Oleh
Muhammad Fakhruddin Ismail
http://www.addeans.blogspot.com/ Artikel sahabat saya alifazman “ Kenapa wanita suka mempromosi diri? ” membangkitkan permasalahan kaum wanita yang gemar bergambar di rangkaian portal sosial hingga menarik perhatian laki-laki untuk menatapnya. Saya setuju dengan pandangan tersebut. Disini saya akan cuba mengupas beberapa pemasalahan tersebut.
Allah berfirman:
Ertinya

ijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).( Ali 'Imran: 14)
Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy menyatakan lelaki dan wanita itu sama-sama menempuh ujian, namun harta yang diujikan kepada wanita itu nampaknya sangat berat dan menentukan. Sebab, hawa nafsu itu dalam berbagai bentuk dan rupanya merupakan salah satu ujian yang sangat berat, yang dapat menggelincirkan pelakunya di muka bumi ini, dan wanita berdasarkan pernyataan Allah s.w.t merupakan salah satu unsur utama dan pertama dari hawa nafsu yang meluncurkan itu.
Allah s.w.t menempatkan wanita pada deretan pertama dan teratas diantara hawa kesenangan hidup di dunia. Kalau ia tidak benar-benar lebih penting dan berbahayanya dari yang lain, tentulah ia tidak ditempatkan di peringkat teratas. Nah, dengan demikian jelaslah bahwa wanita itu dalam kehidupan manusia merupakan ujian dunia yang paling berat dan paling berbahaya.
Benarlah apa yang di sabdakan Rasulullah saw:
Aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki dari para wanita
Musuh-musuh islam telah mengetahui bahawa bermulanya kerosakan wanita bererti akan berlakunya kerosakan terhadap masyarakat . Mereka tidak perlukan senjata canggih untuk menghancurkan umat Muhammad tetapi cukuplah merosakkan wanita kerana itulah yang dapat mengelamkan umat Muhammad dengan hanya cinta wanita dan nafsu seks maka sebab itulah wanita merupakan aset utama yang menentukan jatuh bangunnya satu bangsa.
Jika kita lihat pada zaman kini maksiat tetap masih berleluasa malah semakin kritikal,para wanita keluar dengan pakaian merangsangkan jiwa lelaki , terbuka betis, lengan dan juga seolah-olah seperti tidak berpakaian. Sudah berapa ramai suara-suara golongan yang bertanggungjawab menyeru kepada pembaikan moral tapi tidak menghasilkan buahnya.
Saya tidak menuduh seratus peratus kesalahan pada wanita kerana memang tidak dinafikan banyaknya juga kerosakan pada laki-laki tetapi apabila anda membuka pintu kerosakan maka bertambahlah lagi kerosakan pada mereka. Jika bukan kerana lemah gemalaimu, pakainmu, aksi-aksi fotomu sama ada di majalah atau dirangkaian portal sosial yang membuka kepada lelaki untuk menatap dengan syahwatnya dan berbagai-bagai perkara maka parah dan rosaklah kaum Adam. Jika anda masih meneruskan perkara-perkara tersebut maka tanggunglah dosa anda sendiri yang semakin lama semakin membara.
NabI SAW bersabda:
Ertinya : Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti hadis tersebut apabila seseorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh syarak seperti contoh di atas maka lelaki yang melihatnya mendapat dosa tetapi si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang melihat. Jika andalah orangnya berapa banyak dosa anda yang perlu ditanggung lagi. Renungkanlah wahai wanita....
Berkata Syekh Ali Ath-Thathawi :
Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, laki-laki itu tidak akan berani, dan andaikata bukan lantaran lemah gemalaimu , laki-laki tidak akan bertambah parah. Engkaulah yang membuka pintu, kau katakan kepada si pencuri itu : silakan masuk..ketika itu ia telah mencuri , engkau berteriak : pencuri…! Tolong…tolong…
Demi Allah …dalam khayalan seorang pemuda tidak melihat gadis kecuali gadis itu telah ditelanjangi pakaiannya..
Demi Allah …begitulah jangan engkau percaya apa yang dikatakan laki-laki , bahawa ia tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat.
Demi Allah… ia telah bohong! Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu , kehalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan! Setelah itu apa yang terjadi? Apa? Cuba kau fikirkan!
Itulah kerosakan sebahagian kaum Adam.Entah berapa ramai laki-laki yang dapat memelihara pandanganya melainkan hanya segelintir sahaja kerana fitrah laki-laki nafsunya hanyalah satu iaitu pada wanita tetapi apabila tidak dikawal maka rosaklah mereka.Malah akan bertambah rosak lagi jika kaum wanita tidak memainkan peranan yang sepatutnya .
Jika dilihat berbagai kaedah dan jalan dalam memperbaiki masalah ini dan tidak ada caranya melainkan kaum wanita yang perlu bertindak segera kerana kunci kepada kebaikan berada di tanganmu..Anda tidak perlu mengubahnya secara drastik tetapi ubahlah setapak demi setapak seperti mana anda melakukan kerosakan sedikit demi sedikit.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali kepada asing seperti permulaanya , maka beruntunglah orang-orang yang asing, Rasulullah ditanya : siapa mereka wahai Rasulullah ? Rasulullah menjawab: mereka yang mengadakan pembaikan ketika manusia rosak “
Wallahua'lam
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=146839&mode=thread&order=0&thold=0-----------------