Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 195
Ahli: 0
Jumlah: 195




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 17 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Aurat Di Hadapan Adik Ipar


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Aurat Di Hadapan Adik Ipar

Please Mendaftar To Post


Oleh Aurat Di Hadapan Adik Ipar

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 17:44


Soalan: Apakah boleh saya tidak menutup aurat di hadapan adik-beradik lelaki suami, atau di hadapan anak-anak saudara suami saya? Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak, harap Dr. dapat beri penjelasan?.
Kamariah, Kelang.


Jawapan: Semoga Allah merahmati puan. Adik-beradik suami puan dan anak-anak mereka bukanlah mahram (lelaki-lelaki yang diharamkan berkahwin) puan. Justeru itu puan wajib puan menutup aurat di hadapan mereka sekalipun mereka itu daripada golongan yang warak dan dipercayai.

Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31: (maksudnya) “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 23:16


salam...
ana nak kongsi juga pasal ni..
pasal ramai orang kita yang ambil remeh pasal aurat di hadapan ipar duai..
sama-samalah kita saling menjagai diri masing-masing

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-02-09 08:00


key point nya adalah BUKAN MAHRAM

betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Violet-8
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 36178
Posting: 74

malaysia  


posticon Posting pada: 17-02-09 11:33


Alhamdulillah, setakat ini memang saya bertudung bila balik ke kampung mak mertua. Lagipun, suami saya adalah anak ke-12 dari 13 orang adik beradik. Kalau semua dah balik ke kampung pun dah macam kenduri nampaknya. Tapi masalahnya, ada juga biras dan ipar saya yang tak menutup aurat. Macam mana nak menegur secara baik, yalah kalau tegur dengan cara yang salah pulak masing-masing masam muka?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Violet-8Profil   Hantar PM kepada Violet-8   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-02-09 11:50


memang ramai yang xttp aurat depan ipar duai.
sebab mereka rasa tak perlu tetapi.
so, bagi yang dah tau, harap-harap dapat sampaikan pada yang tak tahu.
tapi cara yang terbaik bagaimana ek??
maybe boleh btau kat adik beradik supaya sampaikan pada wife masing-masing

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-02-09 23:55


Masalahnya bila suami itu pun tak tahu

Masalahnya bila yang tahu itu tak kisah

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 18-02-09 10:23


Assalamualaikum,

Persoalan yang nampak remeh tapi banyak berlaku.
Perkara yang kecil tapi boleh jadi besar.
Mudah-mudahan kita dijauhkan dari menghampiri sumbang mahram, nauzubillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

rinn
Warga Rasmi
Menyertai: 05.10.2009
Ahli No: 37605
Posting: 7
Dari: penang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-10-09 10:21


i2la pasal kan setengah org xth aurat dengan ipar duai..tapi yang tahu buat-buat xth bila tengok semua tak pakai tudumh mereka pun follow lah..xambik kisah sangat ,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For rinnProfil   Hantar PM kepada rinn   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-02-10 08:36


adik yang bongsu selalu tanya, "Kenapa kakak pakai tudung bila abang ngah ada? " saya cakap "berdosa kalau tak pakai tudung depan abang ngah". Adik tanya lagi "lepas itu kak chik tak pakai tudung tu berdosa lah?" saya jawab "iya, berdosa".

Memang susah nak tegur bab-bab tutup aurat walaupun adik sendiri. Mak dengan ayah pun tak tegur anak tak tutup aurat. Pendidikan agama dah diberi tapi anak tak anak patuh pada tuntutan agama, susah kan....

tapi kekadang saya pun terbabas juga dengan ipar ni, ingatkan dia belum balik lagi, saya pun keluar bilik tak pakai tudung, tiba-tiba dia lalu....alahai....


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-02-10 09:36


di rumah mertua saya, kalau abang-abang ipar nak masuk rumah, mesti mereka bagi signal dulu..lucu pula kadang-kadang bila semua adik perempuan ada di rumah, jadi riuh cepat-cepat pergi pakai tudung..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-02-10 11:46


husband ada 10beradik dengan 7 darinya adalah lelaki..
manakala adik saya semuanya perempuan..
bila suami ada dikampung saya masa baru berkawin dulu, ketiga2 adik memakai tudung..
kemudian bila kerumah suami, saya fikir kalau adik-adik aku yang kecil tu pun tak merungut, sedangkan masing-masing masih bersekolah..takkan aku yang dah siap jadi bini org ni nak buat gila? hehehe...
bersyukur mempunyai adik-adik begini.. :)


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-10 16:19


Pada 17-02-09 23:55 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Masalahnya bila suami itu pun tak tahu

Masalahnya bila yang tahu itu tak kisah


kadang-kadang sepupu pun kurang paham juga...

hmmm...
sikit-sikitlah ubah...
mintak2 dapat suami yang memahami...
sikit-sikit ubah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

amna_liana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-03-10 07:16


Pada 17-02-10 09:36 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

di rumah mertua saya, kalau abang-abang ipar nak masuk rumah, mesti mereka bagi signal dulu..lucu pula kadang-kadang bila semua adik perempuan ada di rumah, jadi riuh cepat-cepat pergi pakai tudung..



hehehe....samalah pulak....lepas itu anak-anak buah yang kecil-kecil pun pandai saja bila nampak papa mereka balik dr surau ke dr mana-mana ke,mereka pun kecoh.......siap tolong ambikkan tudung lagi..hehehehe



Bookmark and Share

    


  Member Information For amna_lianaProfil   Hantar PM kepada amna_liana   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-03-10 10:30


huhuu..tau tak mengapa...
dolu2 time sek dulu..saya seorang saja pakai tudung kat kg..lepas itu saya nasihatkan adik saya..memandangkan kami sek yang same..aliran agama...dia pun ikut cakap...yang tinggal kakk saya saja....bila tengok adik dia kedua-duanya paai tudung..adush...segan agaknya...alhamdulillah..kakk pun pakai jugak...


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-03-10 10:34


memang saya jarang pergi rumah kakk saya...tapi pernah sekali sebelum saya nak balik kl balik..kakak saya suruh saya salam abang ipar saya...aduii..saya geleng kepala tanda tak nak....then kakak saya suruh adik saya pulak salam...erm..nasib baik adik saya pun macam saya...tak nak jugak...dah akhirnya cuma adik kecik saja yang salam..huhuhhu
erm,saya tak tau lah...tak paham pun ada..kakak kami bukan baru kenal kami dua..tak tau lah..harap-harap lepas ni tak ada lagi macam ni...
INSYAALLAH.....


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-03-10 10:41


KESIMPULANNYA...kita kena teguh berpegang pada ajaran agama islam tak kira pada siapa2 atau pada mana-mana situasi yang sepatutnya...walaupun kadang-kadang terpaksa mendengar leteran atau sindiran sesiapa pun....tak kira lah parents kew...kakak ke abang kew...sepupu..sdare kew..
selagi kita yakin...BERPEGANG TEGUH lah....


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

ana_okra
Warga Rasmi
Menyertai: 17.03.2010
Ahli No: 39492
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 10:18


salam...saya ingin memberi respon mengenai tajuk ini...suami saya mempunyai 10 orang adik beradik dan hanya dua beradik perempuan ...yang selebihnya ipar saya semuanya lelaki....jadi setiap kali berkunjung ke rumah mertua.. saya bertudung...biras (perempuan) ...tidak menutup aurat...dengan alasan semua sdah seperti adik beradik dan dalam satu krluarga...sampaikan ajak saya buka tudung...katernyer kalau berdosa pun hanya dosa kecil-kecil sahaja....saya hanya tersenyum dan memberi alasan saya selesa begini.Bagaimana saya hendak menegur mereka secara berhikmah?Silap tegur mengundang pergaduhan pula...last saya hanya berdoa dalam hati sahaja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_okraProfil   Hantar PM kepada ana_okra   Pergi ke ana_okra's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 10:48


Pada 17-03-10 10:18 , ana_okra posting:

!!! QUOTE !!!

salam...saya ingin memberi respon mengenai tajuk ini...suami saya mempunyai 10 orang adik beradik dan hanya dua beradik perempuan ...yang selebihnya ipar saya semuanya lelaki....jadi setiap kali berkunjung ke rumah mertua.. saya bertudung...biras (perempuan) ...tidak menutup aurat...dengan alasan semua sdah seperti adik beradik dan dalam satu krluarga...sampaikan ajak saya buka tudung...katernyer kalau berdosa pun hanya dosa kecil-kecil sahaja....saya hanya tersenyum dan memberi alasan saya selesa begini.Bagaimana saya hendak menegur mereka secara berhikmah?Silap tegur mengundang pergaduhan pula...last saya hanya berdoa dalam hati sahaja....


saya hadapi masalah yang lebih kurang sama di awal perkahwinan dulu....ada biras yang mengatakan dia akan migrain jika pakai tudung. Tak banyak yang saya cakap namun teruskan menutup aurat dirumah mertua....saya tunjukkan saya selesa, bertudung di dalam rumah adalah biasa serta tak mengganggu kerja-kerja dirumah.

Alhamdulillah....lama-lama mereka sendiri terikut-ikut bertudung di rumah.

perkara yang sama untuk anak-anak perempuan saya. Bertudung sudah menjadi ikutan kepada sepupu2 depa sekalipun ketika bermain-main di luar rumah...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 15:26


Ya Allah hambamu ini masih daif tentang perkara ini. Ana akan cuba bertanya dan minta pendapat para sahabat di ukhwah.com

Thanks 4 info :)


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 15:29


Assalamualaikum

Kalau abang ipar ada datang di rumah untuk menziarah, Wajib tutup aurat ke?


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 16:02


Pada 17-03-10 15:29 , Awani posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Kalau abang ipar ada datang di rumah untuk menziarah, Wajib tutup aurat ke?



wajib


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 16:04


Pada 17-03-10 15:29 , Awani posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Kalau abang ipar ada datang di rumah untuk menziarah, Wajib tutup aurat ke?



Wajib lah...abang ipar bukannya mahram..


-----------------
Jom masuk syurga...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 17-03-10 16:57


Pada 17-03-10 16:04 , kumpulansenyum posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-03-10 15:29 , Awani posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Kalau abang ipar ada datang di rumah untuk menziarah, Wajib tutup aurat ke?



Wajib lah...abang ipar bukannya mahram..



Thanks untuk makluman sahabat sekalian. Saya amat menghargainya :-)


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-06-10 09:40


setakat ni saya memang takkan buka tudung mlainkan depan mak ayah & adik beradik sahaja.

kami bukanlah dari keluarga yang berlatar agama namun memang tu di wajibkan sejak kecil.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-10 11:07


bagaimana? ye? Kalau suami saya memang tak suka balik kg sebab kat kg kebanyakan anak buah memang seksi-seksi belaka.. waktu solat pun buat tak tau saja, nak tegur pun, makbapaknya tak kisah.. yang isteri orang pun, selamba jawab suaminya pun tak marah, kita pula sibuk-sibuk nak tanya... nampaknya kita kena giatkan usaha dakwah.. sebar-sebarkan setakat yang mampu.. insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 23-06-10 20:32


Pada 17-02-09 23:55 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Masalahnya bila suami itu pun tak tahu

Masalahnya bila yang tahu itu tak kisah


Assalamualaikum

Makanya suami haruslah tahu dan mengambil berat mengenai soal ini. :) Mungkin sedikit nasihat boleh dikongsi bersama-sama.

Semoga golongan golongan yang memandang remeh mengenai perkara penting ini akan mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T untuk menutup aurat yang disarankan oleh Islam.


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

izaisa
Warga Rasmi
Menyertai: 09.07.2012
Ahli No: 42379
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-07-12 11:33


As salam, mohon sedikit nasihat dan pendapat. saya baru saja berhijrah, dulu memang bertudung, tapi bak kata org cuma bertudung bukan menutup aurat. Pakai tudung tapi baju berlengan pendek atau berseluar ketat. Alhamdullilah sekarang Allah telah m'buka hati saya untuk menutup aurat sepenuhnya.

sekarang yang saya risau aurat saya dengan ipar duai. sebelum ini kalau saya balik kg suami, saya memang tak bertudung dalam rumah. Macam mana nak bagi keluarga suami tak terkejut dengan perubahan ni? Mak mertua bukan jenis warak, takut dia kata saya ni da kena sampuk. Cara elok nak elak ipar duai salam kita? Kalau boleh saya tak hendak perubahan saya ni akan buat org kecik hati atau tersinggung. Mak mertua mesti tersinggung kalau saya bertudung dalam rumah or ipar duai mesti terasa kalau saya tolak salam mereka. Mohon kongsi cara yang baik untuk saya praktikkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izaisaProfil   Hantar PM kepada izaisa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.166868 saat. Lajunya....