Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 7 hari yang lalu
wyd1014: 15 hari yang lalu
haykal77: 23 hari yang lalu
Kakngah: 23 hari yang lalu
lidah-penghunus: 25 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: 'Skandal' Pengerusi SPRM dengan PM


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» 'Skandal' Pengerusi SPRM dengan PM

Please Mendaftar To Post


Oleh 'Skandal' Pengerusi SPRM dengan PM

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 25-02-09 10:58


"Ini berita yang baru saya terima"

Seseorang melaporkan...

Sahabat saya di luar negara memberitahu perkara ini. Pada mulanya kami menganggap perkara ini hanyalah "fitnah" atau "omongan kosong" semata-mata. Namun setelah disiasat dan cuba menghubungi beberapa orang sahabat yang bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), maka kini rupanya terbukti dan sungguh mengejutkan.

Ia berkenaan dengan kes anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba "menyeludup secara haram bahan-bahan lucah kanak-kanak" ke Australia.

Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten dengan.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan. Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai "jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu" dan seterusnya berjaya "menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM" itu dari mendapat malu dan aib akibat peristiwa ini.

Dengan pendedahan yang amat menakjubkan ini, maka kini terbuktilah kepada kita bahawa Kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampak begitu beriya-iya benar untuk mendakwa pemimpin pembangkang dengan begitu cepat dan pantas. Padahal baru seminggu laporan dibuat oleh pihak yang berkenaan. Sedangkan semua laporan "rasuah serta penyelewengan" yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang sudah lebih lama dilaporkan langsung tidak disiasat apatah lagi pendakwaan dilakukan.

Ini semua mengundang kemarahan ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Terdapat satu sikap "double standard" yang nyata kepada badan itu. Mereka lebih berselera dan begitu rakus menjalankan siasatan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat demi memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Rupanya "ada rahsia di sebaliknya", kerana Pejabat Perdana Menteri telah menyelamatkan maruahnya itu. Maka kini barulah kita faham Kenapa tindakan SPRM sekarang ini dilihat begitu "tidak bertanggungjawab" sama sekali. Malah rakyat mula "mual dan kecewa" dengan apa yang telah dilihat sekarang ini.

Sumber : PahangDaily

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

khalifah

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-02-09 11:50


PM: Terima keputusan SPRM tutup 45 kes Umno
Feb 24, 09 7:37pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup 45 kes rasuah politik yang didakwa melibatkan pemimpin Umno kerana ketiadaan bukti kukuh, harus diterima.

Perdana Menteri berkata SPRM lebih berkemampuan dan siasatannya lebih teliti berbanding siasatan Lembaga Disiplin Umno, lapor Bernama.

"Kalau SPRM dah tutup (kes), takkanlah Lembaga Disiplin nak terus lagi (siasatan), nak korek lagi. Tapi perkara ini (nak hentikan siasatanya) mesti diputuskan oleh Lembaga Disiplin.

"Tetapi pandangan saya, kalau perkara itu sudah ke SPRM dan ia dah buat keputusan tak ada kes, eloklah kita terima," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi di bangunan Parlimen hari ini.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata siasatan SPRM diasaskan kepada aduan yang dikemukakan oleh anggota Umno yang tidak menyerahkan laporan itu kepada Lembaga Disiplin.

"Mereka (anggota Umno) memilih (membuat laporan rasuah politik) itu kepada SPRM. Jadi SPRM sudah respon dan buat siasatan dan (keputusan) diumumkan. Kalau kes tutup, tutuplah," katanya.

Sebuah akhbar hari ini memetik sumber SPRM sebagai berkata 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin Umno yang diterima oleh suruhanjaya itu telah ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.

Sumber itu juga menyebut SPRM tidak dapat menghasilkan fail kes yang lengkap dan kukuh kerana pengadu hanya mengemukakan aduan secara umum tanpa disertakan bukti bagi menyokong aduan itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifahProfil   Hantar PM kepada khalifah   Pergi ke khalifah's Website   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-02-09 13:25


Wah..semua berlumba-lumba tutup jenayah...bagus..

nanti kat depan Allah..boleh lah try minta tolong UMNO or Pak Lah.. :jangan:

Sampai dah tak terkata tengok gelagat org politik kotor ni...salah guna kuasa...Nauzubillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

jebat_86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2008
Ahli No: 35674
Posting: 121

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-02-09 13:26


Perbuatan tak bertanggung jawab..

Semoga Allah memberi taufik dan Hidayah-Nya kepada mereka

untuk mereka insaf dan bertaubat..AMIN..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jebat_86Profil   Hantar PM kepada jebat_86   Quote dan BalasQuote

Pedas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37048
Posting: 38
Dari: al quds

sierraleone  


posticon Posting pada: 25-02-09 16:35


kalau tak betul berita ni, dah kira fitnah ni....kes berat ni John......

Bookmark and Share

    


  Member Information For PedasProfil   Hantar PM kepada Pedas   Quote dan BalasQuote

Faizah_Azlan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.02.2009
Ahli No: 37142
Posting: 44
Dari: Kulai, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 25-02-09 17:03


salam...

dunia... dunia... sampai bila nak aman tak tau lah...

ni lah dunia akhir zaman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faizah_AzlanProfil   Hantar PM kepada Faizah_Azlan   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-02-09 17:04


ye..saya setuju dengan pedas...hm benda-benda gini susah lah nak percaya...sebab saya tak tau hingge ke akar umbi..kalau salah kan da jadi fitnah...tapi saya tak sangkal lah posting2 antum ni..cumenye bagi pihak saya yang tak tau kebenaran hakiki..tak patut nak terime bulat2 kan...tapi ini tetap info...kalau benar amatlah bermanfaat..terima kasih pada saya updatekan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

khalifah

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-02-09 17:21


Pada 25-02-09 16:35 , Pedas posting:

!!! QUOTE !!!

kalau tak betul berita ni, dah kira fitnah ni....kes berat ni John......


bagaimana dalam keadaan sekarang ini mahu mendapatkan bukti2 yang betul-betul kukuh??????
terutamanya di pentas politik yang disaksikan seluruh dunia amnya dan khususnya dimalaysia sendiri.....
percayakah pada hakim yang menjatuhkan hukuman???
percayakah pada sumpah laknat????
yang benar banyak yang disabitkan kesalahan...
yang salah bersenang lenang dengan kekayaan....
sudah tentu penyokong A akan percaya pada sumber mereka...
penyokong B juga yakin akan sumber mereka....
jadi,apa ada pada kita sebagai penonton/mahupun penyokong atas pagar?????sekejap sokong A,sekejap sokong B...lama-lama sendiri pening....

apa yang ada???akal fikiran......
so,jangan mudah percaya,nilailah dengan sebaik mungkin.....
supaya kita tidak terjebak dengan pelbagai fitnah akhir zaman...

ps
dengar boleh,percaya belum tentu....hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifahProfil   Hantar PM kepada khalifah   Pergi ke khalifah's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 10:29


mana penyokong2 UMNO ni ya?.cepatberi komen sebab haram kutuk UMNO kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rie_boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26704
Posting: 133
Dari: upm bintulu,sarawak

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-02-09 11:20


pyokong UMNO dah panas telinga dengar.tak tahu nak cakap apa-apa lagi.mereka sedar Kalau nak membantah pun ibarat menegak benang yang basah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rie_boyzProfil   Hantar PM kepada rie_boyz   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 11:39


salam ukhwah..........
begitulah politik zaman sekarang....
benda kebenaran di tutup dan benda yang tak betul di katakan benar...
InsyaAllah satu harai nanti ALlah akan tunjukkan kebenaran kepada kita semua...
ana pun tak mahu komen fsl tu sebab ana tak tau benda ni betul ke tidak...
Kalau perkara ni betul, memang sprm sudah lama mengikut telunjuk org atasan yang berpengaruh..
Kalau tak ada bukti, sama-samalah kita doa moga Allah beri petunjuk..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 18:33


Tang PR "menggelupur" SPRM nak siasat, tang ni apa cerita?:

Kepincangan pembelian pangsapuri di Saudi
Syed Jaymal Zahiid | Feb 25, 09 1:38pm

Pangsapuri di Arab Saudi yang dibeli oleh syarikat pelaburan kerajaan negeri Selangor pada 2007 adalah di bawah nama menteri besar ketika itu, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pentadbiran sekarang mendakwa wujud kepincangan dalam urusniaga terbabit.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa jumlah unit pangsapuri yang dibeli oleh Permodalan Negeri Selangor Bhd (PSNB) di bawah nama Dr Mohd Khir.

Sambil memberi jaminan bahawa perkara itu akan disiasat secara terperinci, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya ada unsur-unsur jenayah dalam urusniaga berkenaan.

"Dalam mesyuarat lembaga pengarah pada Disember 2007, Dr Mohd Khir memberitahu bahawa pangsapuri tersebut di bawah namanya, tetapi memberi jaminan beliau tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap hartanah tersebut," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan.

Kelewatan memuktamad akaun

Abdul Khalid berkata, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang diketuainya, telah melantik para penasihat untuk meningkatkan lagi prestasi anak-anak syarikat dan menilai perbelanjaan mereka.

Menurutnya, satu perkara yang dipandang berat oleh MBI ialah kelewatan memuktamadkan akaun kewangan PNSB bagi 2007.

Abdul Khalid berkata, lembaga pengarah sekarang mendapati terdapat kepincangan dalam pembelian hartanah 'Al Marwa Tower Makkah' - yang dibangkitkan oleh auditor luar.

Menurut pekeliling resolusi lembaga pengarah PNSB yang bertarikh 14 September 2007, kata Abdul Khalid, PNSB meluluskan pembelian lima unit pangsapuri itu pada harga lebih RM8 juta.

Bagaimanapun, katanya, rekod-rekod menunjukkan bahawa PNSB telah - antara 17 dan 19 September 2007 - memindahkan lebih RM25 juta ke Arab Saudi untuk 12 unit hartanah tersebut.

Menurutnya, antara 25 September dan 3 Oktober, PNSB menerima cek-cek berjumlah RM17,251,092 dari seorang individu - yang dikatakan telah membeli tujuh unit pada harga sama yang telah dibayar oleh PNSB.

Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, tidak ada resit rasmi dikeluarkan untuk pembayaran tersebut.

'Tindakan membingungkan'

Kemudiannya, kata Abdul Khallid, pada tahun 2008, lembaga pengarah PNSB mendapat tahu bahawa syarikat pelaburan itu telah menyedia dan menandatangani empat keping cek berjumlah RM8,000,205.20 kepada seorang individu.

Menurutnya, individu tersebut adalah orang yang sama, yang membayar cek berjumlah RM17 juta kepada PNSB sebelum ini.

Bagaimanapun, menteri besar berkata, tiga daripada empat cek PNSB yang sudah siap ditandatangani itu, telah dibatalkan

Abdul Khalid berkata, cek keempat berjumlah RM2 juta telah dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam akaun individu berkenaan. PNSB kemudiannya berurusan dengan bank untuk menghentikan bayaran.

Menurutnya lagi, antara tarikh pembelian tujuh unit tambahan - menjadikan jumlahnya 12 unit - serta penjualan tujuh unit, dan tinggal lima unit dimiliki PNSB - tiada mesyuarat lembaga pengarah diadakan atau terdapat pekeliling resolusi bagi urusniaga tersebut.

Katanya, sehinggalah pada saat pengeluaran dan pembatalan cek-cek kepada individu berkenaan, tidak minit mesyuarat lembaga pengarah atau pekeliling resolusi dibuat.

Sambil menyifatkannya sebagai membingungkan, Abdul Khalid bertanya mengapa PNSB membayar lebih RM25 juta, sedangkan lembaga pengarah hanya meluluskan kira-kira RM8 juta untuk membeli lima unit tersebut.

"Mengapa ia menerima kira-kira RM17 juta - yang dikatakan bagi penjualan tujuh unit? Mengapa ia kemudiannya mahu membeli balik unit-unit yang telahpun dijualnya?" soal Abdul Khalid.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 18:34


Haa.. Menggelupur Wak Toyo(l) nak jawab balik, ya ke niii...:

Khir: Dalam proses pindah nama

Dalam reaksinya, Dr Mohd Khir mengakui bahawa kesemua 12 unit tersebut dibeli di bawah namanya bagi memenuhi syarat-syarat perundangan di Arab Saudi.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu memberitahu Malaysiakini bahawa beliau sedang dalam proses memindahkan hakmiliknya kepada menteri besar sekarang.

"Malah, saya telahpun menandatangani tiga dokumen untuk proses pemindahan hakmilik tersebut kepada nama Abdul Khalid," katanya.

Dr Mohd Khir juga menjelaskan bahawa lembaga pengarah (PNSB) telah meluluskan pembelian 12 unit pangsapuri.

"Tujuh unit telah dijual kepada seorang individu tetapi kemudiannya, lembaga pengarah mahu membeli balik tujuh unit tersebut. Tetapi saya membatalkan urusniaga tersebut.

"Saya memberitahu lembaga pengarah bahawa adalah tidak baik untuk membeli semula unit-unit tersebut walaupun ia dijual balik pada harga yang sama," tambahnya.

Dr Mohd Khir berkata, semula angka dan fakta berhubung urusniaga tersebut telah didokumenkan dan oleh itu, tidak berlaku sebarang penyelewengan.

"Hakikatnya ialah, PNSB tidak hilang wang dalam urusniaga tersebut. Anda boleh semak rekod-rekodnya," tambah beliau.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 18:51


Benda dah lama, tapi Allah nak "tunjuk":

/

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 19:29


Ingat lagi kes Lingam "Correct"? Laporan terbaru dibawah membuktikan "kecekapan" SPRM":

Rabu Februari 25, 2009
Peguam Negara arah siasatan lanjut kes Lingam

KUALA LUMPUR: Hanya SATU daripada empat kertas siasatan yang dibuka oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung klip video V.K.Lingam, yang didakwa berkisar pada pelantikan hakim, telah diarah untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Peguam Negara (JPN), kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata sebelum itu cuma tiga kertas siasatan BPR, yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dirujuk kepada jabatan tersebut kerana satu lagi tidak mempunyai keterangan yang mencukupi.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan di SPRM tidak mengambil tindakan lanjut ke atas satu kertas siasatan itu kerana "tiada keterangan mencukupi untuk membuktikan pertuduhan" di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (sebelum dimansuhkan), kata Abdullah.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (PKRWangsa Maju) mengenai tindakan oleh JPN berdasarkan cadangan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes video V.K. Lingam. BERNAMA

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 23:17


benda ni memang betul pun..kawan ana kerja pramugari kat mas pun cakap berita ini benar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Huwaina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1062
Posting: 138
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 27-02-09 09:01


Pak Lah kan nak mencegah rasuah kat malaysia kan...apa dah jadi?memang betul lah pencegah rasuah malaysia ni tak boleh dipercayai ye.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HuwainaProfil   Hantar PM kepada Huwaina   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 09:16


Geli mendengar isu skandal ni..
Makin menyampah..
Meluat..

Orang yang diberi kepercayaan..
Dah tak boleh nak dipercayai dah sekarang ni..
Tak boleh diharap..
Semua kerana duit...nafsu..
nafsu..duit..

entah bila lah Malaysia nak bersih daripada potilik kotor ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12785 saat. Lajunya....