Oleh |
Umno-BN mencari kesempatan menyerang Pakatan Rakyat |
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 17-02-09 23:16
Isu gambar dan video bogel Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang diedarkan kepada umum diambil kesempatan sepenuhnya oleh Umno-BN untuk memerangkap keyakinan rakyat terhadap ketelusan kerajaan Pakatan Rakyat. Jika Adun Umno-BN yang berada di situasi itu sudah pasti gambar dan videonya tidak akan disebarkan kepada umum. Bagaimanapun, ia tidak bermakna pimpinan Umno-BN itu suci sesucinya tetapi mereka berperanan jahat mahu menjatuhkan musuh politiknya dengan mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Apa yang dibimbangi Adun tersebut yang juga Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar menjadi mangsa ugut kerana setiap wakil rakyat Pakatan Rakyat yang bermasalah akan digunakan sepenuhnya oleh Umno-BN. Tarikh keramat 8 Mac 2008 telah membawa perubahan kepada rakyat di lima negeri. Daripada hidup di bawah kekangan kedangkalan Umno-BN, cahaya kebahagiaan terpancar untuk bernaung di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Bermula tarikh itulah semua kamera dan media arus perdana menghalakan corongnya kepada semua pimpinan PAS, DAP dan KeADILan. Silap langkah segala perbuatan dan kenyataannya akan digembar-gemburkan tanpa memikirkan hak dan perasaan pimpinan tersebut. Justeru, berhati-hati apabila sudah ditabalkan menjadi seorang pemimpin. Akhlak dan moral merupakan perkara utama yang patut ada dalam diri setiap individu yang dinobatkan wakil rakyat. Ini amat penting supaya musuh tidak mudah mempergunakan kita. Negara maju tidak berkompromi dalam soal akhlak dan moral jika ia melibatkan pimpinan mereka. Pimpinan mereka mengelak jika terlibat dalam skandal seks, rasuah dan penipuan. Malangnya di Malaysia tindakan drastik akan diambil terhadap perbuatan yang melibatkan seks khususnya jika ia melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat. Jika skandal seks itu melibatkan pemimpin Umno-BN atau kerajaan mereka menggunakan kuasa rasuah dan wang untuk menutup skandal tersebut. Ugutan, tawaran wang dan pangkat merupakan taktik kotor yang menjijikkan yang digunakan oleh Umno-BN untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat atau mendesak Adun melompat parti. Dalam isu Elizabeth Wong (Keat Ping) polis belum memulakan siasatan, malangnya Ketua Pembangkang Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dengan lantang mendesak Elizabeth meletakkan jawatan. "Secepat mungkin," inilah desakan jelek oleh mantan Menteri Besar Selangor itu yang katanya akan membersihkan nama parti KeADILan. "Jika tidak, ia adalah parti yang tak ada moral," dakwa Khir Toyo. Persoalannya, apakah selama ini Umno-BN mempunyai pimpinan yang bermoral dan berakhlak. Apakah calon Umno-BN selama ini melepasi saringan untuk bertanding dalam pilihan raya? Apakah Umno-BN yang berkuasa selama 51 tahun membuktikan ia sebuah parti yang bermoral? Umno-BN cukup pakar dan cepat menyerang apabila tercetus satu isu yang mengaibkan pimpinan Pakatan Rakyat. Media arus perdana terutama laporan berita RTM dan TV3 setiap hari akan terus menelanjangkan pimpinan Pakatan Rakyat. Perkara yang kecil akan terus dibesarkan, inilah tabiat buruk pimpinan Umno-BN. Ia bukan perkara baru tetapi telah berakar umbi dan sukar untuk dihapuskan, kerana dengan tabiat buruk itu sajalah Umno-BN akan meneruskan kuasanya. Sebelum Elizabeth dijadikan sasaran jelik Umno-BN, exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali turut dilemparkan fitnah kononnya ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang. Atas tuduhan yang tidak berasas itu Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang telah memfailkan saman sebanyak RM40 juta kepada sebuah laman web pro-Umno. Kenapa Khir Toyo tidak bersuara dalam kes Dr Halimah. Sekurang-kurangnya beliau boleh memberi amaran kepada pemilik laman web terlibat supaya berhati-hati dalam menyebarkan maklumat. ----------------- gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah... sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 18-02-09 01:06
Sistem politik yang tidak bermaruah (demokrasi-sekular) hanya akan melahirkan para politikus yang juga tidak bermaruah!~
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 18-02-09 07:35
jikalau awak ikhlas memperjuangkan Islam melalui jalan politik. jagelah akhlak. kerana akhlak mulie memikat orang. akhlak buruk menghalau orang. jangan kerana emosi, hilang pertimbangan akal dan rasionaliti. jangan jadi macam sesetengah orang di tko dan di ukhwah ini.
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 18-02-09 09:28
aku tak sokong mana-mana parti politik, tapi bila tengok mereka keluarkan kenyataan dan berdebat di parlimen nampak betul IQ mereka lebih rendah dr budak tadika. perkara yang salah nak dibetul kan walaupun dah terang-terang salah....
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 18-02-09 09:34
 Kenapa nak salahkan orang lain jika itu memang kesalahan diri sendiri.. Kenapa nak tuduh orang lain jika tuduahan itu di akui empunya badan... Kenapa nak mempertahankan dia sedangkan dia belum tentu akan mempertahankan islam...
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 18-02-09 12:23
Sejak Bila UMNO Utamakan Perihal Moral? post info By Anwar Ibrahim Categories: Analisis, Anwar, Catatan, Demokrasi, Isu Semasa, KeADILan, Pakatan Rakyat and Politik Satu lagi babak keji muncul buat menyerlah lagi kebejatan amalan politik Malaysia. Azizah, saya dan pimpinan kanan parti telah mendapat penjelasan YB Elizabeth Wong dalam pertemuan panjang di rumah kami semalam. Dalam sidang media tadi saya membayangkan amalan dan bentuk kegelojohan penguasa rakus menghalalkan apa jua cara. Saya kira mahaguru mereka Machiavelli akan mengerut kening kerana kehebatan merekayasa kaedah canggih yang tak terduga oleh beliau. Terpancar senyuman sinis mereka lantaran berhasil menempelak pemimpin KeADILan. Namun di benak hati kita, terlontar persoalan. Apakah benar isu akhlak dan moral utama buat mereka? Jika benar, bagaimana mungkin dilenyapkan bukti berkaitan kes pembunuhan, dipadamkan lapuran siasatan awal dakwaan kes Port Dickson, dilesapkan wang ribuan juta habuan istimewa dari pembelian peralatan senjata? YB Elizabeth menawarkan untuk meletakkan jawatan. Ini menggambarkan sikap tegas beliau, mengelakkan parti dan kerajaan Pakatan Rakyat dari difitnah dan dihina. Sepertimana kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid, kami berbangga dengan prestasi dan pengurbanannya selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan. Tan Sri Khalid menasihatkan beliau mengambil cuti dan kedudukan beliau selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan dibincang dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Manakala kedudukan selaku ADUN akan diputuskan olih pimpinan parti satelah berbincang dengan beliau nanti. ANWAR IBRAHIM
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 18-02-09 12:44
ala..berlambak saja org UMNO yang perangai tak senonoh...
|
ANSHU
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.01.2009 Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak
|
Posting pada: 18-02-09 13:58
hm..memang geram lah dengan isu ni...ada saja modal si BN ni...kenapa rakyat mudah tertipu dek agenda busuk dan kotor mereka ni...kenapa???!!! ya Allah bukakanlah pintu hati kami pada jalan yang benar.....amin
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 18-02-09 14:44
Adalah haram hukumnya menjadikan orang bukan Islam sebagai pemimpin apatah lagi penggubal undang-undang. Jadi tanpa mempersoalkan moral sesiapa, suka untuk saya tegaskan bahawa Elizabeth Wong dari segi hukum syara'nya tidak layak untuk menjadi pemimpin untuk ummat Islam apatah lagi penggubal undang-undang. Jelas lagi bersuluh beliau bukan beraqidah Islam.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 18-02-09 15:09
Pada 18-02-09 12:44 , qudwah posting:!!! QUOTE !!! ala..berlambak saja org UMNO yang perangai tak senonoh... UMNO dah makin malap rasanya. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 18-02-09 16:39
hehehhe... nak suruh letak jawatan... agak-agak boleh menang ke BN kat bukit lanjan tu.... cuba bayangkan jika BN kalah ketiga2 bukit tu dalam perkara kali ini... mana najib nak letak muka... permainan politik kini makin dasyat.. macam-macam dilakukan untuk survival politik masing-masing.. tapi tumpuan kini terarah kepada PKR.. kerana najib masih takut dengan bayang2 anwar... p/s.. jika ada perkara di bukit lanjan..agak-agak parti mana yang kena lenjan..
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 18-02-09 16:44
Pada 18-02-09 16:39 , Firdaus_Azimi posting:!!! QUOTE !!! hehehhe... nak suruh letak jawatan... agak-agak boleh menang ke BN kat bukit lanjan tu....
cuba bayangkan jika BN kalah ketiga2 bukit tu dalam perkara kali ini... mana najib nak letak muka... permainan politik kini makin dasyat.. macam-macam dilakukan untuk survival politik masing-masing.. tapi tumpuan kini terarah kepada PKR.. kerana najib masih takut dengan bayang2 anwar...
p/s.. jika ada perkara di bukit lanjan..agak-agak parti mana yang kena lenjan.. dah macam filem 24 saja keadaan negara kita ni ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 18-02-09 17:01
hehehhe.. dan itulah yang dimahukan sang penguasa... bila rakyat takut... maka rakyat rasa menyesal memilih pembankang.. oleh yang demikian maka diharapkan 2012 rakyat akan memberi mandat kepada BN semula. maka dimainkan semua lagu kepincangan... diwarkan2 puisi kegawatan.. dan akhirnya wujud ketdk tenteraman... ish ish ish... maka lengkaplah sebuah ceritera yang bisa memanipulasi minda rakyat... maka didodoikan keamanan sewaktu mereka memerintah dahulu... tapi mereka lupa... 18 tahun dulu.. perkara yang sama berlaku di kelantan... tohmah,fitnah dan domba berlaku hampir setiap hari.. tapi mereka ini gagal meruntuhkan suara rakyat... kini skrip yang sama diulangi... didodoikan menu yang sama juga.. dengan harapan mereka berjaya menjinakkan rakyat.. maka kini terpulang kepada rakyat... terpulang kepada kita.. samaada kita mahu terus berjuang.. atau kita U-TURN semula kepada asal... tepuk dada tanyalah selera.... p/s... lapar lah pulak..
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 18-02-09 23:20
bukan kita nak bela org bukan Islam.. tapi kita sebagai org Islam yang ada adab kenalah hormat mereka..Nabi dulu pun pernah menziarahi seorang saudara yang bukan Islam yang dah mati.. jadi kita kena berlaku adil ... Islam menyuruh kita berlaku adil.. yang penting utamakan Islam terlebih dahulu...
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 19-02-09 01:32
Pada 18-02-09 15:09 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 18-02-09 12:44 , qudwah posting:!!! QUOTE !!! ala..berlambak saja org UMNO yang perangai tak senonoh...
UMNO dah makin malap rasanya.
2 kali 5 saja sebenarnya... pembangkang cari salah pemerintah, pemerintah cari salah pembangkang. macam beberapa ahli kalangan kita ni... ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 19-02-09 12:27
Pada 19-02-09 01:32 , sya_ryn posting:!!! QUOTE !!! Pada 18-02-09 15:09 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 18-02-09 12:44 , qudwah posting:!!! QUOTE !!! ala..berlambak saja org UMNO yang perangai tak senonoh...
UMNO dah makin malap rasanya.
2 kali 5 saja sebenarnya... pembangkang cari salah pemerintah, pemerintah cari salah pembangkang. macam beberapa ahli kalangan kita ni...
tiada kerajaan dan pemerintahan di dunia ni akan kekal Nak bagi nasik tambah sikit lagi… Hidup UMNO/BN = Hidup Rasuah Hujah UMNO/BN = Hujah Rasuah Pertahan UMNO/BN = Pertahan Rasuah Ahli UMNO/BN = Ahli Rasuah (ramai sangat ni..) Dalil UMNO = Dalil Rasuah Takbir UMNO/BN = Takbir Rasuah Daulat UMNO/BN = Daulat Rasuah Idea UMNO/BN = Idea Rasuah Projek UMNO/BN = Projek Rasuah Ketuanan Melayu UMNO/BN = Ketuanan Rasuah Melayu UMNO/BN = Melayu Rasuah Bahasa Melayu UMNO/BN = Bahasa Rasuah Dasar UMNO/BN = Dasar Rasuah Lompat UMNO/BN = Lompat Rasuah Bijak UMNO/BN = Bijak Rasuah Politik UMNO/BN = Politik Rasuah Pembaharuan UMNO/BN = Pembaharuan Rasuah (Teknik nak buat rasuah diperbaharui) Perubahan UMNO/BN = Perubahan Rasuah (taktik bagaimana nak gelapkan wang diubah) Reformasi UMNO/BN = Reformasi Rasuah (mereformasikan rasuah jadi halal) Kerajaan UMNO/BN = Kerajaan Rasuah (tak semua penjawat awam yang rasuah ek…reserve sikit) Belanjawan UMNO/BN = Belanjawan Rasuah (untuk habuan proksi dan kroni lah itu…) Undi UMNO/BN = Ni yang aku tak faham ni…Hanya orang yang kaki rasuah saja yang undi..yang tak kenal mana halal dan haram…tak dapek den nak menolongnya… dan banyak lagi..bab agama belum masuk lagi tau… ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 19-02-09 14:17
Pada 19-02-09 01:32 , sya_ryn posting:!!! QUOTE !!! Pada 18-02-09 15:09 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 18-02-09 12:44 , qudwah posting:!!! QUOTE !!! ala..berlambak saja org UMNO yang perangai tak senonoh...
UMNO dah makin malap rasanya.
2 kali 5 saja sebenarnya... pembangkang cari salah pemerintah, pemerintah cari salah pembangkang. macam beberapa ahli kalangan kita ni...
pembetulan....bukan nak cari salah..kalau ianya benar-benar salah..tak kira lah siapa yang salah pas ke umno ke pkr ke...tak kan nak diam macam syaitan bisu (ulamak yang diam) saja....memang tugas semua manusia di dunia ni untuk menegur dan memperbetulkan apa yang salah..dan bukanlah hak kita untuk menghukum seseorang..
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 19-02-09 14:55
Ya Allah Ya Tuhanku.. bantula mereka yang di aniaya.. berilah kesedaran kepada mereka yang lalai.. insaflah wahai orang-orang tamak duit, rasuah.. sebelum terlambat./.
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 19-02-09 15:48
ameen... p/s.. sekali kena lebih 10 perkataan lah..
|
jebat_86
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.10.2008 Ahli No: 35674
Posting: 121
|
Posting pada: 24-02-09 01:15
ha3..seronok betul kutuk-kutuk org dalam ni.. patutlah Tuhan tak bagi menang semua negeri lagi.. akhlak pun sama saja dengan BN..tapi teruk sikit  sebab bn bukan parti agama tapi PAS parti agama dan keadilan parti ADIL(knonye..) tduh mcmla parti tu tak ada sumbangan langsung.. aku pun tak suka juga bn ni..rsuah,kroni,etc makin mjdi2.. tapi aku percaya pmbngkng pun sama.. belum apa-apa lagi..akhlak dah tak boleh juga.. just aku bsyukur sebab aku anak Malaysia.. hidup dalam negara yang aman lagi..
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 26-02-09 12:00
Pada 24-02-09 01:15 , jebat_86 posting:!!! QUOTE !!! ha3..seronok betul kutuk-kutuk org dalam ni.. patutlah Tuhan tak bagi menang semua negeri lagi.. akhlak pun sama saja dengan BN..tapi teruk sikit  sebab bn bukan parti agama tapi PAS parti agama dan keadilan parti ADIL(knonye..)
tduh mcmla parti tu tak ada sumbangan langsung.. aku pun tak suka juga bn ni..rsuah,kroni,etc makin mjdi2.. tapi aku percaya pmbngkng pun sama.. belum apa-apa lagi..akhlak dah tak boleh juga..
just aku bsyukur sebab aku anak Malaysia.. hidup dalam negara yang aman lagi.. selepas ini tengoklah bagaimana negara jika ini terjadi  http://i428.photobucket.com/albums/qq2/rashdin_sniper/PutraJayaBombed.jpg alt=. /] ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
jebat_86
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.10.2008 Ahli No: 35674
Posting: 121
|
Posting pada: 01-03-09 00:16
Pada 18-02-09 13:58 , ANSHU posting:!!! QUOTE !!! hm..memang geram lah dengan isu ni...ada saja modal si BN ni...Kenapa rakyat mudah tertipu dek agenda busuk dan kotor mereka ni...Kenapa???!!!
ya Allah bukakanlah pintu hati kami pada jalan yang benar.....amin jangan slhkn rakyat..rkyat bukan bodoh macam sesetngh org yang anggap bahawa rkyat ni bodoh dan senang ditipu..
|