Oleh |
PERTAMA KALI MELIHAT KAABAH |
fizizzuddin
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.02.2009 Ahli No: 37209
Posting: 40
|
Posting pada: 27-02-09 15:20
ANDA BERKESEMPATAN MENJADI TETAMU ALLAH.SEBAIK SAHAJA TIBA DI MASJIDILHARAM,PERTAMA KALI MENATAP KAABAH YANG MULIA,APA PERASAAN ANDA..?
|
miss_pedusi
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.02.2009 Ahli No: 37102
Posting: 74
Dari: putrajaya
|
Posting pada: 27-02-09 16:14
tak pernah lagi... dan harap-harap ada kesempatan untuk jejakkan kaki ke Tanah Allah... tapi kalau musim aji tengok kaabah dalam Tv, hati rasa semacam... kerdilnya diri, digamit kerinduan nak pergi sn..... ("_)
|
adekuwan83
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.11.2007 Ahli No: 31792
Posting: 189
Dari: seremban
|
Posting pada: 27-02-09 16:21
salam... bestnya tajuk ni  insyaAllah kalau ada tertanam di dalam hati berkeinginan untuk sampai kesana dengan keizinanNya mesti sampai.. semacam dah terasa2 saja lambaian Kaabah subhanallah..... huhu
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 27-02-09 16:25
Pada 27-02-09 15:20 , fizizzuddin posting:!!! QUOTE !!! ANDA BERKESEMPATAN MENJADI TETAMU ALLAH.SEBAIK SAHAJA TIBA DI MASJIDILHARAM,PERTAMA KALI MENATAP KAABAH YANG MULIA,APA PERASAAN ANDA..? fizizzuddin dah pernah ke? ceritakan lah pengalaman awak.. saya tak pernah lagi..
|
fizizzuddin
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.02.2009 Ahli No: 37209
Posting: 40
|
Posting pada: 02-03-09 11:54
Salam...belum lagi,saja nak tanya pada yang pernah pergi,nak tahu,bila kat situ nak buat apa,nak baca apa.
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 13-04-09 22:31
Salam ... Pertama kali terpandang kaabah, menitis airmata memandang kebesaran Allah. Hingga kini setiap kali terpandang gambar2 kaabah atau menonton tv yang menayangkan hal-hal tentang Mekah dan Kaabah airmata pasti bercucuran. Terasa rindu sekali.
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 14-04-09 09:26
 ....... Alhamdulillah.. salam ukhwah semua alangkah bertuahnya dan kerdilnya kalau kita dapat ke sana dan melihat kaabah.. anugerah dari Allah... baru kita dapat melihat kebesaran dan keagungan Allah SWT... InsyaAllah sama-samalah kita berdoa moga kita semua dapat sampai ke sana dengan lebih cepat.. kepada mereka yang pernah ke mekah, ceritalah pengalaman2 anda dan kejadian kebesaran Allah semasa berada di sana... ----------------- gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah... sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...
|
areyien
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34006
Posting: 168
Dari: Johor
|
Posting pada: 16-04-09 19:52
 .. kalau tengok kaabah yang real kat depan mata, pastinye akan terbit suatu perasaan yang tak dapat di luahkan dengan kata-kata.. perasaan gembire kerana telah sampai ke tanah suci, perasaan sedih dan rendah diri, kerana kita telah banyak melakukan dosa2.. kalau tengok kaabah kat tv or gambar2 saja, mstilah rasa terpggl dan berazam untuk pergi ke sana satu hari nanti..hurm p/s tak pernah pun p tanah suci lagi, tapi suka dengar cerita orang yang balik dari haji.. ----------------- Insan yang mulia ialah insan yang selalu mengakui kelemahannya.
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 13-09-09 14:15
Pada 27-02-09 15:20 , fizizzuddin posting:!!! QUOTE !!! ANDA BERKESEMPATAN MENJADI TETAMU ALLAH.SEBAIK SAHAJA TIBA DI MASJIDILHARAM,PERTAMA KALI MENATAP KAABAH YANG MULIA,APA PERASAAN ANDA..? Bila mula-mula tengok KAABAH, rasa macam tak percaya saja,tiba-tiba kaki tak bergerak sebab macam terpaku dan tak percaya yang depan dan dilihat itu adalah KAABAH, spontan menyebut 'Subhanallah' 'Alhamdulilah' 'Allahuakbar' Spontan juga menitis air mata tengok kebesaran ALLAH. siapa yang ada duit, better simpan untuk pergi umrah, banyak faedah nya. Paling penting bila menjadi tetamu ALLAH, rasa dunia tak penting lagi sebab sibuk dengan urusan akhirat
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 13-09-09 15:39
at first tengok kaabah...tak tau nak kata apa..mata ni saja tetiba bergenang air mata...macam terpergun pula.. tu baru terpandang dr cermin tangkap bus masa cari hotel.. tapi bila sampai depan2 kaabah tu...memang rasa tak percaya lah.. dan before balik last day tu pun masa sembahyang tetiba saja rasa sebak.. tu pun tak tau nak cakap bagaimana.. senang cerita...anda rasa lah sendiri..baru anda tau bagaimana...  sekali jejak sana..terasa tak hendak balik... ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
NaZa_FirmaN
 Menyertai: 23.05.2004 Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN
|
Posting pada: 14-09-09 21:51
Pada 27-02-09 15:20 , fizizzuddin posting:!!! QUOTE !!! ANDA BERKESEMPATAN MENJADI TETAMU ALLAH.SEBAIK SAHAJA TIBA DI MASJIDILHARAM,PERTAMA KALI MENATAP KAABAH YANG MULIA,APA PERASAAN ANDA..? Subhanallah...sebaik kaki ku menjejak bumi Mekah Mukarromah,perasan bercampur gaul...gembira,sedih dan pilu...terasa kerdil untuk menghadap Nya.. tak sangka diri ini di panggil menjadi tetamunya...sukar nak digambarkn perasaan ketika itu..menitis air mata tika sayup2 kubah masjidil haram ku dekati...dalam laungan takbir dan tahmid langkah diatur...tawaf widak ku mulakan dalam linangan air mata kesyukuran... alhamdulillah... begitulah secebis rentetan pengalam sewaktu mengerjakan umrah pada jun 2008...insyaallah,sewaktu dijabal Rahmah aku telah lambaikan semoga aku akan kembali kesana lagi untuk memunaikan haji bersama kedua ibu bapa ku nanti...  " merindui Makkah,mencintai Madinah "  -----------------
|
RuMaishaaa
 Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 15-09-09 06:06
saya rindukan lambaian kaabah.. saya bertekad sebelum umur menjejak 30 tahun, dapat merasai dan menjejak kaki ke bumi berkat itu.. saban malam menonton siaran terawih dari mekah..menggamit rasa hati nak ke sana.. Ya Allah..murahkanlah rezeki ku... -----------------  ::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::
|
A4_paper
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.12.2007 Ahli No: 32078
Posting: 30
Dari: bpmlk
|
Posting pada: 15-09-09 10:40
tergamam....mata tidak terkelip...tidak terkata...seribu rasa dalam hati...ku syukur padaMU atas kesudianMu menjemputku. ----------------- 'Dirimu ini kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu engkau dapat melihat alam yang besar" &
|
farah_hanan
WARGA SETIA Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu
|
Posting pada: 27-09-09 14:28
Amat kagum sekali...dan terasa diri ini kerdil sesangat... Seronok dan terasa amat tenang sepanjang berada di Tanah Haram... Setelah pulang dari sana, diselubungi oleh perasaan rindu dan ingin ke sana lagi... InsyaAllah akan ke sana lagi...ameen,... ----------------- My love commitment to myself, my family and my fellow men becomes me the courage and strength to face the challenges of life....
|