Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.
-- at-Taubah: 129

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 144
Ahli: 0
Jumlah: 144




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 4 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 15 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 15 hari yang lalu
eme86: 15 hari yang lalu
sunan-faqih: 21 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: solat jenazah................


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» solat jenazah................

Please Mendaftar To Post


Oleh solat jenazah................

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 16:38


Assalamualaikum .........
salam ukhwah..
ana ada kemusykilan sikit.............
nak tanya kepada sesiapa yang tahulah ye...

macam mana kita uruskan mayat seorang kanak-kanak kafir yang belum baligh...kanak-kanak ni telah di jaga oleh seorang Islam..
sebelum meninggal dunia, kanak-kanak tadi sempat mengucapkan kalimah tauhid/...
semasa dalam penjagaan seorang Islam, kanak-kanak tadi pun tahu membaca Al-Quran dan solat.. tapi belum masuk Islam..
macam mana cara pengurusan mayat kita nak selesaikan..
harap bagi penjelasan bagi mereka yang mahir..
ana tanya ustazah baru ni pun.. ustazah bagi jawapan yang tak memuaskan hati ana...


-----------------
gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah...
sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...


Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 23:53


erm, sebelum saya tanya lebih lanjut..
apa yang anda maksudkan dengan belum masuk islam?
belum berdaftar dengan jabatan?
atau belum sampai umur 18 tahun untuk pilih agama?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-02-09 00:15


Erkkk... kompius siket. Setahu aku semua manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah (islam). Berdasarkan penceritaan di atas, kanak-kanak tersebut massih islam (tak kesah lah mak bapak dia agama apa). So So budak tersebut bukannya "belom masuk islam".

" Setiap orang lahir dalam keadaan fitrah (suci bersih, islam). Maka ibu bapa nyalah yang menjadikan dia yahudi, nasrani atau majusi"

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-02-09 12:25


maksud ana, budak kecil bukan islam.. tapi dipelihara org Islam..
bila nak meninggal, budak itu sempat mengucapkan kalimah tauhid..
macam mana pengurusan jenazah itu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-02-09 12:32


Ni kiranya anak angkat yang dijaga oleh orang islam lah kan..
setahu saya,kalau sudah dijaga orang islam..
secara tak langsung budak tu memang dah islam.
sebab saya tengok pada mak sahabat saya..
mak dia anak angkat pada keluarga islam..
memang keluarga tu yang jaga dari kecil..
dan secara automatiknya mak dia pun islam..
ini yang saya paham..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-02-09 12:42


masalahnya..
budak ni dah besar tapi belum baligh lagi..
belum sempat mak angkat dia nak bagi dia masuk islam , dia dah meninggal..
sebelum meninggal dia sempat mengucap kalimah tauhid tu..
macam maan.,.
mungkin anta/ti tak faham agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-02-09 13:20


Pada 28-02-09 00:15 , sirat82 posting:

!!! QUOTE !!!

Erkkk... kompius siket. Setahu aku semua manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah (islam). Berdasarkan penceritaan di atas, kanak-kanak tersebut massih islam (tak kesah lah mak bapak dia agama apa). So So budak tersebut bukannya "belom masuk islam".

" Setiap orang lahir dalam keadaan fitrah (suci bersih, islam). Maka ibu bapa nyalah yang menjadikan dia yahudi, nasrani atau majusi"


macam tu ke???...ni first time ana dengar...betul ke??bukan ke anak-anak orang kafir ini kalau dia meninggal masa kecil mereka dijadikan penyeri syurga di akhirat....????betul ke?? :berfikir: ada sesiapa yang boleh jelaskan dengan lebih clear????

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-02-09 18:25


erm,
rasanya semua faham..

persoalannya,
adakah saidina ali yang mengucap kalimah tauhid tidak diterima islamnya?

sah2 lah dia tu islam kan..

dari segi perlembagaan saja yang tak membenarkan keislaman dia tu..

dari Sudut Agama, dia itu islam.
Jika ada saksi yang adil mendengar kalimah tauhid dia, itu dah jadi syarat sebagai bukti keislaman dia.

Jika dia mengucap,tapi tak ada yang dengar.. itu boleh dipertikaikan manusia, tapi itu tidak dipertikaikan oleh Allah.

Jadi jawapannya, dia Islam.

sebab tu saya tanya, arwah itu tidak islam pada pandangan saudara aqil sebab apa.?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 28-02-09 22:00


agaknya takut timbul kontroversi..tu lah pasal ditanyakan hal ni disni.. erm..masalah fiqhiyah ni luas..malah selaras selari dan sejagat buat semua keadaan tempat masa dan orangnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

azmansyah__alias
Warga Rasmi
Menyertai: 28.02.2009
Ahli No: 37351
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 00:47


Assalamualaikum, pertama sekali saya nak ucapkan salam ukhwah kerana baru sahaja mendaftar sebagai ahli. InsyaALLAH saya cuba menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara akil78 sekadar mampu.Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sohihnya كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه yang bermaksud: setiap bayi (kelahiran) itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua-dua ibu bapanya yang menjadikan dia Yahudi atau Nasrani atau Majusi. Berdasarkan kisah yang dinyatakan oleh saudara akil78, bahawa kanak-kanak itu dijaga dan dipelihara oleh keluarga Muslim. Maka sudah tentulah kehidupannya dipengaruhi dan dibajai dengan aqidah dan nilai-nilai Islam yang secara tidak langsung menjadi agama dalam hidupnya. Tambahan pula dinyatakan bahawa kanak-kanak tersebut sempat mengucap di saat-saat kematiannya. Sebagaimana Rasulullah bersabda من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة bermaksud: Barangsiapa yang akhir perkataannya ialah لا إله إلا الله (tiada Tuhan melainkan Allah) akan masuk ke syurga. Suasana kehidupan kanak-kanak tersebut dari aspek keadaannya membesar dan keadaannya ketika menghadapi saat-saat kematian jelas menunjukkan dia beragama Islam dan mati dalam aqidah yang benar. Satu perkara yang perlu diketahui ialah iman itu bukan satu perkara yang ditentukan melalui pendaftaran atau pengumuman rasmi oleh seseorang. Tapi ia adalah perkara yang berkaitan dengan kepercayaan dan perakuan dari hati seorang hamba, seterusnya pengakuan dengan lisan dan pengamalan dengan anggota badan. Seterusnya hal inilah yang akan dinilai oleh Allah S.W.T. Kita hanya menghukumkan zahir sahaja sedangkan perkara yang berkaitan dengan hati dan keikhlasan itu adalah urusan Allah. Oleh itu, jenazah kanak-kanak itu wajib diselenggarakan sebagaimana manusia muslim yang lain berdasarkan penyaksian yang telah kita buat terhadapnya semasa hayatnya dulu. wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azmansyah__aliasProfil   Hantar PM kepada azmansyah__alias   Quote dan BalasQuote

azmansyah__alias
Warga Rasmi
Menyertai: 28.02.2009
Ahli No: 37351
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-03-09 01:07


Pada 28-02-09 12:25 , akil78 posting:

!!! QUOTE !!!

maksud ana, budak kecil bukan islam.. tapi dipelihara org Islam..
bila nak meninggal, budak itu sempat mengucapkan kalimah tauhid..
macam mana pengurusan jenazah itu..
Kenyataan ini jelas menunjukkan dia telah Islam. Kenyataan saudara ada percanggahan, kalau amalan sepanjang hidup dan akhirnya kematiannya mengucap, maka dia beragama Islam, tanpa mengambil kira apakah akidah kedua-dua ibubapa asalnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azmansyah__aliasProfil   Hantar PM kepada azmansyah__alias   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-04-09 10:51


Alhamdulillah..
syukran...
ana faham,..
tapi macam mana dengan cara pengurusan jenazah..


-----------------
gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah...
sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...


Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111657 saat. Lajunya....