProfil   Hantar PM kepada Nur_Din   Quote dan BalasQuote

muhrizs
Warga Rasmi
Menyertai: 19.02.2006
Ahli No: 22819
Posting: 6
Dari: mesir

egypt   avatar


posticon Posting pada: 28-02-09 15:21


Apa pun, anda perlu nasihat sahabat tersebut. Memang berat lidah bertutur perkara yang haq. Kerana itu iman manusia itu bertingkat-tingkat. nasihat dengan penuh bijak sana.
Firman ALlah Ta'ala yang bermaksud: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (surah An Nahl: 125)

Untuk menjalankan amal makruf dan nahi mungkar bukan perkara yang mudah. perlu dilakukan secara istiqamah. jangan sekadar mencegah mungkar tanpa menunjukkan yang makruf. seperti anda menasihatinya supaya solat di awal waktu sedangkan anda tidak menunjukkan contohnya.
Firman ALlah ta'ala yang bermaksud: Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang (Surah: An Nahl: 82)
sama ada dia menuruti atau tidak, kita tetap punya pahala. InsyaALlah anda tetap juga punya iman jika merasa jijik melihat perbuatan buruk itu. dan yang penting berdoalah. hati manusia berada di genggaman ALlah. Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya.



Bookmark and Share

    


  Member Information For muhrizsProfil   Hantar PM kepada muhrizs   Pergi ke muhrizs's Website   Quote dan BalasQuote

sitinorhajah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.02.2009
Ahli No: 37144
Posting: 19

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-02-09 18:54


Paling penting jangan ada fikiran negatif terhadap teman sebilik, sikap dia jadi sedemikian ujian dari allah swt, untuk dirinya sendiri juga diri kita sendiri. kehidupan ini terlalu singkat dan memang banyak ranjau yang perlu ditempuhi oleh setiap manusia. Teman sebilik itu melalui fasa yang sukar dalam hidupnya dia perlukan bantuan dari saudari yang kalau benar kita sayangkan dia sebagai saudara seagama.

Sikap dia yang negatif kerana terlalai namun pasti ada sebab berlaku demikian. Dia ada ilmu dekatilah teman sebilik dengan cara yang baik dan lemah lembut, tapi ingat jangan wujudkan walau sedikit perasaan benci pada dia. Hati manusia milik Allah ada ketika iman kita kuat ada masa terlalai, suatu hari nanti teman sebilik itu insyaallah akan berubah jua. Tiada siapa yang tahu ketentuan allah. Kita sendiri tidak boleh mendabik dada aku ini tahu dia salah. Aku tak mungkin jadi seperti dia, siapa tahu hati ini milik allah bila-bila masa Dia berkuasa untuk mengubah diri kita.

Ikhlaslah dalam bersahabat , bantulah selagi berdaya, jangan aibkan dia,menutup aib orang lain insyaallah allah akan menutup aib kita.
Ingatlah hidup didunia tidak dijanjikan senang tapi kesukaran dan dugaan yang jika kita berjaya allah akan tinggikan darjat kita disisiNya. Ini adalah ujian untuk saudari dan teman sebilik dalam menjalani fasa-fasa hidup ini. Usia masih muda masih jauh lagi perjalanan hidup dan masih banyak lagi ujian yang akan menguji diri. Tetapkan iman dihati, yakin pada allah swt.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitinorhajahProfil   Hantar PM kepada sitinorhajah   Quote dan BalasQuote

ctmariani
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.02.2009
Ahli No: 37008
Posting: 51
Dari: bentong

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 12:26


terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat ukhwah.. insyallah ana cuba yang terbaik.tapi ana ada 1 story lah...bukan niat nak riak tapi ana nak tanya lagi pendapat2 sahabat-sahabat kalian...
ana tidur masjid malam khamis lepas...so ana tinggal kan roomate ana and kawan-kawan yang lain.esok pagi ana balik dalam kol 7 pagi...ketuk2 pintu kunci! tak bangun lagi..sedih yang amat...ana sedih sangat-sangat..mereka ingat ana ni jam loceng ke???mereka solat sebab ana kejut atau kerana Allah?? ana tak kisah ana kejut mereka selalu.(ya Allah jauhkan aku dari sifat riak)tapi bila ana tak ada, subuh mereka pun entah kemana!! ya Allah sedih nya... tolong lah sahabat kalian....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmarianiProfil   Hantar PM kepada ctmariani   Quote dan BalasQuote

Violet-8
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 36178
Posting: 74

malaysia  


posticon Posting pada: 01-03-09 15:00


Salam,,


     Melihat beberapa kisah di atas, saya tertanya-tanya Kenapa boleh jadi sebegini..Kalau mereka ni tiada berpendidikan agama, itu tidak menghairankan, tetapi mereka adalah di kalangan berpendidikan Al-Qur'an.

Saya pernah bertanya kepada ustaz masalah sedemikian, ustaz menjawab apabila kita menuntut ilmu dengan tidak ikhlas beginilah jadinya..Tambah pula lagi kita jarang berdoa supaya ilmu yang kita tuntut itu menjadikan kita ini insan yang soleh dan berguna kepada masyarakat...

Apapun ambil iktibar dari kisah ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Violet-8Profil   Hantar PM kepada Violet-8   Quote dan BalasQuote

ibusoleha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.10.2008
Ahli No: 35512
Posting: 69
Dari: KL-JB-B.Mertajam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 18:26


Salam,

semoga ctmariani teruskan berdakwah dan tingkatkan kesabaran apabila berdepan dengan room-mata seperti ini...Insyaallah, satu hari dia akan berubah...Allah maha mengetahui...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibusolehaProfil   Hantar PM kepada ibusoleha   Quote dan BalasQuote

ToK_iMaM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 22:44


ana alhamdulillah..dikurniakan roomate yang boleh toleransi. Kalau nak gerak subuh, ngaji ke, mudah. Kitrg sama-sam boleh buat. Ana ada pengalaman bersama roomate yang macam ni. Sekolah agama, tapi sikap tak menunjukkan apa yang dia belajar.

Bagi ana, try cari orang lain yang boleh nasihatkan dia. kadang-kadang kita rasa susah sebab tak masuk sangat. dan try cuba bagi alternatif kat dia. contohnya, kalau tak pakai macam ini macam mana, kalau pakai yang lebih baik ni macam mana.contohnya.

akhir sekali, doa supaya Allah buka hidayah org macam ni.mungkin Allah nak uji kita tu. Wallahu' alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ToK_iMaMProfil   Hantar PM kepada ToK_iMaM   Pergi ke ToK_iMaM's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.253329 saat. Lajunya....