Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-- Yusuf: 12

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 27 hari yang lalu
ronniefinancehome: 38 hari yang lalu
MTMKi: 48 hari yang lalu
usop79: 49 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Dakwah Part Time : Idea Baru Islam Hadhari


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Dakwah Part Time : Idea Baru Islam Hadhari

Please Mendaftar To Post


Oleh Dakwah Part Time : Idea Baru Islam Hadhari

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 16-02-09 16:34


Pengasas Islam Hadhari, Datuk Mohd. Nakhaei Ahmad, kali ni melancarkan hukum baru dalam Islam Hadhari, iaitu dakwah kerja part time. kawan-kawan bacalah ye...

Dakwah kerja part time?
sumber: www.mykhilafah.com

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Penganjuran semula Bulan Dakwah dengan format baru selepas 30 tahun tidak disambut, mampu membentuk kefahaman mengenai agama Islam dalam kalangan masyarakat negara ini. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, penekanan terhadap aspek kefahaman sangat penting demi mengekalkan keharmonian antara kaum seterusnya membentuk pemikiran umat yang progresif. ''Malah, dakwah tidak memerlukan tindakan yang ekstrem, cuma amalan biasa yang dilakukan seperti bersedekah dan bantu-membantu yang jelas memberikan mesej bahawa Islam itu indah," jelas beliau.

Sekali baca, mungkin ramai yang tidak tahu di mana silapnya kenyataan di atas. Juga, mungkin ramai yang akan memuji langkah yang disarankan, yakni menghidupkan semula “Bulan Dakwah"

Bagi pembaca yang prihatin, mereka akan terfikir apakah amalan dakwah ini hanya perlu dilakukan di dalam bulan-bulan tertentu sahaja, sepertimana amalan puasa di bulan Ramadhan? Juga, apakah dakwah ini hanya perlu dijalankan di dalam bentuk seperti kempen sehingga perlu dianjurkan “Bulan Dakwah”? Apakah cukup hanya dengan menganjurkan bulan dakwah, maka kewajipan seseorang di dalam berdakwah sudah dikira terlaksana?

Sesungguhnya dakwah adalah suatu kewajipan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT tanpa masa-masa atau minggu-minggu atau bulan-bulan tertentu. Dakwah wajib dilakukan sepanjang masa tanpa henti. Dakwah merupakan ‘sebahagian dari kehidupan’ kaum Muslimin. Ia tidak boleh berhenti atau hanya di amalkan di dalam bulan-bulan tertentu sahaja. Menghentikan dakwah bererti telah menghentikan satu kewajipan di dalam agama dan hal ini adalah haram. Dakwah bermaksud menyeru kepada kebaikan, menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan ia sesungguhnya meliputi setiap perkara. Firman Allah,

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang mungkar (buruk dan keji). Dan mereka inilah orang-orang yang beruntuang.”

Firman Allah lagi,

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."

Dengan begitu banyak ayat yang mana Allah menyeru agar kita berdakwah secara menyeluruh dan tanpa masa-masa tertentu, apakah logik untuk kita melakukan dakwah hanya di dalam bulan-bulan tertentu sahaja, bahkan Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita bahawa baginda berdakwah siang dan malam tanpa henti dan tanpa cuti. Begitu jugalah yang telah ditunjukkan oleh para sahabat di mana mereka berdakwah sehingga nyawa mereka menjadi taruhan. Dan berapa ramaikah di kalangan sahabat yang telah berdakwah di jalan Allah sehingga mereka syahid, hanya semata-mata kerana berdakwah menyampaikan Islam.

Apakah orang yang bergelar ulama masih buta dengan semua ini dan hanya mahu berdakwah dengan bersedekah dan bantu-membantu sahaja? Sungguh jauh mereka dari dakwah Rasulullah dan para sahabat!!! Rasulullah SAW dan para sahabat menggadaikan harta dan nyawa kerana berdakwah di jalan Allah, manakala orang yang bergelar ulama pada hari ini hanya berdakwah kerana inginkan harta dan kehidupan yang mewah.

Sesungguhnya dakwah Islam wajib bersifat menyeluruh, yakni menyentuh seluruh aspek kehidupan, ibadah mahupun politik. Bagi mereka yang mementingkan pangkat, kedudukan, harta dan nyawa, maka mereka hanya menyeru berdakwah di bidang ibadat semata-mata, itu pun di dalam ruang lingkup yang sangat terbatas. Bidang politik langsung mereka tinggalkan, malah mereka memisahkannya dari kehidupan sesuai dengan ajaran sekular dan sesuai dengan kehendak pemerintah yang membayar mereka sedikit gaji dan memberikan mereka sedikit pangkat.

Dakwah Islam sesungguhnya perlu ditampilkan dalam pemikiran yang menyeluruh sebagai muajalah li masyakil insan (penyelesaian kepada segala masalah manusia) kerana itulah hakikatnya. Islam adalah agama yang sempurna, dan kesempurnaan Islam itu mencakup aspek spiritual dan juga politik.

Namun oleh kerana terlalu lama dibendung sekularisme, maka Islam dan dakwah tidak lagi ditonjolkan dalam wajah dan sifat sebenar. Apatah lagi dengan adanya ulama upahan murahan yang hanya membawa dakwah sekadar apa yang diinginkan oleh Barat dan sekadar memenuhi kehendak pemerintah mereka yang sekular.

Bagi pemerhati yang cermat, mereka pasti bersetuju bahawa masalah umat Islam hari ini adalah kerana tidak diterapkan syariah dalam kehidupan mereka. Syariah merupakan satu-satunya cara hidup yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada umat Islam. Kehidupan syariah merangkumi semua aspek kehidupan yang menepati fitrah manusia. Namun, sayangnya institusi pemelihara syariah, Daulah Khilafah telah diruntuhkan oleh Mustafa Kamal Attartuk laknatullahi pada 3 Mac 1924. Kini, yang tinggal hanyalah institusi ‘Daulah Demokrasi’ yang memerintah dengan undang-undang yang mereka buat berdasarkan hawa nafsu mereka sendiri.

Sejak dari itu, umat Islam hidup dalam perpecahan, tertindas, terasing dari persatuan dan kesatuan dan terperosok jauh ke lembah kehinaan. Sejak dari itu juga, muncullah ulama-ulama yang hanya tahu menjaga kepentingan pemerintah, dan bukannya menjaga kepentingan Islam. Muncul banyak kerajaan yang zalim yang mengatasnamakan demokrasi, dan mereka ini hanya menjaga kepentingan Barat dan kepentingan perut masing-masing.

Apabila muncul gerakan-gerakan Islam yang berusaha berdakwah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dan menegakkan semula Daulah Khilafah, maka gerakan ini akan dicop sebagai ekstrem dan berbahaya. Dan gerakan ini akan diperangi oleh pemerintah dan mereka cuba menghindarkan masyarakat dari menyertai gerakan seumpama ini.

Jika ada gerakan yang hanya bergerak di bidang ibadah seperti menyeru kepada solat, sedekah dan amalan-amalan sunat yang lainnya, maka gerakan ini dibolehkan.

Apabila muncul gerakan Islam yang moderate dan liberal, maka gerakan-gerakan ini disokong dan dibantu.

Inilah kedudukan pemerintah sekarang, dan bertambah malang bagi umat Islam, pemerintah ini di topang oleh golongan-golongan yang bergelar ulama, yang diberi sedikit habuan dunia kepada mereka agar sentiasa berperilaku menyokong pemerintah yang zalim ini. Dan mereka ini menyeru agar kita berdakwah di dalam ruang lingkup yang amat sempit dan hanya perlu dilakukan secara part time sahaja!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-02-09 09:45


prinsip Islam Hadhari:


1. keimanan dan keTaqwaan
2. kerajaan berAMANAH serta ADIL
3. rakyat berJIWA MERDEKA




dalam hal ini nak bertanya:

yang mana TAQWA
yang Mana berImanan
yang mana BerAMANAH
yang mana ADIL...



boleh kawan senaraikan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 17-02-09 09:56


islam hadhori tak lain hanyalah sebuah politik..permainan kotor..menggunakan agama untuk menangkan politik..


1. keimanan dan keTaqwaan
2. kerajaan berAMANAH serta ADIL
3. rakyat berJIWA MERDEKA

semua tu hanya tertulis saja..tak ada apa pun..islam hadhori bermakna..islam yang budaya or kebudayaan islam.."islam yang dah adat.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-02-09 10:29


hadhorah islammiyyah


umat islam madani


Islam is the way of Life...


al islamu ya'lu wa lah yu'lah alaihi= islam adalah yang tertinggi Tiada yang lebih tinggi dari nya

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-02-09 10:29


Statement yang dikeluarkan oleh Datuk ni..
'Malah, dakwah tidak memerlukan tindakan yang ekstrem, cuma amalan biasa yang dilakukan seperti bersedekah dan bantu-membantu yang jelas memberikan mesej bahawa Islam itu indah," jelas beliau..

jelas menunjukkan dia hanya fikir 'atas permukaan air sahaja'..dasar nya tak payah lah diselam..mcmtulah ana rasa...
sepatutnya tindakkan lebih ekstrem dalam dakwah perlu bergerak serentak dengan aktiviti2 yang lain nya..macam aktiviti prkampngan islam hadhari yang mereka sibuk-sibukkan tu..

tak perlulah kita pening memikirkan ekstrem nya sesuatu dakwah..tapi tujuan dakwah tersebut..dakwah memerlukan skill dan cara yang menarik..channel dakwah perlu dipelbagai kan..
macam channel2 maksiat yang penuh di dunia kita sekarang..
kalau aktiviti maksiat berlambak2..Kenapa dakwah tak boleh nak di ekstrem kan??? any comment from org kampung islam hadhari???

p/s: bukan islam hadhari


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-02-09 11:24


Agung Sultan Mizan ucap di paparkan dalam Buletin TV3...suka dengan PM ...Pak lah sebab lancarkan Islam Hadhari...
Pak Lah akan bersara pada bulan march 2009...


adakah Islam Hadhari akan diteruskan oleh penggantinya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-02-09 14:30


DAKWAH SELAMANYA....

TOLAK ISLAM HADHARI...

AMBIK ISLAM YANG SYUMUL...

ISLAM,DULU,KINI DAN SELAMANYA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-02-09 15:05


maka dengan ini islam Had Hari sudah sampai had nya iaitu pada Mac 2009( moga-moga) ...Maka penganut2nya hendaklah bertaubat dan kembali kepada islam yang sebenar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09588 saat. Lajunya....