Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 39 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 49 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 50 hari yang lalu
eme86: 50 hari yang lalu
sunan-faqih: 55 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 257,411 anak zina - hadiah dari sistem sekular untuk rakyat Malaysia


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 257,411 anak zina - hadiah dari sistem sekular untuk rakyat Malaysia

Please Mendaftar To Post


Oleh 257,411 anak zina - hadiah dari sistem sekular untuk rakyat Malaysia

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 19-02-09 11:45


Written by HTM    
Wednesday, 18 February 2009 13:41

Mengikut laporan yang disiarkan harakahdaily, jumlah anak luar nikah (anak zina) di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selesema burung atau aedes, kata Senator Muntaz Mohd Nawi.

Statistik di atas menunjukkan dengan jelas bahawa inilah ‘hadiah’ dari sebuah kebebasan (freedom) yang diperjuangkan, didakyahkan dan diterapkan di Malaysia oleh pemerintah sekular. Kebebasan yang berasal dari Barat memandang setiap individu perlu diberikan kebebasan untuk melakukan apa jua tindakan termasuklah perzinaan.

Amalan zina tidak lagi menjadi satu perkara besar dalam masyarakat sekular di Malaysia. Kita telah mendengar ada pemimpin terpaksa meletak jawatan kerana aktiviti zinanya dirakam oleh musuh politiknya. Kita juga pernah mendengar ada pihak yang menggunakan perzinaan untuk menangkap perasuah (semoga laknat Allah terkena kepada mereka) yang menjadi musuh politik mereka. Bahkan kita pernah mendengar ada ahli politik mengatakan pemberian perempuan untuk dizinainya sebagai sedekah. Beginilah parahnya kes yang terjadi dan cara berfikir mereka.

Dengan angka zina mencecah ratusan ribu, ironinya pemimpin-pemimpin sekular pada hari ini hanya melihat statistik ini dengan sebelah mata, dan mungkin ada yang langsung tidak melihatnya. Daripada melihat angka zina, mereka lebih berminat melihat kepada pertumbuhan ekonomi, iaitu KNK negara. Mereka lebih berminat untuk membincangkan kenaikan dan kejatuhan indeks di BSKL. Mereka langsung tidak berminat untuk campurtangan dan menyelesaikan masalah selain dari masalah perut mereka. Inilah pemikiran Kapitalis sejati.

Sesungguhnya dosa zina amat berat di dalam Islam dan Rasululllah SAW amat memandang berat perkara ini dan meletakkan isu ini di antara isu-isu yang penting dalam masyarakat. Perzinaan individu dalam sebuah komuniti sebenarnya menjadi unsur pemusnah komuniti ini. Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila zina dizahirkan dalam sebuah negeri, sesungguhnya mereka telah menghalalkan bagi diri mereka (penduduk negeri itu) dengan azab Allah." (hari at-Tabrani).

Kes perzinaan ini semakin lama semakin menjadi perkara biasa dalam kehidupan masyarakat. Kita sering terserempak dengan pemandangan keji di mana lelaki dan perempuan berdua-duaan, malah terlalu banyak kita melihat sekumpulan remaja lelaki dan perempuan duduk bersama-sama bercampur gaul tanpa batas. Di samping kekejian yang mereka lakukan, nampaknya pihak ibubapa juga tidak mempedulikan lagi tentang pergaulan bebas anak lelaki atau anak perempuan mereka. Mereka tidak lagi bertindak sebagai 'wali' (penaung/penjaga) kepada anak-anak perempuan mereka, bahkan mereka banyak memberikan turut memberikan sumbangan kepada kemaksiatan anak-anak mereka, membenarkan anak lelaki atau perempuan mereka menjalinkan hubungan cinta sebelum nikah. Keluar rumah dengan tidak menutup aurat telah dianggap perkara biasa. Terlalu sedikit kita mendengar ibubapa yang menyuruh anak perempuan mereka keluar berjubah dan bertudung sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.

Apa pun, aspek penerapan hukum oleh pemerintah menjadi punca utama kepada segala kemaksiatan ini. Hukum Allah tidak diterapkan, namun hukum kufur sekularlah yang menjadi pilihan pemerintah untuk diterapkan. Pemerintah bekerja siang dan malam untuk mengekalkan jawatan mereka bagi meneruskan undang-undang sekular yang sebenarnya bakal membawa azab kepada mereka sendiri di hari kiamat nanti.

Kita melihat bagaimana pemerintah yang tamakkan kuasa berusaha mengekalkan kuasa masing-masing. Jika tidak berjaya melalui pilihan raya demokrasi, mereka akan menggunakan institusi raja-raja, pokoknya mereka tetap mahu berkuasa. Mereka langsung tidak mahu berfikir masalah sosial anak luar nikah yang begitu parah ini. Dalam cara hidup Kapitalis yang mereka amalkan, amalan zina, arak, judi, rasuah dan sebagainya bukanlah masalah besar negara.

Malah mereka sendiri tidak pernah menghalang isteri mereka bersosial mengikut kehendak kebebasan isteri mereka. Jadilah isteri-isteri mereka orang-orang yang rambutnya menggerbang macam puntianak pun tidak mengapa bagi mereka, malah mungkin mereka menganggap dan menjadikan isteri mereka sebagai orang yang memperagakan 'fesyen Islam'. Jadi, tidak hairanlah kalau di kalangan pemimpin negara sekular hari ini yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi isteri mereka bisa sahaja berpeluk-pelukan dengan aktor Bollywood. Juga, tidak hairan kalau pemimpin Negara Islam Hadhari bisa sahaja memegang bahu seorang aktres Hong Kong kelahiran negeri Perak.

Dari aspek perundangan, kita juga sudah jijik melihat hakim Syarie yang kononnya bekerja untuk Islam, berhukum dengan hukum Kufur, undang-undang Hudud telah ditukar dengan undang-undang bikinan manusia, iaitu 365 (bilangan hari setahun) iaitu maksima 3 tahun penjara, 6 sebatan maksima dan RM5000 denda. Inilah hukuman maksimum yang boleh dikenakan ke atas pelaku maksiat di dalam negara Islam Hadhari!

Pemimpin yang ada memang tidak pernah merasa berdosa bila menggantikan hukuman Allah ini dengan hukuman thaghut ini, malah hakim syarie pula menyokong melaksanakan undang-undang taghut ini! Bahkan bila hukuman hudud cuba diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu untuk dilaksanakan, merekalah orang yang pertama akan menentang hukuman ini, kemudian barulah diikuti oleh Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Sesungguhnya permasalahan anak luar nikah ini hanyalah simptom daripada penerapan sistem kapitalis yang menjadikan kebebasan sebagai asas akidah mereka. Inilah hadiah Barat kepada Islam yang diambil oleh kelompok-kelompok sekular yang cintakan neraka.

Jadi untuk membuang simptom ini kita perlu melakukan rombakan secara menyeluruh, bukannya mengubati simptom itu sahaja. Sistem pemerintahan demokrasi kufur yang ada ini wajib diganti dengan sistem pemerintah Khilafah. Hanya dengan menggantikan sistem yang rosak ini dengan sistem yang datangnya dari Rabbul Alamin, barulah segala masalah yang timbul darinya akan dapat diselesaikan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

ilah83
Warga Rasmi
Menyertai: 25.10.2003
Ahli No: 4667
Posting: 10
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 12:03


assalamulaikum..
Kenapa lah zman sekarang semakin ramai muda mudi menjadi terlalu sosoial sehinggakan terlupa yang mana dosa dan yang mana pahala...adakah dunia semakin menghampiri hari akhirat...zina semakin berleluasa sekarang seolah-olah menjadi permainan hidup.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilah83Profil   Hantar PM kepada ilah83   Pergi ke ilah83's Website   Quote dan BalasQuote

fizizzuddin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.02.2009
Ahli No: 37209
Posting: 40

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 12:11


BERSIAP SEDIALAH KITA DENGAN BALA DARIPADA ALLAH...MASALAHNYA SEMUA YANG KENA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizizzuddinProfil   Hantar PM kepada fizizzuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-02-09 08:48


cuba lihat majalah mangga bulan ni...gambar pelakon wanita dengan pakaian seksi...


persekitaran hampir zina yang banyak di akhir zaman, lesen premis ke arah maksiat diluluskan oleh PBT...


Tok kadhi jadi Tok Qodha'...seperti qadho solat...



sedekah kurang di amalkan oleh orang yang berharta...

lebih suka pakai kereta mewah ...rumah besar dari bersedekah...

lebih banyak nak hukum dari nak tarbiyyah remaja...

mengumpat dan hasad dengki...

tidak jadi hamba yang bersyukur...


Aqidah tidak mantap...
pengedaran pil khayal

pengedaran dadah


judi yang berleluasa sehingga tahi judi sanggup jual anak bila kalah judi...


tak reti baca al Qur'an...
tek reti hadis sahih...


duit zakat tidak disalurkan dengan betul...ramai lagi miskin sedangkan dikatakan pusat zakat kutip RM puluah million setahun...orang miskin terus ramai...


kegawatan ekonomi menyebabkan jenayah meningkat...bila jenayah tidak di bendung...pelaku tidak ditarbiyyah maka jenayah lain akan berlaku...

Tidak menunaikan Solat wajib


hanyut bermula dengan meninggalkan solat subuh dan solat Asar...

kurang dakwah supaya pelaku maksiat bertaubat segera sebelum banyak lagi jenayah dosa besar berlaku.
pergaualan bebas lelaki dan wanita

zaman silam are tua kita nikah di usia remaja seperti 15 tahun sudah nikah...

mas kahwin semakin mahal

kesukaran procedure untuk nikah

pemimpin yang banyak harta tidak bersedekah seperti yang di lakukan oleh Tok Guru yang banyak bersedekah...
harga barangan keperluan mahal...ore miskin ramai...

bank amalkan riba

konsert hiburan banyak


rancangan TV hiburan banyak...


silarurRahim kurang


mengumpat banyak

kilang arak di batu 3 yang rafidah abdul aziz luluskan lesen masih ada...

arak punca semua maksiat...maksud hadis


premis judi ada banyak di setiap pekan kecuali di Kelate


premis judi di label dengan pelbagai nama...big sweep, sport toto (bagi nampak sukan sebab ada perkataan sport), no ramalan ( bagi nampak tak berdosa)

ngapa tak tulis depan premis...premis judi...


rumah urut yang ada pelacur diluluskan berlesen oleh PBT

gro ada di disko berlesen


di hotel ada disko atau karaoke...di sini gro atau pelacur mencari mangsa...cuba lihat 360 Mazidul Akmal Sidiq bongkar akan hal ini di Bukit Bintang...
silap pilih kawan...kawan ajak ke disko...
kawan ajak ke premis maksiat...


masa tengah stress...kawan jahat beri pil ecstacy


orang sihir kan wanita...lalu terlanjur


orang masukkan pil khayal serbuk pil khayal...minum tanpa disedari lalu terlanjur...


pergi bisness luar negara...kawan ajak ke disko...lihat tarian bogel...


belayar ke luar negara berbulan bulan...silap step...terlanjur bila lihat godaan wanita...iman nipis...


masa training komando...tertipu lalu termakan katak, biawak, dan benda kotor sebab di tipu oleh kawan yang dah tua yang tak sedar diri...


masa masuk hutan...beras habis...kawan ajak makan katak...

bila darah kotor...sukar nak jadi baik...

harus Bertaubat...
AtTa_ibu minal zambi kama lah zanbalahu

Inna Islama yajubbu ma kaana qoblahu...
Wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-02-09 09:22


masa saya remaja 20 tahun lalau ...selepas kami training askar...saya dan kawan kawan pergi menonton wayang cerita kung fu...

scorpion operation judul wayang hari tersebut...

selesai menonton wayang...kami keluar saja panggung...ada seorang kawan jahat yang ajak ke rumah pelacuran yang ada di area tersebut...

saya serta kawan 3-4 orang yang kira baik...1 orang yang jahat...


katil pelacuran dah didepan mata...

orang yang jahat tadi kautim dengan bapa ayam...


saya masa tersebut...diberi kekuatan oleh Allah...
terus saya bertempik...memang kami selalau berlatih berkawad di padang kawad...
saya bertempik...kelek semua...
maka kawan saya yang baik 3-4 ore ikut arahan ...semua kelek ke asrama...

Alhamdulillah...hari tersebut kami selamat...

selepas 20 tahun berlalu saya bertemu lagi dengan kawan yang kautim dengan tokey pelacuran...saya lihat dia masih tidak berubah...masih jahat...


kami dalam platun ada pelbagai level...ada yang baik ada yang jahat...masa remaja berkawan dengan ramai ...tak sangka ada orang yang memang ahli neraka di dunia ini...INGATkan semua ahli aljannah masa hidup di dunia yang fana ini...
kami tak sibuk nak selidiki...kawan ini tunaikan solat wajib atau tidak...


perlu ingat planet tak sama...
planet ustaz biasa dengan pengajian Islam
planet pelakon serta penyanyi berlaianan lah pula
planet askar lain
planet komando lain
planet cikgu lain


maka perli Ingat manusia lahir dipersekitaran yang berbeza

contoh saya berikan ustaz Ann Wan Sen...dia lahir di kampung china...bergaul dengan cina sehingga dia masuk UM...di sana dia berkawan dengan muslim sehingga Allah berikah hidayah Islam untuk nya...

Inna Islama yajubbu maa ka na qoblahu makna: Sesungguhnya islam menghapuskan semua dosa sebelumnya...


kita jangan hina Insan yang tersilap atau terlanjur...kerana kita belum diuji dengan kuat...kita pula duduk di planet yang AMAN...
maka dakwah serta tarbiyyah lebih UTAMA dari menghukum tanpa ADIL...


Pemimpin perlu menyediakan persekitaran yang AMAN Selesa untuk rakyatnya...


Wallahu A'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-02-09 10:12


Assalamualaikum........
salam ukhwah..
ana terpanggil untuk masuk topik ini.
hari kiamat sudah menghampiri kita..
inilah dikatakan umat akhir zaman ....zaman dah nak kiamat..
hadith Nabi bersabda"barangsiapa yang mengamalkan Sunnahku pada zaman fasad dan mungkar (zaman kerosakan Ummat), Allah bagi ganjaran pahala 100 mati syahid"

walaupun kita bercakap sesama sendiri, bertekad mengenai gejala sosial yang semakin meningkat, tiada gunanya Kalau kita tidak bertindak..hanya cakap saja..
jangan kita salahkan mereka yang memang jahil dalam agama..
mereka yang terlibat sudah di lahirkan dalam keadaan ibu bapa mereka yang jahil agama.. mereka mungkin nak cari jalan nak kembali ke pangkal jalan tapi pada siapa tak ada org yang nak banttu..
dalam soal ini kita kena salhkan diri kita sebab tak pergi jumpa mereka dan tarbiyah mereka .. bawa mereka ke jalan yang lurus..
Ya Allah, Kau lembutkanlah hati mereka dan berilah mereka taufik dan hidayah supaya mereka insaf..
sepatutnya jabatan Agama Islam bawa mereka ke masjid.. bukan hantar motivasi..
bila habis motivasi.. macam tu jugak.. tak ada hasil..

oleh itu sama-samalah kita berjumpa dengan mereka yang jahll dalam agama..
bawa mereka ke pangkal jalan..
semoga Allah bantu kita semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-02-09 10:53


betul apa yang akil beritahu...


maka berhati hatilah...
bila pilih kawan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104091 saat. Lajunya....