Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Yang Masuk Ke Sini
halawatuliman: 3 hari yang lalu
nabilah: 3 hari yang lalu
aye: 4 hari yang lalu
tereturubuzu: 13 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 24 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pemuda PAS bantah program Musawah anjuran SIS


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pemuda PAS bantah program Musawah anjuran SIS

Please Mendaftar To Post


Oleh Pemuda PAS bantah program Musawah anjuran SIS

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-02-09 16:23


Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS Pusat membantah program Musawah anjuran Sisters In Islam (SIS) di hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari ini.
    

Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohd Noor berkata, program Musawah tersebut dirasmikan Penasihat Khas Perdana Menteri, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil.

Menurut beliau, antara topik yang akan dibincangkan berhubung kesemarataan Islam, gender, poligami, faraid dan sebagainya yang menyentuh isu-isu sensitif berkaitan dengan Islam.

Katanya, SIS tidak berhak untuk mempromosi tentang Islam yang tulen disebabkan kedangkalan mereka serta berlatarbelakangkan profesional.

Beliau menegaskan Lajnah Dakwah dan Pembelaan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program Musawah itu membincangkan nilai-nilai Islam liberal 'New Muktazilah' oleh ulama gerakan Islam yang merupakan antara bentuk penyamaran baru musuh untuk mengelirukan fikiran umat Islam turut dipromosikan oleh TV3.

Antara penceramah yang terlibat Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd.

Riduan berkata topik yang sering dibincangkan tentang moral tidak boleh diperundangkan dan dosa-dosa peribadi bukanlah satu jenayah.

"Ini antara tunjang pemikiran Islam liberal yang kita lihat di negara umat Islam dan telah tersebar di Indonesia dan Pakistan," tegasnya.

Beliau melihat itu adalah fahaman musuh-musuh Islam sebab itu negara Indonesia gerakan itu ditaja oleh NGO Barat seperti Asia Foundation Corand dan di Indonesia menggunakan televisyen swasta termasuk majalah dan akhbar untuk mempromosikan fahaman Islam liberal.

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Pemuda PAS Pusat menyeru kepada NGO Islam dan NGO yang memperjuangkan pemerkasaan Melayu untuk tampil membantah bersama-sama.

Katanya, jika mereka boleh berarak di jalan raya dalam isu mempertahankan Kesultanan Melayu konon ada pendurhakaan di Perak Kenapa dalam isu Islam mereka tidak boleh membantah.

"Saya cabar mereka untuk tampil menentang program mempromosikan Islam liberal kerana ini juga merupakan agenda untuk meruntuhkan jati diri orang Melayu," tegasnya.

Beliau turut menyelar sikap Umno yang dengan sengaja membiarkan fahaman itu menular dalam masyarakat.

"Saya berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi mengambil tindakan dan perlu melihat bahawa Islam liberal sebagai sebahagian ajaran sesat di negara ini dan seluruh dunia," tegasnya. - lanh _


-----------------
gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah...
sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...


Bookmark and Share

  


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-02-09 16:31


amina wadud jadi penceramah tu....
memang siap jadi imam jumaat kat b.bintang tadi..

Bookmark and Share

  


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 541
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-02-09 17:24


betul ke?? dia jadi imam tadi??? Sebab apa bodoh sangat amina wadud?? Allah dan bagi kelonggaran kepada perempuan untuk tidak solat jumaat tapi dia tetap nak buat.. astaghfirullah..

Bookmark and Share

  


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 13-02-09 18:05


Ini pun satu bentuk PENDERHAKAAN. :jangan:

PR 'Derhaka' kepada Sultan, UMNO & BN DERHAKA KEPADA ALLAH!

Nauzubillahiminzalik...!


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-02-09 18:27


aduila...nak sama rata apa lagi..depa ni btui2 akai kat kepala lutut..ilmu makan tuan..Allah dah aturkan dengan berhikmah..pergi ubah nak buat pa..
k nak suruh sama rata..perempuan pakai tudung..laki pakai kopiah sedap jugak tengok...tapi kopiah sunat..tudung wajib..kang ada pula BROTHER IN ISLAM tubuh kang..
ubah ekonomi islam jadi lebih baik ka..baguih jugak..ni hukum yang dah memang sah2 tak boleh ubah..gatai nak ubah pasai pa..kelam kabut lah dunia Kalau wanita jadi pemimpin..bukan menidakkan kredibiliti..tapi al maklumla kita muslimat..emosinya..huhuhu..

semoga Allah bagi depa hidayah..moga kak ijat sedar ...

Bookmark and Share

  


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 13-02-09 18:29


Persatuan Ulama selar Sister In Islam, program Musawah hari ini
Azamin Amin
Fri | Feb 13, 09 | 1:00:11 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) menyelar penganjuran program Musawah yang membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam

Program "Musawah" adalah 'Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family' anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS).

Yang di Pertua Persatuan Ulama' Malaysia Dr Wan Salim Wan Mohd Nor berkata pertemua Musawah itu dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.

Perjumpaan ini katanya bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar iaitu antaranya Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.

Kata Dr Wan, 200 Liberalis Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada hari ini bagi menghadiri mesyuarat lima hari tersebut.

"Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka. PUMPP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan Barat dengan tujuan meliberalkan Islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.

"Perjumpaan ini juga akan memberi persepsi yang negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita, terutamanya apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang akan merasmikan perjumpaan tersebut,"
katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

PUM PP katanya juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut seolah-oleh tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al Quran dan Hadith dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki.

"Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syari'at yang dibawa oleh al-Quran dan al-Sunnah,"
kata Dr Wan.

PUM PP katanya berharap kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan liberal Islam ini dan tidak campur tangan dalam urusan Aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campur tangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al Quran.

"Kita menyelar pelaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan memberi persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia," katanya.-azm _


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-02-09 10:50


mana puak2 ulama umno....masyitah man??pirdaus mana??haji zahid hamidi mana???

ini adalah KEGANASAN ILMIAH, yang mana lebih GANAS dari keganasan fizikal..umat islam lebih sakit apabila diserang menggunakan keganasan ilmiah berbanding keganasan fizikal..

Bookmark and Share

  


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-02-09 11:34


ini sebabnya kiamat dah semakin hampir..
vbila mereka berkawan dengan org yang jahil dalam agama.. tak najk ikut cakap ulama, mudah terpengaruh dengan anasi2 syaitan bertopengkan manusia.. lebih-lebih lagi org macam amina wadud..
sepatutnya tangkap saja mereka yang mengubah perkara yang di tetapkan Allah..
semua ini berlaku di sebabkan iman kita lemah./..
ya Allah Kau berilah taufik dan hidayah kepada mereka supaya kembali ke ajaran yang sebenar....
betul ke amina wadud jadi imam kat b.bintang..
macam mana kamu tahu..
ada bukti..

Bookmark and Share

  


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 12:13


kenapa tak jawab..
ana rasa kat bukit bintang tak ada masjid..
org yang bekerja di situ solat jumaat pun solat kat masjid hang tuah.
boleh bagi bukti yang amina wadud jadi imam

Bookmark and Share

  


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 14:35


Pada 13-02-09 16:31 , kumpulansenyum posting:

!!! QUOTE !!!

amina wadud jadi penceramah tu....
memang siap jadi imam jumaat kat b.bintang tadi..


betul ke ni??? :berfikir: ada apa-apa bukti yang lebih sahih tak???video ke..

Buat program Musawah pulak SIS kapiaq ni..hmm..dari mana dapat kelulusan ni?? Siap Shahrizat rasmikan lagi..Bagus betul..

ada sesiapa dapat apa-apa isi dari program ni tak???boleh juga dibncangkan..


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 15:54


salam..
jahamanla umno..
ni kerja mereka lah ni membenarkan Islam dipermainkan dan diperkotakakatikkan oleh golongan kafir dan sejahat-jahat golongan iaitu golongan munafik...
Ya Allah hancurkanla mereka semua..
Allahuakbar..

Bookmark and Share

  


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 16:00


ana nak kepastian betul ke amina wadud jadi imam..
kita tak boleh cakap sesuka hati tanpa bukti..
nanti fitnah jadinya..

Bookmark and Share

  


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 16:16


isk...
tak ada jadi imam kat malaysia ni..
kat negara lain boleh ..
kat malaysia belum lagi...
tapi tak tahu pada masa akan datang.
mohon dijauhkan perkara tersebut

Bookmark and Share

  


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 16:25


Pada 13-02-09 16:31 , kumpulansenyum posting:

!!! QUOTE !!!

amina wadud jadi penceramah tu....
memang siap jadi imam jumaat kat b.bintang tadi..


ye ke..
tapi Kenapa anta kata baru ni amina wadud jadi imam kat b.bintang..
salah fakta ke./..


-----------------
gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah...
sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...


Bookmark and Share

  


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 16:32


hehehe...
Sorry semua.
actuallay teringat peristiwa dia jadi imam jumaat kat gereja di u.s or u.k dulu...
maap ye

Bookmark and Share

  


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 16-02-09 16:54


SIS ni boleh dianggap ajaran sesat, cuma puak2 yang btanggngjwb mbanteras ni takut nak ambil tindakan kerana ada anak bekas PM dan cucu ulama yang menerajuinya.....

Bookmark and Share

  


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 16:55


Pada 16-02-09 16:54 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

SIS ni boleh dianggap ajaran sesat, cuma puak2 yang btanggngjwb mbanteras ni takut nak ambil tindakan kerana ada anak bekas PM dan cucu ulama yang menerajuinya.....


memang betul. JAKIM pun takut nak ambil tindakan.
apa yang saya dengar, ramai gol wanita elite yang sertai gerakan ini.


-----------------
Jom masuk syurga...


Bookmark and Share

  


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

jebat_86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2008
Ahli No: 35674
Posting: 121

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-02-09 01:19


aku bukan nak mbela amina wadud ni or sis
just brpendpat adalah lebih baik kita bdiskusi secara ilmiah
dengan puak2 ni daripada kutuk-kutuk blkng..

aku tau banyak cerdik pandai dalam forum ni..
so apa salahnya pergi tanya dia dpn2..
bagi dia tak dapat jawab..or sampai dia mnipu dalam jawapannya..

so org dapat mnilai spe bnar siapa tpu..

kalau setakat berani kutuk-kutuk belakang baik tak payah..:D

YA ALLAH, Kau berilah kekuatan kepada kami semua untuk menegakkan kebanaran Ya Allah, AMIN...:d

Bookmark and Share

  


  Member Information For jebat_86Profil   Hantar PM kepada jebat_86   Quote dan BalasQuote

fizizzuddin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.02.2009
Ahli No: 37209
Posting: 40

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-02-09 15:40


YA..MEMANG BETUL...KITA MESTI TENTANG APA-APA ANASIR YANG CUBA MERACUNI FIKIRAN UMAT ISLAM MASA KINI.INGAT...FITNAH PALING BESAR ADALAH DATANG DARI WANITA.BILA WANITA YANG BERALIRAN LIBERAL BERCAKAP TENTANG ISLAM,BERHATI-HATILAH.SEPERKARA LAGI,MEMAKAI TUDUNG ITU SURUHAN ALLAH.,TAPI ORANG INI CAKAP JANGAN NAK PAKSA-PAKSA,IKUT KEHENDAK HATI SENDIRI.KALAU HUKUM ALLAH INI BOLEH JADI BAHAN TAWAR-MENAWAR,APA LAGI HUKUM SYARIAT YANG LAIN.

Bookmark and Share

  


  Member Information For fizizzuddinProfil   Hantar PM kepada fizizzuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.140561 saat. Lajunya....