Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 41 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 51 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 51 hari yang lalu
eme86: 52 hari yang lalu
sunan-faqih: 57 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Eli oh Eli


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Eli oh Eli

Please Mendaftar To Post


Oleh Eli oh Eli

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-02-09 14:35


Salam

Terdapat 2 isu pokok yang mendasari isu gambar bogel Elizabeth Wong.

Pertama isu penyebaran gambar bogel tersebut yang pastinya tidak ada sesiapa yang berfikiran waras dan bermoral akan merestui perkara tersebut.

Kedua, kehadiran lelaki dalam rumah seorang wanita berstatus bujang yang tidur dalam keadaan terlanjang pastinya mencetuskan persoalan moral dan nilai yang besar.


saya nak ulas isu pertama dahulu,iaitu isu penyebaran gambar , dewasa kini dengan adanya teknologi terkini ruang privasi seseorang dah makin kecil. tambahan pula dengan gaya hidup masakini dan unsur unsur liberarisasi barat. ya mungkin (perlu disahkan dahulu oleh siasatan polis) eli terlibat dengan kehidupan pribadi yang tak bermoral, tapi itu bukan hak pihak-pihak tertentu untuk membuat penyebaran gambar-gambar pribadi beliau.dan ini kalau dari segi ajaran Islamnya pun salah, mencari-cari rahsia dan keburukan orang lain.

Dari Abu Hurairah .a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Awasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan janganlah juga kamu mengintip rahsia-rahsia orang, jangan mencari berita buruk, jangan berhasad dengki, jangan bermasam muka dan jangan bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah semua itu saudara-mara.” (Hadith Rasulullah s.a.w)

saya menukilkan hadis ini bukanlah nak membela eli (yang mungkin salah dari segi moral) tapi mengingatkan secara umum bahawa mengcungkil-cungkil rahasia dan keaiban orang lain itu adalah perbuatan keji(juga perbuatan tidak bermoral)

ok lah isu kedua, "kehadiran lelaki dalam rumah seorang wanita berstatus bujang yang tidur dalam keadaan terlanjang pastinya mencetuskan persoalan moral dan nilai yang besar.”
Sememangnya aspek moral dan tuntutan agama kini melihatkan eli seorang yang rendah moral(tertakluk kepada siasatan polis). dan sebagai pemimpin beliau seharusnya menjaga intergriti dan moralnya (kalau pun beliau tidak beragama) supaya sentiasa bersih dan terpuji.oleh yang demikian tindakan beliau dengan meletakkan jawatan sebagai exco dan adun adalah tepat, masyarakat dinegara kita tidak akan dapat menerima seorang pemimpin yang rendah moralnya. dan kehadiran seorang lelaki didalam rumahnya ketika itu juga menimbulkan persoalan besar.apa pun sekiranya gambar itu ditangkap secara curi-curi atau eli berjaya membuktikan bahawa dia tidak langsung menyedari kehadran lelaki itu maka ini semua hanyalah fitnah semata, apa pun biar perundangan menentukan.

PKR sebagai parti politik bukanlah satu badan yang nak halal kan atau haramkan sesuatu.saya telah membaca kebanyakan kenyataan pemimpin PKR berhubng isu ini , tiada siapa pun pun kata ok kepada persoalan yang berkisar isu sex sebelum kahwin tiada siapa halalkan sex sebelum kahwin. saya nak lontarkan dua isu di sini

1. Di dalam undang-undang (kecuali undang-undang syariah) ada ke katakan seks sebelum kahwin (suka sama suka) adalah kesalahan.(saya bukan seorang yang liberal tapi inilah fakta undang-undang di negara kita ini).

2. Dari segi moral dan agama ya perbuatan eli ni (jika benar tertakluk kepada siasatan polis) sememangnya tidak baik dari segi moral dan tidak baik dan berdosa dari segi agama.

Jadinya ada dua keadaan, walau pun eli secara moralnya dikatakan tidak baik (jangan lupa dia bukan Islam) tetapi secara undang-undang dia tak bersalah (jangan lupa dia bukan islam).

Eli pasti akan kekal dengan melepaskan jawatannya walaupun PKR minta dia bercuti, Kenapa PKR minta dia bercuti , supaya dia bertenang dan untuk meredakan isu ,sebab isu utama yang sepatutnya di beri penekanan ialah isu penyebaran gambarnya. Cuba bayangkan gambar kita ketika sedang mandi pakai seluar kecik atau pun tak pakai langsung didalam bilik air tiba-tiba berada dalam internet apa perasaan kita itu . Kita nak fikir pasal moral dulu ke atau fikir pasal “siapa yang menyebarkan”.Itu yang saya rasa eli tengan fikir sekarang ni.

http://ryzulosman.blogspot.com


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

suriatimur
Warga Rasmi
Menyertai: 22.01.2009
Ahli No: 36854
Posting: 8
Dari: kulim kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-02-09 15:48


:jangan:
Saya tertarik membaca tulisan sdr.Zulman mengenai Eli, ini kerana beliau tidak menuding jari kepada sesiapa dalam kes ini. Tidak seperti sesetengah orang yang secara terbuka dan lantang menuduh orang-orang BN yang melakukan kerja kotor ini.

Saya setuju dengan beliau uang meminta kita bayangkan apa akan terjadi sekiranya tiba-tiba gambar bogel kita yang sedang mandi dalam bilik air tersebar meluas dalam internet. Oleh saya ingin mengingati para pemimpin kita agar berhati-hati ketika terpaksa menumpang atau bermalam di hotel-hoterl baik berbintang 3,4,atau 5 supaya berhati-hati. Pastikan secukupnya bahawa bilik itu tidak ada CCTV yang dipasang. Kalau tidak nanyalah ...... Assalamualaikum

Bookmark and Share

    


  Member Information For suriatimurProfil   Hantar PM kepada suriatimur   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 18:12


Sultan S'gor serah pada MB
Feb 25, 09 11:22am | malaysiakini.com

/

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini.

Pendirian Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Khalid semasa beliau menghadap baginda hari ini untuk mendapat nasihat mengenai kedudukan Elizabeth yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan ekoran kontroversi tersebut.

Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Elizabeth masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik, lapor Bernama.

"Sultan Selangor menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik.

"Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik,"
kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Berikut ialah kenyataan penuh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Elizabeth Wong, yang dikeluarkan oleh Datuk ela Bakti Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani:

Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Abdul halid bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha ulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada aginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang elibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, Adun Bukit Lanjan yang juga
EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

Dato' Haji Mohamad Munir bin Bani
Dato' Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor



-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-03-09 08:30


Tok Kadhi tak ada ke masa eli dengan pak we nya di dalam bilik...jika ada mungkin boleh dinikahkan oleh Tok Kadhi
...

apa hal memang harus eli letak jawatan setelah dia di aibkan dengan gambar bogelnya...


yang pakai baju tetapi kelihatan seperti telanjang dikhalayak ramai...lagi bahaya...

ada hadis sebut dua hal yang belum kelihatan di zaman Rasulullah iaitu wanita berpakaian tetapi nampak seperti telanjang (kerana ketat serta dan ips kainnya serta menampakkan auratnya)

kedua wanita yang memukul dengan cemeti...


di akhir zaman ini godaan begitu kuat sedangkan iman nipis...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116592 saat. Lajunya....